Terpanggil untuk menulis, 'Mereka Bukan Mat Rempit' kerana mereka hanyalah penunggang dan pembonceng motosikal yang harus dihormati. Sebagaimana pemandu dan penumpang kenderaan lain, penunggang motosikal juga adalah pengguna jalanraya yang sentiasa membanjiri jalan-jalan di seluruh dunia, setiap hari. Mat Rempit? Tergolong dalam kumpulan penunggang motosikal. Cuma terdapat perbezaannya sedikit antara Mat Rempit dan penunggang motosikal.
Kelajuan. Tidak dinafikan yang penunggang motosikal semuanya memang laju. Kalau diikutkan yang kita semua nampak mereka lebih laju semasa kita semua sedang tersiput-siput dalam kesesakan lalu lintas. Di jalan yang biasa, tidaklah selaju mana pun. Pernah tengok lumba haram? Saksikanlah sendiri dan nilai tahap kelajuan mereka. Kebanyakan motosikal yang kelajuan melampau sudah diubah sana sini dan berbeza dengan motosikal yang mempunyai spesifikasi asas sahaja.
Cara menunggang mereka juga berbeza. Tiada gaya-gaya senget atau Superman kalau sesebuah motosikal itu dibonceng oleh pakcik-pakcik atau perempuan-peremouan yang tujuannya membonceng ke tempat kerja atau ke kedai, contohnya. Jujur, cara menunggang merbahaya hanya dibuat oleh mereka yang tidak sayangkan nyawa. Kita juga tahu yang pekerja penghantaran seperti McDelivery dan Posmen juga menunggang laju. Kerana mereka ada sasaran masa sendiri.
Undang-undang jalanraya juga memainkan peranan penting. Penunggang motosikal juga adalah pengguna jalan raya. Kita juga marah bila pemandu kereta tidak mematuhi undang-undang jalanraya. Cuma yang dirisaukan, Mat Rempit yang selalu menyusahkan kita bila mereka bertembung dengan polis atau penguatkuasa. Menunggang dari arah bertentangan dan melanggar lampu isyarat sangat membahayakan mereka dan kita. Penunggang biasa yang lengkap cukai jalan dan lesen tidak akan lari dari pihak berkuasa.
Tujuan entri ini kerana kesedaran kita terhadap penunggang motosikal adalah kurang. Ramai menyangka mereka sama dengan Mat Rempit. Bayangkan, orang terdekat dengan kita yang menjadikan motosikal sebagai pengangkutan utama dalam aktiviti seharian. Ayah, abang, pakcik, adik perempuan, sepupu dan anak-anak kita. Wajarlah mereka dihormati juga sebagai pengguna jalanraya. Tanamkan sedikit kesabaran ketika bertembung dengan penunggang motosikal. Mungkin itu ialah ayah kita yang sedang dalam perjalanan ke klinik kerana tidak sihat dan tiada siapa yang boleh membantu mereka untuk bertemu doktor...
Sebagai seorang anak yang ayahnya adalah salah seorang penunggang motosikal, setiap hari hanya doa yang mampu diungkapkan bagi keselamatan ayah dimana jua. Amin.. Tidak kira berapa besar kuasa CC motosikal anda, sentiasalah berwaspada. Menunggang dengan selamat dan berhati-hati. Insya Allah, dipermudahkan perjalanan Ayah...
No comments:
Post a Comment