Nuffnang Ads

Showing posts with label cerpen. Show all posts
Showing posts with label cerpen. Show all posts

Tuesday, March 3, 2015

Bila Sang Malas Bermaharajalela

Sang Malas dan Sang Rajin adalah dua musuh tradisi yang tidak terbilang lamanya. Bila Sang Rajin menerajui pucuk pimpinan, maka Sang Malas akan tertunduk layu disudut gelap gulita yang tidak dapat dilihat dek sesiapa pun. Bila Sang Rajin diatas, akan jatuhlah Sang Malas ke bawah curam yang jauh ke dalam. Dan, bila Sang Rajin menjadi tonggak, Sang Malas hanya tunduk diam membisu.

Pada suatu hari, Sang Rajin jatuh sakit menyebabkan Sang Rajin terlantar sepi. Manakala, Sang Malas mengambil peluang ini dengan memanjat tangga dan menolak Sang Rajin sehingga jatuh ke bawah ke lembah yang curam itu, yang pernah diduduki oleh Sang Malas sebelum ini. Sang Rajin menjadi sedih lalu tidak berdaya untuk menahan kekuasaan Sang Malas. Dengan jatuhnya Sang Rajin, kuasa Sang Malas menjadi berleluasa. Buakan main bangga lagi Sang Malas dengan kejayaannya itu. Sang Malas mula mengambil alih segala tugas Sang Rajin dan mengubah semua struktur pimpinan yang selama ini bersusah payah dibina oleh Sang Rajin

Kisah Sang Malas dan Sang Rajin ini tiada kesudahannya. Bila Sang Rajin berada diatas, Sang Malas akan jatuh dan begitulah sebaliknya. Tetapi, siapa yang menaik-turunkan antara mereka berdua ini??? Yeah, inilah yang I nak ceritakan sebenarnya....

Perasaan malas dan rajin serta berdisiplin ini semuanya ada je dalam diri kita. Cuma tahap kemalasan dan kerajinan bergantung kepada kita yang mencorakkan dan adakalanya bersangkut paut dengan kesihatan dan aktiviti seharian. Kalau tinggi tahap rajin tu, berkobar-kobar nak buat semua benda. Bila mood tu kacau, perut lapar dan otak malas nak fikir mana yang patut diutamakan, haaaaaa, terjadilah kes Sang Malas Bermaharajalela. Hahahahaha!

Sebenarnya, I berada di tahap Sang Malas menerajui puncak dunia dan angkasa. Sebab itu takde entri menarik untuk dikongsi. Bila baca blogger lain punye cerita, fuh, macam-macam. Best sangat. Jeles, sebab tah mana pergi idea bernas yang membuak-buak dulu? Nak menaip tajuk pun takde arah tujuan dah ni. Ada je draft KIV yang menjadi pilihan hati untuk di publish tapi, tak cukup bahan pulak. Hahahaha. Nampak tak, walaupun I sekadar tulis mengenai diri sendiri, tapi kecewa jugak bila idea tu kering kontang. I rasa ada satu benda yang I kena buatlah....

I NEED A VACATION!!!!

But I can't.. I really meant what I said.. I can't have my vacation for the while. Sebabnya...? I tengah mengumpul untuk macam-macam agenda. Tioman dan Melbourne! Sabar je lah....

P.s. Sang Malas bersaka dalam diri pun menulis tetap 6 perenggan yeah!

Wednesday, October 30, 2013

Allah Bagi Pinjam

Si manja...
Kental. Memang I biasa buat perkara gila. Berulang Segamat - KL macam tiada esok hari. Teragak nak bertolak jam 3.00 am pun I sanggup.. Sebab inilah ada pertemuan antara kami. Siapa sangka, hidup yang sunyi ada peneman jua. Allah nak bagi pinjam, itulah aturan yang paling baik.

Malam tu I bertolak dari Segamat jam 8.00 pm melalui jalan lama. Berseorangan macam biasa. Jiwa muda selalu main redah berjalan tak kisahkan rintangan. Perut berkeriuk sebab lapar. Kebiasaannya berhenti di Tampin untuk makan. Ahhh, duit dalam poket hampir kering. Ya, lalu Pekan Gemas kena keluarkan duit. Maybank dah sehala ke Gemencheh. Boleh lah ye..

Berhentikan kenderaan. Pandang keliling risaukan ada orang berniat jahat. Keluar kereta dan kunci secepat yang boleh. Berlari ke ATM dan selesai urusan perlu berlari ke kereta semula. Nampak satu makhluk hitam kecil. Memang comel! Sekali panggil dia datang berlari ke arah I. Mungkin kelaparan. Mungkin hilang arah. Mungkin takut dikejar yang lain. Allah, comelnya kucing ni! Nekad. Nak bawak balik KL!

Sebelum naik kereta semula, pandang keliling lagi. Ohhh, sunyi. Kucing jalanan ni. Jom naik kereta. Pandai... Duduk diam. Hati tak sampai, mujur ada kedai berhampiran yang buka.

"nah sayang, makan ni dulu ye nanti sampai rumah kita makan lagi sedap..."

"MEOW" tanda terima kasih, barangkali.

Tak sangka.. Itulah titik perkenalan kami. Tahun 2009 sehingga kini. Kami masih berkasih sayang.. Selepas Milo dan Jojo, adanya Shipitam mengembalikan kebahagiaan dalam rumah sewa yang senyap sunyi. Walaupun duduk berseorangan namun Shipitam selalu menemani. Kekangan kewangan membuatkan kami makan ala kadar setiap hari. Nasi bersama ikan bilis adalah makanan harian kami berdua. Kemana I pergi akan bawa sekali Shipitam. Selesa menaiki kenderaan, Shipitam memang diam di dalam kereta meskipun perjalanan 3 jam setengah. Ternyata Shipitam bukan seekor kucing yang penakut. Dia berani, kuat dan tabah. Paling kesian, Shipitam sanggup menahan dari buang air semata-mata nak menggunakan pasir.

Mata mana yang tak sedih, tengok Shipitam jalan terhuyung-hayang. Hati mana tak terluka tengok badan Shipitam kurus kering. Jiwa mana tak bergelora, tengok Shipitam tak mau menelan semua makanan. Allah mendengar semua doa, Allah mengaturkan yang terbaik. I nekad, kalau Shipitam tak mau makan memang I akan suap. Lagi sekali, segalanya dipermudahkan.

Makanan yang dibekalkan oleh vet dipanaskan setiap hari, selepas dikeluarkan dari peti sejuk beku. Sesudu besar sekali makan, dicampur air sedikit dan ditarik menggunakan picagari. Habis hasil suapan, air Zam Zam dititik-titik pula ke dalam mulut Shipitam. Permulaan sukar, namun hasilnya mampu buat Shipitam bangun dan berlari, mampu membuatkan I tersenyum. Ini amanah Allah yang bagi. Cara bertemu Shipitam juga Allah punya rahsia. Kenapa dalam banyak si comel dekat luar sana, Shipitam yang menjadi pilihan hati. Sudahlah hitam, sakit pula, semua itu takdir dari Allah. I terima, sepenuh hati jiwa raga. Selagi termampu tulang empat kerat, I jaga semua keperluan Shipitam.

Shipitam tau, dia kesayangan I. Matanya melirik manja tiap kali dipanggil. Garang diluar tapi lembut hati di dalamnya. Semoga Allah sentiasa pelihara dia, Shipitam Degam.

p.s. I memang tersangat sedih bila Shipitam sakit ni... No words can describe my frustration when I see him in that condition. I'll try my very best to cure him in any ways. May the good force always be with Shipitam and may Allah protect him from any barriers to recover from his sickness.

Shipitam bersama adik-adiknya, Cinonet dan Cemomot

Wednesday, April 24, 2013

Menaip Bukan Kerna Nama...

Cilok dari belog lama. Rindu sama itu belog. Belog rockstar sangat sebab ayat-ayat dalam tu semuanya gangster belaka. Penuh carutan, penuh kekasaran, takde kompromi langsung. Nahh, It wasn't like that actually. Just being myself, same goes in here. Takde yang disorok, I menaip bukan nak glamour, bukan nak bongkak, jauh lagi nak tarik simpati. Ada sebab-sebab kukuh yang membuatkan I menaip dan menaip tak berhenti-henti kadang sampai 3 entri dalam satu hari ;D aikkk, Cik Kak tak keghoje keeee. Haha.

Ops, bukan lagu Ramli Sarip yang berbunyi 'aku menulis, bukan kerna nama..' jangan salah sangka lebih sangat. I menulis kerna....

PERTAMA, disinilah I melepaskan stress dan tekanan dan kekalutan jiwa dan juga kegembiraan. Lepas menaip boleh lega woi! Terluah itu ini. Tak heran kalau ada entri I yang panjang lebar macam highway. Mesti ada yang terbuku. Tak heran juga ayat yang berbunga jiwang, lahir dari hati yang sedang berkata. Let say, kalau I tengah stress dan rasa nak menumbuk orang, kan menyakitkan diri sendiri namanya tu. Kadang tu, makin geram atau makin happy, makin excited I menaip lagu macam keretapi. Hahaha. Kalau gembira tepuk tangan? Sampai 2 minggu nak menepuk tangan ke kerjanya. Adalah baiknya ditaip, bila sedih boleh baca balik. Ha....

Yang KEDUANYA pulak ialah, I bukan rapper. Ala-ala Jimmy Palikat (eh, dia bukan rapper!). Ala-ala Malique, Joe Flizzow mahupun Rembau Most Wanted. Hahaha. Kawan office semua macam nak sengketa je dengan I katanya I diam seribu bahasa. Tak mau ke join bergusip-gusipan sambil gelak kuat kerana terlampau laka-laka (bahasa Johan lah ni!). Elokkah anak dara sunti ayu manis macam I ni menjerit membebel-bebel dan semua orang boleh dengar segala biji butirnya. Bukan I, orang lain boleh buat. Cakap menjerit macam pasar, walhal dekat office. Rappers semua air liur kering beb, kena banyak minum air. Sambil rap, teguk air sejuk. Ahhhhhh.... lega! 

KETIGA yang pastinya terakhir, boleh macam Anugerah Pelakon Wanita Terbaik, sambil menaip kerja sambil menaip belog. Oh mai! I am soooo acting like I'm busy doing stuffs on my PC but here I am ;D While blogging, while working, while surfing and more while can be happened. Kalau orang datang dekat I dengan fantas terus click mouse untuk minimize belog ini. Weeeee. I'm a happy fat girl that stuck in front of my screen and stare it like I'm gonna eat it and munch it into pieces. Lega... Bila dapat berbelog. Macam jadi satu ketagihan nak menaip dan menaip sebabnya nak senam jari yang tembam. Kalau dalam toilet pula, sambil melabur memang I buat juga lakonan macam sembelit padahal tengah menaip di telefon. Apa gunanya aplikasi telefon kan kalau tak digunakan sebaiknya. Hahaha.

This is how you supposed to place your fingers on keyboard.

Ye, bukan kerana nama I menulis disini, bukan juga kerana glamour. Tapi kerana I, SiDia dan hidup kami berdua. Anda yang mempunyai sifat dengki, benci dan iri sila kebelakang lagi, lagi, lagi sikit dan undur lagi sampai ke hujung ye :) Terima kasih.

Sunday, February 3, 2013

Kisah Gajah Biru Dan Pink

Pada suatu hari, ada seekor Gajah Biru dan rakan-rakannya yang lain sedang berjalan-jalan di dalam hutan sambil bersiul-siul riang. Kenyang perut barangkali. Siulan merdu si Gajah Biru itu telah didengari oleh seekor gajah juga tetapi ianya berwarna pink. Pabila terdengar siulan daripada Gajah Biru itu, si Gajah Pink mula bersiul juga. Si Gajah Pink mula menyertai kawanan itu dan melakukan perlbagai aktiviti di dalam hutan bersama-sama dengan Gajah Biru.

Tak lama kemudian, Gajah Pink terpaksa meninggalkan hutan itu untuk beberapa hari dan pemergian Gajah Pink itu telah menimbulkan rasa tidak senang di hati Gajah Biru. Setiap masa ada saja laungan sayu Gajah Biru terhadap Gajah Pink. Masing-masing sudah tidak senang duduk kerana jauh di mata. Setibanya Gajah Pink ke hutan itu semula, mereka terus bertemu dan bertanya khabar masing-masing dengan hati yang gembira. Hilang sudah kerisauan di hati Gajah Biru terhadap Gajah Pink.

Di satu hari yang istimewa, setelah beberapa minggu mereka dan kawanan bermain-main dan mencari makanan di dalam hutan yang sama, Gajah Pink telah memberanikan diri untuk mengajak Gajah Biru mencari makanan ke kawasan hutan sebelah. Pelawaan itu telah disambut baik oleh Gajah Biru dan bermula hari itulah mereka mengharungi semua suka duka bersama-sama...

Rindu dekat Gajah Biru lah :(
Setiap hari ada sahaja angin ribut yang melanda kawasan hutan tempat tinggal mereka tetapi Gajah Biru tenang melindungi Gajah Pink. Bila panas terik, Gajah Biru melindungi Gajah Pink dengan bayang-bayangnya. Bila hujan Gajah Biru melindungi Gajah Pink dengan belalainya itu.

Setelah beberapa purnama, kemesraan Gajah Biru dan Gajah Pink semakin dirasa oleh yang lain-lain. Kedua mereka dilihat sering bersama di dalam kawasan hutan itu. Mereka mencari makanan bersama, bersiar-siar di hutan bersama dan setiap kesakitan dirasa bersama.

Gajah Biru dan Gajah Pink menempuhi semua rintangan mereka bersama-sama. Mereka menjaga dan melindungi di antara satu sama lain. Si Gajah Pink setia berada di belakang Gajah Biru ketika Gajah Biru menghadapi serangan-serangan haiwan ganas yang lain. Gajah Biru selalu memberi cahaya kepada Gajah Pink ketika Gajah Pink menghadapi kesukaran untuk merentas hutan yang gelap dan menyeramkan.

Gajah Biru dan Gajah Pink akhirnya menemui kebahagiaan mereka dalam menghadapi hidup yang sukar. Malah, mereka semakin rapat dan tidak sanggup berenggang walau sesaat. Belalai mereka bagaikan tertaut sesama sendiri. Apabila Gajah Pink berlari, Gajah Biru selalu mengejar mendapatkannya semula. Begitulah kesetiaan Gajah Biru terhadap Gajah Pink

Semoga kesetiaan dan kejujuran Gajah Biru dan Gajah Pink akan menguatkan lagi tautan kemesraan dan kasih sayang antara mereka sehingga keluar anak-anak gajah kelak.

Bersambung...

i love u, gajah!