Nuffnang Ads

Wednesday, April 3, 2013

Obsesi Ku

Once upon a time la.. Sekarang tidak lagi. Dulu kalau boleh semua jenis nak kumpul. Ikut kawan-kawan lah katakan. Tarikh pertama membeli yang I rekodkan ialah 15 Januari 2012. Sampai sekarang masih setia memakai. Mula dulu hanya memerhati kawan-kawan memakai. Bertanya sana sini adakah elok kalau I yang pakai? Tiada keyakinan lagi...

Bila mula membeli, mula rasa syok! Senang nak pakai, kombinasi warna yang menarik, kain yang selesa dan sesuai dengan semua keadaan. Pelbagai size juga. Yang paling menarik hati ialah size muka yang besar bagi tudung chiffon sebegitu. Senang bagi I yang bermuka lebar ni hihihi.

Awalnya, ramai yang musykil dengan harga tudung yang menjadi kegilaan ini. Tidak dinafikan harga sememangnya menjadi ukuran dalam membeli tudung ini. Dalam lingkungan harga antara RM90 hingga RM220 adalah normal. Paling ditunggu ialah Jualan Mahsyur di butiknya dan tetap dikunjungi ramai peminatnya yang tersendiri. Di waktu Jualan Mahsyur itu, sudah tentunya konsep mengambil nombor dibuat oleh pengurus butik bagi mengelakkan kesesakan yang luar biasa. Ini juga mengelakkan pembelian dari pihak yang tidak berkenaan dan menjual semula dengan harga yang lebih tinggi. Tak patut.....

Tiada yang berminat pada mula I memakai dulu. Tapi sekarang boleh dilihat merata orang yang memakainya lebih-lebih lagi kakitangan Kerajaan di Seremban. Di jabatan tempat I bekerja juga tudung ini menjadi kegilaan rakan sepejabat. Tiada dikisahkan hal harga lagi. Yang penting siapa dapat yang paling terbaru dan yang paling limited :) senyum saja tak perlu kata apa.

Sedih bila satu tudung I telah hilang dicuri oleh pencuri kereta yang membawa lari kereta I. Mungkin orang itu tidak tahu berapa bernilainya sehelai tudung itu kepada I. Puas sudah, 31 helai sudah menjadi milik I. Satu hilang, satu dihadiahkan kepada Mama Mimah dan satu kepada Mama. Alhamdulillah masih menjadi milikku sebanyak 28 helai Tudung Fareeda... Nyata Jelita di dalam simpanan I. Setakat ini tudung I tidak pernah di prelove kan sepertimana rakan yang lain.

Kesayangan!
I just love 'em :)

Tiba-tiba teringat pattern yang Sara baru tu macam cantik juga ye. Beberapa printed pun ada yang menarik hati. Best lah pulak.....

p.s. Ada tak orang buat Tudung Fareeda sebagai hantaran kahwin? Letakkan dekat dulang dalam 3 helai yang pattern dan colour lain-lain. mengancam je kan ;D

No comments:

Post a Comment