I telah didiagnoskan oleh doktor dengan fibroid sebesar 5cm. Mula-mula hanya tahu melalui rakan-rakan yangmengalami, baca di Internet dan di akhbar-akhbar je mengenai fibroid ni tapi sekarang I sendiri mengalaminya. Ya, ianya sejenis ketumbuhan di dalam rahim. Bagi kes I ianya melibatkan ovari kanan. Dugaan Allah. Itu yang selalu I ingat di dalam kekalutan memikirkan masa depan dan apa yang bakal berlaku sekiranya I ditakdirkan bersama SiDia..
Melalui pembacaan, fibroid ini wujud ketika seseorang wanita itu masih aktif hormon estrogen. Gaya hidup sedkitpun tidak memberi kesan terhadap kewujudan fibroid di dalam rahim wanita yang mengalaminya. Rata-rata kawan I yang menghadapi masalah yang sama hanya mempunya gumpalan sekecil 5cm sahaja dan doktor menasihati yang ianya tidak merbahaya malah tidak perlu dibuang pun.
Antara simptom yang terdapat pada I ialah :
- Period berpanjangan, pernah hampir berbulan lamanya
- Senggugut teruk
- Sukar mengandung (infertility)
- Sakit ketika mengadakan hubungan seks
- Berdarah ketika mengadakan hubungan seks
- Keguguran
Yang paling ditakuti oleh semua wanita ialah, INFERTILITY. Ianya memberi kesan yang sangat besar bagi wanita-wanita yang telah berkahwin. Termasuklah I... Kata-kata doktor bagaikan halilintar menangkap telinga. Kesedihan tak perlu dicakap lagi.
Fibroid wujud di kalangan wanita yang subur dan kehadirannya tidak mengenal sesiapa. Tak kira apa jua gaya hidup wanita itu. Bantuan ubatan hanyalah membantu mengurangkan pengecutan fibroid tapi bila sudah berhenti, fibroid tersebut kembali ke keadaan normal. Apabila mengandung, ditakuti fibroid tersebut akan membesar sama dengan bayi di dalam kandungan. Di antara-rakan-rakan I ada juga kes seperti ini dan mereka menyatakan sedikit kesulitan di dalam meneruskan kandungan kerana kesakitan yang dialami.
Keguguran juga boleh terjadi kerana fibroid juga. Di dalam pengalaman I, telah 2 kali I keguguran apabila kandungan telah mencapai 8 minggu dan ketika itu I masih tidak tahu keadaan I yang mempunyai fibroid. Ketika keguguran, pendarahan yang I alami sangatlah luar biasa. Cuma apabila penghujung tahun lepas, bila I dimasukkan ke wad kerana dikhuatiri terdapat batu dalam hempedu barulah segalanya terbongkar. Hasil daripada prosedur laparoskopi oleh doktor pakar pembedahan, I telah di pindahkan ke pakar sakit puan kerana masalah di bahagian rahim. Redha... Itu saja yang mampu I ungkapkan.
I banyak mencari pengalaman penghidap fibroid dan semuanya di kalangan keluarga dan rakan-rakan terdekat. Kes 1, makcik I telah dibuang keseluruhan rahimnya kerana fibroid yang membesar. Kes 2, seorang rakan yang sedang berTTC mempunyai fibroid dan disahkan kemungkinan sukar mengandung adalah disebabkan fibroid yang ada padanya dan beliau telah mempunyai seorang puteri yang berusia 6 tahun. Kes 3, rakan rapat juga mengesahkan fibroidnya tidak membesar bersama kandungannya dan beliau sudah mempunyai 2 orang puteri walaupun agak lama berTTC sebelum dikurniakan permata yang tidak ternilai itu.
I yakin dengan rezeki Allah sekarang. Jika ada tertulis I akan berkahwin semula dan dikurniakan cahayamata, I redha dan bersyukur dengan pemberianNya. Namun, jika suratan mengatakan bahawa I hanya akan hidup berdua dengan suami, I yakin Allah memberi rancangan yang hebat untuk I di masa hadapan. Dengan usia yang sudah naik ke angka 30-an, I takut untuk berharap lagi. Hanya doa yang selalu dipanjatkan kepada-Nya. Insya Allah....
Marilah kita go through dalam satu forum di babycenter.com berkenaan pengalaman fibroid ni.
Gambar di bawah bukan tujuan menakutkan sesiapa tetapi sebagai pengetahuan. Ini gambar lakaran sahaja kalau nak tengok yang betul silalah Google sahaja. Tak sanggup nak bubuh sini...
Gambar ialah ihsan dari Google :)
No comments:
Post a Comment