Nuffnang Ads

Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Wednesday, October 12, 2016

WISHLISTS 34

Enough with travelling and vacation, enough with all the property or car and enough with my TTC matters. Cukup dah semua tu untuk kehidupan ini. Hidup dengan apa yang ada, in shaa Allah ada rezeki lebih baru upgrade. I had achieved all them by the age of 34. Allah dah bagi secukupnya, I bersyukur sangat-sangat dengan apa yang ada. Tahun ni, tak banyak pun yang I nak wish. Yang basic aje, simple tapi deep.

1. Kesihatan yang baik - Penting ni. Untuk menjalankan ibadah kepada Allah, nak menjaga keluarga tersayang, nak bekerja siang malam dan nak tengok anak membesar setiap hari.

2. Mengerjakan umrah/haji - Kalau ada rezeki nak Haji terus :) I punye impian nak ke Mekah satu keluarga. I bersama Sayang, Juah, Mama dan Ayah. Amin! Amin! Amin!

3. Suasana kerja - Teringin sangat ada suasana kerja yang tidak cramp. Cramp dari segi emosi dan cara bekerja. I nak suasana kerja sebelum ni yang tenang tapi kerja semua habis.

4. Anak solehah - I mendoakan anak I menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat. In shaa Allah... Amiin.

5. Breastfeed - I harap sangat I dapat breastfeed anak I kalau boleh sampai ke usia 2 tahun. Allah je tau betapa I inginkan sangat mempunyai susu badan yang melimpah ruah.

6. KURUS - Yang ini masih duniawi. Hehehehe. Macam gile dah I menggemuk sekarang. Uncontrollable dah ni. Semoga I istiqomah nak meneruskan diet. Kihkihkih.

So far, takde yang extreme sangat kali ni. Lebih kepada kasih sayang. Chewahhhh. Ape pun I nak berterima kasih kepada Mama yang telah melahirkan dan membesarkan I dan sekarang tolong I lagi membesarkan anak I.

Entah, ringkas sangat rasanya tahun ni. Takde celebration apa pun. Just me. A plain me 

:)

10 Oktober :)

Saturday, January 16, 2016

Terima Kasih Tahun 2015 - Sazzie's Sweet Treats

Hasil doorgift yang ditempah sepanjang 2015. terima kasih kepada pelanggan yang setia, terima kasih kepada pelanggan baru, terima kasih semuanya. Tanpa izin Allah dan tanpa anda semua, Sazzie's Sweet Treats takkan berjaya pada hari ini. Semoga Tahun 2016 memberi sesuatu yang lebih positif dalam perniagaan kecil-kecilan kami. In shaa Allah, naik dan turunnya Sazzie's Sweet Treats adalah kerana Allah dan kami terima semua ketentuan-Nya. Doakan yang terbaik buat kami ye.

Banyak majlis gegerl ye hihi
2 birthday dan 1 majlis perkahwinan
Di kesempatan ini juga suka kami nak mengingatkan bahawa sebarang tempahan doorgift bagi minggu kedua Bulan Februari 2016, minggu pertama Bulan April 2016 dan minggu pertama Bulan Mei 2015 adalah ditutup kerana kami telah menerima tempahan dari pelanggan setia kami. Untuk minggu-minggu lain dan bulan lain bolehlah berhubung terus dengan kami. Dan kalau boleh, beritahu sebulan awal ye. Kami perlukan sedikit masa untuk persiapan barangan dan jadual bekerja kami masing-masing. 

Semoga dipermudahkan Allah. Amin.

Thursday, December 31, 2015

Tiga Puluh Tiga

Yeah, sudah 33 tahun bernapas di bumi Allah ni. Alhamdulillah. Terima kasih Mama Ayah, terima kasih Sayang, terima kasih seluruh keluarga yang mendoakan, terima kasih sahabat handai dunia akhirat, terima kasih kawan-kawan yang lain dan semua strangers yang mendoakan keselamatan dan kesihatan I. 

Di hari kelahiran yang ke-33 ni takde banyak yang I minta cuma 1 benda je. Dilimpahi rezeki melimpah ruah sebab nak bawak Mama Ayah ke Mekah. Aminnnn! Dah 33 tahun, takde nak kejar apa-apa lagi. Cukuplah itu satu wishlist.

Syukur juga, hari kelahiran tahun ni disambut sederhana. Mama dan Ayah belanja makan di Bayu. Sedap sangat. Terima kasih Mama, Ayah. Terima kasih jugak Sayang, sebab buat surprise dengan kawan-kawan rapat di Banglo A Famosa. Walaupun sangat-sangat sederhana sambutan ni, keindahan dan kemanisan tu yang sangat penting. Best je bila Sayang pun join untuk buat surprise kan bini demok dia dengan order kek chocolate brownies. Amboiiiii nak bagi I membesor bagai juara lettew! Hihihi tq Sayang dengan surprise yang penuh bermakna buat I. Siap ada Mumuthecat dekat cake tu ok! Terima kasih Sufiyya's Yummies.

Nampak tu! Ada Mumuthecat. Aiyevyu Chamamamuuuukkk!
Ye, dah 33. Bakal menginjak ke 34 tahun depan. Semakin pendek usia ni. Lambat laun akan dijemput Illahi. Semoga hari-hari I yang mendatang akan memberikan I kejayaan di dunia dan akhirat. I taknak apa-apa yang extreme lagi. Semoga Allah kurniakan zuriat penyambung warisan kepada I dan suami. Biar lambat, asalkan selamat. Rahsia Allah itu hebat.

Ye, 33 tahun dah menempuh macam-macam. Buat I lagi matang. Mengenal semua perangai manusia yang baik atau jahat. Mengenal susah payah kehidupan. Mengenal taubat atas segala dosa yang telah terlanjur. Semoga Allah tambahkan lagi ilmu amal dan iman di dalam diri I ni.

I tak boleh buat ayat touching macam ni nanti I sedih. Hihi. Walaupun dah nak habis tahun 2015, I tetap nak wish diri sendiri...

Happy 33rd birthday Waniesamani :)
(10.10.15)

Dua lelaki sado sedang membakor . Yang baju hitam tu I punye! Baju singlet kelabu Kecik punye hehehe
Akibat dari berkawan dengan chef. Membakor pun colorful :D 
Thanx korang! Happy birthday jugak untuk Eyna :)
I can't take my eyes off of Mumuthecat gemuk duduk atas brownies 
4 mak orang tersandar kekenyangan. Burpppp!

Monday, March 16, 2015

Cukuplah Satu Malam!

Taknak 7 malam macam tempoh hari. Taknak operate macam tempoh hari. Taknak terganggu tidur macam tempoh hari. Taknak susah mandi best-best, lama-lama macam tempoh hari. Taknak pakai baju hijau sepanjang masa macam tempoh hari. Tak berkongsi bilik mandi dan jamban macam tempoh hari. Taknak kena injection macam tempoh hari. Kalau nak cerita, macam-macam taknak...

Kesian birthday boy kena bersapau dekat hospital ;D
Selepas seminggu menahan kesakitan, Klinik Kesihatan tak dapat berbuat apa-apa kecuali bagi painkiller saja. I dengan rela hati, membawa diri ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban... AGAIN! Kalau ikutkan memang tak mau. MEMANG TAK MAU... Sebab dah tau keadaan diri, confirm akan masuk ward. Dan ianya berlaku dengan sekelip mata, tak sekelip sangat. Since 11.00 pm mendaftar, 4.30 am dimasukkan ke ward. Sabar.......

Kesian bini birthday boy kena naik wheelchair 
Alhamdulillah, tak lama pun masuk. Walaupun dengan komplikasi yang menyeramkan sesetengah pihak, I discharged pada petang itu jugak. Cukuplah satu malam! Taknak banyak malam... Dekat sini nak bagitau, ward yang baru untuk Wanita dan Kanak-Kanak di HTJS sangat selesa. Compared to blok lama. Merasa, masuk Dewan Bersalin hahaha. Seram oi, tengok katil bersalin tu. Hihihihihi!

Wad baru u ols!
Terima kasih pada Sayang, walaupun menyambut hari lahir di HTJS, sanggup teman dan bawak I dan tunggu I sampai I warded. Sorry, takde birthday celebration tahun ni... Terima kasih, keluarga yang menyampaikan salam dan yang datang melawat. Terima kasih kawan sepejabat yang hadir memberi sokongan. Terima kasih pada yang bertanya khabar melalui WhatsApp dan media lain. Alhamdulillah... Samani strong lah! Hehehe.

Tak suka! tak suka! tak suka!
Pening juga kepala dapat MC seminggu. Dalam pening tu, ada something yang I dah start sekarang. I'll write about it, soon. Apa pun, kita jumpa semula doktor pakar pada 4 Jun 2015 ya!

Saturday, May 10, 2014

RSVP : Birthday Party Captain Ekey

Amboi ko nak siap tema lanun bagai. Hahaha best giler. Tengokkan preparation Kecik siap dengan costume bagai. Macam havoc je ni. Harap-harap birthday boy yang excited tapi awal ni nampak benar mak budak yang over dah. Dengan itu ini. Sume Kecik punye pasal la ni pergi Jalan TAR borong shawl. Nuin pulak pegi bukak jalan bagi idea bernas. Hahahaha.

Collection hadiah dah setel. RSVP dekat FB pun dah click pada GOING. Awal-awal Kecik dah suruh save the date. Auntie semua excited nak pergi birthday Rizq. Uncle semua follow auntie punye planning je baju itu ini. Hehehe. Yelah kan, kalo lelaki semua nak sempoi. Mak budak yang complicated sikit.

Apa pun memang tak sabar nak tengok tema lanun yang mak lanun dah plan ni. Jumpa dekat Putrajaya ye geng! Okbai.

Monday, February 17, 2014

RSVP : Hadir Hari Keluarga K.A.M.I

Ye lah kan Hari Keluarga sangat. Dah setting tempat dan aktiviti tapi belum book lagi apartment. Harap sempatlah. Kerja I dah setel, tukang survey port mana yang best. Sekarang tugas diorang pulaklah, nak deal dengan tarikh dan kerja mem'booking'.

So far, yang nampak cantik dan selesa untuk kami ialah Puteri Resort di Blue Lagoon, Batu 9. Dulu tak silap Permaisuri nama dia. Sekarang dah jadi Rumah Peranginan Persekutuan. Tempatnya ok, ada pantai yang tak macam Teluk Kemang yang sangat crowded dan tak berapa bersih. Keluar je dari gate resort dah ada pantai dan ada water sport activity yang harapnya disukai oleh kaum-kaum Ayah. Alaaaa, terabai la kitorang. Hahaha.

BBQ pun akan diusahakan nanti. Cuma belum discuss untuk apa menu dan untuk berapa pax. Untuk budak-budak akan diusahakan oleh Reen yang akan bawak sikit goodies. Eyna pulak nak bawak birthday cake untuk February and March babies. Wahhhh, this gonna be great. Meriah sangat. I'm thinking of bringing stuffs for the party.

Yang paling best, dah ada tshirt ok. Itinerary belum ada so tak pasti lagi nak pakai bila. Samada pagi Ahad atau petang Sabtu. Harapnya menjadi lah planning untuk 22 hingga 23 Februari ni. Dah macam-macam dalam kepala hotak nih!

Can't wait to see you girls again :)

Monday, October 14, 2013

Terima Kasih, Cinta

31 is just a number! Ewahhh nak sedapkan hati taknak mengaku diri dah tua. Ok, selamat hari lahir, Samani. Macam biasa.. Tiada sambutan atau apa-apa cuma sessi tiupan lilin secara kecil-kecilan dengan keluarga sahaja. Terima kasih, Cinta Hati Intan Payung Jiwa Raga sebab ingat birthday I dan tolong belikan kek konon nak surprise malam tu :) Lovely sangat tu Sayang. Seriously, surprise u menjadi. I tak expect apa-apa langsung.. Sebab yang I tau u ni pelupa sangat. Rupanya... Ehehehe! 

Tak kisah pun kalau tak ada orang yang ingat. Cuma ucapan paling awal ialah pada 9 Oktober, katanya nak jadi yang first. Ye lah tu! Hahahaha. Doakan I pun dah cukup. Dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. Dipermudahkan urusan rezeki. Dipermudahkan urusan ibadat. Semuanya semata-mata kerana Allah.

Untuk Sayang, Mama, Achu Nen, Yop D, Riz, Sonny dan Rain, terima kasih untuk malam yang indah. Untuk Sayang, terima kasih belikan I kek cokelat yang yummeh! Untuk Ayah dan Adik, terima kasih untuk ucapan dan doa. Untuk kawan, Zaila dan Chaa, terima kasih untuk ingatan kalian. Untuk bos, Encik Mokhtar, terima kasih sebab ada effort bagi 'hadiah' sangat bila nampak tarikh tu hehehe. Untuk Wanteh dan Salanglyn, I LOVE U SO STRONG TOO  walaupun belated :) Dan untuk pengucap pertama, tahun depan make it on October 10th la apesal lak a day before. Hahahahaha! Bengong hang ni!

See, I can clearly remember all the wishes for me. Power tak! Yerp, memang taknak publish dekat Facebook, semak nanti naik notification and all that. Kata-kata hikmat, "hanya orang yang kenal kita betul-betul tau walaupun benda simple aje pasal diri kita..." Alhamdulillah, masih ada yang kenal dan ingat siapa SAZWANI :)

Kek untuk ulangtahun kelahiran yang ke-31.

Make a wish!! Semoga dipermudahkan segala urusan dunia akhirat semata-mata kerana Allah :)





Wednesday, July 31, 2013

Iftar 1434H : Geng Legam


Ops, ada campur jugak mereka yang tak berapa nak legam. Kali ni meriah sikit. Walaupun Wawa tiba lewat sikit. Dapat jugak kumpul lagi dengan Put, Kecik, Nuin, Kak CT dan Wawa, plus, Reen dan Eyna. Walaupun ada hati-hati yang terluka tapi takpelah, lain kali harap dapatlah mereka tu join. Kami terima semua dengan hati terbuka. Jangan salah sangka dengan kami na... Nak enjoy, tak mau stress-stress...

Check this place out! Ape-ape Google ye hehe
Motif ada drive-thru?
While waiting... muka letih tau, dari Jalan TAR then rushed ke sini...
Minta maaf awal-awal, bukan nak review berkenaan dengan tempat berbuka (adalah sikit-sikit kot!) sebab makanan rasanya semua tempat lebih kurang dan keistimewaan tempat ni ada satay yang banyak dan best. Let's get it started. Semua hadir dengan pasangan masing-masing. Kecuali Nuin bersama 2 askarnya. Insya Allah Nuin, tak lama lagi akan berempat datang ke event kita ye :) 

Kalau nak datang tempat kitorang berbuka ni silalah cari review berkenaan Zam Zam Cafe & Satay Club. Terletak di Lebuh Bandar Utama. Tak susah pun nak cari tempat ni kalau pakai Waze. Ahahaha, sorry, kami orang Seremban tu yang bebal sikit area sini. Thanx pada Putt yang sudi tolong book kan tempat untuk kami seramai 12 orang. Harga buffet di sini berpatutan ye. RM38.00 sahaja. 

Haa, tengok kepala Kayla teleng-teleng tu sebab orang nyanyi kat dia.
Hahahahahaha
Havoc la ada korang ni bebudak! Rindunye.....
Front : Adelia, Alisya, Mikayla, Rafael
Back : Rizq, Adam, Qaseh, Cinta
Makanan boleh tahan sedap dan puas. Dining hall terbahagi kepada 2, biasa dan berhawa dingin. Mungkin kami dapat di luar sebab lewat tempah la. Kalau dekat air-cond lagi best kot! Budak-budak suka berlari-lari sebab kawasan besar. Mak-mak tenang berborak sambil gelak-gelak. Ayah-ayah ada kawasan merokok diorang dan bila dah letih makan tak berhenti, semua turun ke bawah untuk main pool. Amboi, best lah korang kan. Bebudak semua dekat kitorang. Bujang sementara nampaknya Shuk, Abang Bas, Abang Rockstar, Shah, Fairuz dan Pian (datang last). Fizi, u memang bujang lagi hahaha. 

Kawasan tempat letak kenderaan memang spacious. Ada jugak yang open air, ada yang berbumbung. Kitorang datang awal. Sorang-sorang datang semua kitorang nampak cuma diorang tak nampak kita. Nasib lah, cermin tinted sangat. Surau pun ada disediakan. Cuma agak kecil ruangnya. Bila ramai panas sikit walaupun ada air-cond. Tah kenapa tak on. Tapi, Alhamdulillah... Dapat jugak sempurnakan apa yang patut. Waiter dan waitress semua tahan je la dengan perangai kitorang yang ramai ni. Lagi-lagi bila bebudak dah boring. Semua pakat berlari keliling restoran. 

Sayang korang! Front : Nuin, Eyna dan Alisya, Reen dan Cinta, Kak CT
Back : Putt, Kecik, Wawa (ko menipu kan bagi kepala je!) dan Samani
Thanx korang, merealisasikan perjumpaan kita ni. Siap ada surprise cake untuk Kayla. Bukan main riang hati Kayla tu bila semua nyanyi untuk dia birthday song. Cuma Adam, nape ko tiup lilin Kayla?? Hahahaha. Untuk tahun ni, kali pertama ni lah I berbuka di luar. Selalunya memang di rumah bersama Mama. Tak pernah jugak keluar berbuka dengan SiDia dekat mana-mana. 

Akan ada lagi kah?

P.s. Kami, geng HA wanita dah rasa terancam dan tercabar sebab sang suami-suami pun ada group whatsapp sendiri. Fizi tersenarai dan Shah ketua ye! Habislahhhh.........

Jaga-jaga, mereka dah ada group. Eeeeeeee! Ramas-ramas korang tau lah nanti.
L - R : Fizi, Abang Rockstar, Shuk, Shah, Fairuz dan Qaseh, Pian dan Abang Bas (duduk bawah)

Tuesday, June 25, 2013

Geng Legam Layan Stim

Oh my dear, please don't get us wrong! Ini steamboat ok hahahaha. Memang digelar stim aje. Short-form katanya. Ayat kasarnya 'layan stim' senang sikit nak nyebut ye. Sekali dengan sambutan birthday in advance untuk si Kecik. Tapi ini ialah surprise. Berjaya jugak pujuk SiDia ikut kitorang layan stim. Bukan apa, kalau jalan sorang-sorang kan tak elok darah manis berjalan merata. Hikhikhik. Alahai, lagipun tengah cuti hujung minggu, SiDia pun balik agak awal hari Sabtu tu.

Early that night with Sayang :)
Hello, I paling jauh ye sebab dari Seremban tapi why, why, why I sampai dulu di tempat kejadian?? Bertempat di Madam Rizzq Steamboat & Grill, Taman Puncak Jalil, tepat jam 8.00 pm I dah sampai ke sana. Where the hey are everybody? Oh lupa diorang lagi jauh. I dan Putt sampai bersama-sama, kemudian Wawa. Lepas tu baru muncul satu-satu umat. Paling lambat birthday girl lah! 

Padahal Kecik dah mention dekat whatsapp group Legam, dia tak dapat datang, sebab ada sedara mara datang rumah. Kena la duk umah kan. Setelah Wawa menggunakan ayat kelembutan, Kecik setuju jugak nak datang tapi lambat sikit katanya. Takpelah lambat pun asalkan datang sebab kita nak surprise dia. Konon-konon dengan kek Wondermilk, harapan tinggi nak Kecik datang jugak.

Inilah dia... Birthday Girl!
Acara tiup lilin tapi asal nyala balik???!
Bergambar dengan Birthday Girl la kan.... Geng Legam ni!
Tak mau cerita pasal makanan dan acara masak memasak, sebab semua tempat stim sama je menu dia kan. Cuma sup dan tomyam je beza sedap dengan tak sedap. Paling best, awal-awal Pian dah cakap, "lelaki duduk table sini kan?", memang betul nun hujung meja belah sana diorang duduk. I redha je join mak-mak budak ni memasak, dan curi makanan yang diorang masakkan. Heheheh tq korang!

Abaikan baju yang 'tersengih' muahahaha!
Rindu Am ngan Kak Ton *XOXO
Macam biasa, aktiviti utama makan, aktiviti kedua, celebrate birthday Kecik, aktiviti paling power ialah bergosip dan bergelak ketawa tak kenal tempat orang ke tempat korang ke tempat sunyi ke bising ke. Haaaa, lagi-lagi ada Kak Maz, mau tak bingit. Kiranya semua memang kecoh la. Kadang tu terkeluar jugak suara jantan I masa tengah gelak. Whoops! Apa-apa pun memang kitorang enjoy sangat dekat situ walaupun tempat JAUH nauzubillah! Pasni tak kira laaaaa, mesti kena Seremban pulak. Hahahaha

L - R : Nuin & Rafael, Putt, Kecik, Kak CT, Kak Ton, Am & Iman, Waniesamani Demok, Wawa
Seronok dapat jumpa Wawa, Putt, Kak CT, Am, Kak Maz, Nuin dan Kecik. Semuanya happening. Cuma gambar agak gelap, kitorang duduk luar restoran, taknak asap berkepul kat dalam restoran katanya. Tapi, kat luar jerebu la pulak!

Murah dan sound system leh la tahan jugak tau!
Dalam 10.00 pm semua pun bergerak pulang ke tanah air masing-masing. Cuma kami, iaitu, I, SiDia, Put, Abang Bas, Kak CT dan Abang Rockstar sambung ke karaoke pulak! Yahuuuu~ Redah je la Malaysian Idol dekat area Jalan Reko, Kajang. Lepas tu... Amik lah balik sampai rumah dekat 5.00 am. Gila betul karaoke 3 jam hahahaha. Apa-apa pun thanks sebab belanja orang Seremban. Hihihihi.

Monday, March 11, 2013

Sayang, You Are 31 Already!

Happy birthday to you, Sayang. U are getting old now! But 31 is just a number. Its about our love grew stronger each day is matter for us now. I believe there is maturity in u that can gain my trust towards u. Allah always give us the best and I pray that u are always be my best friend, buddy, other half, brother and love. I don't wanna lose u, indeed.

I wish the very best of u, Sayang. In life and hereafter. 

I'm sorry for not throwing u a party or giving u expensive things but I'm sure u will always feel the love that I give to u and u are gonna have it on your entire life, that is my promise to u. 

Happy birthday to u! -06032012- 




Sunday, January 27, 2013

Tengok Bola, Beli Perfume, Pekena Mamat, Makan Satay

Pertama kali duduk sebelah menyebelah dekat Stadium Paroi. Dah bahagia bersama pun masih ke Stadium Paroi. Semua sebab perlawanan bola Pasukan ATM. Kalau tak berkawan dengan pemuda pemudi Taman Paroi Jaya mungkin I takkan bercinta dengan SiDia sekarang, eh silap. Mungkin takkan pernah jejak kaki dekat dalam stadium itu. Sokongan padu kawan-kawan terhadap Ejai memang bagus sangat. Setiap game Pasukan ATM diorang pergi. Masuk ni kali kedua I dah pergi tengok bola dekat stadium. Dengan SiDia :)

Dah lama sebenarnya tak melayan diorang ni. Tiba-tiba jebak balik. I taknak cerita hal jebak tak jebak ke apa semua I cuma nak cerita feel bila kita sendiri duduk dekat stadium tu. I pun sendiri tak faham kenapa tiket tu grandstand. Grandstand tu dekat mana? Kitorang duduk dekat batu-batu keras tu je. Dengan lagu macam-macam yang orang tentera nyanyi. Kuat dan bersemangat. Berdotap lah jantung kiranya. Dekat stadium nampak real je semua benda tu. Sama macam berada di tempat kejadian konsert. Betul kata orang, tengok dekat TV tak puas sebab kecik. Pegi stadium layan air Laici dengan kuaci, itu baru zaaassss ~ I dah pandai makan kuaci ye. Tapi yang buat best pergi tengok bola tu sebenarnya sebab duduk sebelah SiDia lalala ;) Tapi malu-malu lagi nak manja lah *blushing tak tentu pasal!

Lepas tengok bola lepak pulak Chiangmai. TERbeli body mist Victoria Secret! Ya ampun, kurang asam jawa lah Doyok dengan tunang beliau. I memang cepat terpengaruh. Dengan ade dust dalam tu bila sembur je I sungguh terasa jadi Bella Swan ;D yelah ada glitter ok. Aktiviti tersambung pulak dengan pekena Mamat dengan tepung, air sejuk dengan sembur-sembur ape tah. Happy Birthday! Walaupun jam Mamat lambat 2 minit. Hahaha. Paling terkejut, rupanya wife Mamat yang bagitau tepat 12.00 am nanti birthday suami dia. Ahakx!

Selesai pekena Mamat, adalah sorang ni pulak lapar nak makan satay katanya. Sambung lagi dekat Satay Tulang Jelebu, Bundo Kanduang, Senawang.. Huaaaa mana I tak gemuk? Ikut kan ajeeeeeeee tau! Eeeeeeeeeeeeee~ Gigit perut!
Gambar memori!
Happy birthday, Mamat!! pffffffftttt
Yeayyyy~