Nuffnang Ads

Showing posts with label Raya 2013. Show all posts
Showing posts with label Raya 2013. Show all posts

Wednesday, August 28, 2013

Raya Oh Yeah : Raya Sangat!

Lengkap semuanya. Baju raya, makanan, budak-budak berkejaran dan kamera! Semua best, siap ada photo-booth yang ditaja oleh kecik. Ruang pun besar dan mampu menampung ramai-ramai. Terima kasih sangat-sangat tuan rumah sebab bagi kami semua anak beranak menyepahkan rumah akak yang cantik tu. Selesa sangat kami ni.

Antara yang hadir di rumah The Rocks ialah Kecik, Nuin, Rin, Putt, Wawa, Am, Eyna, Kak Maz dan CT Perak. Pertama kali dapat jumpa CT yang datang dari jauh. Selama ni dalam group aje. Hehe. Semua datang anak beranak dan I bawak bakal suami sahaja. Anak belum.ada. Alaaaa tak sabarnya. Seronok tengok bebudak berlarian. Macam biasalah tugas I kan menjadi Ticer (teacher) kepada diorang. Sayang sebab Am kena balik awal, kakak ipar nya accident... Alhamdulillah takde apa-apa, kereta saja yang teruk.

Makanan best sangat! Paling best mihun sup. Perghhhhhhh. Lepas tu ada lah kerepek, mihun goreng dan nugget untuk kudap-kudap. Paling sedap dikudap ialah kek cokelat. Macam biasa la.... I yang paling banyak mengulang kek ye. Lepas makan, semua bergambar raya anak beranak. Siap ada props! Tq Kecik. Jasamu dikenang. Cantik semuanya. Last sekali, jamulah mata dengan gambar-gambar dari handphone semata-mata. Ada jugak kamera tuan rumah, Abang Rockstar. Tapi lambat sikit. Its ok! Gambar dari handphone pun dah cun! Heuheuheu.
Para suami
Repost dari Instagram Eyna :)
Idea : Wawa , Konsep : Kecik
Sesi melambak, lepas dah kenyang
Anak-anak murid Ticer!
Repost dari Instagram Eyna
Anak-anak murid Ticer dah tukar uniform. Semua dah berpeluh ye

Tak lupa juga, ada gambar dari kamera CT Perak. Wowwww, memang best! Ok, kami sporting. Ada sessi photoshoot tak cukup props boleh buat appointment dengan kami. Aksi paling terbaik kami akan bagi berbaloi dengan bayaran. Wiwiwiwiwi (I suka gelak Fynn Jamal ni ar.. Cute!)

Baru sekeping je ni...
Baru 2 keping..! More to come!


Friday, August 23, 2013

RSVP : Hadir Open House The Rocks

Yang ditunggu dah tiba. Dengan rela hati Kak CT akan buat open house di rumahnya di Semenyih. Dengan jemputannya ialah rakan-rakan HA. Ni yang best dapat gather dengan yang lain-lain. Siap ada tema ok. Salah satu usaha Kak CT mengumpulkan kitorang. Best sangat.

Dengan rasminya I dan Sayang akan hadir rumah terbuka Kak CT Rock dan Abang Rockstar pada 24 Ogos 2013 bersamaan 17 Syawal 1434H. Wow, macam pengumuman hari raya. Oh yeah, memang bising lah malam ni. Macam kenduri lah kot. Hehehehe. Dan ada tutorial cara memakai shawl yang akan di jalankan oleh Eyna! Adoiiii macam-macam hal.

Kitorang semua berbaju raya. Termasuk kaum-kaum lelaki dan anak masing-masing. Yang gegerl akan paka baju dari kain saka. Hahaha jangan tak tau kenapa kitorang panggil kain tu Saka Crepe. SEMUA tailor yang tolong jahitkan baju untuk kitorang punye kain Saka Crepe mesti ada problem. Kalau takde tailor pun mesti tak jumpa tailor yang sudi jahit dan macam-macam lagi. Memang kelakar la beli serentak, masalah pun serentak.

Wawa, Put, Nuin, Kecik, Kak CT, Kak Maz, Reen, Eyna, Dayah, Am dan lain-lain.. Jumpa korang dekat Semenyih ye! Muahx.

Raya Oh Yeah : My Colorful Eid

I'm a happy kid! I've celebrated my Eid with full of colors and LOVE. Our Syawal had past its second-half of the month. Keluarga I kecil sahaja, tak ramai dan tak semeriah mereka yang beraya di kampung halaman dan mempunyai foto keluarga di hadapan rumah pusaka (this is the most common picture of Eid). Dulu, masa Tok Chah masih duduk dekat Taman Melawati memang setiap tahun ada family portrait untuk keluarga belah Ayah. Kalau dicari-cari mungkin ada kot dalam simpanan.

Walaupun tak ada keluarga yang besar tapi I dapat merasa juga beraya dengan penuh warna-warni itu :) Kalau diikutkan I jarang juga keluar jalan beraya. Cuma bila ada open house atau kenduri barulah I pergi. Macam tahun-tahun lepas, memang office akan adakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Macam biasa, kitorang mesti buat 'haghuk' punye. Tapi tahun ni agak slow sebab Wondergirls dah berpindah-randah dan ada yang cuti bersalin. Macam mana pun tetap best, dan tahun ni kitorang paling kurang expose hihihi, kesian.. Tak best la kontrol cun, we want hardcore! Haha. This is a few pictures taken during my beautiful colorful Eid at Angah Ina's, Fira's Kenduri Akikah for Nur Dini and our own JKRNS.

Angah Ina's @ Taman Koperasi Polis Fasa 2, Kuala Lumpur

Ok barulah Achik ni senyum
Sayang dan sepupu dan anak buah
Bakal pengantin!
Fira's Kenduri Akikah for Nur Dini at Taman Tuanku Jaafar, Senawang

I was late and did not manage to reach during the ceremony, though..
Tiada dalam gambar - Fura, Zana, Huda, Hajar :(
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri @ JKRNS
Dengan Ija, Baju kita serupa! Warna je lain :)
Dengan tak malunya I join orang bahagian Bangunan bergambar hehe. Tangguk!
This is Admin's Clan yaw ;D
Tahniah Kak Leen menang saguhati pakaian tercantik
Tak sia-sia datang dari PD kan kan kan
More events to come equal to more pictures to come. Weekend ni ada lagi. Tak sabar nak jumpa kawan-kawan yang lain. Tapi semua baju dah dipakai. Nope, no new clothes please! I noticed earlier, satu gambar makanan pun takde. Semua gambar orang. Hurmmmmmm. 


**Credit for Ain, Chaa & Hajar the pictures. Tq girls!



Wednesday, August 14, 2013

Raya Oh Yeah : Mood Kerja Ke Laut

Memang sangat ke laut, ke tasik, ke bendang, ke hutan, ke bantal, katil semualah. Tak ade mood langsung nak bekerja. I tak bercuti panjang pun. Kiranya cuti memang yang public holiday sahaja. Apakan daya tidak berkampung dan keluarga kecil. Redha je jaga office waktu raya. Tapi best, sunyi je. Bukan ada kerja. Bos semua takde, surat pun tak datang. Duduk office lepak semata.

Ni pun dah 3 hari masuk office. Sejak Isnin, rasanya hanya 1 surat je yang I dah buat. Lain-lain hal, mengedit gambar sana sini, menyelongkar baju kahwin dan tudung kahwin orang dalam Google dan mendengar lagu sekuat hati. Takde orang selamba lah...

Paling buat I bad mood ialah baju raya I hancur luluh. Kakak tailor yang berjanji manis tu memang tak hantar baju I langsung. Review dari kawan-kawan pulak, banyak kecomotannya pada jahitan baju kali ni. Tak macam baju color block I sebelum ni... Memang frustrated giler. Sebab harapan pada dia je. Memang hati ni berat je kata takkan dapat posing maut dengan baju blocking pada pagi raya. Termakbul doa kudus.

Gambar paling meliuk yang I ada :p
Pagi ni pulak dapat whatsapp dari Wawa, nak gambar meliuk-liuk dari kain color block yang kami beli ramai-ramai tu. Lagilah stress I baca! Rasa nak menjerit je. Dalam 3 pasang I beli hanya siap jadi elok 1 je. itu pun yang kuning dan purple. Lagi 2 pasang tersadai dekat tailor lagi. Tak tau apa rupa, tak tau apa jadi. Tengok gambar kawan-kawan cantik semuanya. Benci benci benci benci jeeee. Setelah dimarahi oleh Fira, akak tu bersetuju nak hantar baju tu esok. Dengan harapan nanti wedding pada hari Ahad bolehlah I pakai. Itu pun kalau elok jadinya. Ikutkan kain yang dijahit untuk baju kawan-kawan I, hancussss!

Ok keadaan office sekarang senyap, sunyi dan sejuk lengkaplah 3S. Kalau hilang nampak sangat nanti mengular. Macam-macam spekulasi orang. Baik I duduk dekat office ni. Melayari apa yang patut. Asalkan telefon berangkat, surat di cop terima. Buat sikit-sikit Fail Meja baru dan uruskan stor pun sikit-sikit. Done! 4.30 pm punch balik.

Marilah moooooood! Mariiiilaahhhh~

Monday, August 12, 2013

Raya Oh Yeah : Jom Elak Gemuk

I tak berapa arif dalam bab pemakanan yang seimbang. Nak cerita pulak bab menguruskan badan sedangkan diri sendiri maintain debab. Tapi I cuma nak share je macam mana nak elak pertambahan berat badan masa hari raya, especially, dengan makanan penuh dengan macam-macam agen penggemuk hahaha. Nampaklah ayat pun berterabur sepah sana sini. Kalau senang ikut je lah, kalau susah, go on your own :)

Elak Gemuk Di Hari Raya Samani Style 
(macam bagus je! hahaha)

MASAK SENDIRI
Bangun pagi-pagi sila pergi pasar lepas tu tolong la mak masak. Atau pun memang duduk rumah sendiri, masaklah sendiri kan lagi jimat duit tapi lelemak akan dibuangkan. Haaa, I kalau memasak memang kureng rasa nak makan makanan yang I dah masak tu. Raya mesti orang akan datang rumah u, so, masak lebih sikit nanti whatsapp I ye :) Berserta alamat rumah dan waktu open house.

AIR SUAM/MINERAL
Eh tak salah minum banyak banyak banyak air kosong. Bangun tidur, dalam kereta, sebelum mandi, sebelum tidur, sebelum makan, tengah berborak. Amalkan dengan kuantiti yang banyak. Ok la u all tau kan sehari kena minum air kosong banyak mana. Takkan 3 tong drum nak lantak bila I kata banyak tu. Bila kenyang air kosong nanti nak makan banyak tak mampu. Ye kalau kita pergi beraya dekat rumah orang memang CONFIRM akan disediakan kordial ataupun bicarbonate drinks. Nak minta air kosong memang segan la sebab tu rumah sepupu u punye boyfriend punya makcik. Minum la awal-awal air kosong dalam kereta.

JANGAN BERAYA WAKTU MALAM
Kan malam waktu tidur. Limit kan perjalanan beraya tu sampai had pukul 8.00 pm sahaja. Memang tak logik sebab selalu orang buat open house raya mesti malam sejuk sikit. Takpun, siang tak sempat habiskan rumah kena drag ke malam. Sehari takpe, kalau sebulan setiap malam u pergi makan lemang, rendang, kuah kacang, kek, biskut raya dan air gas janganlah tiba-tiba up status dekat FB, "OMG I'm gaining 5 kgs in 3 days???!!" Pikirlah sendiri ye...

MAKAN KUANTITI SIKIT
Dek sebabkan sedap la Makcik Senah ni buat rendang haaaa sampai 4 pinggan u ngadap lemang dan rendang ayam lepas tu balun spegeti umah jiran sebelah pulak. Nak makan limit kan jugak. Dah tau lepas ni ada 5 buah rumah lagi dan jaraknya dekat-dekat, limitkan pengambilan makanan... Banyakkan air kosong. 

ON THE MOVE
Raya ni takdelah u nak ke trek dan berjoging kan. Takdelah nak ke gym untuk workout. Time ni lah sedara datang, time tu lah u nak keep in shape bagai. Make sure you're on the move. Tolong mak angkat pinggan, angkat lauk, tuang air, basuh gelas, lap meja, sapu sampah. Lepas sedara belah Abah balik, nanti sedara belah Omak pulak nak datang. Kemas sikit rumah. Malam raya kemain mengemas, menjelang raya bila dah sepah jadi malas ye. Pastikan u bergerak sepanjang masa. Berpeluh nanti busuk boleh mandi...

BANGUN AWAL, TIDUR AWAL
Bangun awal sikit yang oi, buat apa patut kang orang datang rumah u tengah terbongkang tidur. Malam-malam pulak jangan lepak sampai 2 ke 3 pagi. Tu la punca lapar lagi dan lagi dan lagi pastu mengunyah la sambil lepak. Tidur cukup, badan segar, senang nak buat kerja semua tak letih. Lagipun cuti raya ala kadar je bukan office bagi cuti sebulan pun macam cuti sekolah. Esok-esok nak kerja jugak, so, maintain je la.

PUASA GANTI DAN PUASA ENAM
Tengah orang sibuk beraya, u pulak puasa sunat, bagusnya anak siapa lah ni. Nak lagi elok, puasa bila u dah masuk pejabat untuk bekerja. Takdelah terasa sangat masa tu, lebih kurang bulan puasa je.

PILIH MAKANAN YANG SIHAT
Jap eh, raya ni semua makanan sihat ke? Semuanya manis, berkolesterol, berkarbohidrat dan macam-macam lagi lah. Biskut raya dah tentu manis, rendang dah tentu berminyak-minyak. Pilihlah dengan bijak. Kalau ada buah, cekau dulu buah tu. Pastu sendiri filter makanan pilihan hati ye.

So far, ni je la I amalkan. Jangan tanya macam mana boleh makan kuantiti sikit ye. Soalan dah basi. Sekali lagi diingatkan, Istiqomah dan kawal nafsu. Kalau terikut sangat dengan semua best memang best lah baju raya lepas sebulan sedekah dekat anak buah Darjah 4 tu hehehe.

peace yo!

Raya Oh Yeah : Sawah Lebar Yaw!

Seronoknya Sayang beraya di kampung. Penuh rumah. Riuh rendah. Tak pernah dapat suasana macam tu. Pernah juga sekali beraya dalam suasana kampung tapi tak semeriah macam ni. Di Sawah Lebar ni penuh dengan budak kenit-kenit yang menjerit berlari main bunga api. Penuh la asap dekat laman rumah Arwah Wan. Dan selamat untuk budak-budak berlari. Sebab kedudukan rumah agak tinggi, jauh dari jalan besar.

Tak agak-agak, bapak budak dan kanak-kanak dewasa pun sama naik jugak. Main mercun sampai berpuluh das. Nak lawan mercun KLCC katanya. Hehehe. Yang mak-mak hanya mampu tengok.
Macam ni la keadaan di Sawah Lebar, Kuala Pilah. Sayang punya kampung! Berjaya juga sampai berbekalkan kuih sikit dan Adik tolong drive kan I kesana. Lepas la hajat nak beraya dengan Sayang pada Aidilfitri kali pertama ni. Dah tentu tahun depan I akan jadi sebahagian dari diorang. Insya Allah panjang umur... Dan semoga dikuatkan jodoh antara I dan Sayang :)

Terima kasih Mama dan Sayang sendiri tolong served makanan yang sedap-sedap ya amat untuk I dan Adik. Kenyang! Siap Baba tolong tuangkan kuah lontong. Ayoooooookk, kenyang nyeeeee. Pukul 10.00 pm gigih makan lontong dan lemang dan redang dan nasi impit dengan kuah kacang. Gemok gemok gemok. Terima kasih Mama Baba Sayang dan family yang lain-lain. First time jumpa Kak Long Niza (wife Ayong), Abang dan anak-anak buah Sayang yang lain. Ada juga yang I dah pernah jumpa sebelum ni. Semuanya best. Syukur... Dikurniakan keluarga yang baik-baik dan mesra.

I datang dari keluarga kecil sahaja dan kurang close semua ahlinya. Di Sawah Lebar inilah I menumpang sikit kasih sayang yang tak terhingga. Terima kasih sebab terima Wanie seadanya, walau siapa pun Wanie dan apa juga pun sejarah dalam hidup Wanie. Alhamdulillah. Syukur Allah kerana temukan I dengan Sayang. Dengan izinMu...

* sorry, no pictures had been taken due to my first time experience in Sawah Lebar and it was night time where all relatives had changed their Raya outfits.

Raya Oh Yeah : Petang Raya

Tak pelik dan tak ajaib. Bukan kami je berpetang raya. Ada jugak insan lain yang takde kesempatan di pagi raya. Maka postponed la petang apa ada hal. Kerana tugasan kerja, Ayah terpaksa balik Seremban dalam tengahari. Dan 2 Syawal mula bekerja normal working hours. Please quit your job, Ayah. You really need rest. And, Mama needs you here...

Jam 2.00 pm barulah kami bergambar dan bersalaman. Tapi hari ni lari dari kebiasaan. Ini baru kali kedua kami beraya di Seremban. Since Mama dah pencen, di sini la rumah kami. Cuma kesian pada Ayah yang gigih juga bertugas di hari raya macam ni. Sedih tak yah cakap la tengok Ayah berulang alik Seremban ke KL macam ni. Semoga Allah bagi kesihatan dan kekuatan pada Ayah dan dipermudahkan segala urusan dan perjalanan Ayah. Amin..

Ye, tema baju ialah pink. Puas hati tengok gambar cantik-cantik dengan baju pink kami. Hihihihi.

Semoga Allah pelihara kami sekeluarga
Berempat... tahun depan berlima :D
Sayu, tiap kali tengok wajah-wajah Syurga ni...
Capture by Ayah :D Walaupun senget sikit but it's ok hehe
Peliharalah kedua ibubapa ku, Ya Allah...
Nak upload pic mamat ni salam raya tak tergamak plak
Hahaha, adikkk ooo adikk :D
Nampak kegelojohan I, tahun depan beraya dengan Sayang, nak pakai baju same kaler sama-sama jugak. Tapi kaler ape ek? Heeeeeeeeeeeeeeeeeee :) Senyum lebar-lebar.

Thursday, August 8, 2013

Raya Oh Yeah : Oven!

Makin bersemangat. Makin gelupor sebenarnya ayat yang betul. Mama decided to buy a new oven but the affordable one. I memang dah ada oven tapi kecik sangat kata Mama. 9 L sahaja. Puas hati sangat Mama beli oven 28 L yang pasti dan sangat berguna untuk kita sekeluarga. Lebih lagi bila raya. Buktinya, malam raya I buat berloyang kuih. Untuk 2 adunan sahaja tapi bila gentel kecik-kecik jadi la banyak kan.

Mama sedih tengok oven I yang kecik dan xpuas nak masak. Lepas ni mesti macam-resipi I akan langgar. Tak kira lah, semua yang terdetik di hati confirm akal panjang nak.beli barang dan bake! Cita-cita terbaru, nak cuba buat macaroon. Orang dah tak makan? Dah basi? Whatever. I masih nak cuba. Pasni kalau sedap jangan mintak ok.

Apa pun, syukur pada Allah sebab izinkan Mama untuk beli oven besar sikit. Alhamdulillah. Masih ada rezeki disitu. Dan kerana oven ini lah, mata I terbuntang sepanjang malam raya. Jangan tanya apa I bakar. Datang rumah dan rasa. Itu je formula dia. Hahaha bersengkang mata nasib baik jadi semua yang dibakar.

Raya Oh Yeah : Bad Mood Terus! Grrrr

Ya Allah.. Tabahkanlah hati hambamu ini mengenangkan peristiwa yang menyayat hati. Tak pernah feeling macam ni. Sekarang baru tau. Betapa SAKIT JIWA bila baju yang ditempah tak muncul tiba walaupun sekarang dah masuk bulan Syawal. Ok mari kita think positive. Allah tak izinkan kita pakai baju tu sebab niat nak menunjuk kot. Mungkin I sedang diuji Allah :)

Itu dari sudut positive. Apa kata kita ke part kontranya. Perjanjian, pada 27 atau 28 Ramadhan akan diserahkan kepada I dan rakan-rakan iaitu Fira, Kak Ila dan Ija. Kami memang sabar menanti kehadiran tailor yang dinanti. Tak muncul juga. Cuma 28 Ramadhan baju Kak Ila dan Ija saja yang diserahkan. Baju I? Akan diberikan sama dengan Fira. Padahal 28 Ramadhan I dah bagitau yang I akan ke Kuala Pilah. Bolehlah I ambil terus tak perlu ke TTJ Senawang untuk collect di rumah Fira. Tapi dia tak mau :'(( aduh sedihnya.. Sampai ke sudah I tak dapat lagi baju I. Paling menyayat hati, baju Ija yang dah diserahkan sebenarnya ada kain I! Tengok warna dah sah tu memang kain I. Kata Ija pulak, cutting besar. Obviously, that kain is mine! Where the heck is Ija's? And where is my bloody tops?!

Adakah I akan dapat 2 pasang baju kain crepe yang I dah tempah tu? Mujur lah yang itu bukan baju raya pertama. Cuma kesian pada Ija yang terpaksa lari tema sebab tak dapat kainnya. Walaupun baju yang betul. Kak Ila berjaya dapat baju. Cuma I dan Fira, berwasap sampai lewat malam mengenang nasib kami yang tak dapat baju seperti yang dijanjikan.

Kawan-kawan HA pun menerima nasib yang sama. Ramai yang bermasalah dengan tailor masing-masing pada raya ini. Baju tak siap, silap ukuran, silap pattern yang diminta dan kerosakan pada kain. Kebetulan kah? Ye, bukan rezeki kami... Tu je yang mampu I kata sekarang. Bagi I baju tu tak penting dah tapi kejujuran dan ketepatan masa yang I utamakan. Kalau berjanji haruslah ditepati. Kalau tak boleh katakan tidak jangan delay dan bagi harapan palsu.. Serius sedih dengan apa yang berlaku. Memang effect mood jugak sebenarnya. Apa pun yang terjadi,

....REDHA...

Wednesday, August 7, 2013

Raya Oh Yeah : Pinky Winky!

Berjaya hasut Mama, Ayah, Adik dan Sayang untuk bertema PINK untuk Eid 1434H ni. Yay! Actually, takde niat pun. Cuma bila dah ada baju tu I pulak paksa family untuk ikut warna baju I. Kuikuikui. Sampai ke Ayah pakai pink tau. Cantik apeeeee. Hahaha. Tapi I tak kejam la suruh ayah pakai shocking pink. Sayang aje sama kaler dengan I. Sebabnya Sayang I yang sorang tu cerah orangnya. Any colors will suit him well. Weeehuuuuuu!

Sayang belum official jadi family member kami tapi bila dapat sambar sepasang baju melayu Teluk Belanga warna pink, dengan rasminya Sayang dah sama kaler dengan kami. Don't worry, Baby... Tahun depan kita sekeluarga, dan plus sorang baby, kita go for different color ok. Tak sabar! Especially yang part ada baby tu. Ops, terlebih sudah....

Ayah, Adik dan Sayang mesti segak berbaju Teluk Belanga nanti. I dan Mama pulak berkurung moden. Walaupun baju I macam dah basi, sebab pernah dipakai masa I jadi pengapit Tasha. After that memang baju tu tergantung rapi dalam almari. Dengan tujuan nak pakai raya. Sanggup I simpan je tak pakai-pakai. Sayang woi, sebab upah dekat Khaty Senawang dengan harga baju ngalah butik mahal. Siapa suruh kan. Takpe asalkan puas. Yang tak complete sekarang tudung aje. Ada-ada je akal ni nak shopping last kopek!

Sekarang bagi intro sikit je. Nak tengok bebetul kena tunggu pagi raya. Heuheuheu. Puasssss! Dengan kuasa tak mau kalah, berjaya berbaju pink nanti. Lagipun baju ni adalah persediaan kepada majlis yang akan berlangsung pada Disember nanti. 2 in 1, jimat dan senang. Tak perlu nak mencari-cari lagi nanti. Syukur...

Sorry, I bukan jenis terikut orang yang setiap tahun ada warna hot-hot ala artis. Dengar cite tahun ni kaler yang in-trend ialah Emerald Green ye? Kami sekeluarga warna kulit kusam sikit kalau masuk hijau macam tu tapi kalau kuning diraja mesti orang kagum tengok barulah teranggggg. Wiwiwiwiwi :) Dan I pun bukan jenis ikut fesyen sangat. Peplum? Sekejap aje nanti bila dah tak fofular mana nak campak baju tu kan.

P.s. I menjadi pengumpul baju pink setelah baju-baju kuning memegang title warna paling mencuri hati I seumur hidup. Hehehe. Tak tau ngape, pergi kedai baju mesti tuju baju kuning dulu!

I tetap suka baju macam ni :)

Harus ye cari tudung kuning atau krim
(AGAIN?! Kuning??)

Tuesday, August 6, 2013

Raya Oh Yeah : Versi Kuih Raya

Hye. Dah berjaya pun I buat Biskut Chocolate Shorties :) Biskut kegemaran sepanjang masa. Tapi biskut I tak berapa menjadi. Salah anggaran waktu. Kena lebih lagi timing memasak tu. Akan diperbaiki. Sebab I suka sangat biskut ni ialah rasa coklat yang kaya dan seribu kemanisan. Kalau nak cuba silalah datang beraya di rumah I ye.

Senang sangat buat biskut ni. Bahan pun mudah-mudah belaka. Tapi.ada pantang larang sikit la. Kalau tak nanti cokelat akan mudah 'melenyor' dan 'chaiyor', kata orang Perak. Kiranya tak cun la jadinya walaupun crispy. Pertama kali buat macam I lah, ada je.tak kena.

First, u memang kena ayak campuran corn flour, self-raising flour dan cocoa powder. Takkan ayak pun nak kena tunjuk camne kan.

Then, kacaulah butter dan castor sugar. Macam biasa kacau sampai gula hancur ataupun jadi warna putih. Guna tangan je haih jangan ngada nak pasang mixer. Untung-untung dapat kecikkan lengan. Hehe.

Bekas besar @ isi ciput?
Lepas dah siap tepung dan butter tu bolehlah combinekan. Kacau sampai sebati. Kacau pakai senduk kayu dan jangan sesekali ramas dengan tangan. *Pantang-larang buat biskut ni.

Sebelum boleh digumpal-gumpal kacau la dulu
Lepas sebati, gumpal-gumpal dan lenyek pakai roll. Pandai-pandai la adjust ketebalan yang sesuai untuk u all terap nanti. Ikut pattern kegemaran ye.

Lepas dah terap, asingkan kuning telur sahaja. Sapu atas biskut dan tabur almonds. Done! Boleh bakar, sejukkan dan makan terus ye.

Part ni I dah mula geram
Keluar oven panas-panas terus ngap!
Satu acuan ni boleh dapat 62 biji Biskut Choclate Shorties. Tak sabar nak buat lagi! Memang raya ni meriah dengan Chocolate Shorties jeeeeee :D

Raya Oh Yeah : Distribute Sahur Gelandangan

I orang pertama tiba! Ok, not to mention tapi kenapa I dan Sayang yang tiba awal di meeting point kitorang ye. Siap kami sempat ke Tesco Seremban 2 untuk beli barang tambahan yang tak cukup. Alhamdulillah.. Tiba di Stesen LRT Masjid Jamek tepat jam 11.50 pm, awal 10 minit dari waktu yang dijanjikan. Rupanya rakan yang lain ada yang masih lepak di rumah. Apa lagi, amik satu lap dekat Masjid India. Rambang mata woi!

Ketibaan...
Rakan lain mula sampai dan diorang terus ke tempat letak kereta belakang mahkamah, dan betul-betul di pertemuan antara Sungai Klang dan Sungai Gombak. Ramai jugak yang hadir sekali. Lebih daripada senarai di RSVP. Havoc! Lagi-lagi ada photographer. Tunggu makanan sampai dan nak packing a few items. Kiranya sempat jugak nak bergambor.

Tengok... boleh lepak lagi tu
Picture courtesy of henpon Wawa
I amik chance jugakkk
Dah selesai, semua bergerak dalam 2 kumpulan. Kumpulan Wawa ke kawasan Bus Stand Klang dan Petaling Street serta sekitar. Kumpulan I dan beberapa orang lagi berjalan ke arah yang sama kemudian berpatah balik untuk ke Masjid Negara. Memang ramai gelandangan di sana. Selesai satu pack, kami berjalan lagi ke Lebuh Pasar dan belakang Pasar Seni. Dapat sekumpulan gelandangan yang sedang tidur di kaki lima bangunan. Tapi masih ada baki nasi dan air, kami ke Kotaraya dan di situlah kami bertembung semula dengan kumpulan yang lagi satu. Semuanya selesai dan kami berpatah balik ke kereta.
Picture courtesy of henpon Wawa.. sementara tunggu Abg Rockstar upload :)
Paling best, lepas agihkan makanan kami pulak nak makan. Memang taknak kedai mamak. Kalau Murni jauh sikit ke PJ. Senang cerita, Nasi Lemak City Garden. Puas lah sorg makan 4 bungkus hahaha. I makan satu je. Tu pun xlarat. Tepat jam 4.00 am memang perlu gerak ke Seremban semula. Sayang kerja.
semua dah lemau ye masa sahur ni cuma kanak-kanak lelaki tergelak-gelak lepas makan
Aktiviti ni memang fun. Cuma kami takdelah extreme sampai nak turun bawah jambatan tepi sungai bagai. Tepi koridor bangunan berani lah. Malam tadi je ada beberapa group yang buat aktiviti sama. Kalau ada lagi kumpulan yang berkeinginan nak buat charity macam ni better ke Chow Kit atau Bukit Bintang juga. Kawasan Masjid Jamek dan sekitar agak jauh perjalanan dan ditambah dengan Dataran Merdeka yang sesak, lagi-lagi di malam minggu.

Sekadar cadangan :)

Salah satu group yang kita jumpa, Group Baju Merah

Friday, August 2, 2013

Raya Oh Yeah : Chocolate Shorties

Favorite sangat! Macam biasa tahun ni nak projek buat lagi. Alang-alang dah tak dapat ke masjid atas faktor yang tak membolehkan I puasa. Maka, kenalah I manfaatkan malam-malam yang indah dengan membuat cookies kegemaran. Beli bahan, korek balik cookies dan barang nak buat cookies dan boom! The cookies are ready for you, ma'am. Hehehe. Kerajinan 2 tahun lepas yang gigih sangat membakor memang akan dimanfaatkan tahun ni pulak. Sejak-sejak dah nak naik pelamin. Hikkk!

Bahan-bahan yang diperlukan :

1. Telur (kuning sahaja)
2. Cocoa powder
3. Tepung jagung
4. Self-raising flour
5. Castor sugar
6. Badam hancur
7. buttercup

Petang ni jugak nak ajak Sayang pergi beli bahan. Petang ni jugak nak sediakan semua oven dan lain-lain barang yang perlu. Dah tak sabar nak buat. Yang takde sekarang tepung jagung dengan cocoa powder Van Houten tu. Dekat mana nak cari yang murah di Seremban ni.


Esok nak projek kuih raya oh yeahhhh.....


RSVP : Volunteers For Homeless

Selambe! Kita join orang gelandangan untuk bersahur. Bertarikh 3 Ogos 2013 (Sabtu), bertempat di sekitar Pudu dan Jalan TAR. Kami akan meredahi kawasan ini pada waktu tengah malam untuk mengedarkan makanan kepada insan-insan yang kurang bernasib baik. Bukan selalu buat aktiviti macam ini. Makan buffet RM80.00++ boleh sesaja, menyumbang tenaga bagi mengedar makanan adalah perkara yang berganda mudahnya. Kalau ada yang sudi menyumbang wang ringgit dipersilakan juga.

Idea muncul dari Wawa yang dah ada duit tabung. Berkolaborasi dengan kesatuan Wawa dan Rakan Sekolah dapat jugak bentuk satu kumpulan untuk menjadi tenaga pengedar makanan kepada warga gelandangan. And, this is my first time! Charity terakhir yang I pernah buat hanyalah membersihkan kawasan surau di Segamat masa ambik subjek Personal Development. Haiyaaa~

This is gona be fun! Tak sabar rasanya nak berjalan sambil edar makanan. Dapat jugak tengok life diorang sebenarnya macam mana. Ada yang dah berkeluarga semua. Paling top pasangan yang baru dapat baby tu. Lupa dah nama dia. Lagipun esoknya Sabtu, tak bekerja. Tak pasti berapa tenaga untuk esok tapi macam yang Wawa inform dah ada beberapa orang volunteers jugak untuk aktiviti ni. Seperti senarai di bawah. 

Semoga perjalanan kami berjalan dengan lancar. Nak membantu dari segi kewangan memang tak berapa nak mampu sekarang tapi sumbangan dari segi tenaga dapatlah kami sempurnakan. 

Insya-Allah...

Antara yang akan hadir.

Wednesday, July 31, 2013

Kahwin Oh Yeah : Silap Timing

...Sambungan dari cerita Raya Oh Yeah : Jalan TAR Sesak

Semua floor Jakel dah kitorang tawaf memang takde. Even dekat Level 4 yang department untuk bridal pun takde warnanya. Yang ada baju ready made, memang cantik mengancam, lovely semualah... 

"Harga RM1089.00 ni boleh kurang lagi dik..."

Amboi, kot kurang 50% pun RM500.00++ ye kak. Sekian. Terima kasih.

Ambil langkah paling best, masuk Semua House dulu ye. Kot ada baju ready made yang cantik. Baca dekat blog orang ada butik pengantin dalam ni. Kami memang suka mencuba dan meredahinya. Memang ye, ada satu tailor di Level G, jahit sepasang baju dan siap semua beads dengan veil untuk perempuan dan baju lelaki sekali, harga ialah RM750.00. Memang cantik jahitannya. Rambang mata. Sambil berjalan, masuk lagi kedai jual baju pengantin. Thanx bro, sebab bagitau butik pengantin yang ada disitu.

Ok, curi-curi ambik ni, while Sayang tengah tanye harga
Jom, naik Level U5. Keluar lif nampak Sayang You. Jalan terus sikit, pandang kiri, eh, Diana Bridal. Masuk malu-malu, soalan wajib memang tanye pasal saiz. Serius ek, baju dia cantik-cantik dan ada 2 kategori. Baju yang beads biasa dan tak berapa sarat, sewa baju sahaja sepasang dan aksesori harganya RM780.00 dan baju beads lebih berat dan kilau-kilau RM1500.00 Tak dinafikan, cantik. Pada mata I lah. Siap fitting satu baju putih ye kami berdua. Over sangat u ols! Sayang dah suka sangat lettew. Macam cancel je baju putih dekat Seremban. Dan kontra dengan benda lain pulak nanti. Tengok dulu macam mana.... Harap maaf, tak boleh la nak ambil gambar, ada notis ye dilarang mengambil gambar.

This color, please, please, please...
Malas nak cerita panjang, semua kitorang redah. Kamdar, Gulati's, Nagoya dan ape nama lagi tah tepi-tepi tu. Semuanya takde. Last choice, pergi sebelah Semua House, seriously I lupa nama kompleks tu tapi rasanya Plaza City One. Rasa heaven. Ada satu kedai baju ready made untuk warna peach-pink. Harga, RM350.00 siap beads dan ada size. Ok, kalau terdesak sangat, at least I have options here. Letih boleh tahan mencari kain. Balik tangan kosong. Payless tah kemana, dokoh pun tah kemana. Sebabnya bila masuk jam 5.00 pm memang kena bergerak ke Bandar Utama, sesi melantak pulak.

Tengok orang belakang tu ceria sebab dah jumpa butik best
Kesimpulan dekat sini ialah kami macam silap timing kesana. Masa memang ada berbaki 5 bulan lagi, tapi kecerewetan masing-masing akan kah dapat diatasi? Ada banyak lagi misi belum berjaya, dalam erti kata lain, none of it. Last sekali, Nagoya Terminal One di Seremban yang bakal dituju :p



Raya Oh Yeah : Jalan TAR Sesak

Menyesal. Stress. Buang karan. 3 perkataan cukup? Ke nak kena tambah lagi? Rasa macam pergi for nothing. Ala-ala santai cuci mata gitu. Punyalah ramai manusia dekat sana. Kereta pun ramai. Buat apa tah awal-awal dah pergi Jalan TAR. Huhuhu. Dari Seremban, terus ke Ukay Perdana memang clear lagi jalan. Dari Ukay Perdana ke Bulatan Pahang, masih clear. Masuk ke Chow Kit, dangggg! Dekat situ macam ada rusuhan ape tah semua kereta bersesak-sesak. Masuk pulak ke kawasan Jalan TAR, Masjid India dan sekutu-sekutunya jangan harap nak tekan minyak sesaja. Clutch, minyak dan brek semua jadi BFF. Pening woooo, peningggg.

Bajet dari Seremban muka riang ria tersenyum :P
Bila sampai je KL ni memang kepala dah macam naik angin sikit
tgk gini gayanya hahaha
Kesian Sayang I kena rempuh semua tu jugak demi mencapai cita-cita I. Alahai, sampai sakit-sakit kakinya. Memang mencabar betul la nak letak kereta dalam kawasan Jalan TAR. Ajak parking sebelah Campbell, mahal katanya.. Sogo pun mahal. Jumpa satu hotel, terlupa namanya. Building betul sebelah dengan Jakel. Ok, 1 jam dengan bayaran RM3.00. 

"Boleh lah kan Yang? Daripada takde ni..."

"Aik, u tanye I? Tadi ajak parking sebelah Campbell kata mahal kan,"

"Ermmmm, belasah je la,"

Heuheuheu, nasiblah dapat parking mahal. Nak berjalan pun tak jauh sangat di bulan puasa yang panas dan sesak ni. Alhamdulillah.... Keluar parking terus ke Jakel dan kedai-kedai kain sekitarnya. Tujuan, cari kain untuk baju nikah. Cantik pulak baju melayu Aaron Aziz tu kan. Cuma Sayang memang tak boleh ngam baju dah siap. Saiz XL tak sesuai dengannya, bahu baju jatuh sebab besar, yang lain semua ok. Takpe, kita cari kain ye. Antara kata-kata staff Jakel yang menyayat dan merobek hati I dan SiDia...

"Sekarang kain memang kurang dik, sebab kita masuk semua baju ready made. Lepas raya esok masuk kain balik tapi tak pasti la warna yang adik nak ni ada ke tak..."

Terima kasih kakak!

Senang cerita, memang ramai orang sangat hari Ahad lepas di Jalan TAR. Yang ke Sogo semua tuju ke sana, sambung pulak berjalan ke Jalan TAR, lepas tu confirm diorang ke Semua House, Kamdar, dan kedai-kedai sekitar. Hari elok panas, tak hujan langsung. Seolah-olah meredhai perjalanan insan-insan macam kami, yang bertungkus-lumus ke sana walaupun dah tau kesan dan akibatnya.

Monday, July 22, 2013

Raya Oh Yeah : Versi Shopping

Nope! Tiada shopping untuk raya kali ni. Shawal 1434H ni I tumpukan pada perkara lain. Lots of it. Banyak perkara lain dalam otak tengah berjalan sekarang. Macam-macam idea pulak bila raya menjelma. Idea membeli. Waktu macam ni, yang banyak jualan murah mestilah nak ambik kesempatan. Siapa tak mau. Beli sekarang, untuk kemudahan kemudian hari.

Antara lokasi yang bakal I kunjungi untuk membeli beberapa perkara ialah Jakel Jalan TAR, SSF, Nilai 3 dan galeri tudung (tak kiralah mana-mana, Al-Humaira ke Najjah ke Sugarscarf ke). Hopefully semua tempat ni ada jualan murah-murah untuk kegunaan Disember ni.

Bila dibuat kira-kira, alamak banyaknya nak beli. Baju melayu Ayah, kain Mama, kain baju nikah, tudung nikah, door-gifts (kalau ada), kain baju sanding, bunga pahar dan lain-lain perkara. Dengan harapan, bonus dapat seperti yang dah dijanjikan. Perkenankanlah Ya Allah...

Rasa macam list dekat atas tu sebenarnya panjang lagi tapi tak tau kenapa macam ada 2 barisan je. Nak nangis rasa. Gaji belum keluar dah macam-macam dalam fikiran ni. Aiyoooook! Tapi kan, bak kata Kecik kalau dekat-dekat nak raya nanti akan lagi dapat murah. Datanglah nak kena cuti pulak....