Nuffnang Ads

Saturday, August 24, 2013

Panduan Kepada Bakal Pengantin

Dengan berbekalkan pengalaman semalam, meneman Sayang mendapatkan salinan semula Sijil Kursus Pra Perkahwinan, bolehlah I share sikit pasal macam mana cara untuk mendapatkan balik salinan tu. Tak susah pun cuma kena berkejar ke sana sini jugak. Kalau taknak susah, kena pergi balik kursus tu je. 2 hari tu sanggup ke? Buat semua ni sehari je. Jom tengok cara mendapatkan kembali Sijil Kursus Pra Perkahwinan yang TERhilang. The word 'TER' was purposedly being highlighted for those who doesn't even matter where in the world they've filed up their certificate. Dang!

1. Tempat kursus dijalankan - Hubungi tempat dimana kursus dijalankan. Nyatakan tarikh berkursus dan bersama siapa (oh ini tak perlu sebenarnya). Macam kes Sayang, dia dah call Zura's Akademik dan nyatakan tarikh kursus pada tahun 2010. Kena call awal ye sebab mereka perlu sediakan Surat Pengesahan Hadir Berkursus dan salinan attendance untuk Sayang bawa ke Pejabat Agama Daerah dan untuk membuat Akuan Sumpah.

2. Pesuruhjaya Sumpah - Terletak berhampiran je dengan tempat berkursus selalunya bagi memudahkan urusan. Selepas Pesuruhjaya Sumpah dah interview sikit-sikit kenapa hilang kemudian akan ada borang yang pemohon perlu isi dan tandatangan. Kemudian borang itu akan dicop setelah disumpah. Errrr, disumpah?! Bayaran bagi urusan ini ialah RM5 sahaja. Selesai urusan sumpah menyumpah bolehlah terus ke Pejabat Agama. Tempat kursus Sayang letaknya di Bangsar, Kuala Lumpur dan dalam kes ini kenalah ke Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI).

3. Pejabat Agama Daerah - Terus ke pejabat agama selepas dah buat Akuan Sumpah. Di JAWI, kami terus ke Bahagian Pra Perkahwinan di Tingkat Bawah dan serahkan Akuan Sumpah pada kerani bertugas. Ada borang yang perlu diisi oleh pemohon. Sebelum sijil dicetak, bayaran RM5 haruslah dibayar di Kaunter Kewangan yang terletak di Tingkat 2. Tiada nombor giliran, terus ke kaunter. Selesai pembayaran, turun semula ke kaunter di Tingkat Bawah dan serahkan resit bayaran yang telah dibuat bagi mendapatkan semula sijil asal.

Itu saja panduan penuh yang diharap dapat membantu u all semua yang kehilangan Sijil Kursus Pra Perkahwinan. Semua kejadian mengambil masa kurang dari satu jam termasuk perjalanan dari Bangsar ke JAWI yang terletak bersebelahan dengan Masjid Negara.

Alhamdulillah... Kami akan uruskan Borang Kebenaran Nikah dengan secepat mungkin selepas ni. Insya Allah.

No comments:

Post a Comment