Nuffnang Ads

Saturday, April 27, 2013

Redang Oh Yeah : Versi Bikini

Bikini, siap! Berjaya beli keperluan nak ke Redang bulan depan. Selama ni I tak terfikir nak membeli pun. Setelah berapa kali pergi baru nak beli ye. Lagipun kali ni pergi macam excited terlampau sikit. Mungkin sebab SiDia pun join kami kot. Pertama kali ni nak ke pulau bersama. Ada jugak tempat berpaut kalau seram naik bot. Oh lupa, Redang naik macam feri tu takde speedboat macam Perhentian. Muahahaha, kesian baju Ain longgar sebab kena jerut kuat-kuat. Ok, those were memories that will be recalled for my whole life.

Kali ni I nekad nak pakai bikini. Swimwear actually ala bikini. Tali jerut dekat leherrr. Sexy gitu. Hey, hey bukan nak pakai itu saja ye. Actually, I nak pakai dalam baju la... Bertuahnya insan gemuk begini nak berbikini. Tahan makian? Silalah wahai Cik Samani. Kalau kurus mungkin ye begitu, oops! *tutupmulutmacammonyetikonwhatsapp.

Puas, sebab bikini ni boleh cuba dulu. Hey ingat I takkan cuba dulu ke? Kang membazir je beli. Tapi tak muat. Ianya brand Ogival, bersize XL dan sepasang, iaitu tops dan boxer tight. Harga? Bawah RM100 dan sangat baloi baloi baloi! Itu pun I berjaya guna membership Aeon dan dapat less 15% lagi tau. Pegi Jusco cepat selagi ada less. Membazir la tak guna diskaun-diskaun.

I cuba meringankan beg seringan yang mungkin. Bikini ni sesuai la dibeli dan dipakai. Cepat kering. Jika guna yang biasa, agak lambat sponge kering dan akan buat I tak selesa. Pengalaman. Sekarang dah tau dah... Hahaha dulu jahil sikit.

Cepatlah tiba hari yang dinanti! I dah lama tak telan air masin. I dah lama tak bau haruman dari air laut. Rindu sekali pada pokok kelapa liuk melambai. Nak lari dan lompat di atas pasir yang bersih! Huaaaargghhhhh. Dah bermain dalam otak. Hati tu dah tak tetap. Rindu pada pemandangan laut, matahari dan ikan-ikan comel. Come to, Momma!

Suke sangat! Sayang pun suka.. Ops!

No comments:

Post a Comment