Nuffnang Ads

Thursday, August 15, 2013

Bercakaplah Menggunakan Otak

Astaghfirullah... Rasa panas membuak pulak bila mengenangkan sorang teman di group dalam whatsapp. Simpati dengan hidup dia dan environment dia. Nampak dia sempura, hidup mewah, pakaian dan makanan cukup. Sudah berkeluarga. Dan ada suami yang baik dan sepasang anak yang comel. Tapi dia...

Bukan I nak komen lebih sangat. Cuma bagi I, eloklah kita berhati-hati bila mengeluarkan apa-apa kenyataan, tak kira secara bertulis atau bertaip atau bercakap. Kadang tu apa-apa ucapan yang kita ungkapkan akan menyentuh hati sesiapa yang terasa. Kita pun tak sedar kalau ucapan kita tu diperhatikan. Silap sikit nanti akan terkena. Zaman sekarang, bukan saman menyaman lagi dah. Apa-apa pun pakai pistol. Semua main TEMBAK sesuka hati. Adalah baik kalau kita elakkan perkara tak diingini macam ni. Dari hal politik ke isu perkauman sampailah yang paling terkini, perpecahan umat Islam.

Sahabat,

Memang I akui yang u bukanlah seorang yang lemah dan tidak berpendirian. I tak mampu bersuara lantang macam u. I tak reti nak pesongkan orang dengan segala fahaman yang belum tentu betul dan berguna. Tak pernah sekali pun I bantah apa yang u sebut dan maksudkan selama ni. Cuma hari ni, bercerita hal agama dan pegangan hidup kita. I terpaksa sedarkan u, yang segala fakta u haruslah dikaji dulu sebelum seronok bercerita dari atas sampai ke bawah. Kenalilah dulu diri sendiri sebelum menggunakan fakta yang tak semestinya betul. Cari maklumat dengan tepat, berguru dengan orang betul, baca bahan ilmiah yang diiktiraf. Perkongsian di Facebook tak menjanjikan syurga, kalau semuanya fitnah. Tinggikan ilmu u sebelum bercerita. Penuhkan segala pengetahuan di kepala. Kerana kita tak tau, apakah kesan kepada ucapan kita itu kepada orang sekeliling kita yang mendengar, membaca dan memerhati. 

Semoga Allah buka pintu hati u, untuk lebih berhati-hati dalam apa jua perilaku. I hanya seorang kawan yang lemah, tak penuh ilmu di dada. Takut juga tersilap langkah. I cuma mampu doakan yang terbaik untuk u. 

Entri ini juga sekadar menasihati diri sendiri agar yang buruk dijauhi dan yang baik dicontohi. 

No comments:

Post a Comment