Nuffnang Ads

Thursday, April 11, 2013

Mari Mengundi, Tunaikan Kewajipan

Berlainan arah kami...

Dah keluar pun tarikh mengundi iaitu pada 5 Mei 2013 yang jatuh pada hari Ahad. Setelah diumumkan semalam (10 April 2013), tarikh yang ditunggu pun selamat diwar-warkan. Ini kali kedua I mengundi ye. Kali pertama merupakan undi pos sebab I jadi Kerani Mengundi. Tahun ni dapat mengundi macam biasa. 

Of course awal pagi SiDia akan mengundi di Seremban dulu dan lepas tu I ingat nak ajak SiDia teman I bawak Mama balik ke KL sebab tempat mengundi kami sama. 

Pulang ke hometown
Memang di hometown

Ye, Taman Melati ialah hometown I. Sooooo Key Ell darah yang mengalir dalam tubuh ni. Proud to be KLian. Rindu sama hometown. Amik kesempatan ni nak jumpa kawan-kawan lama. Rindu nak zaman kecik-kecik balik! OK ini ialah tersasar dari matlamat asal dan tajuk entri ini. 

Akhir kata dari I yang cuma rakyat biasa dan seorang penjawat awam yang bekerja di bawah Kerajaan Malaysia, tunaikanlah kewajipan anda semua ye. Tak mau pung pang pung pang sana sini jerit-jerit macam apa je tapi tak mengundi langsung. 





No comments:

Post a Comment