Nuffnang Ads

Showing posts with label Raya 2015. Show all posts
Showing posts with label Raya 2015. Show all posts

Monday, October 26, 2015

#jkrnsraya2015 #throwback

AMPUN BERIBU AMPUN! Semua ni draft yang bersawang hahahahaha!

Tahun ni ada 3 kali sambutan raya untuk kami, warga kerja di Bahagian Pentadbiran & Kewangan, JKRNS. Meriah kan? Meriah dengan makanan, meriah dengan lagu raya, baju raya, tapi, duit raya je tak meriah hahahaha. Selesai sudah Syawal 1436H baru lah I ada masa untuk update semua jamuan raya ni. Bukan main lagi kan?! Dan dengan bangganya I nak bagitau, penambahan berat telah berlaku kepada I dan ini sangat sangat sangat SERIOUS! T_____T *nanges*

JAMUAN RAYA BAHAGIAN PENTADBIRAN & KEWANGAN JKRNS
Jamuan diadakan secara ringan-ringan je. Tapi ringan tak ringan pun ada jugak Nasi Putih dengan Asam Pedas dan lauk-lauk lain. Kenyang sampai petang! Jamuan pagi, tengahari sambung makan, petang pun melantak lagi. Osah la haiiihhh! Takde tema, cuma I tak sempat nak buat photobooth! Sedihnya... I demam seminggu, memang tak larat bangun. Dan macam biasa, menu I ialah Kek Batik Signature from Sazzie's Sweet Treats. Awwwww!











MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT WISMA NEGERI, SEREMBAN
Oh yeah, kali ni besar-besaran sikit. Sebabnya, diadakan di perkarangan Wisma Negeri. Khusus untuk semua jabatan di dalam Wisma Negeri dan pelawat-pelawat yang ada tu bolehlah singgah. Tahun ini, JKRNS berbesar hati menyediakan menu lemang dan rendang. Semua gegerl di office kena bertugas di gerai ikut jadual masing-masing. Cerito eh konon sampai ke petang, dek sebab laku lemang dan rendang, pukul 12.00++ tengahari dah habis kojo! Yahuuuu! Paling best, JKRNS menang gerai tercantik! Yahuuuuuu! Lagi skali hehehehe. Eh, tapi best la banyak makanan best lepas tu ada sesi karoke. Bukan senang nak oh yeah oh yeah macam ni tau!









SAMBUTAN AIDILFITRI JABATAN KERJA RAYA NEGERI SEMBILAN
Tema warna warni, memang colorful lah kita semua hadir di JKR Mekanikal tahun ni. Betul-betul hujung Syawal sambutan kali ni. Yang win sangat, kambeng tegolek telentang. Fuhhhhh! Sepinggan penuh I bedal. Lupa diri seketika. Tahun ni, Wondergerldix tak complete. Of course sebab Fura takde, tapi yang ada cuma I, Fira, Huda dan Hajar je. Ain, Chaa, Zana takde :( sedih... Sambutan ni dibuat pada hari Jumaat, semua orang makan laju-laju dan balik ke office masing-masing. Takdelah macam tahun lepas, semuanya haruk bergambar sampai ke potang. Lagi pun, cuaca pun panas, makan kambeng, tak kau mendidih di sana? Hehehehehe










Dijemput layan gambar-gambar yang tak seberapa itu ye. Tahun ni mood bergambor kelaut dan ketasik semualah. Sebab dah gomok kan. I salahkan Duphaston! Hahaha boleh gitu? 

Monday, August 10, 2015

Raya 1436H

Pertama sekali nak ucapkan tahniah kepada pasangan yang baru mendirikan rumahtangga pada 2 Syawal yang lepas. Moga hubungan dirahmati Allah dunia dan akhirat dan bahagia sampai ke syurga. Amin ya rabbal 'alamin... You know who you are, I don't have to mention it here. 
Gambar petang raya paling proper yang lain semua tapape haha
Tahun ni sambutan Aidilfitri kami berdua suami isteri agak pelik. Nak tergelak pun ada dengan perangai masing-masing. Mungkin bagi orang lain, ini adalah perkara biasa dan tak ada yang specialnya. Bagi kami berdua, manis sangat pengalaman ni. Of course, tak boleh nak turn back time tapi kan orang kata a picture worth a thousand words. Gitewwwwww! I dah standby memory dalam phone untuk tangkap gambor, almaklumlah, kitorang semua memang suka sangat sangat sangat bergambor. Sementara tu, I nak ceritakan sedikit pengalaman beraya di kampung belah mentua. Selama 33 tahun tak pernah I tak bersalaman dengan Mama dan Ayah di pagi Syawal. Ni first time woooo.. Sumpah! Masa tidor malam tu I dah sedih sikit tapi malu nak kabo dekat Sayang. Ngeee!~

PAGI RAYA vs PETANG RAYA
Tahun ni, takde istilah pagi raya dekat I dan Sayang. Sayang habis shift pun dah dekat jam 8.00 am. I pun habis shift masak kek batik dekat jam 10.00 am. Bermaafan di waktu hampir tengahari, selepas selesai penghantaran Kek Batik dan Caramel Popcorn. Kental betul. Tak sempat beraya ke rumah MaYah dan tak sempat bersalaman raya dengan MaBa. Petang baru bertolak balik ke Kuala Pilah.

Tengahari raya pun kena kerja :)
The Hamiyahs :) Me, the photographer sebab tu tak included hehe
KERETA vs MOTOSIKAL
Seperti yang anda sedia maklum, I dan Sayang kan pernah terlibat dengan kemalangan motosikal beberapa bulan yang lepas. Lama jugak nak dibaiki motosikal yang rosak sebab kemalangan tu. Actually, baru-baru ni je siap masa bulan Ramadhan. Senang sikit kalau ada both. Dan seperti yang anda sedia maklum lagi sekali, siapa yang kampung dekat Kuala Pilah, Negeri Sembilan mesti tau yang jalan nak ke sana memang favorite spot untuk jammed bumper-to-bumper ni. Sayang decided to ride on motorcycle that evening. I gigih minimize kan kuantiti baju dan barang bagi mendapatkan beg yang muat-muat masuk bakul dan box motosikal. Alhamdulillah, we've made the best decision ever. Jammed, waktu perjalanan ke Kuala Pilah dan waktu balik semula ke Seremban. Perjalanan dipendekkan dari 3 jam ke setengah jam sahaja! Alhamdulillah selamat semuanya perjalanan kami.

To the kampung we go!
DUIT RAYA vs POPCORN RAYA
Syukur, Allah beri rezeki di kala kami kesempitan untuk menunggu gaji yang lambat gila tu hihihihi. Sepanjang Ramadhan, tak sempat nak membeli belah baju raya, tak sempat nak ke bank menukar duit raya dan persiapan raya sangat sangat sangat ala kadar kalau nak dibandingkan dengan tahun yang lepas-lepas. Oh my, memang tak sempat nak berbuat apa-apa. Akhir zaman, akhirat semakin menghampiri kita. Masa berjalan tanpa menunggu. Kesimpulannya, I dan Sayang tak sempat nak mintak bantuan Kak Ratna nak menukar duit raya. Maka, kami pun buat keputusan drastik lagi sekali, buat popcorn extra dan packing cantik-cantik. Siapa salam dapatlah Popcorn Raya instead of duit raya. Sorry anak-anak buah Mak Teh. Hehehe.

Popcorn Raya for the kids 
BAJU RAYA vs BAJU HARIAN
Tiada baju raya, tudung raya, seluar raya, stokin raya, kasut raya di pagi raya. Semuanya ala kadar. Di samping nak minimize kan kuantiti baju, kami kena pakai pakaian yang sesuai untuk menaiki motosikal. Yerp, balik ke kampung pakai baju biasa. Sayang dengan jeans dan t-shirt. I pulak dengan blouse dan skirt dan tudung biasa. Syukur, kami tetap meraikan raya di kampung dengan terus beraya ke rumah saudara sebelah Mama martua. Hihihihi. Malam pun, kami main mercun jugak bersama. Takde issue pun orang tanya, ni baju raya ke apa ke. Asalkan elok untuk bergambor.

The Hamiyahs - tengok tu ade ke baju Explorace aiyoooooolah!
GAMBAR RAYA vs GAMBAR LOMPAT
Erghhhh, yang ini sedih sikit. I takde gambar raya tahun ni dengan both family. Nak bergambar berdua pun tak sempat. Cuma ada gambar dengan keluarga yang lain, masa pergi beraya dan gambar lompat di kampung dan di rumah Wan Teh. Best dan jealous tengok gambar raya dekat rumah Tok Chah tahun ni. Bukan main ramai family tahun ni beraya dengan Tok. Huaaaaaa! Kalau nak diikutkan, takde baju raya ke duit raya ke kuih raya ke takpelah sangat tapi gambor raya mesti mau ada! Takpe tahun depan I harap sangat dapat bersama suami lagi di pagi raya untuk gambar raya yang cun-cun muehehehehe.

See, dia yang start melompat dulu!
Pastu, I pulak follow : Adik - Along carrying Maryam - Ariana - Nina - Samani at Wanteh's
Kesimpulannya, pengisian Aidilfitri pada tahun ini bagi I sangatlah simple sepanjang hidup. Se'simple' Mama Ayah sejak I kecik dulu, tahun ni paling simple dan I tak sangka tahun ni dalam sejarah. Takpe, asalkan kita tak sakitkan hati sesiapa. In shaa Allah, baju raya tertunggak tahun ni akan I carry forward ke tahun depan dengan semangat menjahit baju yang baru. Tak sabar nak menjahit ni. Dengan baju Melayu sekali I nak usahakan. Doakan I ye! 
The Yahyas (gambar atas) - The Lailis (gambar bawah)
Jealous! Takpe, next year I join ye
Inilah cerita Syawal kami pada tahun ini 1436H/2015M. Walaupun dah 20 hari Syawal berlalu, baru nak update cerita raya dan kami tetap dapat jemputan open house. Cuma yang membataskan ialah, kesibukan kerja kami yang tak menentu. In shaa Allah, semoga akan mendapat pengalaman yang lebih baik di masa-masa akan datang. Aminn! 

Layan gambor jom!

Hajah Aminah & Co at Pakcik Tompang's, if I'm not mistaken the name hihi sorry! 
The Lailis at Wanteh's
 Ozer - Nina - Along Am - Samiewa - Kak Yong Yin - Salalyn - Samani carrying Yayam - Fizi - Gwan 
Cucu-cucu menantu Hajah Aminah and one cicit back there 
Depan : Samani - Kak Ratna - Kak Lynda
Belakang : Ain - Kak Long
Pinjam Adam sekejap!

Tuesday, June 30, 2015

Sempat Ke Tidak Ni?

Nak buat jugak tak kira tak kira tak kira..! Kalo dah degil hahaha. Due to our gathering on this coming Eid, I've plan something good that will become the sweetest memory ever. I just can't resist the quote, "A PICTURE WORTH A THOUSAND WORDS..." Maknanya sekarang ni yang penting gambor la kan?

Memula sekali, bila nk buat gathering ni, memang kepala I dah fikir, kita buat somewhere else untuk elakkan rumah bersepah. Ok, itu done! Benda kedua yang keluar dari kepala hotak ialah, PHOTO BOOTH! Bukan main.... Ini belum kategori beriya sangat kan? Rasa macam ok je takdelah sakan bebenor. 

I've listed a few words in Perak's dialect to make it more fun. Not just, Selamat Hari Raya, Salam Aidifitri and Maaf Zahir Batin, which are so common. Yang biasa-biasa tu I dah siap buat pun, tunggu nak susun dan print sahaja. Yang macam props lain, macam lips, eyes, spectacles dan mustache dah siap download dari Encik Google. Semoga apa yang I rancangkan menjadi. In shaa Allah... 

Yang menjadi permasalahan sekarang ialah, dalam 13 Ramadhan ni menjelang ke 1 Syawal, sempat ke untuk I print out semua tu?? Tiba-tiba macam seram! I kena betul-betul buat habiskan sampai minggu ni then, baru boleh hantar untuk print out. Itu belum kes nak gam dekat batang straw hehehe banyakkan kisahnya. Habis la kuih raya, baju raya dengan persiapan raya tahun ni. Apa pun, di bawah ialah cadangan background untuk photo booth I nanti. Weeeeeeeeee!~

Cantik kan! Nampak hidup.
Gambar dari Google
I always wanted background tulis-tulis macam ni!
Gambar dari Google
Glitters pun cantikkk
Gambar dari Google
Polka dot ni cantik mana nak dapat ek
Gambar dari Google
Kalo ade ready made ghupe ini memang I sambar. My favorite!
Gambar dari Google

Friday, June 26, 2015

RSVP : The Lailis' Raya Gathering

We've been waiting this for so long. Can't wait to get together and celebrating our Eid just like the old time. I can't believe we are just few steps closer to the date. The last time was in 2011 and the gathering held in Salalyn's place. Opah was still there, back in 2011. But for this time, just us. The granddaughters and the grandsons of Atuk Laili and Opah Rahmah is celebrating Eid in Seremban. All of us : The Azians, The Aziahs, The Azmahs, The Azmis, The Azlans, The Azizans, The Aznins and not forgetting The Azizahs.

The Lailis, back in 2011
Tahun ini, satu Majlis Sambutan Hari Raya Anak Cucu Mohd Laili akan diadakan di kampung halaman kami, Seremban. Yes, Atuk dan Opah both were from Perak but they had moved and settled down in Seremban after they had 5 children. Azizan and Aznin were born in Seremban but their sisters and brother were born in Perak. When they passed away. both Atuk and Opah were buried in Seremban, though. 

L-R : PC Lan - Mummy - Wan Yong - Wan Anje - Arwah Opah - Nyanyah - Wan Teh - Wan Jan
Majlis berkumpul anak beranak ini akan diadakan pada 18 Julai 2015 bersamaan 2 Syawal 1436H bersamaan birthday Salalyn! Hehehehehe. Mesti le meriah ada birthday celebration sekali. For now, we've decided to held the event in some other place, not in or home. Most probably in a bungalow homestay, near Seremban town. 

Hal makanan, hal aktiviti, hal kewangan dan hal decor akan dibincangkan kemudian sesama kami. Hari Sabtu, pengerusi majlis akan adakan mesyuarat tergempar khas untuk membincangkan semua yang berkenaan majlis ini nanti. Maknanya semua kena bawak paperwork la hahahahaha kemain! Tugas I ialah mencari homestay dan kalau diikutkan dah selesai le semua tu. Cuma belum book lagi. Takut jugak kalau lambat nanti melepas. Homestay cantik dan strategik untuk anak beranak yang ramai dan riuh rendah. Too bad, kami tak ada rumah pusaka... Kalau ada, tak jadi masalah untuk carikan lokasi. Tapi Alhamdulillah, we're still family :)

Semoga majlis ini akan berjalan dengan lancar dan baik-baik hendaknya. Bukan selalu dan bukan senang nak kumpulkan semuanya. Ini pun, dikhabarkan, ada jugak yang tak dapat nak join kerana beraya di kampung mertua. Takpe, next event kena ada tau! Hehehehe. Diharap majlis ni dapat mengembalikan rasa macam dedulu, kumpul ramai-ramai. Walaupun Atuk dan Opah dah pergi mengadap Illahi.

Al-Fatihah untuk Atuk Mohd Laili bin Mohd Aroop dan Opah Rahmah Binti Hassan yang sangat kami sayangi dan rindui...

Cousins!
Zaman muda mudi - 2009
Zaman muda mudi jugak - 2009

Dah Beli Baju Raya?

Kali ni, tahun ni memang pelik sesangat perangai I. Tak pernah dibuat, tak pernah terfikir, tahun ni betul lain sangat. Kalau orang kata, buang tebiat apa Samani ni..? Entah kenapa, nafsu tu membuak-buak, hari-hari duk belek wishlist  dalam diari. Cewah, diari! Akhirnya kesampaian jugak, dapat I beli dan dapatkan apa yang I tersangat-sangat wish akhir-akhir ni. Harapan, semoga dipermudahkan Allah. Tu je. Ngeeeeee~

Semalam, berborak dengan Wondergirldix, riuh rendah Fira dan Huda bercerita, hal gaji, hal baju raya sendiri, hal shopping raya, hal baju raya anak. Amboiiiiii, ligat bercerita. Sana sini sale, ade murah ada macam-macam pattern dan ada banyak pilihan baju. I dengar dengan penuh sabar dan berdesing telinga hahahahahahha! 

Diorang tak perasan pun I diam seribu bahasa. Tapi dek tak tahan telinga mendengar tu, hati meronta jugak nak cakap, "aku pun dah siap beli" Fira tanye pulak, "ko beli katne..?" "aku dah siap beli mesin jahit dengan buku panduan menjahit!" Yessssssssssss! Terkeluar jugak kata-kata itu dari mulut I. Muahahahaha. Satu je ayat dari Fira dan Huda, "woi, sempat ke ko nak buat!" I pun tergelak. Sebab, I sendiri takde jawapan! 

Ya Allah, dah 9 Ramadhan, I baru beli benda tu semua. Alasan, nak jahit sendiri, senang, tak payah tempah tailor mahal. Masalahnya, dengan keadaan merangkak nak belajar menjahit, dengan banyak tempahan popcorn (ALHAMDULILLAH!), adakah I mampu...? Siap tak siap itu belakang cerita. Esok dah ada basic, I jahit je la rupa mana pun. 

Hari ni, in shaa Allah sampailah mesin itu hihihi. I nak pegi beli kain! Tak menyabor benor tu nak ada baju buatan sendiri. Tu lah, dulu tak mau belajar, sekarang rabun dekat dah makin teruk barulah cita-cita tinggi melangit. Nak jugak jahit baju sendiri. Takpe.. takpe.. biar lambat asal selamat. Nak dijadikan cerita, baju nikah yang I tempah dari seorang tailor di Senawang, harganya mencecah ratus jugak. Ishhh, sayang duit. Nak hantar pada Kak Ain, dah pindah ke Kuala Pilah pulaknye. Kak Ain memang murah, tapi jauh.... 

Semoga cita-cita I pada raya tahun ni tercapai, nak pakai baju buatan sendiri. Lepas ni bolehlah buat untuk MaYah, MaBa, Tok Chah, anak-anak buah dan paling penting, Sayang dah booked awal-awal nak suruh I jahit baju untuk dia solat tu! Ok, tunggulah isterimu ini terer barulah boleh I buatkan ye, Kalo ketak tang ketiak I tak jamin! Hehehehehehe.

Tak sabar.... tak sabar... tak sabar..! Nak jahit sekali baju Mumu hahahahahahahaha!

Jeng jeng jeng!