Setiap hari, kecuali waktu cuti umum atau cuti rehat atau cuti sakit, I akan satu website keramat yang bakal menentukan mana arah tuju I selepas ini, mungkin 3 bulan, mungkin juga 4 ke 5 tahun mendatang. Bukan untuk diri sendiri semata, untuk Mama, Ayah dan inilah saja cara yang dapat membahagiakan mereka semata-mata kerana Allah.
I pernah kecundang sewaktu peringkat Ijazah Sarjana Muda, semua yang I usahakan musnah sekelip mata. Kesannya sehingga sekarang masih terasa bila keputusan CGPA tidak mencapai target yang I dah letakkan di awal tahun pengajian. Ujian Allah menimpa, mampukah ditolak?
Yang terbaru di laman portal SPA, beberapa jawatan telah I lepasi mengikut syarat-syarat semasa. Alhamdulillah, semoga ada ruang untukku terus ke hadapan. Lebih maju, bukan untuk bersaing, membela nasib kedua ibu bapa semata-mata. Semoga segalanya dipermudahkan Allah. Agar tidak lagi hidup begini dalam keadaan yang tidak menentu. Tidaklah bosan dengan keadaan pejabat, tapi cuba mengambil angin baru di persekitaran yang sedikit berbeza.
Impian, cuba untuk merealisasikannya dengan cara usaha yang berlipat kali ganda agar dipermudahkan jalan ke sana. Cita-cita, telah lama disimpan dan terbuku di hati yang hanya menanti waktu yang sesuai untuk dikhabarkan kegembiraan ketika berjaya mendapatkannya. Mimpi yang tak sudah, sebuah lagu oleh Ibnor Reza :D Hahahahahahaha*
Memang ada peperiksaan yang I pernah ambil awal tahun lepas, tapi KANDAS :( Semoga tahun ini membawa keberkatan dunia dan akhirat dan dipermudahkan segala apa yang I cuba lakukan. Tahun ini tahun penentu, I bersama SiDia. Semoga Allah mudahkan perjalanan kami bersama. Mungkin cabaran datang tapi kami cuba menanganinya.
Mari mula membaca buku untuk exam PTD pada tahun ini! Oh yeah!!
No comments:
Post a Comment