Mana-mana tak lari dengan cerita GE, iaitu General Election. Takut ada, seram ada, marah ada, sedih pun ada... Semua bersuara. Dalam negara yang mengamalkan demokrasi, kita semua berhak bersuara. Namun, ada juga suara-suara sumbang yang hanya menyakit hati orang yang mendengar. Kalau yang benar, taklah terasa sangat luka tu tapi kalau yang dicakap tidak benar?
I sudah bersedia untuk turun mengundi pada 5 Mei 2013. Semoga semuanya baik-baik saja. Jangan ada kekecohan berlaku. Tak mahu ada perebutan apa-apa yang tidak sihat. Diharap, GE kali ini seperti yang lepas-lepas. Tenang sahaja. Tiada pergaduhan, tiada pertelingkahan, tiada kekecohan. Susah hati orang-orang yang terdahulu dari kita, semangat mereka mempertahankan keamanan sangat tinggi. Patutkah kita calarkan keharmonian dan keamanan itu.
Bersikap tidak mahu memihak kepada mana-mana individu mahupun parti, undian adalah rahsia diri sendiri. Mungkin sedikit terpengaruh dengan berita penyelewengan sesetengah pihak. Tapi, perbuatan mengunci mulut dan membuka telinga perlu dilaksanakan. Makin hampir, makinlah debar dada terasa.
Apa akan jadi pada anak-anak kita kelak :'( Dimana letaknya Iman seorang umat Islam, di ketika kekecohan begini semuanya lantang, lancang, kencang meluahkan suara amarah... Ya Allah...
Ini kawasan mengundi I... hurmmmm |
I sudah bersedia untuk mengundi di Parlimen Wangsa Maju. Adakah anda yang lain sudah sedia? Kalau sudah, Syukur... Yang elok dijadikan pedoman dan panduan. Yang buruk kita singkirkan dari hati.
No comments:
Post a Comment