Nuffnang Ads

Thursday, August 15, 2013

Kahwin Oh Yeah : Borang-Borang

Kebetulan, Sayang cuti hari Selasa lepas. Ambik kesempatan lah nampaknya nak selesaikan beberapa perkara yang memang dah dirancang sebelum ni. Memang lepas raya kitorang nak ke Pejabat Agama Daerah Seremban. Setelkan hal borang kebenaran nikah. Kalau tak bila lagi lah nak pergi. Sayang susah nak cuti. Hari Sabtu pun bekerja. Hari Selasa pun tak ramai berada di office I. Kerja pun tak berapa nak cemerlang. Dapat kebenaran, terus keluar minum dan ke pejabat agama. Sebelah petangnya, ke Klinik Kesihatan Ampangan. Kan senang, semalam lepaskan a few things. 

Borang untuk lelaki dan perempuan dah siap diisi. Cuma beberapa perkara I belum dapat buat salinan. Yang dapat pun kad pengenalan kitorang je. Untuk perempuan, nak kena ada Sijil Nikah Ibubapa (sebab anak sulung, Kak Yong la kate), salinan kad pengenalan wali, Sijil Cerai (soalan dah basi jugak kalau ada sesiapa bertanya), lengkapkan Borang Pemastautin dan gambar. Bagi lelaki sikit je, nak Sijil Kursus Kahwin dan gambar sahaja. Eh, kenapa Sayang sikit sangat ni? 

Banyak jugak benda yang nak kena cari ni...
HIV Test pun siap! Lega.... sangat sangat. Part ni yang I paling susah nak pergi sendirian. Nanti I nervous tak tentu pasal. Itu pun kena cucuk dah pucat jari padahal ketip sikit je. Sorry Akak Nurse, kena picit-picit jari gemok I supaya darah keluar untuk masukkan pada tester. Lega je bila dah selesai. I senang hati, Sayang pun senang hati. Lepas ni boleh selesaikan hal lain pulak. 

Ikutkan penerangan daripada kerani di pejabat agama tu, penghujung bulan September dah boleh submit borang tu. Untuk play safe, buat selesaikan semua dan senang nak hantar nanti. Ahhhhhh, lega!

Ceria muka orang cuti ye
Done! Anda bila lagi ;)

No comments:

Post a Comment