Nuffnang Ads

Tuesday, August 6, 2013

Raya Oh Yeah : Distribute Sahur Gelandangan

I orang pertama tiba! Ok, not to mention tapi kenapa I dan Sayang yang tiba awal di meeting point kitorang ye. Siap kami sempat ke Tesco Seremban 2 untuk beli barang tambahan yang tak cukup. Alhamdulillah.. Tiba di Stesen LRT Masjid Jamek tepat jam 11.50 pm, awal 10 minit dari waktu yang dijanjikan. Rupanya rakan yang lain ada yang masih lepak di rumah. Apa lagi, amik satu lap dekat Masjid India. Rambang mata woi!

Ketibaan...
Rakan lain mula sampai dan diorang terus ke tempat letak kereta belakang mahkamah, dan betul-betul di pertemuan antara Sungai Klang dan Sungai Gombak. Ramai jugak yang hadir sekali. Lebih daripada senarai di RSVP. Havoc! Lagi-lagi ada photographer. Tunggu makanan sampai dan nak packing a few items. Kiranya sempat jugak nak bergambor.

Tengok... boleh lepak lagi tu
Picture courtesy of henpon Wawa
I amik chance jugakkk
Dah selesai, semua bergerak dalam 2 kumpulan. Kumpulan Wawa ke kawasan Bus Stand Klang dan Petaling Street serta sekitar. Kumpulan I dan beberapa orang lagi berjalan ke arah yang sama kemudian berpatah balik untuk ke Masjid Negara. Memang ramai gelandangan di sana. Selesai satu pack, kami berjalan lagi ke Lebuh Pasar dan belakang Pasar Seni. Dapat sekumpulan gelandangan yang sedang tidur di kaki lima bangunan. Tapi masih ada baki nasi dan air, kami ke Kotaraya dan di situlah kami bertembung semula dengan kumpulan yang lagi satu. Semuanya selesai dan kami berpatah balik ke kereta.
Picture courtesy of henpon Wawa.. sementara tunggu Abg Rockstar upload :)
Paling best, lepas agihkan makanan kami pulak nak makan. Memang taknak kedai mamak. Kalau Murni jauh sikit ke PJ. Senang cerita, Nasi Lemak City Garden. Puas lah sorg makan 4 bungkus hahaha. I makan satu je. Tu pun xlarat. Tepat jam 4.00 am memang perlu gerak ke Seremban semula. Sayang kerja.
semua dah lemau ye masa sahur ni cuma kanak-kanak lelaki tergelak-gelak lepas makan
Aktiviti ni memang fun. Cuma kami takdelah extreme sampai nak turun bawah jambatan tepi sungai bagai. Tepi koridor bangunan berani lah. Malam tadi je ada beberapa group yang buat aktiviti sama. Kalau ada lagi kumpulan yang berkeinginan nak buat charity macam ni better ke Chow Kit atau Bukit Bintang juga. Kawasan Masjid Jamek dan sekitar agak jauh perjalanan dan ditambah dengan Dataran Merdeka yang sesak, lagi-lagi di malam minggu.

Sekadar cadangan :)

Salah satu group yang kita jumpa, Group Baju Merah

No comments:

Post a Comment