Memang sangat ke laut, ke tasik, ke bendang, ke hutan, ke bantal, katil semualah. Tak ade mood langsung nak bekerja. I tak bercuti panjang pun. Kiranya cuti memang yang public holiday sahaja. Apakan daya tidak berkampung dan keluarga kecil. Redha je jaga office waktu raya. Tapi best, sunyi je. Bukan ada kerja. Bos semua takde, surat pun tak datang. Duduk office lepak semata.
Ni pun dah 3 hari masuk office. Sejak Isnin, rasanya hanya 1 surat je yang I dah buat. Lain-lain hal, mengedit gambar sana sini, menyelongkar baju kahwin dan tudung kahwin orang dalam Google dan mendengar lagu sekuat hati. Takde orang selamba lah...
Paling buat I bad mood ialah baju raya I hancur luluh. Kakak tailor yang berjanji manis tu memang tak hantar baju I langsung. Review dari kawan-kawan pulak, banyak kecomotannya pada jahitan baju kali ni. Tak macam baju color block I sebelum ni... Memang frustrated giler. Sebab harapan pada dia je. Memang hati ni berat je kata takkan dapat posing maut dengan baju blocking pada pagi raya. Termakbul doa kudus.
Gambar paling meliuk yang I ada :p |
Pagi ni pulak dapat whatsapp dari Wawa, nak gambar meliuk-liuk dari kain color block yang kami beli ramai-ramai tu. Lagilah stress I baca! Rasa nak menjerit je. Dalam 3 pasang I beli hanya siap jadi elok 1 je. itu pun yang kuning dan purple. Lagi 2 pasang tersadai dekat tailor lagi. Tak tau apa rupa, tak tau apa jadi. Tengok gambar kawan-kawan cantik semuanya. Benci benci benci benci jeeee. Setelah dimarahi oleh Fira, akak tu bersetuju nak hantar baju tu esok. Dengan harapan nanti wedding pada hari Ahad bolehlah I pakai. Itu pun kalau elok jadinya. Ikutkan kain yang dijahit untuk baju kawan-kawan I, hancussss!
Ok keadaan office sekarang senyap, sunyi dan sejuk lengkaplah 3S. Kalau hilang nampak sangat nanti mengular. Macam-macam spekulasi orang. Baik I duduk dekat office ni. Melayari apa yang patut. Asalkan telefon berangkat, surat di cop terima. Buat sikit-sikit Fail Meja baru dan uruskan stor pun sikit-sikit. Done! 4.30 pm punch balik.
Marilah moooooood! Mariiiilaahhhh~
No comments:
Post a Comment