Siramilah hatiku dengan kasih sayangmu
Bajailah cintaku dengan belai manjamu
Teguhkanlah tugu cinta kita
Jangan tumbang, walau sekuat ribut taufan melanda
Tetap berdiri, walau hujan dan panas
Serikan bunga-bunga asmara kita
Agar mekar, walau di tanah yang tandus
Selalu harum, walau bertahun di makan usia
Kita kuat, kerna kita sayang
Kita sayang, kerna kita setia
Kita setia, kerna kita kenal
Kita kenal, lalu kita terima...
Aku sayang kamu
Kerana kamu sayang aku
Aku sayang kamu
Kerana kamu kenal aku
Aku sayang kamu
Kerana kamu menghargai aku
Begitulah cinta...
No comments:
Post a Comment