I tak berapa arif dalam bab pemakanan yang seimbang. Nak cerita pulak bab menguruskan badan sedangkan diri sendiri maintain debab. Tapi I cuma nak share je macam mana nak elak pertambahan berat badan masa hari raya, especially, dengan makanan penuh dengan macam-macam agen penggemuk hahaha. Nampaklah ayat pun berterabur sepah sana sini. Kalau senang ikut je lah, kalau susah, go on your own :)
Elak Gemuk Di Hari Raya Samani Style
(macam bagus je! hahaha)
MASAK SENDIRI
Bangun pagi-pagi sila pergi pasar lepas tu tolong la mak masak. Atau pun memang duduk rumah sendiri, masaklah sendiri kan lagi jimat duit tapi lelemak akan dibuangkan. Haaa, I kalau memasak memang kureng rasa nak makan makanan yang I dah masak tu. Raya mesti orang akan datang rumah u, so, masak lebih sikit nanti whatsapp I ye :) Berserta alamat rumah dan waktu open house.
AIR SUAM/MINERAL
Eh tak salah minum banyak banyak banyak air kosong. Bangun tidur, dalam kereta, sebelum mandi, sebelum tidur, sebelum makan, tengah berborak. Amalkan dengan kuantiti yang banyak. Ok la u all tau kan sehari kena minum air kosong banyak mana. Takkan 3 tong drum nak lantak bila I kata banyak tu. Bila kenyang air kosong nanti nak makan banyak tak mampu. Ye kalau kita pergi beraya dekat rumah orang memang CONFIRM akan disediakan kordial ataupun bicarbonate drinks. Nak minta air kosong memang segan la sebab tu rumah sepupu u punye boyfriend punya makcik. Minum la awal-awal air kosong dalam kereta.
JANGAN BERAYA WAKTU MALAM
Kan malam waktu tidur. Limit kan perjalanan beraya tu sampai had pukul 8.00 pm sahaja. Memang tak logik sebab selalu orang buat open house raya mesti malam sejuk sikit. Takpun, siang tak sempat habiskan rumah kena drag ke malam. Sehari takpe, kalau sebulan setiap malam u pergi makan lemang, rendang, kuah kacang, kek, biskut raya dan air gas janganlah tiba-tiba up status dekat FB, "OMG I'm gaining 5 kgs in 3 days???!!" Pikirlah sendiri ye...
MAKAN KUANTITI SIKIT
Dek sebabkan sedap la Makcik Senah ni buat rendang haaaa sampai 4 pinggan u ngadap lemang dan rendang ayam lepas tu balun spegeti umah jiran sebelah pulak. Nak makan limit kan jugak. Dah tau lepas ni ada 5 buah rumah lagi dan jaraknya dekat-dekat, limitkan pengambilan makanan... Banyakkan air kosong.
ON THE MOVE
Raya ni takdelah u nak ke trek dan berjoging kan. Takdelah nak ke gym untuk workout. Time ni lah sedara datang, time tu lah u nak keep in shape bagai. Make sure you're on the move. Tolong mak angkat pinggan, angkat lauk, tuang air, basuh gelas, lap meja, sapu sampah. Lepas sedara belah Abah balik, nanti sedara belah Omak pulak nak datang. Kemas sikit rumah. Malam raya kemain mengemas, menjelang raya bila dah sepah jadi malas ye. Pastikan u bergerak sepanjang masa. Berpeluh nanti busuk boleh mandi...
BANGUN AWAL, TIDUR AWAL
Bangun awal sikit yang oi, buat apa patut kang orang datang rumah u tengah terbongkang tidur. Malam-malam pulak jangan lepak sampai 2 ke 3 pagi. Tu la punca lapar lagi dan lagi dan lagi pastu mengunyah la sambil lepak. Tidur cukup, badan segar, senang nak buat kerja semua tak letih. Lagipun cuti raya ala kadar je bukan office bagi cuti sebulan pun macam cuti sekolah. Esok-esok nak kerja jugak, so, maintain je la.
PUASA GANTI DAN PUASA ENAM
Tengah orang sibuk beraya, u pulak puasa sunat, bagusnya anak siapa lah ni. Nak lagi elok, puasa bila u dah masuk pejabat untuk bekerja. Takdelah terasa sangat masa tu, lebih kurang bulan puasa je.
PILIH MAKANAN YANG SIHAT
Jap eh, raya ni semua makanan sihat ke? Semuanya manis, berkolesterol, berkarbohidrat dan macam-macam lagi lah. Biskut raya dah tentu manis, rendang dah tentu berminyak-minyak. Pilihlah dengan bijak. Kalau ada buah, cekau dulu buah tu. Pastu sendiri filter makanan pilihan hati ye.
So far, ni je la I amalkan. Jangan tanya macam mana boleh makan kuantiti sikit ye. Soalan dah basi. Sekali lagi diingatkan, Istiqomah dan kawal nafsu. Kalau terikut sangat dengan semua best memang best lah baju raya lepas sebulan sedekah dekat anak buah Darjah 4 tu hehehe.
peace yo!
No comments:
Post a Comment