Nuffnang Ads

Tuesday, August 6, 2013

Raya Oh Yeah : Versi Kuih Raya

Hye. Dah berjaya pun I buat Biskut Chocolate Shorties :) Biskut kegemaran sepanjang masa. Tapi biskut I tak berapa menjadi. Salah anggaran waktu. Kena lebih lagi timing memasak tu. Akan diperbaiki. Sebab I suka sangat biskut ni ialah rasa coklat yang kaya dan seribu kemanisan. Kalau nak cuba silalah datang beraya di rumah I ye.

Senang sangat buat biskut ni. Bahan pun mudah-mudah belaka. Tapi.ada pantang larang sikit la. Kalau tak nanti cokelat akan mudah 'melenyor' dan 'chaiyor', kata orang Perak. Kiranya tak cun la jadinya walaupun crispy. Pertama kali buat macam I lah, ada je.tak kena.

First, u memang kena ayak campuran corn flour, self-raising flour dan cocoa powder. Takkan ayak pun nak kena tunjuk camne kan.

Then, kacaulah butter dan castor sugar. Macam biasa kacau sampai gula hancur ataupun jadi warna putih. Guna tangan je haih jangan ngada nak pasang mixer. Untung-untung dapat kecikkan lengan. Hehe.

Bekas besar @ isi ciput?
Lepas dah siap tepung dan butter tu bolehlah combinekan. Kacau sampai sebati. Kacau pakai senduk kayu dan jangan sesekali ramas dengan tangan. *Pantang-larang buat biskut ni.

Sebelum boleh digumpal-gumpal kacau la dulu
Lepas sebati, gumpal-gumpal dan lenyek pakai roll. Pandai-pandai la adjust ketebalan yang sesuai untuk u all terap nanti. Ikut pattern kegemaran ye.

Lepas dah terap, asingkan kuning telur sahaja. Sapu atas biskut dan tabur almonds. Done! Boleh bakar, sejukkan dan makan terus ye.

Part ni I dah mula geram
Keluar oven panas-panas terus ngap!
Satu acuan ni boleh dapat 62 biji Biskut Choclate Shorties. Tak sabar nak buat lagi! Memang raya ni meriah dengan Chocolate Shorties jeeeeee :D

No comments:

Post a Comment