Takde niat langsung I nak aibkan sesiapa. Tujuan entri ni pun untuk tauladan bersama. Benda tak elok kena elakkan lah. Lagi-lagi kalau benda tu akan datang kesan pada orang keliling jugak. Kalau u rasa takde apa-apa tapi orang lain? Kadang-kadang tak boleh lah nak selfish. Oh yes, u bukan jenis yang ambil tahu hal keliling. Apatah lagi nak masuk campur dengan masalah orang. Tapi sikap u dah melampau sangat.
Kesinambungan dari kejadian ular sawa di Taman Dusun Setia tu, I nak jugak selitkan dekat sini keadaan keliling rumah yang membuatkan pembiakan ular dan binatang liar lain berkembang dengan pesatnya. Pada asalnya kawasan kami adalah ladang getah dan ni jugak faktor rumah banyak anai-anai. Itu satu hal. Ni hal haiwan seperti ular dan sebagainya. Kawasan ni sebelumnya macam hambar sikit. Bila muncul taman-taman lain sebelah kawasan tu yang jadi ok sikit. Ramai orang lalu lalang.
Kisah ni I nak kongsi kerana dah bertahun. Tak tahan dengan keselekehan jiran betul-betul sebelah rumah I. Kita yang sakit mata memandang keadaan rumah yang uzur sangat. Macam mengundang banyak benda yang tidak baik. Ya Allah, tengok luaran pun orang dah tau macam mana dalamannya. Mula-mula I berfikiran positif, mungkin dalamnya bersih walaupun luar semak samun hutan belukar.
Dari kawasan masuk rumah, penutup longkang dah kena curi dan runtuh simennya, paip air SAINS pulak bocor, selalu air meleleh je mengundang pembaziran dan semak samun pulak dah setinggi manusia.. Hurmmmm, dapat bayangkan ke? Di pintu masuk rumah, tingkapnya pun dah terkopak takde bercermin. Hanya ditutup dengan kain pelikat. Puncanya, pada 2 tahun lepas waktu petang I balik kerja ada pencuri dah memecah masuk rumahnya dan curi tong gas. Langsung tak repair la ingkap tu, tutup gitu je. Kali kedua rumahnya dimasuki pencuri, I nampak orang yang sama bawak lari kipas pulak. Kali ketiga, kejadian dalam minggu lepas, orang berlainan pula membawa lari CPU dari rumah jiran I ni. Depan mata I, 3 kali kejadian rumahnya dimasuki pencuri, belum yang I tak nampak...
Akhir sekali, pemandangan dalam rumah. Astaghfirullah, nasib baik I tak sakit jantung dan bukan I yang capture gambar ni. Kami memang perasan dah lama jiran I ni tak balik rumah. Kain pelikat dekat tingkap pulak berkibar-kibar je. Ye la takkan I nak betulkan. Nanti nampak macam I pulak pencuri. Gambar bawah ni adalah keadaan dalaman rumah jiran yang I maksudkan. Lihat dan nilai....
Dia yang semakkan atau pencuri buat? |
Boleh hidup macam ni? |
Apa yang dalam fikiran u kalau dapat jiran macam ni? Ni baru dalam rumah, belum tengok luaran rumah lagi :'( |
Bukan nak mengaibkan tapi fikirlah keselamatan dan keadaan sekeliling. Memang berderau darah I bila nampak pencuri keluar dari rumah jiran sebelah. Rasa nak pitam, kalau ke rumah kita pulak macam mana. Apa yang u akan buat kalau jadi macam tu? Perihal pencuri satu, perihal binatang pun sama. Dalam semak tu kita tau ke apa yang bersarang? Dia tak kisah sebab dia tak duduk situ sepanjang masa. Mungkin balik kampung pada hujung minggu... Tapi kami yang sentiasa ada di rumah?
Apa kesudahannya cerita jiran I ni? Tiada. 2 kali dah I upah orang potong dan bersihkan semak dalam kawasan rumah dia tapi tiada perubahan apa-apa. Berapa kali yang I kena tolong dia? Sedangkan dia taknak tolong diri sendiri dan kami, jiran-jiran dia... Dia sakit mental ke?? Sampai terkeluar ayat macam ni...
No comments:
Post a Comment