Jangan mudah kita menyerah,
Pada bisikan syaitan penghancur
Jangan mudah kita kalah,
Pada kata caci nista
Jangan mudah tunduk,
Pada kelemahan dan kekurangan
Selagi bersama...
Selagi itulah kita satu
Sayang dan menyayangi, antara satu sama lain
Rindu merindu pujuk dan rayu
Manja melekat berdua, agar tiada jurang pemisah
Selagi bersama...
Janji digenggam erat, minta ditunaikan
Cinta selalu bersinar, bergemerlapan
Hidup bahagia, tiada tepian, tiada hujung, tiada sempadan, tiada pencerobohan..
Selagi bersamalah kita hidup gembira
Ahhh.. Tak peduli orang lain
Yang sukakan kehancuran kita
Kita pasti kuat dan tegap dalam menepis semua pukulan hebat
Selagi bersama itulah
Aku selalu akan menjadi penemanmu
Suka, duka, turun dan naik
Selagi bersama itu jugalah
Dikau adalah sahabat karibku, doktor cintaku, guru terhormatku dan pengemudi layarku
Hidupku, hidupmu berpelukan
Semoga Allah pelihara kita, Sayang...
Kerana kita...
Memilih untuk bersama sampai Syurga :)
** 4 bulan dah tak lama... Permudahkanlah, Ya Allah.
No comments:
Post a Comment