Nuffnang Ads

Monday, August 12, 2013

Raya Oh Yeah : Sawah Lebar Yaw!

Seronoknya Sayang beraya di kampung. Penuh rumah. Riuh rendah. Tak pernah dapat suasana macam tu. Pernah juga sekali beraya dalam suasana kampung tapi tak semeriah macam ni. Di Sawah Lebar ni penuh dengan budak kenit-kenit yang menjerit berlari main bunga api. Penuh la asap dekat laman rumah Arwah Wan. Dan selamat untuk budak-budak berlari. Sebab kedudukan rumah agak tinggi, jauh dari jalan besar.

Tak agak-agak, bapak budak dan kanak-kanak dewasa pun sama naik jugak. Main mercun sampai berpuluh das. Nak lawan mercun KLCC katanya. Hehehe. Yang mak-mak hanya mampu tengok.
Macam ni la keadaan di Sawah Lebar, Kuala Pilah. Sayang punya kampung! Berjaya juga sampai berbekalkan kuih sikit dan Adik tolong drive kan I kesana. Lepas la hajat nak beraya dengan Sayang pada Aidilfitri kali pertama ni. Dah tentu tahun depan I akan jadi sebahagian dari diorang. Insya Allah panjang umur... Dan semoga dikuatkan jodoh antara I dan Sayang :)

Terima kasih Mama dan Sayang sendiri tolong served makanan yang sedap-sedap ya amat untuk I dan Adik. Kenyang! Siap Baba tolong tuangkan kuah lontong. Ayoooooookk, kenyang nyeeeee. Pukul 10.00 pm gigih makan lontong dan lemang dan redang dan nasi impit dengan kuah kacang. Gemok gemok gemok. Terima kasih Mama Baba Sayang dan family yang lain-lain. First time jumpa Kak Long Niza (wife Ayong), Abang dan anak-anak buah Sayang yang lain. Ada juga yang I dah pernah jumpa sebelum ni. Semuanya best. Syukur... Dikurniakan keluarga yang baik-baik dan mesra.

I datang dari keluarga kecil sahaja dan kurang close semua ahlinya. Di Sawah Lebar inilah I menumpang sikit kasih sayang yang tak terhingga. Terima kasih sebab terima Wanie seadanya, walau siapa pun Wanie dan apa juga pun sejarah dalam hidup Wanie. Alhamdulillah. Syukur Allah kerana temukan I dengan Sayang. Dengan izinMu...

* sorry, no pictures had been taken due to my first time experience in Sawah Lebar and it was night time where all relatives had changed their Raya outfits.

No comments:

Post a Comment