Nuffnang Ads

Wednesday, April 24, 2013

Shipitam Dijangkiti Jaundice

Get well soon, Shipitam! Kesian adik bongsu I dijangkiti jaundice. Hasil pemeriksaan vet di Jalan Pantai, Seremban. Mula-mula I dengan Mama hanya nak tengok kenapa Shipitam macam selalu tercekik. Demam kejap then baik dan demam semula. Pergi ke vet dan katannya yang Shipitam ni jaundice. Alahai siannye.. Patutlah macam tak sihat je. Masalahnya... Kena bagi ubat makan pada Tam. Hadoiiiii, lemah bab ni lah!

Hasil dari pencarian di Google tiba-tiba I terjumpa satu blog berkenaan kucing dan mungkin saja beliau seorang vetLihat apa katanya mengenai jaundice pada kucing :


"Jaundis (Jaundice) atau demam kuning memang biasa berlaku pada kucing. Ada juga diistilah sebagai icterus dalam bahasa omputeh. Semuanya sama je...demam kuning bahasa mudahnya. Demam kuning adalah satu keadaan di mana wujudnya atau hadirnya warna kekuningan pada bahagian badan disebabkan peningkatan kandungan bilirubin dalam darah.

Keadaan ini (jaundis) diklasifikasikan sebagai tidak normal pada kucing. Tanda klinikal yang biasa dan mudah dilihat ialah wujud kekuningan pada putih mata, kekuningan pada gusi, pada kulit dan juga dibahagian bawah cuping telinga. Bukan tetiba terus kuning...tapi kuning ni wujud secara beransur2 daripada kuning pucat kepada kuning yang lebih pekat.

Selalu berlaku - demam, kucing tak makan, gusi pucat atau sedikit kekuningan, air liur meleleh, berak cair dan adakala bercampur darah, muntah dan kurang air dalam badan (dehydrated). Kucing ni boleh tak makan atau hilang selera untuk satu jangkamasa yang lama. Adakala kita 'paksa makan' (force feeding) kucing tu. Dan mengikut pengalaman saya, sekiranya kucing dah boleh makan sendiri dan dah ada selera, demam kuning tu dah kira 'kebah' atau dah beransur sembuh. Warna kekuningan pada kulit tadi akan beransur2 hilang dengan sendirinya.

Penyebab kepada jaundis ni diklasifikasikan atau dibahagikan kepada 3;

1. Prehepatik (prehepatic) - merujuk kepada masalah yang wujud sebelum darah tiba ke hati seperti sel darah merah musnah atau pecah. Selalunya disebabkan oleh:
  • Parasit darah - haemobartonellosis, cytauxzoonosis
  • ubat-ubatan
  • reaksi selepas pemindahan darah
  • immune-mediated haemolytic anaemia
  • cacing dalam jantung (jarang berlaku pada kucing)
  • rendah paras fosfat dalam darah

2. Hepatik (hepatic) - masalah pada hati itu sendiri (kegagalan hati menjalankan fungsinya)
  • Penyusupan lemak pada hati (hepatic lipidosis)
  • hepatitis, cholangitis,  cholangiohepatitis (korang google eh...nanti tau ler apa maksud nama2 tu...:P)
  • Toxin atau keracunan oleh logam berat dan sesetengah racun serangga untuk membasmi parasit luaran.
  • Ubat-ubatan seperti diazepam, griseofulvin, acetaminophen
  • Kanser hati
  • Cirrhosis - keadaan bilamana hati telah rosak teruk
  • Penyakit disebabkan oleh virus, bakteria dan protozoa

3. Post hepatik
  • Jangkitan pada pankreas
  • Masalah pada pundi hempedu - tersumbat, batu hempedu
  • Jangkitan pada usus kecil yang boleh menyebabkan salur hempedu tersumbat atau pengaliran hempedu terhalang

Sekiranya kucing kesayangan anda menunjukkan tanda2 abnormal seperti demam, kekuningan pada putih mata, gusi, kulit dan telinga, cepat2 bawa ke klinik haiwan untuk rawatan. Selalunya episodnya akan bermula dengan demam yang agak melampau dan ada kalanya demamnya menjadi intermittent (kejap demam, kejap tak) serta selera makannya akan hilang serta merta. Jangan tunggu-tunggu untuk dapatkan rawatan"

Oh.. serius dah risau sangat kesihatan Shipitam. Katanya, kena bagi susu kambing segar untuk Tam minum. Kan kena force feed. Blog Omputih ni pulak buat conclusion yang : 

"Jaundice is a common problem encountered in feline practice. Years ago, there was an old adage amongst veterinarians: “a yellow cat is a dead cat”. Thanks to numerous diagnostic and therapeutic advances, this is no longer the case. When faced with a jaundiced cat, the veterinarian’s challenge is to figure out where the derangement in bilirubin metabolism is occurring, and then formulate a proper diagnostic plan. Over the years, the prognosis for treating the diseases that cause jaundice have improved markedly, and many jaundiced cats recover and live long, healthy lives.

In normal cats, bilirubin produced in the liver is delivered to the biliary system (gall bladder and common bile duct), where it is eventually released into the intestine along with bile, to aid in digestion.
GB = gall bladder
CB = common bile duct.

Sidebar: Signs of liver disease in cats 

  • Decreased or absent appetite
  • Lethargy
  • Weight loss
  • Vomiting
  • Dehydration
  • Odd behavior
  • Prolonged bleeding
  • Ascites (fluid accumulation in the abdomen; less common in cats with liver disease, compared to dogs)

Sidebar: Common causes of liver disease in cats 

  • Hepatic lipidosis (fatty liver disease)
  • Cholangiohepatitis (inflammation of the liver and bile ducts)
  • Lymphoma (a type of cancer)
  • FIP (Feline Infectious Peritonitis, a fatal viral disease)
  • Toxic hepatopathy (liver disease secondary to ingestion of a toxin or poison)
  • Hepatic amyloidosis (accumulation of amyloid, a type of protein, in the liver. Often seen in Oriental and Siamese breeds)"

I love you, Tam... Tolong jangan sakit macam gini. Bila Tam sakit, Samani pun sakit jugak.. Kesian, asyik teringat je. Memang Samani salah sebab Tam takde girlfriend dekat Seremban ni tapi bertahanlah Tam.. Samani, with Ibu along will try on our best to cure you up.. Please be strong.. Selagi boleh cure, kita cuba ye, Tam...

Love you!!!

No comments:

Post a Comment