Ahahaha entri ni merujuk kepada peribahasa yang berbunyi, "kata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih". Maaf, takde langsung terniat di hati nak marahkan sesiapa cuma melampiaskan rasa kecewa dan terkilan dengan kata-kata nista yang pernah dilemparkan kepada I. Untuk perhatian insan-insan yang pernah meluahkan rasa tidak puas hati dengan apa yang I buat dan pakai selama ni. Kata orang, Allah nak tunjuk tu sekejap aje. Hati kecil I masih berasa dengan apa kritikan yang dah diberikan kepada I dan masih ingat dalam kepala setiap bait ayat yang dihambur.
Perempuan. Memang nak melaram. Nak melawa. Selalu menjadi mangsa fesyen. Kecuali yang betul kuat imannya. Perempuan la juga yang membentuk trend terkini dan membuat permintaan sehinggakan gaya Muslimah menjadi perniagaan yang pesat. Yang bijak terus ke depan. Yang menjadi mangsa seterusnya dalam hirarki perniagaan tudung ialah I salah seorangnya. Hahaha jujur I kata, memang I pernah jadi mangsa fesyen satu jenama tudung yang agak terkenal di Malaysia. Alhamdulillah. Cukuplah setakat ini sebab sekarang ni lah masanya bagi insan-insan yang dulunya mengkritik pulak jadi peminat setia.
Kecik hati, dengan tulisan di status FB seorang insan bernama A yang pernah ada pertalian saudara sebelum ni. Antaranya berbunyi "tudung berlapis-lapis berlainan warna... pendek... tak menggambarkan imej Muslimah... harga tak berpatutan... suami memang takkan bagi pakai...", terima kasih dengan semua kata-kata u ni. Syukur, kita dah tiada pertalian saudara. Dan mungkin sebab ni I tengok dalam page u dah ada gambar-gambar berani u memakai tudung pendek, layer yang colorful dan SERUPA 100% dengan tudung yang pernah I pakai yang u gambarkan macam dalam status u di FB tu :) Serius la I tak marah pun, hak u dan duit u, siapa I nak pertikai apa yang u pakai. Tapi jangan tunjuk yang u sangat mulia dan punya iman yang hebat sampai sanggup mencemuh apa yang I buat. Dan statement yang disokong saudara maranya terdekat dan rakan-rakan rapat. But then, kenapa pattern tudung yang I pernah pakai menjadi pilihan hati u untuk disarung pada 1 Syawal yang lepas? Sampai ke 5 Syawal :)
I masih belum kuat nak maafkan orang-orang begini kot. Sebab kata-kata yang ditulis dengan begitu lantang masih tinggal kesan dalam hati. Sampai hati. I cuma mengikuti fesyen semasa untuk TAHUN LEPAS. Even, tahun ni I dah berhenti membeli tudung kegemaran I. Giliran u pulak. Jangan risau, masih in-trend. Kerana orang-orang macam u yang baru berjinak nak belajar pakai masih mengekalkan statistik permintaan di skala yang agak tinggi. Yang menyedihkan, antara kata-kata yang dihambur, harga menjadi taruhan. Jangan salah sangka ye, walau u beli yang ciplak dan cetak rompak atau apa-apa sajalah panggilannya, ianya tetap bukan yang asli dan hanya itulah level untuk u. Jangan lah terlampau nak bandingkan harga sampaikan u tak tau kalau yang cetak rompak tu lebih mahal dengan kualiti yang sampah, awning bengkok. Bukan mempertahankan tudung pendek, colorful layer dan mahal tu cuma, berhati-hatilah jangan sampai tertipu dengan penjual-penjual yang nak mengaut keuntungan dengan orang-orang yang bodoh sombong macam u. Nampak hebat dan gah tapi tak mau bertanya langsung.
Hanya Allah yang tau macam mana rasa sedih dihina. Syukur, segala kesedihan digantikan dengan yang lebih baik. Mulut yang lantang, jari yang berani itu satu hari akan tunduk pada Allah jua. Memang ye, sekejap saja Allah dah tunjuk. I cuma dapat pandang dengan rasa simpati pada orang yang, cakap tak serupa bikin :)
No comments:
Post a Comment