Nuffnang Ads

Wednesday, August 7, 2013

Raya Oh Yeah : Pinky Winky!

Berjaya hasut Mama, Ayah, Adik dan Sayang untuk bertema PINK untuk Eid 1434H ni. Yay! Actually, takde niat pun. Cuma bila dah ada baju tu I pulak paksa family untuk ikut warna baju I. Kuikuikui. Sampai ke Ayah pakai pink tau. Cantik apeeeee. Hahaha. Tapi I tak kejam la suruh ayah pakai shocking pink. Sayang aje sama kaler dengan I. Sebabnya Sayang I yang sorang tu cerah orangnya. Any colors will suit him well. Weeehuuuuuu!

Sayang belum official jadi family member kami tapi bila dapat sambar sepasang baju melayu Teluk Belanga warna pink, dengan rasminya Sayang dah sama kaler dengan kami. Don't worry, Baby... Tahun depan kita sekeluarga, dan plus sorang baby, kita go for different color ok. Tak sabar! Especially yang part ada baby tu. Ops, terlebih sudah....

Ayah, Adik dan Sayang mesti segak berbaju Teluk Belanga nanti. I dan Mama pulak berkurung moden. Walaupun baju I macam dah basi, sebab pernah dipakai masa I jadi pengapit Tasha. After that memang baju tu tergantung rapi dalam almari. Dengan tujuan nak pakai raya. Sanggup I simpan je tak pakai-pakai. Sayang woi, sebab upah dekat Khaty Senawang dengan harga baju ngalah butik mahal. Siapa suruh kan. Takpe asalkan puas. Yang tak complete sekarang tudung aje. Ada-ada je akal ni nak shopping last kopek!

Sekarang bagi intro sikit je. Nak tengok bebetul kena tunggu pagi raya. Heuheuheu. Puasssss! Dengan kuasa tak mau kalah, berjaya berbaju pink nanti. Lagipun baju ni adalah persediaan kepada majlis yang akan berlangsung pada Disember nanti. 2 in 1, jimat dan senang. Tak perlu nak mencari-cari lagi nanti. Syukur...

Sorry, I bukan jenis terikut orang yang setiap tahun ada warna hot-hot ala artis. Dengar cite tahun ni kaler yang in-trend ialah Emerald Green ye? Kami sekeluarga warna kulit kusam sikit kalau masuk hijau macam tu tapi kalau kuning diraja mesti orang kagum tengok barulah teranggggg. Wiwiwiwiwi :) Dan I pun bukan jenis ikut fesyen sangat. Peplum? Sekejap aje nanti bila dah tak fofular mana nak campak baju tu kan.

P.s. I menjadi pengumpul baju pink setelah baju-baju kuning memegang title warna paling mencuri hati I seumur hidup. Hehehe. Tak tau ngape, pergi kedai baju mesti tuju baju kuning dulu!

I tetap suka baju macam ni :)

Harus ye cari tudung kuning atau krim
(AGAIN?! Kuning??)

No comments:

Post a Comment