Nuffnang Ads

Showing posts with label Pulapol. Show all posts
Showing posts with label Pulapol. Show all posts

Tuesday, August 19, 2014

Selamat Kembali Sayangku!

Punyalah riang hati Allah saja yang tahu. Rindu serindu rindunya. Masa Sayang berangkat balik dari Segamat, I dah mula rasa mengelabah. Tahulah pemandu bas tu nak drive elok-elok. I seram lebih. Bila text Sayang, diammmm je! Rupanya member tidur since naik bas selepas load barang ke dalam lori. Chett! Nervous I tauuuu.

Sayang sampai di IPK adalah dalam jam 4.20 pm dan I kena lari keluar sekejap dari pejabat sebab waktu habis kerja I ialah 5.30 pm. Nampak aje kelibat si baju turquoise, terus rasa nak gelak. Hehehehehe kelakar laaaaa! Kelakar sebab rindu. Siap bersongkok, I was wondering why he put his songkok on? Pergi orang bernikah ke? Butang baju Melayu abang mana Pahhhh!? Takut jugak until he explained that after Friday prayer he didn't put back the Songkok inside his bag. Ok, accepted.
Alahai, comelnyer! Hehehehe
Don't worry much for all relatives, he is still the same old him. Seminggu, belum sempat pun lemaknya terbakar. Masih macam itu. Taklah ketara sangat. Cuma warna kulit? Agak lebam dan kelam. Itupun Sayang jenis putih, muka dia jadi merah gelap. Sian, berkawad tengah panas ye. Ok lettew! Hehehe. Apa pun, Alhamdulillah sebab Allah pinjamkan lagi lelaki syurga itu untuk I. Alhamdulillah sebab semuanya baik-baik, semuanya ok. Cuma, hanger hilang satu, sabun dan bekas sabun warna putih dah tak nampak bayang. Tau lah mulut I bising macam mana kan.. Sebenarnya takdelah kisahkan sangat hanger dan bekas sabun tu cuma.... RINDU NAK MEMEKIK! Muahahaha~

Finally.....

Wednesday, August 13, 2014

Sunyi Campur Rindu

Masuk hari ketiga, ada 4 hari lagi untuk I menanti kepulangan SiDia yang tersayang. Lamanya masa berlalu! Tugasan rumah macam biasa dan penambahan kepada aktiviti bersenamrobik dan tolak memasak. Sebab makan dekat rumah Mama. Lepas selesai semua kerja rumah, I terus balik ke rumah Mama. Rasa kosong sangat dekat rumah. Selama ni ada je si gajah biru melingkar dalam rumah. Tak kira la depan TV ke, dalam bilik ke, paling kurang, kalau dia lapar, kita boleh menemuinya di dapur tengah potong bawang. Obviously, I dah mulai rindu suami I....

Pertama sekali, I rindu masakan suami. Walaupun kami memasak memang 50-50. Kadang Sayang masak, tapi, rasanya macam selalunya I masak. Tapi I rindu gile Nasi Goreng Cili Api air tangan Sayang. Ala, yang pedas giler tu, yang ade buh belacan sikit tu, pastu ayam pun banyak. Arghhhhhhhhh! Sambal bilis lagi.... Sayang baliklah cepattttt! Sayang rinduuuuuuuuuuu...uuuuu..uuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu! Sampai rumah terus masakkan Nasi Goreng kita tu eh. Ayang siap-siap masak nasi putih, Sayang terus masak tau nanti. Dera sikit hehehehehe.

Keduanya, I rindu bila bangun pagi nampak muka Sayang :'( Walaupun la Sayang keje pun tak tentu siang malam tapi, I tau yang Sayang sentiasa ada dekat dengan I. Kalau tak bangun tidur pagi pun, bangun tidur petang ke tengahari ke, tetap akan nampak Sayang. Tolonglah... I rindu giler dah moment macam tu. Moment yang I rasa secure, kalau takde letrik dekat rumah, call suami dan minta dia balik tolong selamatkan I dengan cara on kan switch tepi pintu tu. Moment yang bila ada cicak dalam toilet I akan meraung dan takkan masuk dalam toilet tu sampai suami ambil dan buang cicak tu dekat luar rumah. 

Ketiganya, I rindu nak membebel bila ada orang buat hal dalam rumah. Untuk 3 hari ni, membebel dekat kucing je la... Selalunya, "Yangggggggg janganlah sepuk sana sini baju kotor masukkan dalam laundry basket tuuuuu..." Ada jugak jeritan halus dari dapur, "Alaaaaa dah pakai pisau tak mau basuhhhhh..." Ada jugak bebelan tak kira pagi petang siang malam, "Sayang tau kan kunci rumah tu penting kalau Sayang tinggal luar rumah nanti orang sambil lalu boleh ambik sesuka hati tau. Tau tak bahayakan rumah, kucing-kucing dan wife Sayang sendiri kalau kunci tu terlepas dekat tangan orang jahat bla bla bla......." Panjang? Ada panjang lagi....... Tak caya tanya Sayang hahaha.

Rindu jugak nak buat kerja gila. Macam-macam kerja gila. Kami boleh bertukang secara tiba-tiba. Rasa nak kemaskan kipas, boleh je tengah malam panjat tangga. Jom tukar kemas dapur, selambanya bila-bila masa pun bolehhhh. Tak ada specific time. Teragak tekak nak buat, jom Sayang! Paling best, rasa nak pergi Uptown, nak makan Malis atau Murni. JOM! Lama tak karoke, jommmmmm, berdua pun sakan. Last tengok wayang tahun lepas? Midnight la kita tengok, cuba check cerita baru apa tengah hot dekat wayang. Ehhh, malas pulak nak drive ke wayang, kita SMS je la Astro First, Astro Best. Rindu... serius....

Balik cepat Yang, I rindu dekat u. Koko The Cat rindu dekat u. MooMoo The Cat gemok tembam chubby pun rindu dekat u, kitorang semua rindu dekat u la senang cita......

SANGAT-SANGAT!

Dengan muka manjanya, menjerit-jerit depan muka I. Bau nafas jangan cakap. Tahan je laaaa~
MooMoo pulak menternak badan je, kuat makan dan kuat tido, manjanya bukan main!

Monday, August 11, 2014

Selamat Berkursus Sayangku

Bukan selamat berkurus ye. Please take note. Sebenarnya I yang sedih lebih ni. Mengalahkan Sayang, mengalahkan isteri-isteri lain yang menjaga anak-anak, mengalahkan isteri-isteri yang ditinggalkan kerana suami berkursus berbulan lamanya, mengalahkan suami yang berbakti di sempadan negara dan paling penting kesedihan I mengalahkan isteri yang ditinggalkan suami kerana berjihad di negara Islam yang sedang berperang. Sorry Sayang, I memang emo lebih. Walhal Segamat, alahai, piece of cake je kalau Segamat in a blink I boleh sampai sebab bukan tak biasa berulang Seremban-Segamat-Seremban. Sabar, seminggu je tolong jangan over sangat hehehehehe. 9 - 16 Ogos je, ngam-ngam seminggu. Kalau pejam celik dah habis masa tu.
Gambar masa nak hantar Sayang ke IPK
Dengan sedihnya, I mengemas barangan Sayang untuk seminggu dari jam 1.00 am sampai ke 3.00 am. Tepat jam 7.45 am, kami sampai di IPK Negeri Sembilan untuk proses lapor diri dan pendaftaran peserta kursus. Ramai jugak peserta dan ahli keluarga yang datang untuk menghantar dan bagi sokongan. Alhamdulillah, Sayang tak berseorangan.. Kemas nampak Sayang dengan berbaju putih lengan panjang, berseluar hitam dan bertali leher gelap. Sama juga dengan peserta lelaki yang lain.

Amboi, khusyuknye Sayang.
Haaaa tempat ni lah I duduk.
Lama juga Sayang kena beratur dekat padang kawad tu. Adalah dalam hampir sejam. Walaupun panas pagi JE, tetap panas gak woi! I yang duduk je pun rasa bengap otak sebab dah makin panas. Macam mana diorang yang di padang tu ye. Penerangan adalah berkenaan perjalanan pergi dan pulang ke PULAPOL Segamat, kumpulan semasa berkursus, keperluan kewangan semasa berkursus, sedikit peraturan dan pelantikan ketua bagi kumpulan dari Negeri Sembilan. I mana lah reti istilah-istilah polis ni. Betul ke gelaran diorang kumpulan? Ke platun? Atau kontinjen? Correct me if i'm wrong... 

Ni dari Negeri Sembilan je nanti dekat PULAPOL Segamat ada lagi dari negeri-negeri lain...
Dalam jam 9.25 am, sebuah bas, sebuah lori dan sebuah van berjalan keluar dari IPK Negeri Sembilan untuk menuju ke PULAPOL Segamat. Allah, luluh rasa jiwa ni.. Bila tengok Sayang berlalu pergi menaiki lori. He chose to travel in that. 3 jam lepas tu Sayang mengadu pening sebab naik lori. Hahaha! Siapa suruh kan...! Alhamdulillah, selamat Sayang sampai ke PULAPOL Segamat berbekalkan 1 bag pack, 1 beg roda dan 1 beg kasut. Nampak macam sikit tapi beratnya, kalau I bawak dah tumbang ke belakang. Tah macam mana Sayang pikul nak naik ke dorm.....
Tahukah anda : beg merah tu berat giler!!!!!!!! 
Kenapalah Sayang tak naik bas ni.
Diaorang berdua ni prefer naik lori ni...
Ha... Berdua ni lah. Suka ye naik lori... Amekau! Haha
Bermulalah episod I sebagai ibu tunggal sementara untuk Koko dan MooMoo. Semua berkaitan rumah akan I uruskan SENDIRI, SEORANG DIRI... huaaaaaa! Mampu ke :'(

Sedihnyaaaaaa~