Nuffnang Ads

Showing posts with label moviereview. Show all posts
Showing posts with label moviereview. Show all posts

Tuesday, March 11, 2014

300 : Rise Of An Empire

Hai! Dah lama I tak tengok wayang a.k.a movie date dengan Sayang. Tiba-tiba teringat rasa nak berdating. Tapi perlu diingatkan ye, kos nak menonton wayang pun dah tinggi sekarang. Untuk cerita 300 pada pukul 10.10 pm di TGV AEON Seremban 2 ialah RM16 dimana untuk dua tiket harganya ialah RM32. Lepas tu terbeli pulak Jumbo Set 3 Royale Popcorn yang manis gile dengan harga RM13.90. Hello! Harga nak menonton wayang ialah RM45.90 untuk 2 orang ye. Memang 3 bulan sekali la I jejak TGV ni. Dulu, masa bercinta tak membazir pun semua ni. Sejak-sejak dah pandai beli barang dapur dan perkakas rumah ni rasa tak mau pembaziran sangatlah. Hihihi. Macam biasa, out of topic!

Eh, berani main pedang-pedang ye
Oh ye, nasib baik tiket harga RM16 tu seat dia best sikit kalau kedepan memang mendongak la kepala tengok darah memercik-mercik dari pedang dan kepala yang putus dari badan. terpancut-pancut darahnye wey! I kenal Leonidas je dari cerita lama tu. Ni ape tah nama pelik-pelik. Tapi pompuan Komander kapal perang tu macam Avril Lavigne plak I tengok. 

Memang patut diklasifikasikan sebagai 18+ sebabnya banyak adegan kerat kepala, tangan, kaki semua. Pastu ada cium-cium sikit, rogol-merogol sikit. Ganas ar cite dia, tak sesuai dengan jiwa lemah lembut I yang ala-ala Pompuan Melayu 2nd last hahaha. Tapi best lah adegan lawan-lawan dalam kapal, sampai bawak kuda. Ko ada? I naik kapal pun dah gayat, ni pulak dia naik kuda atas kapal. Kelas la bro! Cerita ni dia tunjukkan camne Xerxes tu boleh jadi syaiton sangat macam tu. Tapi I rasa macam cerita 300 ni akan ada sequel dia lagi la. Ada 3 sebab yang cerita ni akan bersambung lagi. 

  • Xerxes belum abes lawan lagi sebab last-last dia tunggu kat atas bukit je tengok si Artemisia lawan-lawan sampai kena bunuh dek Themistocles (ape ke susah benor nama nye!)
  • Bapak Calisto ialah seorang kawan kepada Themistocles iaitu Scyllias (pun susah benor nak nyebut, eja simple-simple je dah lah 'skailes' je kan senang...) dah mati dibunuh dek Artemisia. Ada kemungkinan dia akan membalas dendam dan join Themistocles (yang kopipes je, koserrr nak taip-taip)..
  • Masa Queen Gorgo datang dengan Spartan dia, Artemisia dah kena bunuh dan diorang semua tengah nak setelkan Persian yang lain. Yang tu tak tau kesudahan.
  • Xerxes tu masa sebelum jadi macam syaiton dia sangat hensem. Ops, tersasar lagi!

Ok dah takde nak review apa sangat kalau nak tengok dipersilakan tapi berhati-hati beli Royale Popcorn tu. Manis gile, rasa bersemut mulut. Tak mampu kitorang berdua nak abiskan. Sampai bawak balik, sambung makan dekat opis harini. 

Amik kau, siap makan kat opis. Hahaha

Wednesday, February 12, 2014

Escape Plan

Pegi tengok cepat-cepat sebelum basi! Kalau tak sempat tengok wayang pegi Astro First eh Best eh First, ah mana-manalah tapi yang kena SMS untuk tengok 2 hari tu. Tak mahal mana der, RM10 boleh tengok 2 hari, nak tegolek telentang dua hari berturut depan TV pun ada orang kisah. Takat nak pegi toilet, next show boleh tengok balik scene yang kita terlepas 2 minit tu (kalau perempuan la 2 minit peruntukan masa nak ke toilet sebab macam-macam hal) hahaha tengok dah terpesong.

Ok cerita dia macam biasa omputih kan power semuanya. Mamat nama Ray Breslin (Sylvester Stallone) ni paling power la escape dari penjara. Keje dia dapat gaji mahal ok tapi macam nak berbunuhan la dalam tu bayangkan penjara ye. Dia dengan team dia akan setup dengan penjara dan dengan segala kepakaran dia akan meloloskan diri dari penjara yang dia masuk. Sambil tu dia tulis report dan terbitkan buku dengan semua pengalaman dia dekat dalam tu.

One day, leceh cakap omputih, ada satu hari datang sorang pompuan nak masukkan Ray dalam satu penjara swasta yang paling mantap sebab penjenayah paling ganas dan setan seluruh dunia akan ditempatkan dalam situ. Ray setuju macam biasa dia ingatkan sama dengan penjara cokia-cokia yang dia penah masuk tak tau nanti ko nak kena lenyap terus dari muka bumi.

Dipendekkan cerita, Ray jadi bff pulak dengan Emil Rottmayer (Arnold Schwarzenegger) yang bantu dia nak loloskan diri dari penjara tengah laut. Ops terbagitau klimaks. Sorry la excited sangat. Rupanya ada orang betray si Ray dan memang taknak dia keluar dari situ. Tapi power la tempat kurungan dia dari tempered glass (ni I pepandai sendiri sebut) dan warden dia gunakan sepenuhnya buku Ray untuk wujudkan penjara yang sangat hi-tech gitu. Siapa si Rottmayer tu sebenarnya...?

Nak tau yang lagi klimaks sila tengok. Memang sakit jiwa tengok warden penjara hi-tech tu nganjing Ray. Jahat wey. Ok dah habis cerita. Terima kasih Radhi dan Ida yang suggest tengok movie ni. Tak rugi wo! Paling best tengok ngan laki sambil peluk-peluk hahaha.

Sila tengok bila ada masa, daripada mengumpat je dekat opis :D

Friday, February 7, 2014

Kahwin Oh Yeah : Video Kahwin Fizie & Wanie Yay!

Awesome! Cun dan sempoi sangat. Terima kasih Herri merealisasikan highlight video yang best ni. Terima kasih keluarga dan kawan-kawan yang sporting. Video ni adalah highly recommended untuk semua bakal-bakal pengantin. Bak kata orang, dah tak zaman video panjang-panjang record semua orang merenjis. Cukup sekadar highlight yang penting sahaja.

Guys, boleh request pada Herri anda nak lagu apa dan moment yang macam mana. Its on you. Tapi dalam kes video kami, semua on Herri. Kami serahkan 200% semua creativity dan trust pada Herri sepenuhnya untuk tolong kami abadikan video pernikahan dan persandingan ini. Dan hasilnya, dangg! I puas dengan hasil kerjanya.

Untuk B2B a.k.a bakal pengantin di kawasan Seremban kalau nak khidmat Herri mengambil video amatlah dialukan. Sila tengok video kami di bawah ni dan hubungi Herri secepat mungkin untuk tempah tarikh korang. Frankly, kami ialah pengantin pertama yang dirakam dan for sure, there will be more good things to come for next video. Memang I takkan teragak-agak nak promote Herri pada orang lain.

MAJLIS PERNIKAHAN


MAJLIS PERSANDINGAN


Sumpah jahil! Menulis, mungkin I berbunga-bunga baitnya. Tapi bab teknologi, arghhhhh~ Hahahaha Sebenarnya I tak reti nak upload video tu dari YouTube ke sini. Pandai-pandai lah click link di atas ye.

Thursday, November 28, 2013

The Hunger Games : Catching Fire

Lemah betul la ending cerita tergantung macam tu. Saje je nak buat sequel lagi pastu suruh I pegi tengok. Pandai korang! Lagi satu pandainya ASTRO pun sama, dia tau sequel nak keluar, dia tayang la cerita-cerita lama tu. Sebab utama I pergi tengok Katniss ni lagi sebab I tengok The Hunger Games dekat ASTRO la. Aiseyyyy, terus melekat dan excited nak tengok yang baru punya.

Dah menang 74th Hunger Games kena masuk Quarter Quell pulak. Sian korang!
Yang first tu ok, tapi mungkin watak Katniss ni blur sikit. Asyik tercengang je. Pastu sian la Peeta dengan Gale. Alahai, selalu lupa nama pun cerita... Tapi antara Gale dengan Peeta mestilah Gale lagi handsome ok! This is how girls interpret the movie review. Ke'handsome'an yang ditengok. Muahaha. Cerita first tu I kesiankan Prim yang kena pilih tapi Katniss volunteer gantikan adik dia. Ok part macam ni semestinya air mata ahkah tumpah.

Peeta Mellark & Katniss Everdeen
*ala, situ pun ada tulis nama diorang*
 Yang second ni pulak Katniss dengan Peeta kena belakon jadi couple. Dan nak kahwin! Ok dalam sequel dia ni bertambah lagi mamat handsome ok. Gale memang la handsome, Finnick pun handsome. Just stop with the handsome thingy. Let's talk about the movie. I'd love to see Katniss in the game again. Memang nampak arrogant sangat Katniss ni I suka. Paling suka muka belagak beliau. Style whoaa! Dengan cara berlawan yang tak berapa best, oklah untuk tengok perjalanan cerita. Peeta lagi lah, ada ke berlawan? Hurmmmm. Kali ni diorang pergi district by district untuk tour. Patutlah, ada kasta-kasta jugak. Finally, District 12 dah takde. How come? Mungkin sequel lagi kot lepas ni.

Haa yang tengah-tengah tu mamat Gale (Liam Hemsworth)
So far, memang nampak betapa science fiction betul cerita ni. Dia punya costume dia punya scenery, dia punya hutan berlawan-lawan boleh set ok nak ribut taufan semua. Sama je macam LOTR atau Harry Potter, both required a very high level of imagination from their producers and directors. 

Cuma satu je nasihat, kalau taknak membazir duit tiket wayang, tunggu je la ASTRO tayang tak lama lagi. Bukan nak down kan, tapi best memang best. Klimaks dia masa ending tu, sooooo whatever! Baik tengok Twilight, lagi berbaloi. Haha mulalah nak compare. Tunggu je lah tayangan dekat ASTRO. Bahahaha! Tapi camne ni, cerita Thor pun I belum tengok lagi. Ada-ada je la Samani :)

Thanx, Sayang.. Lepas penat basuh rumah, bawak jugak I tengok wayang ni. Siap tengok show 12.15 am sampai jam 2.15 am kot macam tu. Dengan kerja pagi jam 7.00 am, u teman jugak I.

Love you!

Monday, September 2, 2013

Emma & Dexter

20 tahun memang lama bagi I kalau ditakdirkan kisah ni memang betul terjadi. Tapi filem sedih lakonan Anne Hatheway dan Jim Sturgess yang diadaptasi dari novel bertajuk 'One Day' memang sangat menyentuh hati. Berjaya tengok dari awal sampai akhir, dengan menitiskan airmata walaupun dah 3 kali menonton. Rasa pilu tu memang tersentuh di jiwa I yang ropol-ropol ni. Tapi baru harini nak tulis review.

Tengok dekat HBO ye.
Emma dan Dexter bertemu sewaktu graduation day. Hari pertama mereka berkenalan sesama sendiri. Dexter, sangat handsome dan Emma betul-betul sukakan dia sangat-sangat. Dexter dan Emma telah bagi kata putus untuk jadi sahabat. Dari saat itu memang mereka jadi sahabat baik yang saling melengkapi antara satu sama lain. Selepas pelbagai kejadian suka dan duka dalam hidup masing-masing, Emma masih menjadi sahabat Dexter yang selalu menenangkannya. Ada juga babak yang menunjukkan Emma memutuskan persahabatan mereka, kerana Dexter dengan sikap buruknya. Antara yang menarik juga ketika mereka bercuti bersama dan pengakhiran cerita yang menunjukkan ketika mereka bersama di atas sebuah bukit. Kelakar tapi romantik hubungan mereka.

The novel, must-have :)
Walaupun filem ni mendapat banyak kritikan tapi dari pelbagai pihak namun permainan emosi I dan filem ini telah meragut dan merentap dan membanjirkan airmata I di penghujung ceritanya. Dalam review yang telah I baca, WAJIB baca novel yang lagi menyentuh hati. Ada juga beberapa babak yang tak dimasukkan dalam filem katanya. Di bawah ni beberapa review, bolehlah click dan baca untuk puaskan hati :

From its author - http://www.davidnichollswriter.com/one_day

Review by Daily Mail that condemned on the actress http://www.dailymail.co.uk/tvshowbiz/reviews/article-2030270/One-Day-film-review-Jim-Sturgess-Mr-Right-Anne-Hathaway-Miss-Wrong.html

Dapat pun cari dekat Malaysia mana tempat yang jual novel ni. So far, belum buat risikan betul-betul dekat Popular tapi akan diusahakan. Yay!

Ada pun, ada pun!
Terfikir jugak kadang-kadang, ada ke orang yang akan sayang kita selama 20 tahun tanpa ada sebarang ikatan apa-apa melainkan persahabatan. Kalau I jadi Emma mungkin agak mereng la sebab I memang jeles tak bertempat... Ops! Haha. Mana boleh tengok orang yang I sayang ber'hooked-up' dengan semua perempuan. Kata-kata nak sedapkan hati, nama pun cerita.......