Nuffnang Ads

Wednesday, April 17, 2013

Kembali Lagi Ke Pulau

Rindunya nak cuti-cuti dan celup badan dekat dalam air laut. Kali terakhir pergi bulan Oktober 2012. Kali ni nak pergi lagi untuk kali pertama dengan geng-geng HA. Selama ni pergi dengan kawan-kawan sepejabat je. Tukar angin pulak, try pergi dengan kawan-kawan bersama anak mereka. Dah biasa dengan yang bujang, tengok pulak macam mana dengan mak-mak budak handle anak dekat laut macam mana.

Macam-macam plan ada. Mula-mula ke Pulau Perhentian, kemudian tukar lokasi ke Pulau Redang. Bila Wahid bising sikit mulalah gelupur. Walau macam mana pun kami mesti cari tempat yang paling murah sebab kawan-kawan semua berdua dengan pasangan. Tak boleh nak pentingkan diri. 

Harga pakej penginapan dan snorkeling adalah bergantung kepada chalet yang dipilih ye. Ada pakej menyediakan penginapan dan makanan tapi aktiviti sendiri. Ada pula yang menyediakan penginapan, snorkeling dan makanan full course tetapi bilik ialah kipas sahaja tiada penghawa dingin. Makin mahal sekarang pakej yang disediakan. Harga standard adalah dari RM 350 ke RM 450 malas ada yang lebih tinggi dari harga ini. Mencekik! Dan harga pakej adalah berbeza dari tahun ke tahun ye dan mengikut musim. Kalau peak season, tinggi sikit harga pakejnya. 

Terdapat 2 pilihan dalam pemilihan ini : 
  • Watercolor Chalet, Pulau Perhentian Besar - harganya boleh tahan murah, bilik berhawa dingin, snorkeling trip sebanyak 2 kali dan gear sekali, khidmat bot dari jeti ke chalet dan paling best ialah makanan dia bukanlah buffet macam chalet lain. Ianya menyediakan makanan secara credit, dimana kita boleh order makanan sebanyak mana asalkan tak lebih dari credit limit yang ditetapkan untuk sekian bilangan ahli kumpulan. Ramai juga yang duduk di Watercolor Chalet ini mungkin sebab ianya murah dan kami pernah juga ke sini awal 2011. Owhhhh-semmmmmm!

  • Redang lagoon Resort, Pulau Redang - setakat ni pakej termurah yang I dapat cari. Pakej termasuk penginapan berhawa dingin, makanan full course, khidmat bot dari jeti ke chalet dan snorkeling trip sebanyak 3 kali tetapi penyewaan gear adalah berasingan. Tak pernah kesini, cuma berdasarkan gambar-gambar. Tempahan pun belum dibuat. Tunggu pay day barulah book betul-betul mengikut jumlah penyertaan kawan-kawan. 
Nampak menarik dan murah ye
Sebagai panduan juga kepada yang nak bercuti ke pulau di waktu high season ini. Laporan seterusnya akan diberikan sebaik saja kami selesai mengemukakan bilangan ahli dan bayaran tempahan dah dibuat. I dah tak sabar! Dah bersawang goggle snorkeling I lah. Tak sabar nak mengapung dan capture gambar cantik-cantik. Kali kedua nak ke Redang. Camne lah rupanya I naik speedboat tu lagi yea hihi

I RINDU PULAU! I RINDU LAUT!

walaupun I tak pandai langsung berenang, what the heyy! I can put the life-jacket on, whattt ;)

No comments:

Post a Comment