ALHAMDULILLAH! Tu saja yang I dapat ucapkan. Terima kasih Allah atas segala nikmat yang diberikan. Walau hanya untuk ditemuduga sudah membuatkan Mama, Ayah dan Sayang bahagia mendengar berita gembira itu. Walau hanya satu sesi, tapi itu juga membuatkan I rasa bersyukur. Allah mendengar segala rintihan. Allah makbulkan doa, agar dilapangkan rezeki I selama ini yang selalu menunggu, menanti dengan penuh sabar. Bukan I saja yang memohon jawatan itu. Pastinya beribu calon juga mencuba nasib sebaik mungkin. Seluruh Malaysia, semua peringkat umur, berkelulusan Diploma ke atas dan yang berharap untuk menjadi Penjawat Awam.
10 tahun sudah I memohon jawatan ini. Dulu, permohonan untuk menjadi Penjawat Awam hanyalah menggunakan borang. Tiada versi online, tiada kemudahan satu click sahaja. Segalanya bertulis. Harus diperbaharui setiap tahun. Mudah untuk generasi kini. Layari laman web dan menaip di keyboard. Selesai masukkan semua maklumat, boleh terus mencetak slip dan ianya untuk 5 tahun. Tak perlu diperbaharui setiap tahun seperti kami dahulu. Zaman berubah.
Harapan sangat besar. Kata Mama, tak mengapalah naik sikit demi sikit. Rasa kesusahan dulu. Baru timbul kenikmatan. Tempoh hari, Peperiksaan PTD telah I tempuh dan keputusan belum diterima. Harapan hampir musnah, susahnya soalannya.. Tapi pada Allah juga I berserah. Kun Fa Ya Kun... Kalau itu yang dikehendaki Allah, maka akan jadilah ia.
Dengan izinNya, I akan ditemuduga di bangunan Wisma Persekutuan, Seremban pada 2 Mei 2013. Insya Allah akan berada di sana jam 8.00 am. I tengah giat sekarang menyediakan dokumen yang perlu dibawa oleh calon yang akan ditemuduga. Buka balik fail yang penuh dengan maklumat peribadi. Susun satu persatu. Semoga tak ada satu pun yang tertinggal. Checklist sentiasa dikemaskini, agar lengkap semua yang dikehendaki. I takmau membuatnya dengan sambil lewa. Bukan nak yang terlampau sempurna juga, cukup dengan memenuhi semua kehendak Suruhanjaya. Hanya doa yang dapat diiringi...
Harapan pada hari temuduga, Sayang I hadir bagi sokongan. Tapi kalau u masih bekerja I redha. I taknak paksakan u. Itu punca rezeki kita sekeluarga, Sayang. Ini juga... Kita kongsi susah senang ye. Sampai bila-bila. Macam janji kita selama ini. Semoga Allah sayang kita selalu. Ameennnnn...
surat panggilan temuduga :) |
Ini wishlist I selama bekerja sebagai Penjawat Awam. Semoga dipermudahkan segala urusan temuduga I. Walaupun I dah agak nervous sekarang...
No comments:
Post a Comment