Serius, ini pertama kali I dengar diet jenis ini. Ye mungkin I masih jahil dalam hal menjaga pemakanan. Ianya wujud dan I tak pernah tau. Kalau diikutkan darah I adalah di dalam kumpulan Darah O. Terima kasih, Effa yang bagi info macam ni dekat I.
Macam yang I dapat dari website ILuvIslam ianya detail sampai apa menu yang I sepatutnya ambil.
"Diet Untuk Golongan Darah 'O'
Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.
Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D'Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang.
Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.
Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.
Ciri khas golongan darah O:
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek: Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek: Sepotong kuih
Makan Malam: Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba"
Tapi kajian diet mengikut jenis kumpulan darah ni masih lagi dalam pertikaian oleh pakar pemakanan. Kita yang sedang berusaha ni jangan abaikan makanan berkhasiat sudahlah. Mungkin jadual dekat bawah ni pun dapat membantu insan-insan tembam berdarah O yang sama dengan I. Bukan selfish, tapi untuk darah-darah yang lain ianya agak memakan space dan disini I sediakan link yang harus korang click untuk tengok sendiri jenis darah korang ye ;)
- http://www.iluvislam.com/gaya-hidup/kesihatan/975-rahsia-diet-menguruskan-berat-badan-mengikut-jenis-darah.html
- http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/5-diet-paling-popular-malaysia-2012/
- http://untukcantiksihat.blogspot.com/2012/09/pemilihan-makan-ikut-jenis-darah.html
Senang kan... Yang baik dikongsi bersama. Yang tak elok, kongsi jugak tapi sebagai peringatan ye. Eh kadang rasa macam blog I ni blog menurunkan berat badan je. Kalah Kevin Zahri ko! Sebut pasal tu, I masih tak pergi lagi ke kelas aerobic atau Zumba. I masih dalam proses menggantikan puasa sementara mampu. Kalau dah uzur nanti tak mampu berpuasa kena delay kan.. Insya Allah.... Habis berpuasa I kembali aktif.
p.s. dengar cerita minggu depan ada selection untuk netball Ibu Pejabat. Yeayyy!
Darah O
| |||
Digalakkan
|
Dibenarkan
|
Tidak dibenarkan
| |
Protein
|
Daging lembu, kambing, rusa, cod, herring, mackerel
|
Semua jenis daging dan makanan laut kecuali dalam senarai tidak dibenarkan
|
Bacon, ham, angsa, babi, barracuda, ikan keli, ikan salmon, kaviar, sotong
|
Tenusu
|
Mentega, mozzarella, keju kambing, susu soya
|
Semua produk tenusu dan yogurts
| |
Lemak
|
Minyak zaitun, minyak flaxseed
|
Minyak canola, sesame
|
Minyak jagung, minyak kacang, minyak safflower, minyak cottonseed
|
Bijirin
|
Biji labu, walnut
|
Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan
|
Kacang tanah, pistachio, biji poppy
|
Kacang
|
Kacang azuki, black-eyed peas
|
Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan
|
Kacang tamarine, kacang hijau, kacang merah
|
Gandum
|
Roti essene, roti Ezekiel
|
Bali, nasi
|
Jagung, gluten, oat, tepung, roti, mi
|
Sayur
|
Brocoli, bayam, dandelion, bawang, lobak, cili merah, ubi kentang, labu, rumpai laut
|
Tomato
|
Terung, jagung, avocado
|
Buah
|
Plums, prunes
|
Anggur, kebanyakan beri
|
Tembikai, tembikai susu, tangerine, strawberry, blackberry, kelapa
|
Rempah
|
Kari, garam, cayenne pepper
|
White pepper, black pepper, vinegar, cinnamon, cornstarch
| |
Perasa
|
Chocolate, madu, cocao
|
Sos tomato, mayonis
| |
Air
|
Soda, tea
|
Bir, wine
|
Kopi, black tea
|
No comments:
Post a Comment