Ya Allah.. Tabahkanlah hati hambamu ini mengenangkan peristiwa yang menyayat hati. Tak pernah feeling macam ni. Sekarang baru tau. Betapa SAKIT JIWA bila baju yang ditempah tak muncul tiba walaupun sekarang dah masuk bulan Syawal. Ok mari kita think positive. Allah tak izinkan kita pakai baju tu sebab niat nak menunjuk kot. Mungkin I sedang diuji Allah :)
Itu dari sudut positive. Apa kata kita ke part kontranya. Perjanjian, pada 27 atau 28 Ramadhan akan diserahkan kepada I dan rakan-rakan iaitu Fira, Kak Ila dan Ija. Kami memang sabar menanti kehadiran tailor yang dinanti. Tak muncul juga. Cuma 28 Ramadhan baju Kak Ila dan Ija saja yang diserahkan. Baju I? Akan diberikan sama dengan Fira. Padahal 28 Ramadhan I dah bagitau yang I akan ke Kuala Pilah. Bolehlah I ambil terus tak perlu ke TTJ Senawang untuk collect di rumah Fira. Tapi dia tak mau :'(( aduh sedihnya.. Sampai ke sudah I tak dapat lagi baju I. Paling menyayat hati, baju Ija yang dah diserahkan sebenarnya ada kain I! Tengok warna dah sah tu memang kain I. Kata Ija pulak, cutting besar. Obviously, that kain is mine! Where the heck is Ija's? And where is my bloody tops?!
Adakah I akan dapat 2 pasang baju kain crepe yang I dah tempah tu? Mujur lah yang itu bukan baju raya pertama. Cuma kesian pada Ija yang terpaksa lari tema sebab tak dapat kainnya. Walaupun baju yang betul. Kak Ila berjaya dapat baju. Cuma I dan Fira, berwasap sampai lewat malam mengenang nasib kami yang tak dapat baju seperti yang dijanjikan.
Kawan-kawan HA pun menerima nasib yang sama. Ramai yang bermasalah dengan tailor masing-masing pada raya ini. Baju tak siap, silap ukuran, silap pattern yang diminta dan kerosakan pada kain. Kebetulan kah? Ye, bukan rezeki kami... Tu je yang mampu I kata sekarang. Bagi I baju tu tak penting dah tapi kejujuran dan ketepatan masa yang I utamakan. Kalau berjanji haruslah ditepati. Kalau tak boleh katakan tidak jangan delay dan bagi harapan palsu.. Serius sedih dengan apa yang berlaku. Memang effect mood jugak sebenarnya. Apa pun yang terjadi,
....REDHA...
No comments:
Post a Comment