Nuffnang Ads

Monday, April 29, 2013

Shipitam Degam Sudah Recover

Memang goodboy. Lepas dah bawak jumpa vet, kesihatan Shipidam makin baik. Selera makan dah bagus. Minum air pun banyak. Bulu bersinar-sinar sikit tapi tang takde bulu tu belum recover la mungkin memang skin je selamanya. Shiannnn, Shipidam. Kalau diikutkan, vet kata hari tu dehydrated. Tapi Shipidam memang banyak minum dan banyak kencing. Semedang aje nak nukorkan pasior dia tuh. Paling best, dia makin kuat makan. Nasi gaul ikan. Tak mau ayam rebus lagi. Heyyy macam-macam ragamnye. Mama pulak ikutkan aje, kucen sekor lah kata. Manja tahap extreme.

Pemakanan ubat yang vet bekalkan sangat konsisten. Mungkin sebab ubat tu coated senang nak telan. Walaupun agak BESAR ubat tu ye Tam. Berjaya ikut cara macam vet dalam Internet yang I Google tu. Untuk yang susah bagi kucing makan ubat, cara I dengan Mama buat begini ye :


  • Dimulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.. Mohon dipermudahkan Allah tujuan kita beri ubat pada kucing @ pesakit itu.
  • Dudukkan pesakit di atas meja yang tak berapa luas. Belai-belai sikit. Meja tu mengurangkan risiko dia nak lari sebab ruang terhad.
  • Pegang tengkuk pesakit. Peluk sikit badannya. Dongakkan kepala pesakit dan tenangkannya sikit. Puji-puji la kata dia baik, hensem, gagah, manja dan lain-lain.
  • Buka mulut pesakit dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk kita. Di sisi kiri dan kanan mulut pesakit ye. Pesakit akan buka mulut sikit-sikit, pemberi ubat kena sabar sikit.
  • Jangan sesekali lepaskan pegangan dekat tengkuk dan teruskan memeluk pesakit. Masa dia buka mulut sikit-sikit tu lakukan cubaan memasukkan ubat.
  • Bila ubat dah masuk dalam mulut pesakit, regangkan pegangan di tengkuk bagi mudah dia nak telan. Tapi kekalkan dongakan kepala pesakit agar mudah ubat masuk ke dalamnya.
  • Setelah berjaya ubat itu dimasukkan dalam mulut, urut sikit tekak pesakit agar melancarkan perjalan ubat. Oh ye, tanda yang menunjukkan pesakit dah telan ubat ialah bila dia menjilat bibirnya tanda BESTTTT. Hahahaa

Sekian cara pemakanan ubat bagi kucing. Semoga anda di luar sana berjaya dengan method ini. Tak susah sebenarnya.. Mohon pada Allah dipermudahkan bagi kita ye. Selesai, syukurlah dengan izin Allah kita berjaya. Shipidam pun makin makin senang nak makan ubat. Takde paksa-paksa sangat. Esok proceed ke vet lagi. Semoga berita baik lagi untuk kitorang.

Shipidam Degam si panje-panje-panje

Sekadar berkongsi untuk dimanfaatkan semua orang. Untuk maklumat lebih lanjut dan bagus sila ikuti blog Hisham Marmin ini ye. Terima kasih dengan info yang sangat berguna ini. 

Sekian makluman.

No comments:

Post a Comment