Nuffnang Ads

Showing posts with label Segamat. Show all posts
Showing posts with label Segamat. Show all posts

Thursday, July 16, 2015

Menggamit Memori

Bukan main title macam lirik lagu ke filem cinta Melayu tah. Kalau ikutkan content kenalah ayat bunga-bunga sikit kan. Hahahaha. Sebenarnya nak menyatakan keseronokan dapat jumpa kawan-kawan lama je. Memang lama gila tak bersua muka. Bertahun jugak. Rindu jangan cakap. Dulu sepanjang hari, sepanjang malam, muka depa je. Sekarang.....

Ahad lepas, 12/7/2015 berjaya jugak Leez organize satu sesi berbuka puasa bersama-sama bebudak Segamat yang dikasihi. Walaupun tak ramai yang bagi kerjasama, I kisah apa! Hahahaha. Cukup je tu 2 table dan 8 orang termasuk Sayang. Ok what... berpuluh jugak orang like gambar kitorang. Kihkihkih. Oh ye, last minute plan works! Kalau plan awal-awal memang kacau sangat! Hahaha.

Dak-dak Segamat!
Paling best, makan tu dekat Murni Bukit Jalil. Lega tekak dapat makan Aglio Olio. Fuhhh! Selesa! Kalau ikut tekak ni dah lama air I Love You ke I Miss You ke menjadi mangsa kerakusan perut I. Tapi apakan daya, tak boleh nak minum. Milo Dinosour pun jadi! Hahaha. Eh sorry, ini tergamit memori dengan makanan. Niat hati nak cerita pasal kawan-kawan tadi kan. Ok sambung balik.

Yang ada malam tu, Leez, Comel, Abid, Simba, Zami dan Mona dan anak-anak depa. Itu pun dah cukup I rasa nak merasai nikmat macam dulu. Lepak malam-malam sambil makan pastu gelak-gelak. Walaupun sekejap je rasa masa berlalu, rasa puas jumpa kawan lama yang pernah share sesama macam-macam dulu tak boleh nak beli dengan wang ringgit. Sekarang, semua dengan haluan masing-masing. Tak macam dulu, semua kita langgar. 

Semua ni dulu orang gila ahahaha
Dulu cerita semuanya pasal lecturer la kelas la, potblack la, PTPTN la, exam lah. Sekarang tak lagi. Semuanya bercerita hal kerjaya, hal anak-anak, hal dunia, hal negara. Berubah 360 darjah. I diam sebab I perhati, masing-masing dah matang soal berbicara. Biasa, yang perangai dedulu memang takkan dapat buang. Cuma depa dah upgrade ke version yang lebih bagus. Alhamdulillah. Diharap ikatan persahabatan ini kekal sampai bila-bila.

Hopefully ada la lagi sesi reunion macam ni. Nak jumpa yang lain-lain. Semua dah merata Malaysia. Semua dah berjaya, Alhamdulillah....

Paling rindu dekat awak Normama... dapat borak kejap je tak puas T____T

Thursday, April 2, 2015

Majlis Perkahwinan Misya Di Muar

Tak lama pun kenal dengan Misya. 2 semester je duduk sebilik di rumah No.12, Taman Segamat Indah itu pun dah cukup membuat kenangan yang terindah buat I. Dengan rakan-rakan serumah yang lain semuanya junior. Sebilik, sebilik air, sedapur bagai, takkan lah I pernah lupa itu semua. Walaupun dah bertahun berlalu, still, adik-adik Taman Segamat Indah yang terbaik.

Tak sangka, perkenalan yang singkat itu membawa kebahagiaan kepada I. Kami serumah selalu makan bersama, buat bakar-bakar sempena hari raya bersama, lepak tengok movie bersama dan paling best, kalau nak exam, memang study bersama-sama. Bukan dengan Misya je, dengan Ain, Wanie, Fatin, Nad, Nas, Zira, Niza, Sue dan Jue.

Tahun lepas, tak sempat nak menghadiri wedding Fatin dan PC. Ini pun bercinta zaman UiTM Segamat jugak hihihi. Maafkan Kak Wanie ye Fatin, tak sempat kita nak berjumpa. Tahun ni I gagahkan jugak Sayang untuk bawak I ke Muar menghadiri wedding Misya dan pasangan. Termakbul dengan izin Allah! Best gile.

Hehehe walaupun kami agak lost. Punyalah I sebijak manusia, boleh delete pulak conversation I dan Misya. Dia ada bagi direction ke rumahnya. Fuh! Sayang dah hampir sentap dengan I. dengan fantas, nasib baik I pm terus Fatin dan PC di FB. Alhamdulillah! Jumpa juga rumahnya di Bukit Kangkar, Sungai Mati, Muar. Tapi sedihnya, lepas makan, Sayang terus ajak pulang. Tak sempat tunggu Misya bersanding. Tak sempat jumpa Fatin dan kawan-kawan yang lain.

Walaupun sekejap, merasa jugak I dapat ke wedding Misya. Dapat jugak I sampai ke Muar. Dan, dapat jugak jumpa parents Misya. Dulu, Misya ni pernah datang ke rumah I di Seremban. Berhari raya. Kali ni I pulak mengambil giliran, untuk datang ke rumah Misya, meraikan persandingannya. Takde yang lagi indah selain dari tengok Misya tersenyum lebar.

Tiada ucapan yang panjang lebar untuk Misya, cukup lah Kak Wanie peluk Misya tempoh hari. Sekuat mana pelukan itu, sekuat itu lah rindu dan sayang menyayang Kak Wanie dekat Misya hihi. Semoga jadi isteri yang solehah ye. Dan semoga berbahagia selalu. Kalau ada masa jalan-jalan dekat Seremban nanti datang rumah Kak Wanie ok. Muah!!

Pengantin lelaki belum sampai hihihi

Tuesday, August 19, 2014

Selamat Kembali Sayangku!

Punyalah riang hati Allah saja yang tahu. Rindu serindu rindunya. Masa Sayang berangkat balik dari Segamat, I dah mula rasa mengelabah. Tahulah pemandu bas tu nak drive elok-elok. I seram lebih. Bila text Sayang, diammmm je! Rupanya member tidur since naik bas selepas load barang ke dalam lori. Chett! Nervous I tauuuu.

Sayang sampai di IPK adalah dalam jam 4.20 pm dan I kena lari keluar sekejap dari pejabat sebab waktu habis kerja I ialah 5.30 pm. Nampak aje kelibat si baju turquoise, terus rasa nak gelak. Hehehehehe kelakar laaaaa! Kelakar sebab rindu. Siap bersongkok, I was wondering why he put his songkok on? Pergi orang bernikah ke? Butang baju Melayu abang mana Pahhhh!? Takut jugak until he explained that after Friday prayer he didn't put back the Songkok inside his bag. Ok, accepted.
Alahai, comelnyer! Hehehehe
Don't worry much for all relatives, he is still the same old him. Seminggu, belum sempat pun lemaknya terbakar. Masih macam itu. Taklah ketara sangat. Cuma warna kulit? Agak lebam dan kelam. Itupun Sayang jenis putih, muka dia jadi merah gelap. Sian, berkawad tengah panas ye. Ok lettew! Hehehe. Apa pun, Alhamdulillah sebab Allah pinjamkan lagi lelaki syurga itu untuk I. Alhamdulillah sebab semuanya baik-baik, semuanya ok. Cuma, hanger hilang satu, sabun dan bekas sabun warna putih dah tak nampak bayang. Tau lah mulut I bising macam mana kan.. Sebenarnya takdelah kisahkan sangat hanger dan bekas sabun tu cuma.... RINDU NAK MEMEKIK! Muahahaha~

Finally.....

Wednesday, February 19, 2014

Ex-Member Forum HA

Siapa yang pernah TTC dalam masa 5 ke 6 tahun lepas mesti pernah dengar nama forum ni. Diambil dari website Prof. Dr. Hamid Arshat, ada forum di dalamnya. Sangat top dulu. Dari forum ni jugak I dapat kenal ramai kawan-kawan. Kami semua senasib. Semuanya hal berkaitan zuriat. Share macam-macam benda dalam ni. Untuk yang tak tau, TTC ialah Trying To Conceive. Dalam bahasa I sendiri, nak dapat baby :) 

Zaman Forum HA masa tu I tengah study lagi. Dekat UiTM Segamat. Memang happening sangat. Setakat share pasal TTC tu perkara biasa. Macam-macam lagi kami share. Dari resipi sampailah masalah kesihatan yang lain. Tempat makan sedap pun boleh tanya dekat thread. Nak bercuti dan ada nak jual-beli barang second pun ade thread jugak. Masa ni memang best sangat, semua satu hati. Sakit yang sama, diubati dengan kata-kata semangat sesama sendiri. Masalah yang sama, dihuraikan dengan perbincangan sesama sendiri. Takde segan silu, sebab kami semua sama.

Antara ilmu yang I dapat masa Forum HA ialah : 

1. Jus Toge - I pernah cuba! Bluerrrrghhhhh!~
2. Buah Zuriat - belum ada kesempatan
3. EPO - belum ada kesempatan jugak
4. Folic Asid / Susu Anmum - banyak jugak dah telan sampai gemok hehehe
5. BBT - setiap pagi ok...
6. Urut - pernah cuba sekali je sebab geli la tak tahan
7. Clomid - berjaya! Walaupun miscarriage selepasnya tu...

... dan macam-macam lagi tak payah cerita la dari doa-doa sampai ke posisi semua kami cuba jugak. Semua berkat dari perkongsian dalam forum.

Kami rapat. Sampailah ada perjumpaan di Titiwangsa pada tahun 2009 memang I kecewa teramat sangat tak dapat join sebab ada final exam :'(  Sedihnya tak tau nak cakap macam mana. Padahal dah plan terbaik sangat. Tapi ada hikmahnya, walaupun tak join potluck tu tapi I tetap bersama dengan diorang sampai sekarang, Tak dinafikan faktor usia memang lah membantutkan ingatan kekal abadi. Lagipun, bukan 20 orang dalam forum tu mau hampir seratus orang yang betul-betul kita rapat dan berborak sesama sendiri. Sampai sekarang, masih ada nama yang terlupa...

Bila Iela naik status di FB pasal kawan-kawan forum, terus menderu komen semalam. Telefon I cepat turun bateri ye semalam. Hehehe. Ada pahit dan manisnya semua ni. Bila manisnya tu, seronok sangat nak recall tapi bila bab pahitnya tu terus terbantut rasa.. Banyak jugak kes penipuan, penyamaran dan perselisihan faham dalam forum. Apa pun, tak semua macam tu. Ada yang naif tapi ada jugak yang 'kepala' cuma bagi I, biarlah... Sampai bila pun diorang nak macam tu.

I cuma rapat dengan beberapa orang saja sampai sekarang dan tak perlulah I sebutkan nama setiap sorang sebab diorang sendiri tau siapa diorang tu. I seronok, dapat bawak kawan-kawan jugak masuk jadi geng forum. Semoga bermanfaat hendaknya. I terjumpa satu forum di Internet yang menyerupai Forum HA. I dah join pun Forum Ratuhati. Kadang-kadang ada perkara TTC yang dah terlupa I refer jugak pada forum ni. Bila tengok cara diorang berborak, serupa macam kami dulu. Rindunya...

Macam mana I boleh jumpa Forum HA ye? Waktu tu period I dah delay, dan I cari penyelesaian sebab UPT menunjukkan result yang negatif, means, not pregnant. I search dalam Google dan jumpa forum. Dari situ, terjebak siang malam pagi petang. Dulu takde smartphone, kerja kami, berkampung depan PC atau laptop masing-masing. Berjanji, bila habis waktu kerja menderu komen di thread. Susah mod nak control. Hahaha. Serius best time ni. Semuanya kenangan..... 

Pada waktu sekarang, kalau ada sahabat-sahabat yang nak berTTC kita sekarang ada banyak saluran yang boleh dijadikan rujukan. Kalau tak faham sangat bahasa formal macam doktor dan nurse bolehlah join jugak Forum Ratuhati. Sebijik macam kami berforum dulu gayanya. Best. Kalau ada yang masih TTC dan menanti kekuasaan Allah, di FB pun ada group TTC dan IVF/ICSI/IUI/Fertility. Sebenarnya, lagi senang tanya pada orang berpengalaman dan sama nasib kita. Berbanding nak tanya pada doktor, kadang gynae adalah lelaki. Tak mungkin dia berpengalaman. The best way, tanyalah yang orang yang mengalaminya bersama dengan kita. In shaa Allah mereka tak kedekut ilmu. 

Apa pun, the very best of luck to all my TTC's darlings. Jangan malu bertanya nanti sesat jalan. Tak salah benda baik kita bertanya. Kalau memandai sangat nanti bila dapat susah dah menyesal kemudian hari. Trust me, ask around and live happily. Get in touch with more TTC friends because they won't bite :)

Rindu Iela jugakkkkkkk!

Friday, December 13, 2013

Oh Rumahku : Idea Ruang Makan

Standard. Lepas berlambak entri Kahwin Oh Yeah kita akan moving forward untuk mencantikkan kediaman. Amboi, kemain tak menyabor ye keme nak bersogheh pasey ghumah. Kali terakhir duduk rumah sendiri tu lah masa study di Segamat. Semua buat sendiri baru rasa puas.....

Macam mana pun sekarang kena perlahan-perlahan kumpul barang rumah. Umur dah lanjut baru nak mula hidup hahaha takpelah. Syukur Allah bagi lagi bernafas di bumiNya ini. First thing first, ruang tamu dah ada carpet dan tv. Jadilah. Untuk permulaan. Tapi yang menjadi excited sekarang ialah ruang makan. Macam-macam dalam kepala I dah sekarang.

Setelah I buat research pasal home living, I dah mula dapat beberapa idea untuk ruang makan kecil comel cute kami. Eishh, tunggu duit terpijak atau dari langit je kami dah berkobar nak letak barang-barang idaman. Antara perkara yang diidamkan ialah ; set meja makan warna putih, sideboard/buffet cabinet warna putih, cermin besar warna putih, display cabinet with glass door warna putih, lamp shade atau floor lamp, wall shelves warna putih, carpet warna terang dan sedikit benda-benda untuk decoration. Dah terbayang jelas dalam mata nak isikan ruang kecil kami. Perasan tak, semuanya putih. Kebetulan dinding pun putih. Yahoo!

I really need a buffet cabinet tu saja. Banyak gila pinggan mangkuk dalam simpanan I. Haruslah disimpan dalam tempat yang elok takkan nak berkurung dalam kotak aje kan. Tapi yang penting cabinet haruslah ada pintu. Safety first. Kalau anak-anak kecik datang nanti dicapai pinggan mangkuk auntie, jangan nak, pecah pinggan boleh ganti tapi kalo luka ke ape ke dahhhh satu kes kecemasan pulak nak bawak ke hospital. Bahaya. Ada beberapa contoh ruang makan moden yang I cilok dari Internet. Sumber inspirasi katanya. Hahaha.

Dapat macam ni jadilah...
Dapat camni pun jadilah jugak
Dapat camni lagilah jadi
Ni dapur ke kedai kek?
Tak salah kalo I nak gantung gak wine glass tu kan :)
Cantik-cantik kan? Standard la rumah sederhana nak macam tu. Kalau rumah I banglo memang macam-macam dah dalam kepala. Kui3! Selalunya kalau benda-benda warna putih ni semua bolehlah beli dekat Ikea aje. In shaa Allah ada kesempatan memang nak ajak Sayang untuk survey. SURVEY aje yang, tak belilahhh. Ye ke???

Kalau rasa jauh sangat Ikea tu, setakat nak cuci mata boleh je tengok dekat website di bawah ye. Nak bagi I hadiah? Liatorp Sideboard is the best gift among all. Hahaha!!!

http://www.ikea.com/my/en/catalog/categories/departments/dining/10412/

Monday, December 9, 2013

Giliran Epul-Wani Naik Pelamin & Throwback Gemereh

Oh best! Dapat naik Tangkak untuk ke Majlis Perkahwinan Epul dan isterinya, Wani di Taman Damai. Inilah kesempatan yang kita cari. Dari Tangkak, maknanya Segamat dah tak jauh. Sambil menyelam boleh minum air. Itu sebenarnya hahaha. Dari Seremban dah mengigau nak ke Segamat, tempat seribu kemanisan dan kepahitan. Dari KL hanya 3 kereta, Kancil dan Isteri, WanBrem dan Abid, dan kereta Simba ada Hot, Leez dan Gee. I've decided to go with my Sayang, as Kancil and his wife was being late. I was lucky as Sayang's working hours were only till 1.00 pm. 

Betul-betul kami keluar Tol Senawang jam 1.40 pm dan sampai di Tol Tangkak jam 3.30 pm, itu pun berhenti isi perut sikit di Restoran Jejantas Ayer Keroh. Lupakanlah niat suci nak makan KFC ye waktu cuti sekolah macam ni, bawak bekal dari rumah lagi senang. Rasa menyesal berhenti, waktu tengahari memang lunch time kot. Nasib baik sampai je di rumah pengantin, semua makanan ada lagi, dapat isi perut dengan nasi minyak, Alhamdulillah.

Sempat jumpa diorang aje...
Semoga kekal bahagia sampai Syurga. Aminnn
Ok, diorang memang kurus!
Sikit aje gambar kenangan, sampai pun dah lewat petang. Kawan-kawan lain pun kalau ada yang hadir semua dah balik. Tinggal beberapa kerat aje. Dengan tu, kami semua meneruskan perjalanan ke Segamat pulak. Menggamit memori katanya. Throwback sangat!

To the Segamat we go!
Tak banyak sangat tempat kami berjalan di Segamat. Risau tengok cuaca kelam-kelam gitu. Air memang naik tapi tebing-tebing jalan dah ditinggikan, kita tak payah risau dah sekarang. Dulu memang ye, nampak air berpusar-pusar aje tepi jalan. Amboi, takut betul kitorang dulu kalau tiba-tiba tengah nak ke kelas air naik dengan cepat. Kami berjaya singgah di Taman Bunga Raya, Gemereh. Tak berapa nak free sekarang nak cerita pasal rumah ni. Cukup dengan gambar di bawah ni, silalah baca. Ada typo disitu harap maafkan lah I ye.

Screenshot aje, I post di Instagram ni..
Memang tak sia-sia kami ke Segamat. Dapat singgah beli border lace untuk shawl hari pernikahan dan dapat makan durian kampung sedap lazat menggairahkan dan droooooling! Nak tau kat mana kitorang beli, depan sikit dari Tahang Rimau, jalan menurun bukit sebelum sampai Buloh Kasap, ada kedai buah sebelah kiri, silalah makan di tempat kejadian. Tak habis bawak aje balik, takde masalah. Cuba durian kampung, Ooohhh la la!! Meraung.

Namanya, durian kampung.
Kalau durian kacuk tak berapa nak umpph la..
Selesai majlis di Tangkak, kita tunggu pulak majlis di Seremban nanti. Ada masa jemputlah datang, kalau nak datang, kalau taknak datang, tak paksa pun :) Ayat double meaning ni plak haih!

Penempatan kami suatu ketika dulu... Rindu!
Goodbye, TBR :)
Terima kasih, Sayangku sebab teman dan bawakkan I ke Tangkak dan Segamat. Tanpa u, mesti I dah kena tidur sana dengan diorang ni. Huaaaaa, takmoooo!

Wednesday, October 30, 2013

Allah Bagi Pinjam

Si manja...
Kental. Memang I biasa buat perkara gila. Berulang Segamat - KL macam tiada esok hari. Teragak nak bertolak jam 3.00 am pun I sanggup.. Sebab inilah ada pertemuan antara kami. Siapa sangka, hidup yang sunyi ada peneman jua. Allah nak bagi pinjam, itulah aturan yang paling baik.

Malam tu I bertolak dari Segamat jam 8.00 pm melalui jalan lama. Berseorangan macam biasa. Jiwa muda selalu main redah berjalan tak kisahkan rintangan. Perut berkeriuk sebab lapar. Kebiasaannya berhenti di Tampin untuk makan. Ahhh, duit dalam poket hampir kering. Ya, lalu Pekan Gemas kena keluarkan duit. Maybank dah sehala ke Gemencheh. Boleh lah ye..

Berhentikan kenderaan. Pandang keliling risaukan ada orang berniat jahat. Keluar kereta dan kunci secepat yang boleh. Berlari ke ATM dan selesai urusan perlu berlari ke kereta semula. Nampak satu makhluk hitam kecil. Memang comel! Sekali panggil dia datang berlari ke arah I. Mungkin kelaparan. Mungkin hilang arah. Mungkin takut dikejar yang lain. Allah, comelnya kucing ni! Nekad. Nak bawak balik KL!

Sebelum naik kereta semula, pandang keliling lagi. Ohhh, sunyi. Kucing jalanan ni. Jom naik kereta. Pandai... Duduk diam. Hati tak sampai, mujur ada kedai berhampiran yang buka.

"nah sayang, makan ni dulu ye nanti sampai rumah kita makan lagi sedap..."

"MEOW" tanda terima kasih, barangkali.

Tak sangka.. Itulah titik perkenalan kami. Tahun 2009 sehingga kini. Kami masih berkasih sayang.. Selepas Milo dan Jojo, adanya Shipitam mengembalikan kebahagiaan dalam rumah sewa yang senyap sunyi. Walaupun duduk berseorangan namun Shipitam selalu menemani. Kekangan kewangan membuatkan kami makan ala kadar setiap hari. Nasi bersama ikan bilis adalah makanan harian kami berdua. Kemana I pergi akan bawa sekali Shipitam. Selesa menaiki kenderaan, Shipitam memang diam di dalam kereta meskipun perjalanan 3 jam setengah. Ternyata Shipitam bukan seekor kucing yang penakut. Dia berani, kuat dan tabah. Paling kesian, Shipitam sanggup menahan dari buang air semata-mata nak menggunakan pasir.

Mata mana yang tak sedih, tengok Shipitam jalan terhuyung-hayang. Hati mana tak terluka tengok badan Shipitam kurus kering. Jiwa mana tak bergelora, tengok Shipitam tak mau menelan semua makanan. Allah mendengar semua doa, Allah mengaturkan yang terbaik. I nekad, kalau Shipitam tak mau makan memang I akan suap. Lagi sekali, segalanya dipermudahkan.

Makanan yang dibekalkan oleh vet dipanaskan setiap hari, selepas dikeluarkan dari peti sejuk beku. Sesudu besar sekali makan, dicampur air sedikit dan ditarik menggunakan picagari. Habis hasil suapan, air Zam Zam dititik-titik pula ke dalam mulut Shipitam. Permulaan sukar, namun hasilnya mampu buat Shipitam bangun dan berlari, mampu membuatkan I tersenyum. Ini amanah Allah yang bagi. Cara bertemu Shipitam juga Allah punya rahsia. Kenapa dalam banyak si comel dekat luar sana, Shipitam yang menjadi pilihan hati. Sudahlah hitam, sakit pula, semua itu takdir dari Allah. I terima, sepenuh hati jiwa raga. Selagi termampu tulang empat kerat, I jaga semua keperluan Shipitam.

Shipitam tau, dia kesayangan I. Matanya melirik manja tiap kali dipanggil. Garang diluar tapi lembut hati di dalamnya. Semoga Allah sentiasa pelihara dia, Shipitam Degam.

p.s. I memang tersangat sedih bila Shipitam sakit ni... No words can describe my frustration when I see him in that condition. I'll try my very best to cure him in any ways. May the good force always be with Shipitam and may Allah protect him from any barriers to recover from his sickness.

Shipitam bersama adik-adiknya, Cinonet dan Cemomot

Kahwin Oh Yeah : Shortlisted Guests

No no no, upacara pernikahan hanya untuk yang dekat dan rapat sahaja. Not gonna let the whole world to come and see our private, yet a memorable moment of our life. Antara mereka-mereka yang penting dalam hidup dan berada dalam senarai pendek ialah :


1. Adik beradik Ayah dan keluarga
2. Adik beradik Mama dan keluarga
3. BFF dari SMK Wangsa Maju 2
4. BFF dari JKRNS - Wondergirls
5. Kakitangan Bahagian Pentadbiran JKRNS
5. BFF dari Forum HA - Geng Legam dan Iron Ladies
6. BFF dari UiTM Segamat - Bunga Raya Heights
7. Keluarga Hafizi
8. Dan lain-lain... <------- This can be anyone I want to invite :)


So far, itu saja yang I dapat kumpulkan. Bukan tak mau menjemput ramai tapi majlis kecil-kecilan dan jemputan terhad. Cukuplah sekadar mengumpul ahli keluarga terdekat dan rakan rapat lagipun ini bukan kali pertama. Jadi, hanya upacara pernikahan sahaja yang akan berlangsung.

P.s. Sebab tu buat kad undangan sendiri feeling omputih kawin muahahaha.

Thursday, August 22, 2013

Kancil Bakal Bergelar Bapa

Hahahaha saje je gempak sangat bubuh title. Apa-apa pun kata-kata kita adalah doa. Semoga cepatlah Kancil dapat baby yang ramai, soleh dan beriman belaka :) Amin... 

Macam biasa, aktiviti orang kahwin kan. Jumpa kawan lama, gelak-gelak, bahan-bahan, makan melantak tak ingat dunia, bergambar sakan dan ungkit cerita lama. Hahaha. Tapi kali ni I memang tak dapat join lama sangat sebabnya kesuntukan masa. Banyak tempat untuk disinggah. Dahlah bergerak dari Seremban pun agak lewat. Lepas tu tunggu sorang-sorang datang macam lah dari Kelantan, memang gastrik jugak lah pukul 3.00 pm lebih baru dapat makan. Makan carutan jugak telinga diorang haritu. Nasib koranglah siapa suruh lembab. Perangai sama dari zaman nak pegi kelas. Menyirap jee.. Haha.

Amanat ape tu?
Semoga perkahwinan Kancil dan Azlina berkekalan sehingga ke Jannah. Doakan kami berduaan pulak lepas ni ye. Rasanya bulan Disember ni Epul pulak akan melangsungkan perkahwinan. Yes, yes! Boleh turun Segamat! Sebab Epul memang duduk Segamat. Tempat jatuh lagi dikenang. Hehehehe.

Tahnial Cil :)
Tahniah Azlina
Tak banyak pose yang ada. Cuma beberapa je. Sebab masa yang singkat. Tapi kalau jumpa lama-lama pun bukan bergambar je. Kutuk-mengutuk sesama sendiri jadi best dari camwhoring. Muahaha! Jadilah, beberapa gambar pun dari takde.

Rindu Leez! Ni gambar wajib ye tiap kali jumpa.
BoiBoi dah besar sekarang... hensem dah adik kak Baby ni hahaha
Freestyle : tumbuk muka Kancil sambil pegang makanan
Till we meet again, friends! 

Kalau ada kenduri kendara kenduru jemputlah aku lagi, insya-Allah hadir. Selagi ada nyawa, kudrat dan masa yang terluang. Dari FRIM ni kita ke Segamat, Johor nanti ye :)

Wanie - Hotguy - Simba - Epul - Kancil - Isteri Kancil - Leez - WanBrem - Abid - Daman
11 Syawal 1434H



Thursday, July 11, 2013

RSVP : Hadir Majlis Perkahwinan Kancil

Ops, bukan Kancil 650 atau 850 atau Kancil Turbo Hello Kitty ke apa-apa ni ye. Tapi ni Kancil Shidan a.k.a Boiboy a.k.a Tiger. Macam semua nama dia nak bolot. Tahniah Kancil dan tunang. Lepas Zaki-Una, Hotguy, Dila, Sara, Leez dan Shaf-Zai, kali ni turn Kancil pulak nak naik pelamin! Yeayyyy, bestnye ada kenduri lagi. Sebab time ni lah dapat jumpa bebudak Dota eh silap bebudak Counterstrike eh silap Geng Bekok! Mungkin ni lagi tepat kot. Setahun pergi mandi dekat Bekok 2 kali.

Harap-harap dapat jumpa ramai macam wedding Leez tahun lepas. Meriah u ols! Walaupun dah 2 ke 3 tahun meninggalkan UiTM Segamat yang banyak gile memori tu, tapi I percaya diorang belum matang lagi. Muahaha. Ada pulak tu yang dah jadi mak bapak budak!

Kancil duduk dekat Tahang Rimau sekali dengan Simba, Hot, Manong dan Shaf. Yang lain-lain termasuk I dan Leez duduk Bunga Raya. Tu yang sweet sikit. Ahaks! Bebudak Tahang Rimau semua bapak ganas *yolah!* tapi kalu nak makan semua datang Bunga Raya. Chesssss! Kitorang memang kerap return KL-Segamat bersama-sama. Senang sikit car pool. Kalau sorang-sorang gila kopak woo.

Masa dekat Segamat memang Kancil ni femes dengan kereta JAL. Kereta legend tuh! Menjadi idaman semua gadis-gadis. Konon!. Tapi kereta ni jugak banyak berjasa dekat kitorang semua. Sama konsep dengan kereta Sawara bonet kemek I. Adui, rindunya JAL! I sendiri takut nak bawak JAL. Macam susah je. Haha. Yela, meh tengok kereta JAL tu macam mana. Owwwww, kena cari gamba sat!

Taknak cerita banyak, cuma nak cakap yang terlampau banyak memori kitorang sama-sama sepanjang belajar. Rasanya every time ada bebudak Segamat yang kawin pun akan keluar ayat yang sama and so on, and so on. Sebabnya, tak pernah berubah hati dengan diorang ni. Selalu rasa dekat je. Macam dulu jugak. Walaupun jauh, jarang jumpa dan jarang contact. Selalu rasa diorang ni adik-adik yang I dengan Leez selalu siapkan makanan untuk diorang. Lagi-lagi Kancil Boiboy. Selalu kena buli tapi sangat baik hati.

Ni gambar-gambar kitorang yang Leez baru share dekat Instagram dia. Gambar satu, masa ni pergi berlima aje. Gambar dua, bawak ramai sikit. Masa ni kitorang ke Melaka, berbuka puasa. Siapa tak puasa tu paham sendirilah hahaha. Ye, sebabkan puasa kan tak makan, I jadi gastrik, tu yang masa diorang berjalan dekat Melaka Town, I terus termuntah-muntah. Tapi Kancil yang sudi masuk toilet perempuan untuk tolakkan angin muntah tu. Alalalala, takkan la Kak Baby lupa ;D

Gambar satu :)
Gambar dua (apa bezanya nak kena bagitau satu, dua, tiga bla bla bla)
Semoga Kancil dan bakal isteri menemui kebahagiaan berkekalan sehingga Syurga. Semoga anak-anak Kancil juga tak macam Kancil asyik dengan 'costume perang', ko jangan ajar dia pakai costume tu ok. Dan semoga juga majlis berjalan dengan lancar. Kalau takde aral memang I akan pergi. Insya Allah. Ikut hati, memang nak pergi sangat pada 18 Ogos 2013 di Dewan FRIM Kepong. 

Tahniah Kancil!

Thursday, June 27, 2013

Geram! Geram! Geram!

Rasa marah membuak-buak. Mungkin jugak PMS menambahkan lagi kegeraman. Ok geram ada macam-macam jenis geram ye. Jangan disalah tafsir pulak erti kegeraman yang I cuba sampaikan. Contohnya : 

GERAM 1 : "Eeeeiiiyyy, geramnye kite tengok baby awak ni, rasa nak cium-cium pipi dia!"

GERAM 2 : "Kite memang geram tengok si gemok tu perangai tak berubah-ubah, ikut ati kite nak sepak-sepak dia laju-laju sampai Afrika!"

Kategori geram I ialah yang no.2 tu. Kening bertaut (bak kata Sayang), bibir ketap-ketap, tangan dah genggam penumbuk. Walaupun kalau beradu tenaga memang I kalah, tapi I tetap nak cuba nasib, kalau diberi peluang lah nak bertumbuk dengan orang yang I geram sangat tu. Tapi, dia besar :(

Ini bukanlah hal lain, tapi janganlah depan kita berbaik tapi belakang kita dia tikam perlahan-lahan sambil senyum. Orang macam ni wujud ye. Makin bertambah populasi, takkan berkurang, lagi-lagi akhir zaman. Bagus sangat perangai macam ni, pentingkan diri sendiri, asalkan perut sendiri terisi, lupa hukum Allah. 

Situasinya ialah, ada sorang mamat ni memang suka sangat menyusahkan orang. Kira tak boleh tengok orang mengarahkan dia gitu gini. Standard la kot untuk kita pekerja bawahan ni. Kalau rasa kerja ni gaji sikit dan tak mendatangkan apa-apa benefit, undurlah diri. Senang. Ramai lagi orang yang sudi bekerja dan gantikan tempat u. Buat iklan dekat newspaper, ramai lah yang berebut call u untuk rebut position u. Walaupun gaji tak seberapa, tapi puas asalkan dapat rezeki yang halal, demi sesuap nasi. Ini tidak, dahlah menyusahkan orang, lepas tu nak lepaskan diri sendiri je pulak. Yang menanggungnya? Orang sekeliling la. Takkan sampai dah nak pencen buat perangai macam ni... Hello, bukan sekali ek u buat macam ni. Memang nak pukul keliling bagi semua orang kena ek. Jangan sampai orang keliling pulak kenakan u.

Sebut je pasal pencen, ada jugak situasi kakitangan/pegawai yang tahap pemalasnya, nauzubillah! Mungkin sebab pangkatnya dan usianya, bila meeting ada je nak membantah. Tak boleh buat penambahan sikit dalam schedule seharian nanti mulalah bising. Ala, takat datang kerja main game dan minum lama-lama semua orang gitu. Tapi dek nak lepaskan diri sendiri, taknak ada tanggungjawab besar, memang semuanya dibantah. Haishhh! Memang dari muda belia ke macam ni? Ok nanti mamat yang atas ni akan ikut perangai pakcik yang disebut ni... Mungkinlah! 

Memang blog ni pelepas geram I. Ada isu dekat pejabat yang belum confirm lagi kesahihannya. Cuma dengar khabar angin, tapi berkemungkinan besar akan berlaku. Sama macam forecast oleh Jabatan Meteorologi berkenaan Tsunami yang bakal melanda Pulau Pinang sekali lagi, begitu jugak keadaan di Seremban ni. Semuanya hanya ramalan, belum terjadi lagi. 

Entri ini akan diupdate bila semuanya dah 'meletop'. 

Daripada, 

Yang sengsara tengok perbuatan tak bermoral...

Sekian.

p.s. entri ini memang menuduh kepada orang berkenaan dan nama si pesalah adalah dirahsiakan oleh pengarang agar tidak menjadi masalah negara kelak. 

Wednesday, June 5, 2013

Tahang Rimau Reunite Katanya

Congrats! Yang terutama sekali sebabnya ialah Zai dah pregnant. Yayyyy~ Masa pakai baju pengantin pun nampak perut Zai terbonjol dah hehehe. Diorang dah nikah 2 bulan dan majlis pada Sabtu lepas, 1 Jun 2013. Majlis yang simple. I suka sangat. Takde yang mengelabah sangat, semuanya biasa. Majlis ni diorang buat dekat Dewan Desa Murni (PDRM), Pantai Dalam. Ingatkan susah sangat cari. Rupanya senang aje... Sebelum Pantai Hill Park je tempatnya.

Kenduri kawan-kawan UiTM Segamat paling I suka sekali. Dapat berkumpul balik geng-geng lama. Bila berjumpa  mulalah terkeluar balik semua cerita lama yang kalo dibuat buku memang tebal macam kamus. Setiap hari, dulu kami di Segamat, memang hidup dalam kelompok itu je. Hampir 3 tahun. Bayangkanlah...

Seronok dapat jumpa Zai & Shaf (pengantin), Comel (thanx sebab amik dan hantar Kak Wanie di Komuter), Leez, Abid, Ejat Kupi, Simba, Kancil & Tunang dan Dali & baby. Nampaknya bukan excited pergi wedding tapi more to jumpa kawan lama. Walaupun hanya dalam 1/3 saja yang berkumpul. 

Serius lah korang memang tak berubah. Tapi tak tau lah kalau semua dah beranak 5 pun macam ni jugak perangai. Dengar cerita, yang paling terdekat akan langsung ialah Kancil. Alalala, dulu sibuk dengan costume perang. Sama dengan Shaf dulu sibuk dengan main game je diorang. Sekarang dah jadi matang. Matang ke? Puiiiiii! Hahahaha. Bolehlah matang tapi depan awek je. Yang paling berubah ialah perut Leez, yang tengah tunggu hari. Punyalah besar perut Leez tak sesuai dengan kekurusannya itu. Nampak cara Leez berjalan pun dah 8 km/j je tu. 

Dapat jugak lepak se'lap' dekat Midvalley. Masa minum macam-macam lagi cerita keluar. Banyak sangat memori. Keterujaan berjumpa sekali-sekala memang meluap. Maafkan I, Sayangku.. I lepak kejap je dengan diorang ni, while waiting for u to finish work on that Public Holiday. 

Looking forward to see them in the future. May Allah bless all of us, and our stitch last forever.
Housemate terbaik - Leez :)
Dali - Zai - mukalebamsapetahni - Leez
Kancil & Simba
Comel & Shaf
Congrats both u :)
Motif Abid? Bini orang wey hahahaha
Alololo, gambar memang saje bagi kelam kabut sikit nampak la kitorang ni pun tengah serabut sikit masa nak tangkap-tangkap gambar ni. Hahaha. Harap yang photographer tangkap tu cecantik belaka lah ye ;D

Tuesday, January 1, 2013

Jitra... Kami Datang...!

Macam bagus je title atas tu. Frankly, I tak pernah sampai ke Jitra. Pertama kali ni. Atas undangan perkahwinan Hotguy barulah I sampai ke Jitra. Tipulah kalau tak sesat ye. Sekali lagi, terima kasih Waze jadi penunjuk arah yang bagus. Ohmaiiiii! Siapa suruh bangun lambat. Dahlah nak ke Jitra. Lebih kurang jam 8.00 am kami keluar rumah dan perjalanan dimulakan dengan lafaz Bismillah.

R&R mana tah lupa pulak :D
Budget masa dalam 6 ke 7 jam kami sampailah depan rumah Hotguy. Siap berhenti Dengkil untuk breakfast. Dan beberapa hentian lagi yang I tak ingat. Berhenti sekali pakai mekap, lagi sekali isi fuel dan tukar baju. Dengan jayanya sampai jugak jam 2.00 pm. Selepas agak bersesat sampai masuk Alor Setar dapat jugak sampai exit Jitra - Malau.

Tapi bila masuk je ke Jitra nak cari Kampung Chegar tu memang masalah besar pulak yang timbul. Orang tak tau kampung tu pedalaman. Luckily, Simba pantas suruh cari Masjid Tunjang. Alhamdulillah. Dapat cari Masjid Tunjang yang agak pedalaman. Terus jugak dapat nampak bunting gambar Hotguy dan Maria. Lega! Jumpa jugak akhirnya.

Gambar sebelum Simba balik
Sampai depan rumah pengantin dalam jam lebih kurang 3.30 pm nampak Simba dah nak bergerak balik. Rupanya dia datang sekeluarga. Sempat snap gambar dan Simba pun balik. Tinggal I, SiDia, Kancil, Abid dan Epul. Sembang gelak-gelak tak ingat dunia. Pertama kali tengok Hotguy pakai baju macam tu rasa nak gelak tapi beliau dah matang. Haha rakan pertama di UiTM Segamat. Dah matang pun kahwin ni. Tak sabar nak tunggu lepas ni turn siapa.

Zabidi buat cubaan menikam lelemak I ye

Sampai syurga :) Amiiiiiiiiiiinnn
Seronok dapat tengok sawah menghijau. Jauh rupanya Kampung Chegar teringat dulu masa belajar Hotguy memang akan balik ke kampung waktu cuti panjang sahaja. Sekarang dah dapat bayangkan kenapa. Seronok dengar loghat utara walaupun tak asing sebab Ayah memang cakap utara. Tapi sini lagi pekat ada certain words I tak faham pun. Hihi. Perkara yang tak best, telefon canggih I takde coverage ok. Gunalah Digi di pedalaman. Orang kuning tak follow sampai dalam. Haih!!!

Sawah! Nak berhenti snap gambar maluuuu.. ruginye
Jam 4.30 pm kami beredar dari rumah Hotguy untuk teruskan perjalanan ke tempat lain pula. Puas hati dapat sampai jugak rumah Hotguy. Terima kasih lagi kepada sang pemandu yang tabah walaupun I menggelabah hihi. Normal! 

I telah disolex dimana-mana jua I pergi selepas ni. Harap maklum :D

Saturday, December 22, 2012

Budak Kaca Mata

U dah rabun! U dah kena pakai spek :) Inilah perkara paling I tak suka nak buat for my whole life. I memang tak suka sangat-sangat. Pretending that I bukan orang yang rabun. Masa study di UiTM for my Bachelor Degree mulalah ada rasa susah untuk tengok kertas exam. Rasa tak puas tengok tulisan-tulisan kecil. Dan pening! Ambil keputusan pergi periksa mata, nahhhh, Rabun dekat! Mata orang tua kata tauke kedai spek tu. Tak patut betul. Tapi takpelah, I cuma beli reading glass tujuan untuk membaca masa ambil exam dan membaca majalah ke novel ke buku-buku kesukaan I ke hehehe. Baru puas mata memandang. Sama power dengan Ayah pulak tu. Share lah reading glass senang kan. Potong kuku pun kena pakai spek. Huaaaaaa~

Hari ni hari ketiga SiDia join the club jadi budak kaca mata jugak. Hari kedua dia dah mula pening kepala. Orang tak pernah pakai tu jadi pening, kesian SiDia. Tapi u memang perlukan spek tu untuk drive malam ye. Tolonglah, muka SiDia nampak matang, sangat matang. Segan pulak I sebab macam abang-abang je. My dear, hanya untuk kegunaan malam sahaja ye sebab silau u tersangat banyak damage :)

Kalau diberi peluang sampai tua dan akhir hayat I memohon kepada Allah untuk dikurniakan kesihatan mata yang baik dan tak mau pakai spek pun sebab faham kelecehan itu. I dikelilingi 'Orang-Orang Kaca Mata' dan I nampak kepayahan akibat rabun itu macam-macam perkara terbatas. Mungkin bagi sesetengah orang semua tu biasa-biasa tapi ini bukan perkara kecik. What if your spectacles broke while you were sleeping and you are about to drive on the next morning and the worst part is, you are staying alone. Itu hanyalah illusi I semata-mata. 

nota kaki : 19 Disember 2012 hari yang sangat best. Pertama, dapat bonus kerajaan. Kedua, selang tujuh hari pastilah di'solex' sepenuhnya.

SiDia dan speknya kikiki
Tak suka pakai spek!

Monday, December 10, 2012

Jauh!

Kenapa kena pergi jauh sangat? Segamat and Seremban takes about 2 or 3 hours to reached. Rasa kosong la, rasa sepi la, rasa nak gila pun ada, rasa tak ada orang kontrol itu ini, rasa selambe je hidup takde orang tu kiri dan kanan.

Sedih je takde orang teman ke dinner.. Takpelah takde rezeki nak pegi sama. Next time ada lagi :) positive! Ala pergi makan aje pun bukan kena angkat barang berat hehehe.

Semoga teman bergaduh I balik cepat ke Seremban. Keje dekat area Seremban kan bagus at least dapat jugak tengok muka walaupun kejap. Tah pukul berapa SiDia dapat sampai Seremban tah...

*hepppp mana ada I nangis :D

Rindukan Segamat :) Captured by SiDia

Wednesday, December 5, 2012

Nak Kurus! Nak Kurus!

Baru-baru ni masuk wad dah buka mata I untuk reduce weight yang dah melampau-lampau Obes Tahap 1 ni. Ya Allah obeskah hambaMu ini? Bila obes macam-macam penyakit lah timbul. Serius, I dah serik duduk hospital selama 6 hari. Termasuk dalam wishlist I untuk tahun depan ialah berkaitan dengan penjagaan berat badan dan kesihatan. Cewah.. I bebetul bukan suka-suka cakap ni. Berikut adalah perkara yang akan I jaga sepanjang Tahun 2013, insya Allah...
  1. Katakan TAK NAK! Perkara pertama yang I kena jauhkan. Jahat tau nikotin dan tar boleh membahayakan kesihatan paru-paru dan bahagian lain badan anda. Eishhhhh. Serik untuk duduk berjam di Asthma Bay. Cukuplah...
  2. Mengurangkan pengambilan air Milo walaupun ianya menjadikan I sihat dan kuat. Masalahnya I dah terlebih sihat ni. Aiseh, my favourite drink actually. I memang Hantu Milo. Pffffffffttt! I still ingat lagi Milo Blended dekat Watercolor Chalet, Pulau Perhentian arghhhh sangat cut-throat. Reduce sahaja ye bukan quit terus. Hehe
  3. Mengurangkan chocolate, chocolate, chocolate dan jugak chocolate. Termasuk cake, roti, Nutella dan kuih raya. Semua tu memang lah buat I gemuk tak tentu pasal nanti. Sebulan sekali mungkin boleh kot untuk rasa hujung-hujung lidah. We'll see!
  4. Nasi seminggu sekali. Boleh? Memang nasi boleh menggemukkan dan mulai Tahun 2013 I akan melantak lauk je tak kira lah apa nak jadi pun kena train diri sendiri tak boleh la ikutkan nafsu sesaja. Maknanya dalam bulan ni makan nasi puas-puas ke? Hahaha apalah maknanya.
  5. Jillian Michaels dan aerobic kena teruskan. Diet sahaja tak mencukupi kalau badan tak fit. Tahun depan semua workout akan diteruskan kembali bila keadaan badan dah stabil. I nak naik gunung! Seronoknya naik pagi turun petang. 
  6. Minum banyak air suam. Penting! Setiap hari akan cuba habiskan 3 liter air ye. Bagus tau untuk memudahkan juga proses penyahtinjaan. Ahakz!
  7. PUASA. I cuba untuk berpuasa dan menggantikan puasa-puasa. Ingat zaman berjimat di Segamat dulu, hari-hari puasa Alhamdulillah semuanya Allah permudahkan. Semoga kali ni pun sama lah hendaknya :) Rasa ringan badan...
Dapat body Beyonce ni pun jadilah... AHAKZ!
I'm wondering while lying down on bed, can I reach to my expected weight? About 12 kg to go, babe... Sure can, may my die-hard-fan give full support on this matter :D

Saturday, December 1, 2012

Cerita Kahwin Lagi

At this age sepatutnya kawan-kawan semuanya dah menamatkan zaman bujang dan dah ada 5 ke 6 orang anak. Ok just kidding. But not for me! Luckily I ramai kawan-kawan yang muda remaja daripada I. Pertama, sebab I kan baru habis study kiranya I ada ramai kawan yang agak muda dari I. Kedua, mungkin zaman sekarang ramai yang ambil keputusan untuk kahwin dalam usia yang lanjut, errrr usia emas kot. Antara faktor-faktor, mungkin kewangan, takutkan komitmen (I think I know why) dan mungkin lelaki terlampau banyak pilihan wanita cantik di luar sana.

Tak mau cerita hal orang. Tapi Imran, kawan pertama I dekat UiTM Segamat is getting married soon! Kami mula kenal around 2008 masa mula daftarkan diri. Masa tu kelakar sebab kami masing-masing takde kawan langsung. Usia hampir sebaya pun faktor sebabnya Imran muda setahun je dari I. Itu buat kami rapat dan selalu buat assignment dan study nak exam sama-sama. Senang sikit bercakap dengan orang yang hampir sebaya. Lama-lama Imran mula berubah nama ke Hotguy sebab dia jenis pemalu tapi still perempuan nak bercakap dengan dia.

Lepas habis belajar Hotguy balik kampung dan cari kerja dekat belah utara je. Seronok dengar cerita Hotguy pasal kampung, sawah, keluarga dan loghat utara yang takkan hilang dari mulut dia. Kali terakhir jumpa Hotguy masa kenduri kawin Leez dan kami sempat borak sikit dan sambung lepak ke karaoke dan makan-makan. Lama tak borak, macam-macam cerita keluar. Paling tak sangka :) keluar cerita dalam group Whatsapp yang Hotguy nak kawin Krismas ni. I terus serang dekat FB Messenger and its true! Alhamdulillahhhhhhh. Bila dapat tau dari Hotguy sendiri lega rasa hati dan ini adalah sepatah dua kata untuknya :

"Aku selalu doa hang dapat perempuan yang baik untuk hang dan semoga perempuan tu menghormati Mak Pak dan adik hang sebab hang dan keluarga orang baik-baik. Aku happy dengaq hang dah nak kawen. Yang lepaih biaqkan la Hot.. Semoga segala kebaikan hang pada Mak Pak hang tu Allah balas dengan kebaikan. Aku tak sabaq nak tengon hang bersanding jangan nak gelak-gelak sangat nanti ataih pelamin sebab hang akan jadi raja sehari. Semoga lekaih jugak dapat Hot Jr. mesti nanti gelak lagu hang gak! Hahaha. Kekal lah hubungan hang dengan bakal isteri (Maria) sehingga ke syurga. Semoga Allah permudahkan segalanya. Jaga isteri baik-baik bagi dia gelak sakan sampai gemuk lagu aku :)"

Takde aral yang melintang sampailah I ke Jitra, Kedah untuk majlis kawan pertama merangkap kawan baik yang tau susah senang macam mana warga emas macam I ni nak menghadapi peperiksaan.
Dari Seremban ke Jitra berapa jam ek? Aiyokkk!

Tu dia! Segak naaaa hahaha

Wednesday, November 14, 2012

Leez Dah Kawen!

Still teringat lagi dalam kepala kenangan dengan Leez. Mula cerita pun I dah nak nanges. 3 tahun share macam-macam dengan Leez. Serumah, sekereta, sepinggan, seperiuk, sebiskut dan segala-galanya lah. Size doesnt matter! Tapi kita tetap ngam. Budak ni kecik je tapi hati besor. I banyak backup dia, dia banyak backup I. Through thick or thin, through right or wrong.. Rindunya zaman itu...

Waktu I jatuh sememangnya Leez yang ada. Waktu I susah sememangnya Leez yang happykan I. Waktu I happy, Leez orang pertama akan tau. Kita kan lelaki :) Hahahaha

Segan nak cakap depan-depan Leez tapi... Ini ucapan Kak Baby pada Normama ok...

Semoga Leez berbahagia sampai ke syurga dengan suami yang tercinta. Kesabaran itu sangat penting dalam perhubungan suami-isteri. Dulu solo sekarang dah berdua kena banyak-banyak sangat tolak ansur. Belajar dari kesilapan orang-orang yang terdahulu. Jangan ulang perkara yang sama. Kena bersedia dengan apa-apa juga yang mendatang. Syurga isteri pada suami... Kena taat suami selalu. Insya Allah, selamat hidup dan rumahtangga kita. Cepat-cepat dapatkan baby yang comel sebagai penguat kasih sayang dan kebahagiaan perkahwinan Leez dan Ad. Kak Wanie doakan dari jauh semoga Leez selalu dalam lindungan Allah. Tak pernah cakap dekat Leez tapi Kak Wanie sayangkan Leez macam adik beradik sendiri. Kak Wanie pun taknak sesiapa sakitkan Leez. Terima kasih sebab Leez selalu sabar dengan apa-apa yang orang cakap pasal Kak Wanie, Leez selalu sabar dengan dugaan yang Kak Wanie terpaksa terima. Pengorbanan dan kebaikan Leez tu semua hanya Allah yang dapat balas. Jangan pernah putus untuk kita berhubung. Kak Wanie tak mungkin dapat jumpa lagi teman paling rapat macam Leez. Jangan lupakan Kak Wanie ye...

She might not reading this but I always pray for her happiness in life and Hereafter. May Allah protect her always as she always protect me from anything that can pulled me down. 

Selamat Pengantin Baru, Leez & Ad 
Yes! Yang dekat atas ni semua geng-geng kitorang dekat UiTM Segamat :) Leez nampak lain sangat time ni. Cantik! Maintain cun selalu ok. Lepas ni turn siapa ye?