Bila jam melepasi 1.00 am, selepas bersalaman, I dan Mama mengiringi Achu, Wanteh, Sonny Boy dan SiDia ke pagar depan rumah tempat diorang park kereta. Nampak sebuah 4WD dan sebuah MPV berhenti dalam keadaan macam terkejut di tepi jalan. Kecoh-kecoh macam ada pencuri atau perompak. Ah sudahhhh, makin la suspen bila fikir macam-macam. It was a snake! Tengah jalan melingkar tengah nak panaskan badan dia kot.
Nasib baik budak-budak lelaki ni kebetulan lalu jalan ni dan diorang la yang tolong tangkapkan ular tu. Confirmed! Keluar dari kawasan semak yang dah hampir jadi hutan betul-betul depan rumah kami.
Kawasan Taman Kekwa tu memang dah diratakan tapi belum ada apa-apa pembangunan. Dengarnya nak naik rumah kedai. Dah berhutan banat ape ke kedai yang ada. Haiwan liar ada lah kot. Takat anjing memang selalu keluar masuk kawasan tu. Kali ni lagi advance la dengan ular sawa pulak. I was wondering, apa yang ular tu makan sampai besar gitu????
Laporan dah dibuat pada Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan sedang tunggu tindakan. Insya Allah, untuk keselamatan kejiranan disini I akan update dengan MPS selalu. Harapnya ada tindakan dari pihak MPS untuk masalah ni. Bukan haiwan je yang kita takut berleluasa, boleh jadi tempat jin bertendang dan juga sarang penagih. Seram jangan cakaplah kan.
Ok kalau besar camni nak biarkan lagi ek... |
Thanx adik-adik yang berjaya tangkap... Pi jual dik manatau korangdapat habuan :D |
No comments:
Post a Comment