Nuffnang Ads

Showing posts with label rumah kita. Show all posts
Showing posts with label rumah kita. Show all posts

Thursday, February 2, 2017

Kenangan 2016

:)
Alhamdulillah dipinjamkan lagi roh dan jasad sehingga ke saat ini. Syukur ke hadrat Illahi atas limpahan kurnianya.

Ampun! Baru nak menapak dekat sini setelah 32 hari di Tahun 2017 dah meninggalkan kita. Komitmen kerja, komitmen keluarga sangat-sangat membatasi jari-jari montel ni nak menaip. Gatal je rasa bila tengok blog orang sebab blog sendiri dah bersawang. Fuh! Fuh! Tiup habuk sikit. Macam mana pun, I nak jugak buat review bagi Tahun 2016 yang sangat memorable itu. Ketinggalan T___T

2016 meninggal I sekeluarga dengan satu memori paling indah dalam hidup. Kehadiran Nur Aisyah Hani merupakan satu anugerah paling terindah yang Allah dah turunkatsunami'kan dengan tangisan baby kecik. Hiihihihihi!~ Syukur! Allah beri peluang kepada kami sekeluarga untuk jadi pelindung dan penjaga kepada satu amanah besar ini. Permudahkanlah, Ya Allah.
n pada kami. 8 bulan lepas, berhempas pulas kami sekeluarga menyesuaikan diri yang selama ini tenang tapi di'

2016 juga meninggalkan memori percutian paling indah (walaupun ada yang tak indah bahahaha!) kepada kami dan kawan-kawan. Percutian ke Krabi, Thailand memang sangat-sangat awesome! Percutian bersama suami ke luar negara sepanjang 3 tahun berkahwin. Mengumpul duit sesama untuk mengonjeng sesama. Hehehe. I akan ke Krabi lagi nanti, dengan Baby pulak. Tapi rasanya dah tak boleh la nak sewa motor lagi kot. Kena naik tuk-tuk je lah nampak gayanya. 

2016 memisahkan kami sekeluarga, The Lailis dengan PC Lan. Kepulangan Arwah PC Lan ke pangkuan Illahi memang menyedihkan kami sekeluarga. Memang inilah berita paling sedih I terima sepanjang tahun. Betul-betul masa kami semua nak menyambut Hari Raya Aidiladha. Allah lebih sayangkan PC Lan. Bila scroll FB yang lama-lama, ternampak-nampak je 'Azlan Laili liked this'.. Semoga Allah pelihara Arwah PC Lan di sana. 

Rezeki kami di 2016 memang tak dijangka. Perniagaan Sazzie Homemade sangat memberangsangkan. Tak sangka, penangan popcorn Sazzie's Sweet Treats disukai dan digemari ramai. In shaa Allah, lepas selesai semua perkara, order akan dibuka semula. Jangan lupa! Hihihi tak sabar nak buat popcorn lagi. 

2016 juga mendatangkan kebahagiaan buat kami sekeluarga bila I dah dapat rumah idaman I, sebelah rumah Mama Ayah! Yay! Nak betulkan maksud rumah idaman, bukanlah yang 2-storey Semi-D with 5 bedrooms tau. Rumah teres kos sederhana aje. Bolehlah, nak buat tempat berlindung anak-beranak. Bolehlah, nak upgrade jadi syurga kami sekeluarga. Bolehlah, kalau ada saudara mara nak datang menumpang di kala memerlukan. In Shaa Allah. 

2016 sangat-sangat mengejutkan kami sekeluarga tau. Dengan kehadiran.... ehem-ehem! Adikek dah nak kawen weh! Pertama kali Adikek perkenalkan bakal suri hatinya, Nor. Namanya Norhazirah ke (sorry Nor kalau akak silap) tapi panggilnya Nor. Alhamdulillah. Terbukak jugak pintu hati adikku sorang tu. Semoga Allah permudahkan semuanya, Terkejut I bila Mama bagi tau yang Adik nak kawen, dia nak bawak bakal isterinya datang rumah. Wawawawa!~ Tak sangka.... In Shaa Allah bulan Februari ni Adik akan melangsungkan pertunangannya dengan Nor. Nanti Kakak dia haplod la gambor dekat sini. Nasib ko Dik, dapat Kakak busy body kah kah kah!

Setakat ini sajalah. Lepas ni nak cerita pasal Echani dah pandai makan hehehe. Kebelakangan ni, banyak kisah baby je. Maafkan I kalau sebelum ni I label blog ini sebagai blog TTC. Ye, I masih TTC, tapi dalam proses nak dapat tune balik sementara masih duduk rumah Mama Ayah ni. Badan mengembang bak juara dah ni. Dan nak sambung jugak induced lactation. In Shaa Allah. Doakan I rajin menaip ye. Wiwiwiwiwi!~

P.S. Baby Ibu dah tumbuh gigi u ols!

Wednesday, June 22, 2016

DIY Rumah Kotak Untuk Kucing

Semoga Mumu tenang dimana juga Mumu berada...

I dan Sayang dah amik kucing baru. Kutip sebenarnya. Dari KPJ, Seremban tempat Sayang bekerja. Ye, Mumu dah kembali ke Penciptanya... Malas nak cerita pasal Mumu nanti nanges. Tunggu kekuatan baru dapat buat a very long story about my lovely cat in my life ever. I miss u, Mumu. I do! Walaupun bumi terbelah dua, Mumu takkan datang lagi... Takde pengganti setandingnya.

Back to Gigi. Kami panggil dia Gigi sebab hyperactive sangat. Kuat mengigit orang! Tengah tidur pun dia gigit. Sabor je lah. Banyak kali kena jentik telinga dengan Sayang. Tapi Gigi bagus dan berdisiplin. Bab menggigit tu je la tak tahan. Nama pun sayang, tahan aje hihi. Lama-lama dia ok. In shaa Allah. At least, tak hantar dia balik ke KPJ.

Gigi went missing too! T____T

Masa Sayang bawak balik ke rumah pun menggunakan kotak. Bila nk buang sayang pulak kotak tu. Nak pakai, dah bau Gigi hahahaha :D bucuk! Alternatif lain yang diambil ialah dengan mengerat dan membentuk kotak tersebut agar menjadi sebuah rumah kos rendah yang mampu dimiliki Gigi sebagai rumah pertamanya.

Kotak terpakai yang bersih :)
Langkah-langkah yang penting sebelum mulakan DIY rumah kotak :

1. Pastikan kotak tu bersih, kalau ada najis tak perlulah nak pakai jugak

2. Janganlah pakai kotak yang dah lembik habis, ambil yang tegap sikit

3. Dua buah kotak yang berlainan saiz boleh disambungkan jika kena dengan design

4. Sediakan peralatan - gunting, cutter, tape, gam, cable tie (jika perlu)

5. Tentukan lantai dan bumbung sebelum proses menyambung - lekatkan dahulu

6. Potongkan tingkat dan pintu terlebih dahulu

7. Mulakan proses penyambungan

8. Lekatkan setiap penyambung dengan kuat, kucing kan ganas hehehehe

9. Jika siap, bolehlah diwarnakan dengan spray atau cat atau hanya lekatkan wallpaper lagi senang 

10. DECOR, DECOR, DECOR!

Dengan ini, siaplah RUMAH KOTAK UNTUK KUCING sekadar untuk hiasan ni. Depa akan duduk, kadang-kadang je hehehehehe.

Bumbung pun belum pasang dia dah menyibuk :D hahahaha
Update terbaru : Sejak Gigi dah jumpa boyfriend, takde pun Gigi balik rumah lagi T____T rumah Gigi tu akan diwasiatkan kepada mana-mana anak bulu yang akan kami fikirkan sesuai bermain di dalamnya...

Samani rindu Gigi... 

Wednesday, May 13, 2015

Made by SAZ

Baru buat beberapa benda dah mimpi nak buat brand dan trademark sendiri. Takpe, asalkan ada usaha dan kemahuan. Bukan apa, nak jugak bagi orang kenal siapa yang buat kan. First step, kena ada trademark sendiri kan. Macam yang I dah bayangkan. I tak berapa reti lah nak craft beriya but at least something dari air tangan sendiri.

Tak sabar nak tempah sticker sendiri, paper bag sendiri, custom made stamp pad sendiri dan tag sendiri. Dah dapat beberapa tempat dan website yang berpotensi nak realisasikan impian I yang tiga diatas tu. Syok sendiri? Who cares... 

Untuk permulaan, I sendiri dah cari nama sesuai dan design yang paling simple dalam dunia. Macam-macam nama dah tergedik-gedik dalam kepala ni tapi biarlah SAZ, that stands for a combination of Ayah and Mama's name. Siapa mereka? Kekasih hati I sampai ke syurga. Semoga Allah lindungi mereka. Eh, terbabas jauh. Jom patah balik. Hehehe.

Follow us on:
Ig : @sazziesst
Fb : facebook.com/sazziesst
Jangan lupa follow dan like page ye :)

Monday, December 29, 2014

One Year And Still Counting

Kami dah setahun! Pejam celik je laaaaa dah setahun usia perkahwinan I dan Sayang. At this moment, a year ago, kitorang tengah busy untuk outdoor punya session. Gambor kitorang belum ambik lagi dekat official photographer ye harap maklum. Jangan tanya kenapa hahaha. Ok abaikan masalah itu. Yang pasti, waktu sekarang ni kitorang tengah berjalan dalam lalang ke belukar tah. Memang best!

Setahun yang lepas, kitorang dah siapkan rumah sama-sama. Siap sedia dengan keperluan asas, lepas kahwin terus cuci kaki dan masuk. Alhamdulillah, lengkap semuanya. Memang kitorang penat sangat time tu. Mana nak siapkan rumah lagi, nak siapkan barang kahwin lagi, nak fitting baju lagi, nak basuh rumah lagi, nak uruskan hal keluarga dan rakan-rakan lagi. Phew!

Dalam masa setahun, ada juga cabaran hidup berdua tu. Dugaan paling besar, bila jumpa orang duk pegang-pegang perut. Sabar aje lah kan? Macam biasa, kalau kita pengantin baru, orang tak tanya duit bayar rumah sewa cukup ke? Orang takkan busybody, setiap malam masak menu apa? Orang takkan tuju kita dengan soalan, road-tax kereta tu bila expired? Orang akan tanya soalan cepumas, dah ada isi belum? Kitorang? Senyum aje lah, tunggu Allah bagi. 

Dalam masa setahun jugak, Allah mudahkan jugak rezeki. Sayang beralih ke tempat kerja baru yang way more nearer than before. Allah mudahkan rezeki untuk I dapat temuduga ke jawatan lebih baik walaupun tak dapat pun jawatan tu. Pengalaman tu paling berharga. 

Dalam masa setahun inilah, proses nak kenal bermula. Mulalah kenal siapa penyepah siapa pengemas. Siapa yang masak dan siapa yang tukang perabih. Siapa yang kelakor dan siapa pulak yang serius. Siapa yang kelam kabut dan siapa yang cool la paling dapat detect. Muahahaha kalau nak sebut memang panjang. Belum kira siapa boros siapa penjimat, siapa gedik siapa bajettt! Wakaka.

Actually, entri ni panjang lagi tapi I khuatir sangat kalau tahun kedua nanti entri ni jadi 1500 patah perkataan pulak. Muahahahaha! Yang dapat I kata, hanya I yang kenal suami I. Dan hanya Hafizi itulah yang mengenal Sazwani. Setakat orang luar yang duk nak pung pang sana sini, insaflah. Walaupun kitorang ni dah kenal each other sikit-sikit dalam setahun ni, but there are still more things we have to learn in our relationship. Yang dah lama kenal Sazwani, jangan predict bukan-bukan, yang dah lama kenal Hafizi pun, dia hanyalah sejarah untuk u. 

Sayangku, untuk semua susah senang, sakit pening, riang ria, gelak tawa, nangis pedih, jiwang karat, rindu rinduan, gedik manja, hiruk pikuk, sayang menyayang, liuk lentok, panas baran, gila babeng, geram menderam tu semua kita punya rasa sendiri je. Jangan bagitau orang tau. Biar orang nampak kita blur dan skema. Rasa lain tu kita punya ye Sayang. Tak syok la nak share semua benda dengan orang lain hehehe. Happy anniversary yang ke Pertama. I'm wishing u all the best for being Sazwani's husband for a few thousand years ahead. Gila tu thousand years nak hadap sejenis Sazwani ini hahahaha. Ada rezeki tahun depan kita dapat zuriat sendiri ye. Keep up good works to be my Imam. Lead me and I'll always be right behind you. In shaa Allah... I love you Sayang!

Oklah malas taip lagi nanti nanges. Bye!

sekeping gambar memori yang paling berharga dalam dunia :)

Cara Menguruskan Sinki Tersumbat

P.S. Ini entri nak termuntah, kalau tengah makan jangan baca ok!

Kalau sinki tersumbat memang sangatlah azabnya. Susah nak basuh pinggan, susah nak masak, rumah pulak bau kentut je. Frankly, busuk sangat lah bau sinki yang tersumbat. Untuk makluman, bukan rumah I tapi rumah Mama. Kesian pulak dengan Mama. Terbantut aktiviti harian dek sebab sinki yang tersumbat ni. Tak tau berapa lama, tapi Ayah baru bagitau Jumaat lepas.

Ini pun keladaknya dah kurang lepas kena ceduk
Nekad, hari Sabtu pagi I bawak Mama ke kedai hardware berhampiran dan beli satu botol chemical yang dikhususkan untuk clearkan sinki. Walaupun dah beli, I dan Mama tak berani nak tuang sebab macam merbahaya sangat. Pekerja kedai tu ada bagitau suruh berhati-hati nanti kena kulit rasa macam terbakar. So, better I tunggu Ayah atau Sayang buatkan.

Rupa keladak yang keluar lepas kena pam
Sabtu, lepas je aerobic, terus I dan Sayang melakukan operasi. Dekat nak tengah malam jugak kitorang bekerja macam plumber dah hahaha. Sayang yang tuangkan chemical tu, bukan main gemersik bunyinya nak menghakis kotoran dalam laluan. Rupanya chemical tu panas, berasap jugaklah lubang sinki tu. Bau yang naik, jangan cakaplah.... Perghhhh~ Stok tak lalu makan punya. Kotoran yang dah 10 tahun lebih, bila di pam sambil letak chemical. Bayangkan macam mana baunya. Dekat 2 jam jugak Sayang bekerja keras nak clearkan laluan sinki Mama.

Clog Remover Cap Lion
I cuma nak share dekat sini kalau ada yang menghadapi masalah yang sama dengan kami, boleh ikut cara-cara di bawah. Selain daripada panggil plumber, ini ialah option sementara untuk kita semua. DIY je dekat rumah :
  1. Beli sebotol chemical Clog Remover, Lion Brand dari kedai hardware, kalau lupa nama cakap je untuk drain kan sinki. Dekat Seremban ni harganya RM23
  2. Buka penutup botol dengan berhati-hati
  3. Kalau ikutkan instruction pada botol, kena campur dengan air sikit baru tuang dalam sinki 
  4. Kalau ikut formula yang kami buat, tuang terus tapi hanya tuang 1/3 botol saja, biar sekejap dan lalukan dengan air.
  5. Pam kan sinki yang tersumbat tadi dengan pelocok. Pam sampai terkeluar kotoran melalui laluan sinki. Macam di rumah kami laluan dalam bilik air, senang nak nampak.
  6. Tuang lagi 1/3 botol chemical ke dalam sinki yang tersumbat tadi, biarkan dia react pada kotoran dan lalukan sikit dengan air, dan pam semula.
  7. Ulang lagi sekali cara di atas dan habiskan terus chemical tersebut
  8. Lalukan air dan tengok flow dia lancar atau perlahan lagi
  9. Kalau rasa macam tak cukup kena beli lagi sebotol chemical dan buat sampai flow jadi lancar.
Ini laluan dekat dalam bilik air. Berkerak-kerak keluar ke sini. Yuks!
Sorry, bahasa teruk sikit. Inilah tips yang termampu untuk kita buat sendiri. Semoga dapat membantu dengan info yang tak seberapa ini. 

Wednesday, November 12, 2014

Selamat Tinggal, Sayangku Koko

Daripada Allah ia datang, kepada Allah jua ia kembali... My lovely cat left me last night. He suffered for 3 days and now he's already gone to see his Creator. Koko pergi bila kami berdua tiada di rumah. Setibanya I di Kelisa pagi tadi, tercari-cari Koko... Naluri hati dah berkata-kata yang Koko dah pergi ni... Koko dah pergi meninggalkan I dan Sayang... 

Waktu I balik dari Ipoh, hari Sabtu, Koko sihat lagi, masih menyambut I di sliding door dengan aksi mencakar cermin dia tu. Ahad pulak dah nampak Koko tak mau makan. Muka penyet je, cium-cium makanan lepas tu blah. Mumu makan macam biasa dengan lahapnya. I tak rasa lagi apa-apa akan berlaku. Seems like everything is normal, Koko masih duduk atas ribaan I dan bermanja-manja sambil meleser sana sini.

Isnin pagi, sebelum ke office, kitorang perasan ada beberapa spot yang macam kena air kencing kuning warnanya. Ingatkan takde apa, mulalah marah Mumu kencing merata. Koko diam je... Sebelum ke pejabat I sempat bagi makanan lagi. Macam tu jugak Koko tak mau makan. I relax lagi... Balik dari pejabat bila Sayang jemput I, terus balik ke rumah, air kuning tu banyak lagi. Cari Koko takde, rupanya dia menyorok dekat dapur. Air kuning tu bukanlah air kencing tapi rupanya, muntah koko. Allahhhhh! Apa kena ni sayang........ I dan Sayang suapkan air Zam Zam di mulut Koko.

Koko nampak lemah dan lembik. Nekad I dan Sayang nak bawak ke Klinik Haiwan Kesayangan di Pejabat Veterinar Seremban, Jalan Jelebu pada pagi Selasa dan kami sampai awal pagi. Dia masih mengiau garang tapi lemah sangat bunyinya. Something is wrong with him... I dah dapat rasa yang Koko takkan lama bersama kami. Kata pegawai yang attend kami, kalau lagi 2 hari dia tak makan kena bawak semula. Katanya lagi, Koko ada cacing tu yang dia taknak makan... Cadangnya, hari ini (hari Rabu, 12/11/14) kami nak bawak Koko ke vet lain...

Lepas injection dan diberi medication, Koko masih lemah dan tak mau makan. Hari Selasa pulak Sayang kerja malam dan I risau kalau apa-apa berlaku dekat Koko. Sampai ke malam I mengadap Koko. Selepas dah masak dinner, I menguruskan Koko sebelum hantar Sayang ke tempat kerja dan I akan terus ke rumah Mama. I upload kan gambar Koko dalam FB untuk mintak pandangan dan petua kawan berkenaan condition Koko. Sempat I ber'Whatsapp' dengan Ain, dia ceritakan pengalaman kucingnya dan Ain mintak I ke rumahnya untuk ambil supplement dan wetfood untuk Koko berserta ubat demam. Waktu pun dah lewat sangat, I berjanji dengan Ain untuk datang awal pagi lepas ambil Sayang dari pejabat. Walaupun hati dah berat mengatakan Koko akan 'pergi' malam ni...

Ye, Koko pergi meninggalkan kami T_____T Allah lebih sayangkan Koko dari kami sayangkan Koko. I am so speechless, I can't say a word kecuali doa yang mengiringi pemergian Koko. Sayang balut Koko dengan kain pelikatnya, dan Koko ditanam di Memorial Peringatan Dusun Setia, bawah pokok mangga, tanah perkuburan yang sama dengan Shipitam dan Bobby. Pergi lah Sayang, sambutlah panggilan Allah, Samani redha... Setakat itu saja yang dapat I katakan. Sebelum Koko pulang I dah puas cium dia, gomol dia, peluk dia dan belai dia. Alhamdulillah, terubat hati dengan keredhaan yang Allah dah berikan untuk I tidak terlampau sedih...

Koko suka plastik yang kena simpul. I miss you, sayang....
Koko ku sayang, Koko adalah kucing termanja Samani dan Safizi. Koko adalah abang terbaik untuk Mumu. Samani ingat lagi wajah Koko yang selalu sambut Samani dekat muka pintu. Mengiau dan stretching badan di sliding door sambil cakar-cakar cermin tu, macam budak-budak minta di peluk. Ye, kami tak ada zuriat sendiri lagi. Koko dan Mumu tempat kami bermanja, kami mencurah sepenuh kudrat dan kasih sayang kami. Kami menjaga Koko seperti lebih dari seorang anak. Kami risau kalau Koko keluar digigit anjing. Kami simpan Koko di rumah sebab kami sayang....

Walaupun Koko sombong dengan orang lain, tapi, Koko terpaling manja dengan Samani. Samani ingat lagi pandangan mata Koko yang manja dan 2 hari lepas, pandangan manja itu semakin lemah dan ianya merobek hati Samani. Berdarah rasa hati ini dan pedihnya Allah saja yang tahu.. Ekor Koko yang pendek tu selalu meleser pada Samani tak kira masa, lebih-lebih lagi kalau Samani ke dapur. Koko nak minta makanan... Koko manja sangat, tidur pun nak di atas Samani. Koko jarang tidur di atas Safizi sebab itu port Mumu kan... Koko anak manja Samani sangat..

Sekarang, Koko dah takde, Koko dah pergi mengadap Illahi meninggalkan Samani, Safizi dan Samumu. Pergilah, jangan menderita terlampau lama. Pergilah, jangan risaukan kami bertiga. Pergilah, Mumu akan dijaga baik. Pergilah, ke tempat yang abadi dan bermainlah, bermanjalah di sana sepuas hatimu. Itu tempat untuk Koko sekarang. Berkawanlah dengan Shipitam, Kiko, Bobby, Bunny, Opie dan semua. Jumpalah Abang Tam, dia baik, manja dan sangat protective. Sampaikan salam rindu teramat sangat pada Abang Tam, Opie, Kiko, Bobby Lembik, Bunny dan Kiko. Tolong sampaikan peluk cium Samani pada diorang semua terutama Abang Tam. Koko pesan pada Abang Tam jangan risau Samani baik-baik saja nanti tunggu Samani dekat sana. Koko jangan risau nanti Mumu akan Samani sayang banyak-banyak dan manjakan dia macam mana sebelum-sebelum ni. Samani takkan abaikan Mumu. Sayang, doakan Samani, Safizi, Samumu selamat dunia akhirat. I love you so much, Koko. 

Terima kasih Allah atas rasa yang telah Kau berikan kepadaku. 

Kesayanganku, kemanjaanku
RIP Koko. 

Thursday, October 30, 2014

Tenanglah Di Syurga, Sayangku Bobby

Hari ni I betul-betul terkejut dengan berita kematian Bobby secara tragis depan mata Mama. Allah... terketar-ketar suara Mama masa bagitau Bobby dah mati. I terkejut juga. Tapi bila Mama cerita, adoiiii, memang tak boleh tahan. I memang tak sangka Bobby akan mati macam tu. I sebenarnya, tak sangka yang Bobby akan mati!

Bobby ialah anak kucing peninggalan Cinonet yang dah hilang tah kemana selepas pregnant semula. Mungkin dia pergi beranak dan terus lost. Ada entri I sebelum ni yang menceritakan pasal Cinonet Anak Lima yang comel-comel belaka. Bobby ialah Abang Long yang paling manja, paling lemah lembut, paling besar badan berbanding yang lain dan paling matang suaranya. Bila yang lain masih dengan suara lemah lembut lemak merdu, Bobby punya suara dah besar,,,
Yang putih tu Bunny, yang peluk Sylvester tu Bobby... Love you both!
Bobby ni diharapkan sebagai bodyguard kepada adik-adik yang lain selepas anak Cinonet yang paling gangster iaitu Bunny dah mati dilanggar kereta, bulan lepas. Bunny pulak paling ganas sebab masa kecik-kecik dia yang mula berjalan, paling lasak dan paling kuat. Tough sangat. Tapi bila nampak dia terkulai... rasa luluh air mata 
T__________T

Antara karakter Bobby manja yang paling I sayang ialah bila kita timang dia nanti kepala dia akan senget-senget dan lembik terus badannya nak baring atas dada I. Terus pengsan atas kita. Alaaaa, bukan I je yang terasa pemergian Bobby, Sayang pun sakit hati dengan cara Bobby pergi... Ada seekor anjing liar ni memang selalu sangat lalu lalang depan rumah Mama. Pada mulanya anjing tu dah datang, sempat Bobby dan Suzy lari masuk rumah. Lepas tu gatal, diorang pergi tidur dekat luar, terus anjing tu ambush diorang dan Suzy sempat lari. Bobby tak sempat.... Anjing tu gigit badan Bobby tak mau lepas dan Mama pun sempat pukul anjing tu dengan payung tapi tak dilepas jugak. Allah............ Sabarlah Mama... 
My precious one, Bobby manja Samani ye anak kushing Samani tewww!
Bobby, nanti lepak dengan Shipitam, Bunny, Jojo, Miyu dan baby-baby lain yang tak sempat membesar tu ye, tunggu Samani dekat syurga ye sayang. Duduk sana diam-diam dan elok-elok.. Jangan notty sayang... Kirim salam dekat Shipitam kata Samani rindu gile... I love you sayang-sayangku... Tunggu Samani nanti tau... Jangan lupa Samani. Semoga Allah pelihara semua sayang-sayang Samani yang dah pergi mengadapNya... Amin....

p.s. Serius hari ni memang mood sedih lagi-lagi hujan ni.. Balik kerja terus nak ke rumah Mama dan tanam 2 ekor sekali anak kucing. Ada lagi sekor tu, jiran punya tapi dibiarkan je mati tak bertanam,,,

Monday, October 6, 2014

Koko Mumu Penenang Jiwa

Koko - Berjantina jantan. Warnanya memang koko pudar, sebab tu namanya Koko. Berusia nak masuk 8 bulan. Badan tough. Sangat aktif. Bulunya biasa-biasa je tak bushy sangat, tak nipis sangat. Sangat sangat sangat tidak friendly dengan orang. Hanya dekat kepada orang yang dia kenal dan biasa tengok. Paling manja dan mengada-ngada dengan I. Suka main plastik gumpal-gumpal. KELAM KABUT dan PENAKUT! Takut air, takut kena cucuk, takut pada bunyi kalau kenderaan yang lalu lalang depan rumah dengan bunyi mengaum kuat. Nama manja, ANAK SINGA.
 
Kepantangan dia lah ni tengok plastic tu bergumpal!
Mumu - Seekor kucing jantan juga. Warnanya putih tompoh hitam macam lembu sikit tu yang panggil moomoo dan short-form terus Mumu je. Adik beradik dengan Koko dan Arwah Opie. Aktif jugak berlari dan slide sana sini tak padan dengan badan gemok. Bulunya banyak dan rapat-rapat. Sangat friendly dengan orang asalkan usap-usap sikit dia boleh lepak dengan orang yang tidak dikenali. Paling manja dan mengada-ngada dengan Sayang. Kuat makan lepas tu kuat muntah. Agak cool dan tenang. Suka tidur atas katil dan dalam washing machine. Nama manja, ANAK CINA.
 
Mumu si manja gemok yang putih melepak. Saja selfie muka je, tayang whole body nanti pengsan awek-awek tengok haha
Ye, inilah anak-anak kucing kesayangan yang selalu menjadi penenang jiwa I. Setiap hari I doakan mereka ni selamat di bawah lindungan Allah pada setiap masa. Makanan kegemaran mereka ialah Royal Canin Fat 32 dan dicampur dengan Prodiet Chicken and Tuna. I akan campurkan makanan ni 3 kali sehari. Tapi biskut kucing akan ada tersedia sepanjang masa dan CONFIRM HABIS bila I balik je dari office. 

Tuesday, September 30, 2014

Sazzi's Pantry : Kek Batik Menjilat Pinggan


Kek Batik? Kek Bodoh? Kek Biskut Marie?

Macam-macam la gelaran orang pada kek ni. Yang pasti, buat dulu, tengok jadi ke tak jadi macam yang digembar-gemburkan hahaha. Bukan saja menakutkan, tapi memang ye, ada orang buat Kek Batik ni tak menjadi. Contoh terdekat ialah.... I! Nampak senang, campak-campak dan masukkan biskut. Tapi, tahukah anda? Kalau main lebur tak estimate waktu mengacau akan menyebabkan biskut tersebut seperti dicelup air Milo ahahahahahaha.
Ok,jom!
Bahan-bahan :
1 bar butter 250 mg
3/4 tin susu pekat
1 paket Milo yang paling kecil
Biskut Marie - pernah baca, kalau yang cokelat tu tak shedap shangat
Cara-cara :
1. Lemaukan dulu Biskut Marie dan patah-patahkan kepada 4
2. Cairkan butter di atas api. I gunakan periuk kerana senangnya I kearah itu. Guna kuali pun boleh...
3. Masukkan susu pekat
4. Masukkan Milo
5. Kacau sehingga pekat, atau secukup likat, atau sesedap tangan menghayun sudip
6. Masukkan biskut ke dalam adunan tadi dan kacau sehingga rata a.k.a semuanya hitam
7. Kacau sekejap je tau tapi dengan pantas
8. Sediakan loyang, kalau boleh salut la dengan aluminium foil atau plastic biasa kalau nak senang keluarkan sebab adunan ni melekit
9. Tuang ke dalam loyang, tekan-tekan bagi mampat dan sama rata
10. Sejukkan dan sedia dimakan

I suka kalau biskut tu lemau.. Arghhh, balik ni nak makan!
Sedap tau! Sampai Koko The Cat pun suka, satu slice untuk dia je repeat-repeat makan dari petang sampai malam. Mungkin I buat pekat sangat dan dia susah nak mengunyah, selit celah gigi. Shiannnn!
Selamat mencuba!

Siap dipotong, senang dimakan untuk kawan-kawan opis Sayang :)

Thursday, September 4, 2014

Warung Cikgu Pipah Cawangan Seremban

Hahaha tidak-tidak! Tajuk gempak sikit, takde Warung Cikgu Pipah dekat Seremban ni cuma kesinambungan dari warung Anyah dekat Melbourne yang menyediakan makan tempatan tu terbawak-bawak pada hari Selasa lepas, masa semua berkumpul di rumah kami untuk family bonding session. Perkara paling menyesakkan dada dan menyedihkan, NO PICTURES AT ALL :'( memang sedih, I was busy at all time, I don't event get the chance to snap any pictures during that night and I felt so disappointed for that.
 
Maunya tak sedih, yang datang malam tu ialah :
 
Baba + Mama
 
Ayong + Kak Long + Ain + Afan + Ayan + Adik Izz
 
Anyah + Abg Adib + Maira + Yuna + Ali Umar
 
Abang + Kak Ratna + Alia + Ayish + Adam
 
Kak Lang + Abg Isa + Dik An + Sara + Mira
 
Boboi + Induk
 
 
Ramai kannnnnn!
 
Meraung rasa hati, moment indah macam ni tak dapat pun snap apa-apa gambar. Allah... Kalau rindu-rindu tak dapat nak tengok, simpan dalam memori kepala je la.. Gambar family memang takde, gambar makanan lagilah takde. Pada malam tersebut, Warung Cikgu Pipah telah menyediakan pelbagai rangkaian makanan seperti :
 
BBQ Chicken Wings and Drumstick
Mihun Goreng (2 version - pedas dan untuk budak-budak tak pedas)
Nasi Goreng
Sate R&K
Nasi Impit
Moon Cake
Tahu Sumbat
Vadei
Buah Betik
Chips
Cendawan Goreng
Wedges
Chicken Popcorn
Kek Batik
Air Jambu Auntie Ani
Air Teh O Pandan Sedap
Air Teh Susu Kaw
Air Sirap
Air Sirap Bandung Lazat
 
Aiyooo! banyak gilo! Nasiblah ditapau, kalau tak memang lah tah bila nak abis...
 
Ye, sebab diatas lah yang membuatkan I sedih sebab tak dapat bergambar langsung. Perkara yang lepas hai jangan dikenang. Baiklah Samani...
 
Anyah sekeluarga akan pulang ke obersi semula. Masa tu I akan manfaatkan every shutter click. In shaa Allah... Kita jumpa semula di KLIA.
 
P.S. Gambar takde! Gambar takde! Frustttttt :"((((((((((

Tuesday, August 19, 2014

Oh, Hello There!

Introducing, my new BFF! I just love them, they were in my wishlists. Now, they're mine, officially, no doubt at all. All them are mine. Amboi, tahap keterujaan memang obvious disitu. Kalau namanya Samani, nafsu nak jugak sesuatu tu memang dah tak boleh nak kompromi. Sampai ke situ. Apa pun, syukur Alhamdulillah, Allah dah izinkan I untuk kejar dan dapatkan idaman hati I.
I dah dapat workstation idaman hati!

Alhamdulillah... nak add-on tak lama lagi :)
Alahai baru perkara asas, cukuplah. Mana yang larat, mana yang mampu. Perlahan-lahan, kalau gopoh nanti terduduk. Ada lagi yang nak kena buat ni. Bahannya ada tapi masanya belum ada. For the time being, ambik yang ini dulu boleh je. Seronok dan teruja!

Seriously, cukup dulu. Meja, dari Ikea. Dipasang oleh Sayang bila dia sampai je dari balik berkursus. Terima kasih Sayang sebab memahami keterujaan isteri u yang duk memandang je meja tak berpasang tu. Almaklum, nak pasang sendiri tak reti nak putar skru. Lagipun, tangan tak kuat. *I'm afraid of I don't feel anything on my right hand. The numbness always disturbing me* Kena tunggu yang kuat-kuat, yang balik kursus, yang reti baca diagram cara pemasangan dan kena tunggu yang ada penyabar. Hahaha!
Sukanya... sukanya... Lepas ni nak download macam-macam ni. Kena kerahan tenaga seseorang jugak. Ermmmmm...

About the table, dua kali I dan Mama turun Ikea untuk tengok kesesuaian dan kemurahan harga. Murah itu haruslah, dan simple. Kata Mama, beli yang biasa-biasa ni je dulu nanti nak pindah senang. Maknanya, bila dah ada permanent house baruuuuuuuuulah beli yang I selalu duk tunjuk pada Mama tu. Grrrrr. Geramnya, tapi, Alhamdulillah. Rezeki pada yang ini. Best je, luas jugak permukaannya, Harga? RM95 sahaja!

This is the code, kalau-kalau ada yang mencari.


Kalau orang kata tak best atau biasa-biasa je tapi I tetap rasa best dengan apa yang I suka :)

Yang diidam dah ada depan mata :)

Wednesday, August 13, 2014

Sunyi Campur Rindu

Masuk hari ketiga, ada 4 hari lagi untuk I menanti kepulangan SiDia yang tersayang. Lamanya masa berlalu! Tugasan rumah macam biasa dan penambahan kepada aktiviti bersenamrobik dan tolak memasak. Sebab makan dekat rumah Mama. Lepas selesai semua kerja rumah, I terus balik ke rumah Mama. Rasa kosong sangat dekat rumah. Selama ni ada je si gajah biru melingkar dalam rumah. Tak kira la depan TV ke, dalam bilik ke, paling kurang, kalau dia lapar, kita boleh menemuinya di dapur tengah potong bawang. Obviously, I dah mulai rindu suami I....

Pertama sekali, I rindu masakan suami. Walaupun kami memasak memang 50-50. Kadang Sayang masak, tapi, rasanya macam selalunya I masak. Tapi I rindu gile Nasi Goreng Cili Api air tangan Sayang. Ala, yang pedas giler tu, yang ade buh belacan sikit tu, pastu ayam pun banyak. Arghhhhhhhhh! Sambal bilis lagi.... Sayang baliklah cepattttt! Sayang rinduuuuuuuuuuu...uuuuu..uuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu! Sampai rumah terus masakkan Nasi Goreng kita tu eh. Ayang siap-siap masak nasi putih, Sayang terus masak tau nanti. Dera sikit hehehehehe.

Keduanya, I rindu bila bangun pagi nampak muka Sayang :'( Walaupun la Sayang keje pun tak tentu siang malam tapi, I tau yang Sayang sentiasa ada dekat dengan I. Kalau tak bangun tidur pagi pun, bangun tidur petang ke tengahari ke, tetap akan nampak Sayang. Tolonglah... I rindu giler dah moment macam tu. Moment yang I rasa secure, kalau takde letrik dekat rumah, call suami dan minta dia balik tolong selamatkan I dengan cara on kan switch tepi pintu tu. Moment yang bila ada cicak dalam toilet I akan meraung dan takkan masuk dalam toilet tu sampai suami ambil dan buang cicak tu dekat luar rumah. 

Ketiganya, I rindu nak membebel bila ada orang buat hal dalam rumah. Untuk 3 hari ni, membebel dekat kucing je la... Selalunya, "Yangggggggg janganlah sepuk sana sini baju kotor masukkan dalam laundry basket tuuuuu..." Ada jugak jeritan halus dari dapur, "Alaaaaa dah pakai pisau tak mau basuhhhhh..." Ada jugak bebelan tak kira pagi petang siang malam, "Sayang tau kan kunci rumah tu penting kalau Sayang tinggal luar rumah nanti orang sambil lalu boleh ambik sesuka hati tau. Tau tak bahayakan rumah, kucing-kucing dan wife Sayang sendiri kalau kunci tu terlepas dekat tangan orang jahat bla bla bla......." Panjang? Ada panjang lagi....... Tak caya tanya Sayang hahaha.

Rindu jugak nak buat kerja gila. Macam-macam kerja gila. Kami boleh bertukang secara tiba-tiba. Rasa nak kemaskan kipas, boleh je tengah malam panjat tangga. Jom tukar kemas dapur, selambanya bila-bila masa pun bolehhhh. Tak ada specific time. Teragak tekak nak buat, jom Sayang! Paling best, rasa nak pergi Uptown, nak makan Malis atau Murni. JOM! Lama tak karoke, jommmmmm, berdua pun sakan. Last tengok wayang tahun lepas? Midnight la kita tengok, cuba check cerita baru apa tengah hot dekat wayang. Ehhh, malas pulak nak drive ke wayang, kita SMS je la Astro First, Astro Best. Rindu... serius....

Balik cepat Yang, I rindu dekat u. Koko The Cat rindu dekat u. MooMoo The Cat gemok tembam chubby pun rindu dekat u, kitorang semua rindu dekat u la senang cita......

SANGAT-SANGAT!

Dengan muka manjanya, menjerit-jerit depan muka I. Bau nafas jangan cakap. Tahan je laaaa~
MooMoo pulak menternak badan je, kuat makan dan kuat tido, manjanya bukan main!

Monday, August 11, 2014

Selamat Berkursus Sayangku

Bukan selamat berkurus ye. Please take note. Sebenarnya I yang sedih lebih ni. Mengalahkan Sayang, mengalahkan isteri-isteri lain yang menjaga anak-anak, mengalahkan isteri-isteri yang ditinggalkan kerana suami berkursus berbulan lamanya, mengalahkan suami yang berbakti di sempadan negara dan paling penting kesedihan I mengalahkan isteri yang ditinggalkan suami kerana berjihad di negara Islam yang sedang berperang. Sorry Sayang, I memang emo lebih. Walhal Segamat, alahai, piece of cake je kalau Segamat in a blink I boleh sampai sebab bukan tak biasa berulang Seremban-Segamat-Seremban. Sabar, seminggu je tolong jangan over sangat hehehehehe. 9 - 16 Ogos je, ngam-ngam seminggu. Kalau pejam celik dah habis masa tu.
Gambar masa nak hantar Sayang ke IPK
Dengan sedihnya, I mengemas barangan Sayang untuk seminggu dari jam 1.00 am sampai ke 3.00 am. Tepat jam 7.45 am, kami sampai di IPK Negeri Sembilan untuk proses lapor diri dan pendaftaran peserta kursus. Ramai jugak peserta dan ahli keluarga yang datang untuk menghantar dan bagi sokongan. Alhamdulillah, Sayang tak berseorangan.. Kemas nampak Sayang dengan berbaju putih lengan panjang, berseluar hitam dan bertali leher gelap. Sama juga dengan peserta lelaki yang lain.

Amboi, khusyuknye Sayang.
Haaaa tempat ni lah I duduk.
Lama juga Sayang kena beratur dekat padang kawad tu. Adalah dalam hampir sejam. Walaupun panas pagi JE, tetap panas gak woi! I yang duduk je pun rasa bengap otak sebab dah makin panas. Macam mana diorang yang di padang tu ye. Penerangan adalah berkenaan perjalanan pergi dan pulang ke PULAPOL Segamat, kumpulan semasa berkursus, keperluan kewangan semasa berkursus, sedikit peraturan dan pelantikan ketua bagi kumpulan dari Negeri Sembilan. I mana lah reti istilah-istilah polis ni. Betul ke gelaran diorang kumpulan? Ke platun? Atau kontinjen? Correct me if i'm wrong... 

Ni dari Negeri Sembilan je nanti dekat PULAPOL Segamat ada lagi dari negeri-negeri lain...
Dalam jam 9.25 am, sebuah bas, sebuah lori dan sebuah van berjalan keluar dari IPK Negeri Sembilan untuk menuju ke PULAPOL Segamat. Allah, luluh rasa jiwa ni.. Bila tengok Sayang berlalu pergi menaiki lori. He chose to travel in that. 3 jam lepas tu Sayang mengadu pening sebab naik lori. Hahaha! Siapa suruh kan...! Alhamdulillah, selamat Sayang sampai ke PULAPOL Segamat berbekalkan 1 bag pack, 1 beg roda dan 1 beg kasut. Nampak macam sikit tapi beratnya, kalau I bawak dah tumbang ke belakang. Tah macam mana Sayang pikul nak naik ke dorm.....
Tahukah anda : beg merah tu berat giler!!!!!!!! 
Kenapalah Sayang tak naik bas ni.
Diaorang berdua ni prefer naik lori ni...
Ha... Berdua ni lah. Suka ye naik lori... Amekau! Haha
Bermulalah episod I sebagai ibu tunggal sementara untuk Koko dan MooMoo. Semua berkaitan rumah akan I uruskan SENDIRI, SEORANG DIRI... huaaaaaa! Mampu ke :'(

Sedihnyaaaaaa~

Wednesday, July 30, 2014

Indahnya Beraya Dengan Suami

Ecehhh, macam lirik lagu pulak. Seriously memang indah. Yang lagi indah tu beraya dekat rumah sendiri pagi Syawal. Berdua-duaan, bersalam-salaman, berpeluk-pelukan. Airmata belum menitis lagi sebab setahun jagung konon rasa dosa kurang hahaha jahat lah I ni! Lepas beraya di rumah sendiri baru balik ke Dusun. Tahun ni turn Dusun ek? Tahun depan turn Pilah ek? Hihihihi. Apa pun in laws I memang happening. Gila riuh, meriah dan gila-gila. 

Semoga tahun-tahun yang akan datang akan menjadi lebih best. Tahun ni kami beraya berlima. Doakan menjadi berenam dan seterusnya. Aminnnn.

Eh, eh, nape I gemuk sangat dari Sayang ni?????
Rumah bujang, tu nampak kosong je hehehehe
Ohh, yang dekat pangkuan I tu Donny, dia memang manja. Pantang orang duduk atas kerusi dia pun menyibuk nak heat badan kita. Tu yang dia perati je I tengah posing tu. Lepas dah snap-snap ni dia pun tido. Chett!

Tuesday, July 22, 2014

Sazzi's Pantry - Ikan Kembung Rebus Air Asam

Senang, sedap dan cepat. Sila cuba buat resipi ni baru tau camne mudahnya. Firstly, I nak bagitahu yang resipi ni I ambik dari SINI dan I puas hati sangat sebab berjaya buat dengan sekali percubaan. Maklumlah, orang kerastangan bab memasak ni mana mau buat sekali terus jadi, kali keempat buat pun belum tentu perfect hihihi. Tapi resipi yang simple ni I dapat buat sekejap je. Lepas ni, kalau ada bahan terus jalan je. Serius la senang wey! Kalau tak, takkan lah I sempat ambik gambar bagai kehkehkeh~

Tak mau cerita banyaklah, jom kita memasak! Resipi ni I ambil 100% bersama beberapa adjustment.

Bahan-bahan : 

Ikan kembung - I memang pakai 3 ekor untuk makan berdua
Pes asam jawa - ok jangan nervous, pakai air asam je. Buat la 2 sudu besar
Asam keping - 2 biji
Limau kasturi - 2 biji
Sos cili
Garam
Gula


Bahan-bahan untuk ditumbuk : 

Belacan - setengah inci a.k.a setengah ibu jari (ini ukuran I ye hehe)
Cili api - 6 biji
Bawang merah - 2 biji

Cili api baru keluar dari freezer hehehe

Bahan-bahan untuk dipotong dadu :

Tomato - 1 biji
Bawang besar - 1 biji
Cili merah - 2 biji
Cili api - 5 biji (kalau tak suka pedas, tak payah lah bubuh cili api ni, I suka!)

Ops, jangan contohi I yang potong cili merah gitu ok.. sila dadukan mereka

Cara-cara :

Rebuskan ikan bersama secubit garam dan 2 ke 3 keping asam keping
Bila ikan masak, asingkan ikan dan buang asam-asam keping
Kekalkan air rebusan dalam kuali dan adjust air nak banyak atau kurang
Masukkan bahan yang ditumbuk ke dalam air rebusan yang masih lagi mendidih tu
Masukkan pulak bahan yang dipotong dadu
Kemudian bolehlah masukkan pes asam jawa dan perah limau kasturi dalam air tadi
Masukkan sos cili, garam dan gula
Nak pekat ke cair ke kurangkan sikit pedas ke bolehlah adjust sendiri
Curahkan ke atas ikan rebus dan...
SIAP!

Rebus dalam kuali senang nanti nak masak air asam tu
Ni bila dimasukkan bahan yang ditumbuk. Abaikan kuali berkerak!
Barulah bahan yang dipotong dadu tadi 
I siap-siap letak dalam bekas sebab nak bawak ke opis Sayang, berbuka dekat sana
Alhamdulillah, suami puji, puas hati. Yahuuu!~

Thursday, July 17, 2014

Raya Oh Yeah : Lip Lap Lip Lap

Eh, dekat pejabat dah berperang lampu raya tau. Mula-mula bahagian sebelah ni, lepas tu berjangkit pulak dengan bahagian I. Bahagian lain I tak tau. Apa pun, moment macam ni kalau dekat rumah yang ramai ahli keluarganya memang best. Macam rumah I memang tak berapa ramai ahlinya, tak biasa buat persediaan raya yang macam extreme sangat. Cuma baju berganti, itu je. Mama dan Ayah tak pernah pulak nak hias dengan lampu lip lap, cukup dengan bersihkan rumah, tukar langsir la kusyen la itu je. Simple :)

Inilah dia lorong pemisah kami hahaha. Pandai amik hati ye sampai tolong decor kan lampu :D
Kali ni beraya dekat rumah sendiri, macam mana agaknya perasaan ye?? Tapi, macam mana jugak perasaan bila suami bertugas? Huaaaa! Ok ni baru kerja hakiki beliau, belum masuk jadi anggota lagi. Sekarang dah sebak, sebabnya fefeeling nak salam laki di pagi raya kena batalkan. Mungkin petang raya, takkan kena tidur sampai jam 2 petang hahahahahaha.

Banyak jugak tugasan nak kena buat nanti menjelang raya. I macam dapat rasakan, yang Sayang suka juga lip lap lip lap ni. Apa lah rupanya rumah kita nanti ye hihihi.

Sazzi's Pantry - Ayam Masak Kicap Simple

Kemain makcik ni dah pandai up entry pasal resipi je. Padahal baru setahun jagung pandai masak. Entah pandai ke memandai-mandai pun I sendiri tak pasti. Ahahaha. Apa pun, suami kata, "sodap lah yang..." kira sukses lettew kan hehe. Memang best je bila suami kata camtu, lagi bertambah-tambah semangat nak masak dan makan. Maknanya motivasi nak kurus dah negatif la ni kan. Jangan.... Jangan.... By the way, sangat tersasar lagi, meh sini I bantu insan-insan lemah memasak yang senasib dengan I untuk cuba buat Ayam Masak Kicap Simple yang paling senang dalam dunia.

Bahan-bahan : 

Ayam- 1 bahagian dada yang besar, I lebih suka potong kecik-kecik
Kentang - 1 biji, potong lapan bahagian macam Cheezy Wedges tu
Bawang besar - 1 labu
Bawang putih - 2 ulas cukuplah kot... titik pakai pisau je
Cili api - 5 ke 6 biji, I titik jugak ni, senang
Halia - 1 inci, hiris panjang-panjang
Kicap Manis
Kicap Cair
Minyak Masak
Garam
Air secawan


Cara-cara :

Panaskan kuali, gorengkan kentang yang dipotong lapan dan yang dah digaul dengan garam sampai nampak dah empuk dan keluarkan dari kuali

Kemudian, panaskan periuk dan letakkan sikit minyak masak rata dengan dasar periuk

Dengan api sederhana, tumiskan bawang besar, bawang putih, halis, cili api sampai macam bau dah sedap

Apa lagi, tembaklah 10 kali kicap manis dan 5 kali kicap cair sampai dah menggelegak sikit

Tambahkan air dalam periuk dan sedikit garam (tak perlu pun takpe sebab kentang dah ade garam lepas tu kicap cair dah masin) dan kacau

Masukkan ayam-ayam yang dah dipotong dan perhatikan kalau macam dah masak separuh boleh masukkan kentang pulak

Biarkan mendidih sampai ayam dah masak 

Adjust rasa kicap dan rasa masin masakan u all tu ye

Kalau tawar tambahkan kicap dan kalau pekat bubuh air sikit-sikit jangan sekali satu jug puloknye haha

Dah-dah, kalau dah ok rasa terus tutup api kalau lama-lama periuk tu atas dapur nanti ayam tu macam kenyal sangat tak best dan tak feel bila gigit.

Ok tu je :)

Macam biasa, rupa kureng tapi rasa marvelous wahaha


Hand Mixer Comel

Comel. Senang. Murah. Apa lagi? Apa lagi? Nak share satu benda yang memudahkan kita, orang perempuan, sangat-sangat. Macam-macam lagi nak share tapi buat masa sekarang ni share yang ni dulu lah. Bukan apa, langkah berjimat cermat, campur kedekut sikit, kena dilaksanakan sementara waktu ni. Banyak komitmen dan bakal-bakal komitmen kemudian hari, in shaa Allah...

Semenjak Seremban dah ada Daiso dekat Palm Mall ni, rasa bernafas sikit. I memang suka barang-barang dekat Daiso ni, murah dan cute. Kalau diikutkan setiap barang RM5 memang lah, takut tak tahan dan takut tak terpakai. Tapi, kenalah pandai memilih dan pandai membeli. Kalau semua benda dirembat memang dan-dan tu duit habis, kepala pening, stor pun penuh. Haaaaa kan? 

I telah membeli, HANDHELD PORTABLE MINI BATTERY OPERATED HAND MIXER, namanya I reka sendiri (amboi, Omputih je namanya hahaha) sebab Google apa namanya jumpa macam ni pulak, so, iyelah kot. Heeeee~ Murah! RM5 sahaja. Tapi battery not included ye sayang-sayangku. Rupanya ialah seperti dibawah.

RM5 sahaja ye.
Allah... Comel nye! Masukkan bateri, dan boleh je buat kacau sebijik dua telur nak buat telur dadar kan. Tak yah lah beriya sangat nak pukul telur tu macam nak pukul orang. Dan tak payah beriya keluarkan hand mixer yang bersaiz normal semata nak pukul benda sikit-sikit ala macam nak buat ising hiasan kek. Dah dua kali I pakai nak buat telur dadar. Nanti nak buat-buat puding tu senang la tak yah kacau sangat, letak je whisker bergerak ni. Cuma bila nak basuhkan whisker tu I cuba jugak cabut-cabut semalam tapi tak boleh pun. I cuma on je dan celup dalam air sabun dan celup balik dalam air putih. Kreatif ke???? Hahahaha.

Ha itu namanya yang betul - Color Life Hand Mixer... (Tah iye ke tidak...)
Cute je, lupa nak tangkap gambo sambil pegang mixer ni kompom tak nampak mixer sebab tangan I besor gedabak
Hihihihi~
Pendek cerita, handheld whisker ni memang memudahkan I sangat-sangat. Silalah ke Daiso. Kalau ada tempat lagi murah sila inform I ok. Diingatkan lagi sekali untuk mereka yang ada nawaitu nak beli, bateri tidak disediakan. Nanti kata I menipu pulak benda tu tak function padahal lupa lettew nak beli dan masukkan bateri. Jaga-jaga ok..