Berani mengambil risiko menyemak keputusan temuduga jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 yang I dah hadap pada Mei 2013. Hahaha ada banyak kemungkinan tu. Kalau BERJAYA, kena sediakan mental fizikal nak berhijrah ke pejabat baru. Kalau TIDAK BERJAYA kena persediaan mental lebih sikit sebab nak raya ni lagi lah jiwa kacau kalau result macam tu. Tapi kalau dah ada keyakinan dan hati keras serupa batu silalah... ke Laman Web SPA untuk menyemak status temuduga anda tempoh hari.
Dengan kagumnya, I tak sangka keputusan TIDAK BERJAYA. Padahal I dah jawab sepenuh hati dan semua jawapan diberikan dengan bernas serta idea menarik untuk mengangkat martabat penjawat awam dan menepis semua kritikan menjatuhkan dengan berusaha bersungguh menjadi penjawat awam yang beretika dan bercita-cita tinggi di samping memelihara integriti diri.
Percaya ke semua tu apa yang I jawab sepanjang temuduga. Takde tanye langsung ok. Tanye pasal kerja sekarang sahaja. Insya Allah, tahun depan cuba lagi. Nampak macam sekarang ni banyak peluang kerja baru di agensi-agensi kerajaan. Tak salah mencuba. Selagi terdaya dan termampu dan layak. Takde masalah...
Nah, ni lah hasil dari temuduga yang berjalan lancar pada pagi yang indah tempoh hari :)
Dukacita tu ada sikit la.. Tapi sape ade kabel meh tolong jadikan I calon simpanan pun dah ok hehehehe |
No comments:
Post a Comment