Nuffnang Ads

Showing posts with label Baby. Show all posts
Showing posts with label Baby. Show all posts

Wednesday, June 28, 2017

Viral Fever Pada Bayi

Viral Fever @ Demam Virus memang sangat popular kebelakangan ni. Tak ketinggalan Juah pun pernah dijangkiti. Sedihnya I masa tu sebab Juah sampai masuk wad. Suhu demam terlampau tinggi dan platelet merosot teruk. Masa tu emosi I pun drop habis. Tak tentu arah pun ada bila tengok anak yang selama ni aktif macam ulat bulu jadi diam tak bermaya. Pengalaman pertama I ni. Jom tengok apa yang Juah dah lalui sepanjang dijangkiti Viral Fever jahat ni..

24/3/2017 (Hari Jumaat)
Demam panas Juah bermula. Panas yang terus high. Bukan dedar lagi dah. Terus mulakan PCM untuk Juah setiap 4 jam. Demam turun lepas makan PCM. Bila dah nak habis dose terus panas sangat balik badan Juah.

25/3/2017 (Hari Sabtu)
Cancel semua plan nak bawak Juah berjalan. Badan Juah masih panas lagi. Terus bawa ke KPJ, Seremban. Juah was diagnosed with Viral Fever sebab doktor kata panasnya naik terus. Doktor bekalkan PCM 2.2ml dan Cataflam untuk tekak Juah yang makin merah. Kalau masih demam panas pada 27/3/2017 (Hari Isnin), doktor arahkan terus ke hospital semula untuk ujian darah dan mula antibiotik. Allahuakbar.

26/3/2017 (Hari Ahad)
Suhu masih panas. Ibu sedih. Ayah kerja tak keruan. Juah merengek tak selesa. Hanya Allah tau kesakitan yang Juah tengah tanggung sekarang. 1 supp telah dimasukkan ke punggung Juah untuk menurunkan panas badan.

27/3/2017 (Hari Isnin)
Ibu pergi kerja dengan berat hati. Dalam jam 9.30 am terus ajak Ayah ke KPJ untuk check dengan Dr. Syed Jeffrizal tentang keadaan Juah. Juah betul nampak tak selesa dengan demam panas ni. Jumpa Dr. Syed di depan pintu klinik, tak sempat masuk bilik terus doktor arahkan buat ujian darah. Sementara tunggu ujian darah, Ibu dan Ayah bawak Juah balik untuk mandi dan tukar baju disamping bawak sedikit barangan keperluan Juah. In case if admitted. Ya Allah.. Instinct seorang Ibu memang selalu betul. Platelet Juah dah drop dari Normal Range. Demam panas. Alhamdulillah, ujian Denggi adalah Non-Reactive. Syukur. 

Pertama kali Juah dimasukkan ke Wad Sri Tanjung. Pertama kali juga Juah akan disetkan line untuk masuk air dan ubat. Meraung dan menangis sampai Ibu yang sedih. Akhirnya, Ayah suruh Ibu balik untuk ambil barang keperluan untuk tidur di wad dan bila Ibu sampai je di wad tengok dah ada line. Kata Ayah, doktor sendiri yang buat. Susah jugak nak cari uratnya. 4 kali cucuk. Takpe anak, untuk kesihatan kita kena kuat. 

Antara penerangan doktor, Viral Fever ni boleh menyebabkan 4 penyakit :

1. Denggi
2. Kencing Tikus
3. Urinary Tract Infection (UTI)
4. Viral Fever sahaja

Hari ni, Juah mula masuk air dan antibiotik. Nampak normal dan mudah setakat ni. Cuma nak mandikan dan nak membasuh poopoo susah sikit dengan tangan berbalut tu. Malamnya, Juah terus bertukar ke Wad Sri Angkasa, yang memang wad khas untuk kanak-kanak.

Hari pertama Juah di wad dan Ibu terus maklumkan pada pegawai di pejabat untuk bercuti sehingga Juah discharged. Alhamdulillah, pegawai di pejabat memberi kebenaran.

Kesian anak Ibu, masa ni baru lepas nanges sebab amik darah :(
Pertama kali masuk wad...

Baru sudah nanges sebab set line...
28/3/2017 (Hari Selasa)
Hari ni Juah masih diberikan ubat demam. tapi dah dikurangkan ke 8 jam. Sebabkan Juah dah dimasukkan antibiotik, najis Juah makin cair dan kerap. Juah nak minum susu je, makan langsung tak mau. Takpe, asalkan Perut terisi. Kali ni Ibu dan Ayah pasrah, mulakan bagi Juah makan Farley's Rusk yang pada mulanya kami memang tak membenarkan makanan yang diproses untuk Juah. Risaukan keadaan perut Juah yang tak berisi makanan, kami beli segala yang Juah suka termasuk Pisang.

Macam biasa, waktu pagi ialah waktu doktor akan round ward dan doktor ada advise untuk buat ujian darah pada keesokan hari, 29/3/2017 (Hari Rabu) selang sehari kerana kesiankan kalau bayi diambil darah setiap hari. Ibu dan Ayah menurut saja cadangan doktor dengan penuh tawakal. Doktor juga memaklumkan bahawa Juah bukan dijangkiti Kencing Tikus dan UTI diatas ujian yang dilakukan.

Hari kedua di wad ni juga dah nampak ruam mula naik pada badan dan muka Juah. Menurut pengalaman doktor, kemungkinan ruam di badan Juah hanya disebabkan oleh demam virus sahaja sebab kalau Denggi, ruamnya adalah seluruh badan. Insha Allah, Ibu dan Ayah hanya mampu bertawakal kepada Allah di samping menyerahkan segalanya agar Allah sembuhkan Juah.

Drip
Rashes


29/3/2017 (Hari Rabu)
Ruam di badan Juah makin berkurangan. Demam pun makin berkurangam. Ubat demam dah stop. Cirit birit makin menjadi-jadi. Sampai habis cadar kena tukar. kata doktor sebab antibiotik yang dimasukkan dan badan Juah react macam tu. Drip pun masih berjalan. Hari ini ialah hari yang ditunggu, ujian darah akan dilakukan untuk melihat keadaan sebenar. 

Antara dua : Denggi atau Viral Fever. 

Ujian darah menunjukkan kesan positif, Denggi ialah Non-Reactive dan platelet count makin menaik walaupun dari 90 ke 101 sahaja, tapi, Alhamdulillah. Doa Ibu dan Ayah untuk Juah tak pernah lekang. Ayah mula bekerja semalam dan harini. Ibu saja yang temankan Juah masa Ayah bekerja. Tapi Ayah macam tak kerja je kejap-kejap naik atas tengok Juah. Hehehehe.

Terima kasih Mama Nana datang lawat Juah dan bagi support. Kami perlukan doa dari Mama juga. Terima kasih Jugak Pak Long Boy datang tengok Juah dan terangkan bilik hehehe. Ibu Ayah suka gelap-gelap senang tidurkan Juah. 

Ujian darah selanjutnya ialah pada Hari Jumaat.

Rashes dah nak hilang
30/3/2017 (Hari Khamis)
Progress Juah makin baik. Rashes dah takde, demam pun dah takde, Cuma cirit birit saja yang masih berleluasa. Alahai kesian anak Ibu. Tapi harini Juah kuat sangat. Tenaga dan suaranya dah macam masa sebelum sakit. Hihihi. Syukur Alhamdulillah. Allah izinkan penyembuhan Juah. Makan Farley's Rusk pun makin banyak. Amboi.

Hari ni gagah jugak Ibu balik ke rumah lepas Ayah habis kerja. Selepas 3 hari tak balik. Fuh... Itu pun rasa tak puas hati takut Ayah tak jaga Juah elok-elok. Hehehehe sindrom mak-mak. Ayah dah mula bawak Juah berjalan sana sini turun bawah semua. Bagi ambik udara sikit asyik terperap je dalam bilik. 

Yang tak best ialah, setiap kali masuk antibiotik mesti Juah akan menangis. Pedih ubat tu, masuk melalui drip, nurse akan inject menggunakan syringe. Sabar ye anak.. Ujian untuk kita.

LOVE 
Dah sihat Alhamdulillah
1/4/2017 (Hari Jumaat)
Hari yang dinantikan. Antibiotik terakhir pada waktu pagi. Ujian darah pun akan dibuat. Keputusan ujian darah sangat excellent! Platelet count naik dari 90 ke 101 dan terus ke 242! Wow!! Normal range ialah 150-666. Syukur Ya Allah! Yang paling best, Juah boleh discharged. Walaupun dapat balik, Juah tetap kena habiskan antibiotik makan lagi 3 hari. 

Hari Jumaat yang indah ni, Juah dapat discharged dengan result darah yang baik sangat. Sempat lagi tunggu Ayah habis kerja jam 2.00 pm untuk balik sekali. Happy sangat Ibu dan Ayah dan yang paling happy mestilah Juah. Terlompat-lompat anak Ibu dalam kereta ye. Ingat sikit ye Sayang, cirit tu masih ada. Hehehehehe.

Bulat matanya!
Antara perkara yang memberi kesan dekat Juah ialah :

1. Tidur dah tak perlukan buaian 100% Alhamdulillah sangat-sangat! Sepanjang berada di wad, tepuk-tepuk je tidur. Tak perlu henjut lagi. Pernah Ayah dia cuba masukkan dalam buaian, berpusing-pusing dia takmau tidur. Hehehehe.

2. Poopoo Juah makin cemerlang. Sebelum ni tak dinafikan, memang keras sedikit la poopoo tu. Tapi lepas kejadian ni, Juah nampak senang membuang. Sehari pernah sampai 3 kali tapi 2 kali ke sekali dan lembik tu sangatlah normal. Memang bagus sangat-sangat!

3. Terima kasih Tok Wan, Opah, Uwan, Opah Chu, Mama Nana, Pak Long Boy, Ummi Alin dan Auntie Yati sebab datang melawat Juah di wad. Terima kasih jugak atas doa yang dikirimkan untuk kesembuhan Juah. Allah jua yang membalasnya nanti. 

4. Sepanjang di wad, Allah izinkan Ibu dan Ayah mengerjakan solat sunat yang selama ni waktu bekerja jarang dapat dikerjakan. Syukur syukur syukur Allah dengar doa kami ini hambaMu yang lemah lagi hina. Rasa tenang sangat dan mudah sangat semuanya.

5. Dr. Syed Jeffrizal dari KPJ Seremban Specialist Hospital telah menunjukkan komitmen yang cemerlang dalam memberikan servis yang terbaik. Tak salah lagi sebab Dr. Syed merupakan doktor pilihan di kalangan kawan-kawan rapat I jugak. Allah jua yang membalas semua jasa doktor dan semoga doktor dan keluarga dipermudahkan semua urusan. Untuk yang berada di Seremban, I memang recommend Dr. Syed ye. Yang pernah berurusan dengan Dr. Syed je tau macam mana berhemahnya Dr. Syed melayan patient yang memang kanak-kanak ribena. Hehehehe.

6. Terima kasih semua staff nurse di Wad Sri Tanjung dan Wad Sri Angkasa yang sangat baik dan cute belaka. Doakan supaya Aisyah Hani terus sihat ye kakak-kakak dan auntie semua. 

7. Peringatan untuk semua ibubapa, yang dah beranak ramai atau baru beranak sorang. Follow your instinct. Kalau anak tak sihat, pantau selalu. Tak dinafikan, I dan Sayang memang tidur-tidur ayam je sepanjang 2 minggu ni. Tidur boleh Qada, anak...? 

8.Yang penting juga, simpan thermometer dekat rumah. Kalau boleh yang tembak telinga. Ready juga PCM dan ubat Supp (masuk punggung) untuk kegunaan masa kecemasan ye. Selalu pantau suhu anak bila lepas bagi ubat dan bila dose ubat dah nak habis.

9. Power of Doa :) Berdoa, berzikir, berharap hanya pada Allah. Ubatan dan rawatan adalah usaha kita untuk menyembuhkan anak, dengan doa dan pengharapan yang penuh kepada Allah jualah dapat menguatkan lagi tawakal dan keredhaan atas segala ujian yang sedang dihadapi. Yakinlah dengan doa kita. Mohon lah doa sebanyak yang dapat. Masa makan, masa duduk duduk, masa uruskan anak, masa nak tidur, masa rasa nak main telefon dan semestinya masa kita penuh rasa down. Insha Allah.

10. Biasa kalau bayi demam memang dia taknak makan apa-apa. Bagi lah bubur sedap ke apa-apa memang dia luah punye. Cari inisiatif kalau boleh jangan biarkan anak berlapar. Dalam kes ini, Juah dah berusia 10 bulan, memang hebat tahap pemakannya. Sebab tu I bagi juga Farley's Rusk lembikkan dan suap. Kalau taknak, cuba patah-patahkan dan suap. Nanti anak akan tidur bersambung-sambung sampai 4 ke 5 jam. Kejutkan dan bagi susu pada anak ye. Kesian dia nanti. Kita pun kelaparan kalau tak makan dan tak minum apatah lagi budak yang tak reti bercakap.

Wednesday, May 24, 2017

Assalamualaikum

Hello! Masya Allah lama betul I tak bersiaran, bersembang, mencurahkan cerita, bergosip (oops!) dan berseloroh dekat sini. My baby bloggggg, I MISS U! Sumpah rindu nak menaip macam-macam weh. Semua dalam kepala, dalam notes dekat fon dan picture gallery. Simpan dan pendam je sebab kesuntukan masa dengan segala tugas hakiki sebagai Hamba Allah di bumi yang sementara ini. I sengaja nak petik satu potong ayat dari salah seorang ustazah di dalam whatsapp group yang I join...

"...jangan kita fitnah anak kita sebagai punca susahnya kita nak beribadat.."

Macam gitulah bunyi ayatnya sebelum I clear conversation. Astaghfirullah, banyak betul dosa I selama ni. Selepas pintu hati I diusik dengan perkara yang macam ni baru lah I cari jalan untuk mengerjakan jugak solat walaupun Juah tak tidur. Hehehe. Alhamdulillah, sekarang dah makin mudah I nak buat kerja macam-macam walaupun sambil jaga Juah. 

I bukannya rindu nak menaip blog aje, tapi I rindukan jugak moment nak blog-walking sambil melihat-lihat keindahan blog orang lain. Gila tak rindu! Sesuatu yang I paling suka ialah membaca. Entah, rasa puas bila dapat membaca. To be honest, 2 buah novel yang I tengah baca sejak 2016 pun belum sudah habis lagi hahahaha. Ber'bookmark' aje. Untuk waktu ini, blog yang menjadi kegemaran I ialah..

Menyajikan kekisah seseram. Hihihi. Ada yang seram, ada yang hambar, ada juga yang fiksyen semata-semata dan paling banyak ialah pengalaman sebenar diri sendiri dan relatives. Yang penting, iman kena kuat :)

Sila baca blog ni kalau nak motivasi diri. Confession dari pengalaman sebenar. Menarik sangat bila tau yang perjalanan hidup kita lain-lain setiap orang rupanya. 

Sebenarnya, dah ada dua tiga post yang masih draf dalam list I ni tapi belum dapat nak publish lagi. Kena selongkar balik gambar-gambar yang berkenaan. Banyak sangat I nak cerita ni, dari hal makanan pertama Juah, Juah masuk ward, Juah mandi laut, mandi sungei sampeylah Juah dah pandai tepuk tangan dan berlari dalam walker. Gitewwwww!~

Sebelum terlupa, I tengah giat mencari idea untuk birthday party Juah yang PERTAMA. Yayy! Juah Ibu dah setahun weyh. Nak buat sekali dengan Tok Wan dan Tok Bah dia. Kecil-kecilan sahaja untuk keluarga terdekat. Insha Allah. Doakan kejayaan I nak buat kek anak I ye. Camne pun, pejam celik je dah dekat setahun I berjaya menjadi seorang Ibu :) feels like crying pulak bila sebut macam ni....

Ok tu je lah nak report untuk hari ni. Nak jugak wish, SELAMAT HARI IBU untuk semua yang bergelar IBU, MAMA, MUMMY, MOM, BONDA, UMMI, EMAK. Semoga sentiasa dibawah keredhaan Allah selalu. Amin..

So, belanja satu gambar Juah dah besar jap :)

Alah! Melting nye Ibu....
Si cantik manis outing dengan Ibu <3
Gigi dah nak masuk 6 batang tau! Kuat menggigit hehehehe
Big girl already 

Thursday, February 2, 2017

Kenangan 2016

:)
Alhamdulillah dipinjamkan lagi roh dan jasad sehingga ke saat ini. Syukur ke hadrat Illahi atas limpahan kurnianya.

Ampun! Baru nak menapak dekat sini setelah 32 hari di Tahun 2017 dah meninggalkan kita. Komitmen kerja, komitmen keluarga sangat-sangat membatasi jari-jari montel ni nak menaip. Gatal je rasa bila tengok blog orang sebab blog sendiri dah bersawang. Fuh! Fuh! Tiup habuk sikit. Macam mana pun, I nak jugak buat review bagi Tahun 2016 yang sangat memorable itu. Ketinggalan T___T

2016 meninggal I sekeluarga dengan satu memori paling indah dalam hidup. Kehadiran Nur Aisyah Hani merupakan satu anugerah paling terindah yang Allah dah turunkatsunami'kan dengan tangisan baby kecik. Hiihihihihi!~ Syukur! Allah beri peluang kepada kami sekeluarga untuk jadi pelindung dan penjaga kepada satu amanah besar ini. Permudahkanlah, Ya Allah.
n pada kami. 8 bulan lepas, berhempas pulas kami sekeluarga menyesuaikan diri yang selama ini tenang tapi di'

2016 juga meninggalkan memori percutian paling indah (walaupun ada yang tak indah bahahaha!) kepada kami dan kawan-kawan. Percutian ke Krabi, Thailand memang sangat-sangat awesome! Percutian bersama suami ke luar negara sepanjang 3 tahun berkahwin. Mengumpul duit sesama untuk mengonjeng sesama. Hehehe. I akan ke Krabi lagi nanti, dengan Baby pulak. Tapi rasanya dah tak boleh la nak sewa motor lagi kot. Kena naik tuk-tuk je lah nampak gayanya. 

2016 memisahkan kami sekeluarga, The Lailis dengan PC Lan. Kepulangan Arwah PC Lan ke pangkuan Illahi memang menyedihkan kami sekeluarga. Memang inilah berita paling sedih I terima sepanjang tahun. Betul-betul masa kami semua nak menyambut Hari Raya Aidiladha. Allah lebih sayangkan PC Lan. Bila scroll FB yang lama-lama, ternampak-nampak je 'Azlan Laili liked this'.. Semoga Allah pelihara Arwah PC Lan di sana. 

Rezeki kami di 2016 memang tak dijangka. Perniagaan Sazzie Homemade sangat memberangsangkan. Tak sangka, penangan popcorn Sazzie's Sweet Treats disukai dan digemari ramai. In shaa Allah, lepas selesai semua perkara, order akan dibuka semula. Jangan lupa! Hihihi tak sabar nak buat popcorn lagi. 

2016 juga mendatangkan kebahagiaan buat kami sekeluarga bila I dah dapat rumah idaman I, sebelah rumah Mama Ayah! Yay! Nak betulkan maksud rumah idaman, bukanlah yang 2-storey Semi-D with 5 bedrooms tau. Rumah teres kos sederhana aje. Bolehlah, nak buat tempat berlindung anak-beranak. Bolehlah, nak upgrade jadi syurga kami sekeluarga. Bolehlah, kalau ada saudara mara nak datang menumpang di kala memerlukan. In Shaa Allah. 

2016 sangat-sangat mengejutkan kami sekeluarga tau. Dengan kehadiran.... ehem-ehem! Adikek dah nak kawen weh! Pertama kali Adikek perkenalkan bakal suri hatinya, Nor. Namanya Norhazirah ke (sorry Nor kalau akak silap) tapi panggilnya Nor. Alhamdulillah. Terbukak jugak pintu hati adikku sorang tu. Semoga Allah permudahkan semuanya, Terkejut I bila Mama bagi tau yang Adik nak kawen, dia nak bawak bakal isterinya datang rumah. Wawawawa!~ Tak sangka.... In Shaa Allah bulan Februari ni Adik akan melangsungkan pertunangannya dengan Nor. Nanti Kakak dia haplod la gambor dekat sini. Nasib ko Dik, dapat Kakak busy body kah kah kah!

Setakat ini sajalah. Lepas ni nak cerita pasal Echani dah pandai makan hehehe. Kebelakangan ni, banyak kisah baby je. Maafkan I kalau sebelum ni I label blog ini sebagai blog TTC. Ye, I masih TTC, tapi dalam proses nak dapat tune balik sementara masih duduk rumah Mama Ayah ni. Badan mengembang bak juara dah ni. Dan nak sambung jugak induced lactation. In Shaa Allah. Doakan I rajin menaip ye. Wiwiwiwiwi!~

P.S. Baby Ibu dah tumbuh gigi u ols!

Wednesday, December 7, 2016

Bila Bayi Selsema...

Apa perlu buat?
Macam mana nak uruskan?
Kenapa bayi asyik menangis?
Sampai bila?
Apa ubatnya?
Siapa boleh tolong ubatkan?
Kenapa anak saya selsema?
Membahayakan ke?

Macam-macam dalam pemikiran ibu dan ayah bila bayi sekecil 5 bulan meleleh hidungnya dengan hingus. Belum dicampur lagi dengan hidungnya yang tersumbat menyebabkan ketidakselesaan. Malam-malam meragam dan tak boleh nak tidur. Sepanjang masa bersin dan nak minum susu pun merengek-rengek. Allahuakbar... Waktu ni ibu dan ayah perlu banyak sangat bersabar dan berzikir. Memang menguji kesabaran dan kekuatan mental fizikal.

Waktu bayi selsema dia akan kerap melekap pada badan kita. Dan dia takkan rasa selesa nak berbaring mungkin sebab mengganggu pernafasannya. Yang paling mengelirukan, kalau air-cond dan kipas dipasang kuat, selsema akan menjadi-jadi, tapi, bila diperlahankan, peluh pula yang menjadi-jadi sampai kuyup. Ye, itulah dugaan yang semua ibu dan ayah hadapi dalam proses membesarkan anak masing-masing.

Baru-baru ni, Juah ada dijangkiti selsema. Tak tau mana silapnya. Banyak persoalan dalam kepala I apa sebabnya anak I meleleh hingusnya. Sampai serabut kepala I jadinya hahaha. Sebenarnya memang ada banyak kemungkinan yang I tak nafikan. Antara penyebab kejadian selsema menyerang Juah ialah :
  • Mandi terlalu lama - Ibu kan bahagia tengok anak-anak bahagia. Apa lagi, bila dia tepuk-tepuk air tu konon macam anak happy la. Air walaupun suam, tapi tempoh lama untuk Juah mungkin dia tak tahan T___T
  • Tidur dalam Air-cond - rumah batu, siang sejuk malam panas. Bilik pulak kecik, kipas tak center bilik betul-betul. Apa lagi, malam-malam on kan air-cond untuk keselesaan seisi keluarga tidur. Memang nyenyak tidur si kenit ni dalam air-cond. Juah tak suke berpanas-panas. Tapi, Juah baby lagi... dia tak tahan air-cond tu... T___T
  • Habuk sana sini. Dalam rumah, luar rumah, dalam bilik. Ditambah ada construction depan rumah. Memang lagi berhabuk lah jawabnya... T___T
Walaubagaimanapun, ni semua adalah penyebab saja dan takkan boleh berlaku tanpa keizinan Allah. Allah nak menguji kami dengan diturunkan ujian melalui Juah. In shaa Allah, kami akan berusaha sekuat hati kami untuk mengembalikan kesihatan si kecik kepada seperti sediakala. Selebihnya, tawakal kepada Allah, agar diizinkanNya Juah sembuh sebagaimana Allah izinkan selsema ni datang kepada Juah.. Antara langkah yang telah kami ambil dalam rawatan kepada Juah ialah :
  • Hirisan bawang - pertama sekali, I hiris bawang dan letak di sudut ruang tamu dan bilik tidur kami. Memang bau macam teruk sikit. Kena tahan lah ye. Sampai dah kecut bawang-bawang tu boleh diganti dengan bawang lain pulak.
  • Sterimar - benda paling penting untuk ada bila ada baby. Sebelum minum susu, elok spray Sterimar ni supaya bila hingus mencair baby akan telan dan lendir akan keluar melalui najisnya. In shaa Allah Sterima ni selamat sebab ianya hanya air garam. Bukan ubatan.
Muncung tu memang memuat je masuk hidung baby
Gambar dari Google

  • Nasal respirator - benda penting jugak selepas Sterimar. Kenapa I kata selepas, kalau takde nasal respirator boleh sedut melalui mulut saja hingus yang meleleh tu.. I pakai respirator ni sebab I tak tau sedut guna mulut hehehe. Yang I pakai brand Pigeon. Mudah sangat.
Beli yang macam ni... senang nak sedut
Gambar dari Google

  • Minyak bawang putih - Cara buat senang je, cucuk bawang putih atas dapur, bakarkan sedikit dan kemudian lenyekkan. Kemudian I campurkan dengan minyak kelapa. Boleh juga baby oil biasa atau minyak masak. I pilih minyak kelapa memandangkan kulit Juah macam sensitif takut baby oil tu macam panas. Sapukan je bila-bila masa terutama lepas mandi.
  • Bawang putih di kaki - jangan letak direct ye takut kulit baby tak tahan. I lapiskan booties baby tu. Memang ada kes kaki baby melepuh. Kesian sangat...
  • Vicks untuk baby - kalau dekat farmasi Guardian atau Watson atau kedai-kedai biasa ada je jual Vicks untuk baby tapi harganya sedikit mahal berbanding harga Vicks biasa. Sapukan dekat dada baby kalau takde minyak bawang putih. 
Jangan sapu di hidung baby ye...
Gambar dari Google

Kali pertama Juah kena selsema memang I buat semua cara diatas dan selsema terus kering dalam masa 3 hari. Seminggu selepas tu, Juah diserang selsema lagi kali ni berserta dengan batuk. I buat macam cara diatas jugak. Kali ni, lama sikit Juah batuk dan selsema dalam seminggu lebih jugak. Setiap hari banyak kali jugak kami sedut hingusnya. Sekarang baru nampak ok. Memang baby kecik tak tahan cuaca sejuk, lepas tak hujan beberapa hari, Juah nampak sihat. Alhamdulillah, hanya batuk saja, takde demam langsung. Dan good news, Juah dah start makan! Yeayyyyy!~ Nanti I akan ceritakan pengalaman Jeah dengan solid food pertamanya pulak ye :)

Monday, October 31, 2016

Warkah Buat Anakku, Hani

Hani,

Sejak hari pertama Ibu melihat wajahmu, Ibu telah pun jatuh hati. Sejak hari pertama Ibu mengendongmu, tertitis jatuh airmata Ibu, telah Allah tuliskan amanah ini untuk Ibu dan Ayah membesarkanmu dengan segala kemampuan yang kami ada. Tubuh kecilmu kami bawa pulang ke pangkuan keluarga yang lain. Meninggalkan semua keserabutan. Di hari pertama itu jugalah, Ibu gementar, berkata-kata kepada diri sendiri, "...bolehkah aku menjadi Ibu yang baik...?" Ibu nekad, walaupun Ibu pertama kali diberi tanggungjawab yang sebesar ini, Ibu akan buktikan pada semua yang Hani akan dibesarkan dan dididik dengan segala rahmat yang Allah turunkan kepada kita.

Sejak hari pertama, memang murah sekali rezekimu, nak. Pelbagai urusan Ibu dan Ayah dipermudahkan Allah, seolah mengerti kegelisahan kami berdua. Namun, mukamu masih lagi berkerut-kerut tanda keresahan, ketidakpuasan hati dan mungkin juga keliru. Jangan risau sayang, Ibu dan Ayah akan sentiasa disisimu. Hani lah lambang cinta agung Ibu dan Ayah. Kita tidak akan dipisahkan, nak, kecuali maut menjemput salah seorang daripada kita bertiga. Janji Ibu dan Ayah, akan pertahankanmu walau apa jua rintangan dan dugaan diluar sana. Janji Ibu dan Ayah, akan sentiasa melindungimu daripada sebarang kejahatan manusia dan syaitan di luar sana. Selagi kami masih bernyawa....

Hani,

Rezeki kami, Allah berikan seorang anak yang cantik rupa paras, penawar hati Ibu dan Ayah yang kesunyian. Rezeki kami, dipermudahkan urusan Ibu dan Ayah menjaga anak yang tidak pernah banyak karenah. Rezeki kami, dianugerahkan satu nyawa yang tidak ternilai dari Allah, sedangkan Ibu dan Ayah tidak mempunyai persediaan yang cukup. Ibu masih lagi ingat, siang malam Ibu dan Ayah menjagamu, agar tidak terjejas dari sebarang kesakitan dan gangguan binatang serta serangga. Allah sentiasa mendengar doa Ibu dan Ayah agar segalanya elok untukmu. Bertuahnya kami berdua, memiliki kebahagian yang tiada galang gantinya. Tak putus-putus doa kesyukuran dari mulut Ibu, sejak Allah amanahkanmu kepada Ibu dan Ayah.

Bukan Ibu dan Ayah saja yang menyambutmu dengan kasih sayang, Uwan, Tok Ba, Opah dan Tok Wan juga bahagia sangat melihatmu, nak. Sehingga ke saat ini, tiada langsung apa-apa yang menyekat kasih sayang mereka kepadamu. Penenang jiwa mereka. Tidak pernah sekali mereka yang menyayangimu itu akan mengasarimu. Tubuh kecilmu mereka belai dan pastikan semuanya baik-baik saja. Allah terbitkan rasa sayang mereka kepadamu untuk menjadikanmu seorang yang lebih kuat dan bahagia, Jangan pernah rasa terpinggir, nak. 

Hani,

Ibu dan Ayahmu tidak semewah mereka yang lain. Kami membesarkanmu dengan segala adanya kami. Kami berusaha sekeras tenaga kami untuk membahagiakanmu dan membesarkanmu. Bukan balasan kemewahan atau kebendaan yang kami minta di masa akan datang darimu, nak. Anakku, cukuplah doa anak yang solehah darimu agar dapat memudahkan segala urusan Ibu dan Ayah di Akhirat kelak. Semoga Allah dengar doa Ibu...

Anakku Hani,

Penawar hati Ibu dan Ayah, cinta hati, madu dan racun, intan dan payung, gunung dan lembah, itulah ibarat dirimu anakku. Segalanya untukmu wahai anak. Bertahun kehadiranmu Ibu tunggu, barulah kini kebahagiaan itu meresapi jiwa Ibu. Segala usaha Ibu terbalas oleh kasih sayang dari Allah. Diberi pinjaman yang sangat berharga ini. Tidak sesekali Ibu akan sia-siakan amanah ini. Tak sabar Ibu nak melihatmu membesar, petah berbicara, bertatih-tatih jalanmu dan terkekek-kekek gelakmu. Setiap hari, kerinduan Ibu padamu hanya Allah tempat Ibu mengadu. Sepanjang hari bekerja, hati Ibu meronta untuk pulang kepadamu. Setiap detik dan saat melihat kebijasanaanmu menjadikan Ibu semakin rindu. Rindu untuk peluk cium, rindu bergurau senda. Besarnya hati Ibu kerna memilikimu, nak. Hebat betul panahan cintamu kepada Ibu.

Ibu sayangkan Hani. Doa Ibu, semoga Allah sentiasa pelihara dan lindungi kita dalam setiap urusan kehidupan kita. Semoga Allah jadikanmu seorang yang berjaya di dunia dan akhirat, dijadikanmu anak yang solehah, kuat aqidahnya, mulia akhlaknya, baik budi bahasanya, sopan perilakunya dan tinggi ilmunya. Semoga Allah sentiasa permudahkan perjalanan hidupmu, nak. Allah, berilah anakku kekuatan dan kesihatan luaran dalaman, zahir batin, rohani dan jasmani. Sungguh, Ibu sayangkan anak Ibu. 

Cukuplah sampai disini bicara Ibu buat Hani. Sesunggunya coretan ini datang dari hati Ibu yang sedang bekerja dan merindui Hani. Ibu akan pulang untukmu, nak. Setiap masa Ibu tatap gambar anak Ibu yang manja. Jangan risau, petang nanti kita gomol-gomol ye, nak. 

Persediaan Makanan Pertama Bayi

Juah will turn 6 months in November. Ibu yang kena pikir macam-macam ni. Sebabnya, kalau diikutkan baby umur 6 bulan dah ready untuk makan. Maknanya, tak hanya bergantung kepada susu semata-mata, pemakanan yang sihat pun akan membantu tumbesaran. Cewahhh, ayat macam pengacara pulak hahaha. I harap-harap sangat dapat wahyu untuk rajin memasak makanan anak lepas ni. Memang bila search cara-cara tu macam tak susah, kadang tu benda yang paling senang tu yang buat kita paling malas nak remehkannya.

Setelah I buat carian, banyak rupanya cara untuk buat makanan bayi ni. Yang 1 perasa, yang 2 perasa yang beras putih, beras perang semuanya ada. Nak dengan taknak buat je. Apa pun, tengkiu Kak Yong Yin! Sebab bagi food processor dekat Juah. Alhamdulillah, rezeki anak. Puas jugak I save berbagai-bagai blog yang menyadurkan maklumat pasal penyediaan makanan bayi 6 bulan dan keatas. Yang paling akan diingati ialah '4 waiting days rule', dimana, Ibu perlu bagi satu jenis makanan saja kepada Juah selama 4 hari berturut-turut untuk tengok ransangan alergi pada Juah. 

In shaa Allah, I akan mula bagi Juah makan mula 1 Disember 2016. Lepas dah vaksin untuk 6 bulan, baru kita bagi itu budak rasa bubur nasi kosong dulu hehehehe. Supaya tak terkejut sangat. Lagipun bila dah start 1 haribulan senang nak follow 4 days waiting rule tu. Apa yang I dapat dari blog Puan Shakina Farhan yang clear sangat dia tunjukkan jadual pemakanan tu. Sementara itu, di blog Puan Linda Zainal pulak ada menerangkan macam mana resepi, cara penyimpanan dan cara penyediaan makanan bayi yang kita dah siapkan. Syukurrrrr, I suka sangat dan jadi dah tak sabar pulak. Setiap hari I bukak blog-blog yang berkaitan pemakanan bayi 6 bulan keatas untuk dihadamkan dan sebagai persediaan mental.

Disamping tu I ada jugak terfikir I kena sediakan beberapa benda untuk persediaan ni. Di samping tengok-tengok menu resipi, I sekarang tengah busy nak survey baby seat dan utensils hehehe ngade-ngade dan lebih-lebih macam biasa lah mesti Ibu kan. Ok, nanti next entri I share ape preparation I dalam menyediakan makanan untuk Juah ye. Sekarang bagi I usha dulu perkara-perkara penting hehehehe.

http://www.ibuzarith.com/2014/12/resepi-makanan-bayi-6-12-bulan.html

http://ctfand.com/2014/03/panduan-persediaan-makanan-bayi-6-bulan.html

http://ayachalo.com/resipi-bubur-puri-stok-ayam-dan-sayuran-untuk-bayi-6-bulan/

Sekadar menyebut beberapa blog. Banyak lagi sebenarnya yang I dah favorite kan dekat PC ni nanti I share lagi. 

Monday, September 19, 2016

Anakku Dah Kenal Orang

Sekarang I dah mulai sedar anak I dah besar bila :
  1. Baby dah mula mengangkat badannya sendiri masa duduk
  2. Baby dah mula laju pergerakan kepalanya means leher dah kuat
  3. Baby dah mula response dengan agah-agah dari orang yang rapat dengannya
  4. Baby dah mula mengangkat kaki dengan tinggi ketika berbaring
  5. Baby dah mula buat belon dengan air liurnya
  6. Baby dah mula menggigit tangan I, mungkin gatal gusinya
  7. Baby dah mula kenal orang huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
Ye, point nombor 7 sangatlah I baru perasan. Point lain dah biasa tengok. Sebabnya kami memang jarang keluar dan melepak-lepak, jadi tak perasan dengan perubahan macam point nombor 7 tu. Tak sangka yang Juah akan mencebik tanda tak suka bila berdekatan dengan orang yang jarang dia jumpa. Alahai anak Ibu, drama jugak ye...

Pertama kali diambil oleh Uwan Paroi, elok je diam lagi. Bila dah digomol-gomol dia mula buat muka cebik! Pehtu... Keluar segala anak tekak dia melalak hihiihi. Bila diingat-ingat, cute sangat! Ngada-ngada lebih. Kalau macam di rumah Opah nye pun, pantang la Opah tegur cokolat Opah tu dia pun mandang carik mana suara Opah. Kalau menanges lambat diberi susu, bila Opah ambik dan dukung terus diam. Amboiiiiih, Ibu dah tak laku ye nak.

Kalau diikutkan Juah memang laku keras dengan Opah je. Tok Wan pun tak berapa sangat. Ibu pun ok so-so je itupun kalau Ayah takde. Tapi Juah sangat bonded dengan Opah dan Ayah. Tak pe.... Malam-malam tido ketiak Ibu jugak kan. Muahahahahaha. Kalau tengokkan muka dia, cara dia pandang orang yang dia tak kenal, dengan kening dia berkerut, mulut macam nk cebik. Alahai baby! Sangat propa okehhhhhhhh. Hihihihihi!~

Langkah berjaga-jaga perlu diambil. Juah kena dibawa selalu ke Paroi. Sian Uwan dengan Tok Ba nanti bila Juah kesana kalau Ibu Ayah ada hal, akan timbul masalah pulak. In shaa Allah, prevention akan dibuat secepat mungkin... Sekarang, sesekali bila Ayahnya kerja malam, Juah akan dibawa ke Paroi. Nanti baru mesra dengan Tok Ba, Uwan, Kakak Ain, Kakak Yaya, Abang Afan, Abang Ayish, Abang Ayan, Abang Adam dan Abang Is. Amboi ramainya abang dia... Tak lama lagi Kakak Maira, Kakak Yuna, Abang Umar dan Kakak Mia akan balik Malaysia. Lagi Juah akan ramai geng gegerl. Hehehehehehe.

p.s : yang terbaru, ada kazen-kazen I dating ke rumah, bukan main melalak lagi bila Mama Leen dan Mama Yang dia carry dia! Ambooiiihhhhhh!~

Thursday, August 11, 2016

DIY Supplemental Nursing System

Pernah dengar 'induced lactation? Kalau yang biasa dengar, mesti tau apa benda supplemental nursing system (SNS) ni. Kalau yang pertama kali baca apa itu 'induced lactation', I harap dapat Google ye. macam-macam information akan kita semua dapat. SNS ini ialah keluaran MADELA. Harganya agak boleh tahan jugak sesuai dengan kegunaannya yang dapat membantu kekurangan ibu menyusu. Tapi, jangan kecewa cepat sangat, ada cara lain.

SNS ini ialah keluaran MADELA
Pertama sekali biar I kongsi kegunaan produk ini yang I dapat dari Babydash ye :

  • Enables mums to breastfeed when they would otherwise be unable to do so

  • Helps to stimulate the mum’s milk supply through direct sucking at the breast

  • Trains the baby to suck properly by creating a vacuum at the breast

  • Supports parental involvement

  • Supports unique contact between mum and baby

  • Allows adopted babies to be fed at the breast
“The SNS allows me to breastfeed again. That has given me a real psychological boost. I see the product as being a great opportunity for lots of women.” Christiane K..
The SNS is intended to enable mums to breastfeed when they would otherwise be unable to do so, and help the baby train their sucking behavior. It offers the following advantages:
  • It can be used by mums who have or think they have a low milk supply

  • It helps to stimulate the mum’s milk supply through direct sucking at the breast

  • It can be used when there is a requirement for supplements in addition to breast milk

  • It trains the baby to suck properly by creating a vacuum at the breast
The Supplemental Nursing System is a reservoir that is filled with supplemental nutrition. It can then be placed on the mum’s chest or on a pole. The very thin, flexible tubes are fixed alongside the mother’s nipples and release additional milk and supplements as the baby feeds.
This special feeding device helps to ensure that the baby is given supplemental nutrition whilst breastfeeding.
The reservoir can be placed on the mum’s chest.
Very thin, flexible tubes are fixed alongside the mum’s nipples.
The device can be reused after it has been cleaned in accordance with the instructions for use.

Inilah serba sedikit pengenalan mengenai SNS. So, fahamlah ye kegunaan SNS ni untuk apa. Untuk insan-insan seperti I dan rakan lain, SNS ni sangat memainkan peranan penting. Walaupun begitu, harganya sangat RM270 plus plus. Agak tinggi bagi Penjawat Awam yang hanya bergaji sederhana. Dengan itu, I bangga menghadiri Klinik Laktasi yang dibantu oleh Staff Nurse Mazlin dari Hospital Tuanku Jaafar Seremban yang telah mengajar I untuk DIY peralatan SNS ni. Senang rupanya.

Peralatan yang diperlukan ialah :
  • Botol susu ikut Oz yang baby perlukan
  • Feeding tube no.6 - boleh beli di farmasi
  • Masking tape - untuk melekatkan tiub di badan
  • Tali - untuk digantung, kalau tak, tak perlu
  • Gunting

Senang sahaja cara-cara untuk membuatkannya. Harap-harap dapat membantu kita semua :
  • Bancuh susu ikut keperluan bayi. Macam Juah, 3 ke 4 oz jugaklah. 
  • Masukkan tube ke dalam puting botol susu. Pastikan jangan gunting dulu tube tu ye takut nanti susah nak masukkan.
  • Lepas dah berjaya masuk ke dalam puting, guntingkan tube melepasi lubang kedua dan bolehlah tutup botol susu macam biasa.
  • Feeding tube ni berfungsi macam straw la kalau kita minum. 
  • Lekatkan hujung tube yang telah digunting ke puting ibu.
  • Letakkan bayi dikedudukan seperti breastfeed :)
  • Pastikan kedua ibu dan anak dalam keadaan selesa. In shaa Allah.
Nanti akan jadi macam ni...
Gambar dari SINI
Antara tips yang berguna juga :
  • I menggunakan tube sebanyak 3 kali sahaja dan lepas tu I gantikan tube lain.
  • Kalau nak gantung botol susu boleh gunakan tali macam lanyard ke ikut keselesaan dan kesesuaian masing-masing
  • Botol susu boleh diganti dengan syringe. Kebiasaannya syringe 50ml yang boleh dilekatkan tube di penghujungnya.
  • Susu akan mengalir dengan laju kalau tube diletakkan lurus. Ibu-ibu perlu buat lingkaran S supaya susu tak mengalir laju. Mengikut hukum graviti hehehehehe.
  • Tube perlu dilalukan di bahagian lelangit bayi. 


Untuk support Breastfeed Month ni I galakkan sangat-sangat ibu-ibu di luar sana supaya tak cari alasan untuk katakan yang breastfeed ni menyusahkan. Kami, ibu-ibu yang berusaha untuk induced lactation beriya nak keluarkan setitik anugerah tu. Semoga cara ini akan menggalakkan pengeluaran susu badan ibu yang kekurangan atau tiada langsung susu badan, Allah akan bantu. In shaa Allah.


Untuk penjelasan lebih lanjut bolehlah click pada link blog di bawah ni. Beberapa blog yang agak membantu I :

Sekian saja perkongsian I kali ni mengenai SNS. Banyak lagi perkata yang I nak kongsikan. Semoga masa yang ada I dapat manfaatkan dengan berkongsi pengalaman I membesarkan Juah yang dah semakin bijak tu :)

Friday, August 5, 2016

Kedai Barangan Bayi Sekitar Seremban

Assalamualaikum warga Seremban. Untuk memeriahkan lagi kehidupan warga Seremban, I nak share sikit lah beberapa kedai barangan bayi yang menjadi pilihan I sepanjang di Seremban ni. Untuk yang mempunyai masa terhad, tak boleh nak ke KL atau sekitar mencari barangan bayi, Seremban ada juga kedai-kedai yang menawan hati. Agak hebat jugak kedai sekitar sini. 

MANJAKU, SENAWANG

Pilihan pertama I semasa kehadiran Juah dalam hidup. Segala peralatan dibeli dekat sini. Dengan botol, bantal, puting dan lain-lain. Kalau buat sale, dimple pillow untuk baby tu RM5 saja. Menyesal tak beli banyak-banyak. Boleh dikatakan lengkap lah kedai ni. Macam-macam barangan bayi ada.

TWINS BABY, SENAWANG

Pilihan kedua selepas dah pandai sikit mencari. Hehehehe. Selama ni memang tertumpu pada Manjaku saja. Selepas diperkenalkan oleh kawan-kawan lain, I pun dah pandai dan berjaya ke sini. Adalah beli beberapa barangan kecik dekat sini. Tapi I lebih kerap ke Manjaku. Murah sikitlah dari sini. Takpe, kadang tu ada yang takde dekat sini, ada dekat Manjaku dan vice versa.

BBDOTCOM, SEREMBAN 2

Syukur Alhamdulillah diperkenalkan oleh Eyna kedai ni. Dapat cuci mata sedap sikit. Macam-macam jenis barangan mandian baby yang organik banyak disini. Botol susu yang jarang dapat di kedai lain pun ada. Maksud I jenama yang lain dari yang lain lah. I happy dapat beli Suavinex dan NUK dekat sini. 

FIFFY, SEREMBAN 2

Yang ni pun menarik jugak. Baju nya cantik-cantik dan banyak juga pilihan baju yang menarik di sini, Port membeli belah jugak ni. Ada juga botol kesukaan I. I sempat beli puting Fiffy dan milk dispenser dan harganya lebih kurang dengan Manjaku.

QQ BABY, SENAWANG

At last! Jumpa kedai yang jual baju yang macam-macam rupa dan cantik dan murah belaka. Ada pulak dapat diskaun lagi ehem-ehem. Best wey! Tak sabar nak tunggu Juah besar. For the time being, pakai rompers sesaja kan. Takpa, sabar Bu, sabar.......

Ada lagi beberapa kedai baby yang I belum terjah. Nanti ada nak beli play-gym untuk Juah. Tengah survey. Juah dah pandai respond pada bunyian dan muka Ibunya, boleh beli kerincing yang boleh attract baby tu hahaha. Nampaknya macam-macam akal Ibu dah sekarang. Muahahahahaha!

Wednesday, August 3, 2016

Online Shopping

Assalamualaikum. Waalaikumussalam. Jawab sendiri. Hari ni I betul-betul nak condemn perniagaan online. Semenjak ada seorang baby yang comel dalam hidup I, lately, I totally put blamed on ONLINE BUSINESS! Why...?? Sebabnya, I memang tak boleh bukak Instagram atau Facebook yang tertulis, 'barangan bayi' tau tak! Bila bukak jadi seram. Seram sebab semuanya cecomel belaka!

Ya Allah, Ya tuhanku, kaburkanlah pandangan mata aku dengan semua jenis barangan yang sangat comel ini. kaburkan semuanya terutama baju-baju ala hipsturrr tu. Amiiin!~

Dari botol susu, baju, headband, rocker, puting pun I mencari online hahahaha! Tak padan dengan si kenit tu merah lagi, Ibunya dah macam-macam perancangan nak mencantikkannya. Anak gegerl ok! Jangan comot sangat. I selalu bising dekat Mama kalau seluar dengan baju tak suit. Anak Ibu kena santek-santek okey. Hihihihihi.

Memanglah perniagaan online ni sungguh berhantu dan menghantui I. Dekat Instagram, penjual barangan bayi tumbuh macam cendawan. I dah ada target sendiri untuk sesuatu tu tapi I terpaksa pendamkan dulu. Pendam, esok-esok sampai Juah besor I pun belum sampai hajat di hati tu muehehehe. I nak beli baby punye sleeping bag yang mulut shark tu. Haritu menyesal tak beli dekat baby expo. Sayangnya.....

Bebaru ni I beli barangan baby semuanya online sesaja. Hari-hari berdebar nak tunggu barang sampai. Nak mencari tu payah sikit. I dan Sayang waktu kerja kami tak sama langsung. Bila I keje, Sayang cuti, bila I balik keje, Sayang masih bekerja. Sebab tu I jadikan online shopping ni satu platform untuk I cari barang. Lagipun sampai depan mata terus. Masukkan saja alamat pejabat. Then terus check pada tracking number. Taraaaaa!~

Kalau kita search pada Instagram dan Facebook, kita boleh jumpa apa-apa saja yang kita nak. Semuanya di hujung jari. Sambil nak lelap mata tu, sambil tu boleh search. Type je apa-apa untuk Google, lepas tu gunakan saja #ashtag nanti muncullah apa yang kita perlukan. Asalkan ada duit dalam Online Banking kita muahahahaha. Bahayanya pulak, akaun sentiasa akan menanges. Pandai-pandailah nak survive dan buat budget sendiri ye. 

Sementara entri ini ditaip, I baru terima sterilizer dan home warmer dari Lazada. Nampaknya belian dekat online ni ada sedikit price reducing dari beli dekat kedai atau booth atau pameran. In shaa Allah, barang semuanya selamat dan boleh digunakan. Kalau barang yang dibeli tu tak boleh digunakan atau rosak boleh je return. Sama je kan kalau beli di kedai. Hihihihi. Menegakkan online shopping nampaknya :D setakat ni, I belum dapat yang tak ok. Semuanya Alhamdulillah. Tapi i selalu pegang, langit tak selalu cerah.

Murah sikit dari di luar hehehheh
Oklah, untuk bulan ni, last I nak beli, botol susu je muahahahaha. Lepas tu dah ye ye ye ye.

Sunday, July 31, 2016

Botol Susu Pilihan Anakku

Aah ye, pilihan harus anak bukan Ibu lagi dah. Mana yang dia gemar itu yang Ibu kena sediakan. Kalau beli yang elok bagus pun botol tu masih perlu dilupus bila dah sampai due date. Kalau nak long lasting silalah bertukar ke botol susu stainless steel atau pun kaca kerana ianya tidak ada bahan kimia plastik tu.

Antara botol susu pertama Juah ialah Fiffy dan Kiko. Ibu dan Ayah memang failed bab botol susu sampailah bila kelamaan, bila tenung botol yang lain baru mula rambang mata. Setakat harini Juah dah pernah merasa botol Fiffy, Kiko, Suavinex dan Nuk. Keserasian Juah hanyalah pada botol Nuk setakat ini. Kemungkinan akan dikekalkan begitu dan I tak nak berubah kepada brand lain.
Antara Suavinex dan Nuk :'(

I mula diperkenalkan botol cantik masa bertandang ke rumah Eyna. Eyna bagi pinjam botol Mam dan Suavinex. Cantiklah pulak! Disebabkan Juah dah diperkenalkan dengan puting anti-colic dari Nuk dan Fiffy maka teruslah Juah reject kedua botol pinjaman tu. Lega Ibu. Sejarah Fiffy setakat ni bagus. Cuma ianya tak wide neck dan susah nak buat susu. Spill keluar terus muahahahahhahaha!  

Sejarah Suavinex pulak tak berapa bagus. Botol-botol memang cantiklah Suavinex tak dinafikan. Puting pun bagus ada pattern macam Nuk dan Fiffy, tapi baby tetap reject. Untuk warga Seremban, kalau pembeli Suavinex tegar dengan botol cantik-cantik bolehlah ke Uptown Avenue Seremban 2 (area Mydin selorong dengan Big Mouth) dan nama kedai ialah BBDOTCOM. Pemilik kedai memang baik dan sangat membantu customer. Ada jugak brand lain dekat sana ya. Ini pun Eyna punye hal pegi kenalkan kedai wakakaka.

Sejarah botol Nuk pulak, I ada beli puting Nuk sebab baby reject puting Suavinex. Gigih juga I cari di Instagram dan terjumpa seller yang paling murah iaitu OppsBaby. I cuba beli satu corak Hot Air Balloon 5oz. Masa nak tunggu pos datang kemain neves. Hehehehehe. Neves sebab takut baby reject lagi. Kecewa Ibu nanti. Dan lepas sterile kan, Alhamdulillah baby bagi kerjasama bagusss. She likes it! Hati ibu senang. Lepas ni I nak beli satu lagi back up dan boleh buang puting yang latex yang dah melebar tu. 

Cantiks!
Terima kasih kepada botol wide neck. Senang nak tuang susu dan air panas. Kalau botol classic pun ok jugak tapi tangan Ibu ni lebar woi. Kena botol lebar baru senang pegang hehehe. Sementara waktu ni I dan Juah senang dengan botol Nuk. Kemungkinan akan jual prelove botol Suavinex yang direject Juah itu. Tapi sayang! Sebab cantik.............

Akan tetapi, I di dalam perancangan nak beralih ke botol stainless steel dan kaca. Cumanya keadaan puting tak mengizinkan I lah. Semuanya botol tu puting bulat dan tak macam bentuk Nuk. Kang pembaziran lagi. Dalam perancangan I ialah Pura Kiki untuk stainless steel dan Aary Green untuk kaca. Yang dalam pemerhatian sekarang ialah Juah saja. Sebab dia terus reject kalau puting bulat, tak reti menghisap. Kalau tak dapat beralih pun I kekalkan saja botol yang ada tapi kerap tukar le gamaknya. 

Cukuplah harini cerita bab botol. Esok, I akan cerita bab susu pulak ye. Eh, dari blog TTC ke blog baby pulak lah kite ye. By the way, Allah sedang menguji I dengan mempamerkan foto Juah di Facebook dan Instagram. I sangat berhati-hati sekarang atas sensitiviti ini. Harapan I agar iman I dipelihara. In shaa Allah.

P.s : Penggunaan botol susu akan mengganggu pemberian susu ibu ye. 

Tuesday, July 19, 2016

Hai Selamat Hari Raya...!

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk meraikan Syawal yang mulia bersama keluarga tercinta dengan penambahan seorang lagi ahli keluarga baru. Sambutan sentiasa sederhana, tak extreme mana pun. Kecuali part bergambor memang dahsyat. Tak mampu nak tolak hahahaha. Tak ada nak bercerita banyak. Baju semua recycle, makanan ala kadar macam biasa, tetamu pun yang hadir semuanya saudara mara.

Hari raya pertama tahun ni di sebelah keluarga I. Tapi, raya kedua dah balik Kuala Pilah. Bestnya, terasa betul raya tahun ni walaupun persiapan tak sehebat mana. Juah pun bagi kerjasama yang baik sepanjang beraya ni. Allah izinkan untuk dipermudah semuanya. Takde cerita sangat. Semua simpan kemas dalam foto, Juah beraya dengan TokWan, Opah, Ayah, Ibu, Uncle O :)

My family portrait
Babybu tido!
Uncle O dan Babybu yang tido gak
My son muahahahaha
Nampak macam banyak dosa je ni kekekeke
Mama, I love you!
Nampaknya TokWan dan Opah dah ready, Ibu Ayah yang mengelabah hahahaha
Ayah + Mama
Sesudah sesi nanges-nanges, lapor ye Babybu
Si kecik pun pandang kamera! Clever girl!
Tengokkan gambar-gambar ni, rasa macam nak print dekat Photobook lah.. Tak yah anta cuci dekat kedai. Hurmmmmmm.... Otak Ibu sedang bergiat aktif sekarang hehehehehe.

Thursday, June 30, 2016

Juah - 1 Bulan

Gambar dari Google
Alhamdulillah, hari ni Juah dah cucuk sebulan. Dah besar anak Ibu ni. Hari tu kecik sangat dia masa Ibu mandikan, cebokkan, susukan.. Hari ni dia dah pandai sengih sikit bila kena agah. Tak sangka wey! Dari hari pertama memang I sangat seram nak pegang nak dodoikan dan nak burp kan. Kecik halus kate Opah dan Tok Wan hehehehe. Hari ni dah sedap sikit nak gomoi. Tangan dan kaki dah kuat. Dulu I takut sangat anak ni demam ke batuk ke dia, selsema ke. Rupanya tu adalah tanda dia sedang matangkan organ dalaman dia. 

Dekat sini I nak share pengalaman I dengan Juah selama sebulan pertama ni. Kot-kot ada yang curious kenapa bayi baru lahir buat this and that :
  • Bersin ketika sejuk - Setakat ni Baby memang bersin bila lepas mandi. Atau waktu malam dalam bilik air-cond memang akan bersin dalam 2 kali lepas tu muka dia puas. 
  • Dah masuk 4oz susu - Minggu pertama hanya 1oz saja... masuk minggu kedua ketiga makin naik oz yang Baby minum. Maka, diawal ni pakailah botol yang 2 oz saja sebab baby tak minum sekaligus, depa minum sikit-sikit. Lepas tu burp kan dulu, kemudian bagi balik.
  • Bayi kuning (jaundice) - Alhamdulillah Baby tak jaundice, normal semuanya. Formula yang I buat ialah, setiap 2 jam buat susu dan kejutkan untuk disusukan. Kerap tukar diapers untuk kita check tahap kuning dekat najis dan air kencing. 
  • Diapers - Setakat ni yang sesuai dengan Baby ialah Drypers dan Mamy Poko. Takde rashes, ngam-ngam dan penyerapannya I puas hati. 
  • Susu Formula - Masa kelahiran, hospital dah berikan Anmum Infacare, pandai-pandai I balik rumah tukar ke Dulac sebab Anmum tu takde stok. Sekali keras lahhh poo poo nye~ Kesian tengok muka dia masa meneran tu T__T tak lama pun I pakai Dulac, terus tukar ke Anmum balik. Alhamdulillah.....!
  • Menangis tanpa henti seperti didera Ibu - Hahahaha! Yang ni kena tahan sikit lah. Baby lain ada waktu dia tersendiri. Tapi Baby I, waktu tangisan ialah 12.30 am onward membawa ke sahur. Astaghfirullah, macam kena dera dah baby. Sampai auntie sebelah rumah tanye why u tak pujuk u punye daughter. Hoih! Kalau malam-malam Baby menangis memang I standby dah diapers, minyak telon, barut untuk tenangkan baby... Kalau perlu, bedunglah. 
  • Ruam - Baby memang banyak ruam keliling lehernya. Susu dah panas, cuaca pun dah panas. Elakkan baju berlapis ye. I pakaikan baju lubang-lubang je..
  • Muak @ Muntah - I dah refer pada doktor, muak adalah normal sebab dia ada susu masam dalam perutnya dan Baby akan muntahkan. Yang penting lepas susu kena burp kan. Ingat tau, KENA BURP KAN. Rajin-rajin tukarkan baju baby ye, baunye mak ooiiihhh~ 
  • Mandi - Masa dalam 2 minggu, Baby akan redha masa dimandikan. Lepas tu, akal dia lebih sikit sebab sel otak dah berhubung. Kalau terlentang dan kita basuh kepala dia memang dia gayat menangis nanti. Bila dah terlangkup untuk basuh badan, baru ok. 
  • Bedak baby - Letak dekat baju tau jangan direct pada kulit baby...
  • Puting - Kalau Baby meraung memang I bagi kan puting. Tapi kena aware sikit. Masa mula-mula penggunaan puting Baby jadi confuse benda yang dia hisap tu kuar susu ke tak. Selalu Baby tersedak masa hisap botol susu... 
  • Cucuk sebulan - Alhamdulillah tak meraung. Sikit je nangisnya. Sebulan ni cucuk Hepatitis B, mungkin tak demam sebab dos kedua. Kebiasaannya akan demam kalau cucuk dos pertama.
  • Keluar berjalan - Setakat ni adalah hanya dalam beberapa kali saja I bawak Baby betul-betul keluar. Bukak posa sekali, klinik 3 kali. Yang lain hanya dari rumah ke rumah PIL tu je... Kalau boleh kurangkan, sekarang macam-macam virus.. I risau...
Itulah serba sedikit yang I dapat kongsikan pasal Juah. Semuanya ok sangat-sangat. Kecuali yang berjaga malam menangis macam kena dera tu. Allah je yang tau perasaan I memula dapat rasa benda macam tu. Sakit ke dia? Demam ke dia? Pening kepala ke? Hahahahaha rupanya normal... Orang baru tengok dunia, dalam proses nak kenal dunia le kan... Now Ibu dah faham ye B...

Tu saja nak report pada entri kali ni. Akan bersambung lagi bulan depan pulak :) 

SELAMAT HARI RAYA!


Juah @ 33 days old - tidur mulut ternganga masuk lalat kang baru tau