Selambe! Kita join orang gelandangan untuk bersahur. Bertarikh 3 Ogos 2013 (Sabtu), bertempat di sekitar Pudu dan Jalan TAR. Kami akan meredahi kawasan ini pada waktu tengah malam untuk mengedarkan makanan kepada insan-insan yang kurang bernasib baik. Bukan selalu buat aktiviti macam ini. Makan buffet RM80.00++ boleh sesaja, menyumbang tenaga bagi mengedar makanan adalah perkara yang berganda mudahnya. Kalau ada yang sudi menyumbang wang ringgit dipersilakan juga.
Idea muncul dari Wawa yang dah ada duit tabung. Berkolaborasi dengan kesatuan Wawa dan Rakan Sekolah dapat jugak bentuk satu kumpulan untuk menjadi tenaga pengedar makanan kepada warga gelandangan. And, this is my first time! Charity terakhir yang I pernah buat hanyalah membersihkan kawasan surau di Segamat masa ambik subjek Personal Development. Haiyaaa~
This is gona be fun! Tak sabar rasanya nak berjalan sambil edar makanan. Dapat jugak tengok life diorang sebenarnya macam mana. Ada yang dah berkeluarga semua. Paling top pasangan yang baru dapat baby tu. Lupa dah nama dia. Lagipun esoknya Sabtu, tak bekerja. Tak pasti berapa tenaga untuk esok tapi macam yang Wawa inform dah ada beberapa orang volunteers jugak untuk aktiviti ni. Seperti senarai di bawah.
Semoga perjalanan kami berjalan dengan lancar. Nak membantu dari segi kewangan memang tak berapa nak mampu sekarang tapi sumbangan dari segi tenaga dapatlah kami sempurnakan.
Insya-Allah...
Antara yang akan hadir. |
No comments:
Post a Comment