Oh sangat meriah tahun ni! Dengan kenduri kahwin dan event penting. Untuk tarikh selepas raya ni pun tak kurang ramai jugak nak melangsungkan perkahwinan. Amboiiii seronoklah korang dah lepas, I ni belum lagi selesai urusan perkahwinan. Borang pun belum hantar. Hehehe takpe korang jalan dulu ye. I bagi last la penutup tahun ni. Kalau tak nanti langkah bendul kata orang.
1. Perkahwinan Apit & Bella, 31 Ogos 2013 di Taman Rashibah, Seremban - Yang ini confirm RSVP kitorang Hadir sebab kawan lepakan dan minuman dan makanan dan lain-lain lagi. Ditambah pulak ni kawan Sayang jugak. Ok, save the date! Cuti umum kan. Pandai pilih tarikh ye :)
2. Perkahwinan Zaida & Mamat, 7 September 2013 di Dewan Abu Bakar Ali Basha, Kuala Lumpur - kawan lama I ni! Membesar sama dari belum tadika sampai dah sekolah menengah. Even, projek gelandangan pun pergi bersama-sama. Yang ni pasti ramai jumpa kawan lama dekat Blok F sebab dewan ni dekat sekolah lama I masa Darjah 1 sampai Darjah 6. Hihihihi. Rindunya SKKG. Kira balik kampung lah ni.
3. Perkahwinan Eiju & Jorenna, 7 September 2013 di Tanjung Ipoh, N.Sembilan - ok dah serba salah. Ni kawan lama dan adik kepada office mate. Jemputan pun secara peribadi oleh keduanya. Ni mesti ramai geng JKR nanti. Hehehehe. Kalau ikutkan Kuala Pilah lagi dekat ye dari KL. Kena tanya jugak pendapat yang arif. Sayangggg, helpppp!
Insya Allah ada kelapangan dan panjang umur kami datang... Terima kasih atas jemputan ye.
No comments:
Post a Comment