Nuffnang Ads

Showing posts with label biro. Show all posts
Showing posts with label biro. Show all posts

Friday, January 25, 2013

Luncheon Penutup Biro Ekonomi 2012

Majlis makan tengahari yang merupakan penutup kepada hubungan kami sesama ahli Biro Ekonomi dan Inovasi KSKJKRNS telah berlangsung dengan sempoinya. Makanan yang sedap, MC yang happy go lucky dan crew yang sporting menjadikan luncheon ni bermakna bagi I. Mungkin juga I dah bertungkus-lumus dengan Fira membantu menjayakan biro ini. Sebab tu rasa berbaloi.

Saje nak bagitau yang S2 City Park Oriental memang best! Mereka ada hall yang ada aircond sendiri yang dapat muatkan kami yang seramai 24 orang. Chinese food mereka memang sedap! Tiba-tiba teringat dan terliur. Grrrrrrr. Siakap sweet sour, butter prawn, yam ring sotong, ayam oriental, sayur campur, shark fin soup dan nasi putih. Ok jom nangisssss~

Bila tengok balik gambar-gambar ni I rasa nak pukul orang!

Gambar cari gaduh!
Makan ni tak perasan mak mertua tengah menyinga muahaha
Bos a.k.a Presiden berucap
Nampak tak MC yang riang ria tu :D
ok bye!

Monday, December 17, 2012

Hari Penat Tapi Puas

Semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah! Semua yang dirancang menjadi. Semua yang diaturkan sejak mesyuarat pertama adalah mengikut susunan. Mudah sangat bekerja dengan semua AJK Biro Ekonomi & Inovasi KSKJKRNS. Ada ralat sana sini memang adatlah semuanya di telan sebab jalan yang lain sangat mudah.

Exhibitors berjalan lancar, participants pun berjalan lancar dari pendaftaran ke pembahagiaan sijil. Kalau bekerja macam ni seronok sikit sebab sama sekepala. Banyak ni gambar nak up. Yes! I do need a photoblog and a book rack *tak berkaitan* sekian terima kasih.

Perserta khusyuk di pagi hari
Exhibitors
Sesi berborak
Peserta punya hijau Ija 
Dapat ni dan macam-macam lagi!
Tak tau ape function CIDB now dah tau 

Sambil berbengkel sambil menderma ye
P.s. Eh, macam mana nak susun gambar-gambar ni ek?????

Thursday, December 13, 2012

RSVP : Hadir Sebagai Urusetia Bengkel

Sorry, nak taip dekat title panjang sangat lah Bengkel Pembinaan dan Penerapan Teknologi Hijau Serta Senggara Aset ye namanya. Memang ada dalam Takwim Tahun 2012 untuk Biro Eknonomi dan Inovasi Kelab Sukan JKRNS jadi kitorang sebagai AJK memang kena realisasikan bengkel ni seperti ketetapan berikut :

Pembinaan dan Penerapan Teknologi Hijau Serta Senggara Aset
Tarikh : 17 Disember 2012 (Isnin)
Tempat : Klana Resort, Seremban
Masa : 8.30 am - 5.30 pm
Penceramah :
Dr. Sarajul Fikri bin Mohamed (Pensyarah Senior UTM)
Puan Rosnida Mohd Yusof (Cawangan Alam Sekitar dan Teknologi JKR)
Ir. Mohd Azhari Mohd Salleh (Cawangan Kej. Awam, Struktur & Jambatan JKR)

Maka dengan itu, workload memang extreme sekarang. Tugas hakiki campur dengan tugas yang tak berapa hakiki kena seimbang. Kadang tu sampai confuse surat yang mana. Ohmaiiii, selama ni I tak pernah jadi Setiausaha dari sekolah memang tugas Bendahari sebab kewangan I boleh pegang. Tapi sekarang... baru I tau Setiausaha ni challenging jugak. Bertahan untuk tahun ni. Tahun depan, we'll see! 

Mana nak capai target, mana nak uruskan keperluan bengkel, mana nak coordinatekan peserta, mana nak uruskan penceramah. Padahal semua bukan keje I hahaha perasan nye! Ada la masuk sikit-sikit semua bab, memang overall tapi bagi-bagi kan aje lah. Manpower tak berapa ramai. Kena pandai cilok sana sini.

Oh dapat warning dari Setiausaha KSKJKRNS petang tadi sebelum dia balik. Katanya, "...tahun depan lagi banyak event besar tau..." Errkkk apakah tandanya? Adakah LNPT akan menggunung mencanak naik markahnya? Terima kasih.....