... Lama-lama boleh pandai. Alhamdulillah, dah 2 kali perjumpaan dengan Ustazah Nor. Perkembangan makin bagus. Mula tu memang gugup. Tapi selagi tak mula manakan boleh jadi pandai. Dah sekian lama mencari yang sesuai. Sekarang baru jumpa. Allah selalu dorongkan umatNya dengan sesuatu yang baik. Tak pernah yang menjurus ke arah songsang. Kalau ajaran yang negatif tu semua dari syaitan yang menghasut lah. Terpulang kepada individu yang menerimanya. Elok jalan yang dipilih maka eloklah pengakhirannya. I pernah baca satu kenyataan, benda baik yang dipaksa buat lama kelamaan akan menjadi amalan dan diteruskan dengan kerelaan hati sendiri.
Semoga apa yang I pilih sekarang dipermudahkan Allah sampai bila-bila. Sebelumnya memang banyak kekalutan dan hampir I putus asa mengingatkannya. Rupanya memang segala kebaikan yang ingin kita buat selalunya akan menemui jalan yang sukar pada mulanya. Demi menyuruh umatNya supaya lebih kuat dan sabar dalam mencariNya. Tidak diakui, setelah hampir usia mencecah 31 tahun inilah kali pertama I menarik nafas lega. Hampir ke arah ketengan jiwa yang jauh dari keraguan. Bersyukurlah insan yang dikurniakan kelebihan itu. Gunalah ianya sebaik yang mungkin. Bekalan ke akhirat kelak.
Segalanya I lakukan untuk kedua Mama dan Ayah semata kerana Allah SWT. Walaupun baru di peringkat permulaan tapi I tidak malu mencari ilmu itu. Di usia yang lewat semestinya ada yang segan dan malu pada masyarakat. Tapi semuanya harus diketepikan, patut lebih malu pada Allah. Rezeki dan bekalan wang untuk meneruskan hidup di dunia memang penting sebagai mendapatkan makanan seharian. Tapi untuk akhirat pula apa yang kita bawa sebagai bekalan? Ini yang sedang I cari sekarang. Bekalan ke akhirat untuk diri sendiri, kedua orang tua dan bakal suami kelak. Bermula dari awal, biar lambat asal selamat.
Allah lebih mengetahui. Sikit demi sedikit ilmu itu dicari. Jiwa terasa lebih kuat. Tiada keraguan dengan apa yang I pelajari semoga semuanya baik saja. Semoga Allah lebih permudahkan jalan yang I lalu. Setelah sekian lama mencari. Tak mau lagi lepaskan ia dari genggaman. Kelas adalah setiap hujung minggu, pagi Sabtu dan Ahad selama 2 jam. Sebolehnya I akan free kan masa yang ada agar tidak lari dari matlamat yang I impikan selama ini. Terima kasih Allah. Dengan kelapangan ini.
Permudahkanlah...
Kelebihannya... |
Kenikmatannya |
Kebesarannya |
p.s. Menitis air mata menaip entri begini.. Sesungguhnya diriku ini hanya makhluk yang kecil di dunia ini..
No comments:
Post a Comment