Tahun kedua. Insya Allah, I akan cuba sehabis baik. Setelah GAGAL peperiksaan ni tahun 2012. Tahun ini I datang lagi mencuba nasib. Berkobar-kobar semangat semoga dipermudahkan segalanya. Bukannya senang soalannya semua, tricky dan memerlukan daya fikiran yang tajam dan memori yang kuat. Kesemua 4 seksyen memang mencabar minda. Sangat-sangat! Salute la yang berjaya LULUS. Dengar cerita ada juga sampai 7 kali exam.
Tahun lepas I exam di Wisma Negeri, Seremban sahaja tapi tahun ni memang I ubah angin konon nak interview di Putrajaya. Lagipun rasa tak sedap hati kalau di Seremban ada orang yang tak sepatutnya berkemungkinan besar jadi panel interview. Tukar terus tempat peperiksaan I di Dewan Serbaguna, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Mula-mula I dah sedih sebab tak muncul tiba surat panggilan peperiksaan I. Dengan pantas semalam SiDia berjaya meng'hack' laman web SPA dan dapat nombor giliran berserta dengan tempat peperiksaan I. Rupanya tengok dekat laman web SPA aje. Eishhhh menggelabah tak tentu pasal macam tu lah jadinya. Terima kasih, Sayang!
I dah mula membaca nota-nota yang menyediakan semua tips untuk Peperiksaan PTD. Mudah, tapi banyak! Pening kepala, mata pun juling berpinar. Tapi akan I redah semua tu. Tapi kan, tahun ni exam hanya 4 seksyen tak macam tahun lepas ada 5 seksyen. Ade rombakan ke? Tahun ni I dan Fira Wondergirldix exam bersama tapi Fira dekat Seremban tak dapat kami duduk sama sebelah menyebelah.
Sangat banyak Pengetahuan Am yang I tak tau selama ni. Luas rupanya negara kita Malaysia ni. Tak ambil berat langsung sampai ada info yang rasa pernah baca pertama kali dalam hidup. Ish ish ish, Sazwani, Sazwani....
Maklumat peperiksaan, takde slip ke? |
Salah satu wishlist untuk tahun ni dah tercapai. Wishlist untuk lulus belum lagi granted ye, harap maklum.
No comments:
Post a Comment