Nuffnang Ads

Showing posts with label KL. Show all posts
Showing posts with label KL. Show all posts

Friday, May 20, 2016

Nan Cheese RSMY

Meleleh gile! Fuhhhhhhhh, tak ku sangka rupanya betul kata kawan-kawan yang selalu up gambo dekat fb bila makan dekat sini. Kebiasaan I makan nan cheese hanya di Steven's yang dekat Setapak dan Pandan Indah dengan kuah kacang hijau nya. Kali ni memang nak merasa sangat-sangat yang lain. Dekat Seremban memang tak jumpa lah kedai yang ada nan cheese meleleh sedap. 

Untuk aktiviti makan-makan kali ni, suka I nak ajak semua jemput makan di Restoran Selera MY, House of Real Beriani. Abaikan nama beriani, kita boleh order nan cheese sedap meleleh. Restoran ni terletak di Medan Tuanku, Kuala Lumpur. Apa yang I difahamkan, restoran ni ada cawangan RSMY Best Cheese Naan di Danau Kota, Setapak. Tak pernah tau dan tak pernah pegi.

Arghhhh!~
Pertama kali I pergi ialah di Medan Tuanku. Boleh saja guna Waze, terus sampai. Paling senang landmark, betul-betul opposite dengan Maju Junction dan Medan MARA. Nampak je Restoran dan Hotel Lotus, terus masuk ke kiri. Belah dalam sikit, nampak je kedai RSMY.

Apa yang I order ialah, Nan Cheese Extra Cheese dua keping dan Kuah Keema satu sahaja. Puas! Dan menyesal order 2 extra cheese. Kali kedua I pergi, dah pandai sikit, kami order satu Nasi Beriani Ayam dan satu Nan Cheese Extra Cheese dengan kuah Dhal. Fullamakkkkk! Terangkat beb! Nan Cheese tu memang tak dinafikan, memang sedap. Kuah Keema dan Dhal pun memang sedap. Oh ye, untuk pengetahuan, kuahnya adalah dijual berasingan. Semangkuk Kuah Keema berharga RM8 dan Kuah Dhal RM2 boleh dimakan sehingga 4 orang. Beli satu roti sorang then kuah share la kecuali kalau rasa nak makan begitu saja. Banyak la portion dia. Kuah lain I tak perasan berapa harganya. Lepas ni pergi boleh cuba kuah lain pulak tengok pegi macam mana heee!~

Bersama-sama Kuah Dhal yang banyak tu.
Jangan datang lambat sangat, dalam jam 12.00 malam ke 1.00 pagi (untuk malam minggu) dah tutup. Ini bukan mamak 24 jam dey! Hehehehe. Lepas shopping dekat Medan MARA tu bolehlah singgah isi perut dekat sini ye.

Untuk makluman... hehehe
Balik tu, layan busking depan Sogo dulu.

Friday, July 24, 2015

#kyonuin

Sebenarnya, entri ini ialah throwback. Terlupa sangat-sangat nak hapdet pasal majlis pernikahan Kyo dan Nuin. I love you, Nuin! Sorry, aku terlupa. Ini pun teringat sebab scroll dalam phone ternampak banyak gambar memori masa majlis tu. Allah! Nampak sangat dah tua I ni, pelupa tahap gergasi dah wey. Muahahaha.

The Pengantin :)
Alhamdulillah, we managed to reach Masjid Wilayah Persekutuan at 2.15 pm right before the ceremony started. Sebenarnya kami dari Rawang, menghadiri majlis persandingan Fayzal dan Haslina (entri KIV lagi le ni kan!) Hehehehe. Walaupun tersangkut jugak dekat traffic jam, sempat jugak la I bersalin pakaian, transformed dari hijau ke biru. Terkejut family yang dekat Rawang bila I haplod gambor dah baju lain. Magic beb, magic! Kehkehkeh.

Jengg! Team biru :D
Masuk je Masjid Wilayah terus masuk ke Wedding Hall tempat majlis akan berlangsung. Dari jauh dah nampak Kak CT, Reen, Eyna dengan baju saka kaler biru. Put datang kemudiannya. Antara kawan-kawan lain yang hadir ialah Kak Ejja, Yana Jenna, Ain dan Suzy. Ya Allah, bestnya dapat berlaga pipi u ols! Kategori mini gathering le kan. The ceremony went well. Kyo dan Nuin telah pun disatukan sebagai suami isteri. Cuma yang paling tak syok dekat Wedding Hall itu ialah, macam takde air-cond di dalamnya. I pernah masuk untuk wedding Zaila dulu, ok je semuanya dari lampu, air-cond, microphone semua. Harapnya, pihak pengurusan Masjid Wilayah Persekutuan buat pemantauan ye dekat permasalahan ini.

I need to diet!
With : Kak Ejja - Ain - Put - Yana Jenna - Kak CT
and the kids :)
Dari kiri : Reen - Wanie - Kak Ejja & minions - Ain & baby - Yana Jenna - Put - Kak CT - Eyna & baby
Ok I suke pic ni... nampak la shape sikit muka... gambor lain barai!
Sesudah majlis akad nikah, geng KAMI terus buat photo shoot sendiri dekat masjid. Hehehehe haruslah kan. Bukan keKAMI je, sesuami pun sama naik perangainye. Nak jugak... Ok le kan, boleh layan kepala. Lepas dah penat sesi photo shoot barulah reti lapar memasing. Terus kami bertolak ke Restoran Zam Zam untuk majlis makan-makan. Sampai dekat Zam Zam pun bergambor aje lagi! Gila kamera memasing, what to do muahaha.

I love you!
Sesuami pun nak jugakkkk hahahaha
Sayang - Peruz - Abg Rockstar - Abg Bas
Anak-anak dara Kak Ejja. Cantik kan Elsa & Anna hehehehe

Oh my, panjang berjela entri nih! I have to cut it short, enjoy our pictures! Yang gegedik semua tu, ampunnnn banyak-banyak hihi.

Dekat tangga pun jadi!
Mini gathering HA.. Alhamdulillah
Kitorang, termasuk Kak Maz, Adar dan Suzy

Thursday, July 16, 2015

Menggamit Memori

Bukan main title macam lirik lagu ke filem cinta Melayu tah. Kalau ikutkan content kenalah ayat bunga-bunga sikit kan. Hahahaha. Sebenarnya nak menyatakan keseronokan dapat jumpa kawan-kawan lama je. Memang lama gila tak bersua muka. Bertahun jugak. Rindu jangan cakap. Dulu sepanjang hari, sepanjang malam, muka depa je. Sekarang.....

Ahad lepas, 12/7/2015 berjaya jugak Leez organize satu sesi berbuka puasa bersama-sama bebudak Segamat yang dikasihi. Walaupun tak ramai yang bagi kerjasama, I kisah apa! Hahahaha. Cukup je tu 2 table dan 8 orang termasuk Sayang. Ok what... berpuluh jugak orang like gambar kitorang. Kihkihkih. Oh ye, last minute plan works! Kalau plan awal-awal memang kacau sangat! Hahaha.

Dak-dak Segamat!
Paling best, makan tu dekat Murni Bukit Jalil. Lega tekak dapat makan Aglio Olio. Fuhhh! Selesa! Kalau ikut tekak ni dah lama air I Love You ke I Miss You ke menjadi mangsa kerakusan perut I. Tapi apakan daya, tak boleh nak minum. Milo Dinosour pun jadi! Hahaha. Eh sorry, ini tergamit memori dengan makanan. Niat hati nak cerita pasal kawan-kawan tadi kan. Ok sambung balik.

Yang ada malam tu, Leez, Comel, Abid, Simba, Zami dan Mona dan anak-anak depa. Itu pun dah cukup I rasa nak merasai nikmat macam dulu. Lepak malam-malam sambil makan pastu gelak-gelak. Walaupun sekejap je rasa masa berlalu, rasa puas jumpa kawan lama yang pernah share sesama macam-macam dulu tak boleh nak beli dengan wang ringgit. Sekarang, semua dengan haluan masing-masing. Tak macam dulu, semua kita langgar. 

Semua ni dulu orang gila ahahaha
Dulu cerita semuanya pasal lecturer la kelas la, potblack la, PTPTN la, exam lah. Sekarang tak lagi. Semuanya bercerita hal kerjaya, hal anak-anak, hal dunia, hal negara. Berubah 360 darjah. I diam sebab I perhati, masing-masing dah matang soal berbicara. Biasa, yang perangai dedulu memang takkan dapat buang. Cuma depa dah upgrade ke version yang lebih bagus. Alhamdulillah. Diharap ikatan persahabatan ini kekal sampai bila-bila.

Hopefully ada la lagi sesi reunion macam ni. Nak jumpa yang lain-lain. Semua dah merata Malaysia. Semua dah berjaya, Alhamdulillah....

Paling rindu dekat awak Normama... dapat borak kejap je tak puas T____T

Tuesday, March 17, 2015

Keep In Touch

Nak keep in touch dengan kawan-kawan lama? Nak selalu update dengan seluruh keluarga? Nak berbincang hal percutian dengan BFF? Nak berkongsi cerita dengan support group? Tak mampu nak bukak FB sebab dekat office kena block? Di zaman teknologi ni macam-macam lah cara dan inisiatif yang kita ada untuk dekat dengan keluarga dan rakan-rakan rapat. Bukan tu je, yang dah lost contact berpuluh tahun pun boleh didekatkan balik. Power tak....

Inilah cara I berkomunikasi dan keep in touch dengan semua orang. Whatsapp Group! Senang ok, semuanya di hujung jari anda. Kalau ada smartphone, semua benda boleh jadi. Kalau takde, smartphone dah murah sekarang! RM200 dah boleh dapat telefon yang basic. Tak caya? Tak caya sudah... Pergilah kedai, tak payah jauh la. Courts Mammoth pun ada. Hehe.

Hari ini, I tetiba dapat satu PM dari FB. Rupanya dari member lama dekat SMKWM 2 dedulu. Paling tepat ialah, budak Pengakap. Yeah! Tetiba Ijai menyapa dengan PM nak minta nombor telefon I dan rakan-rakan lain. Nak masukkan dalam group katanya. Alhamdulillah! Rupanya wujud lagi diorang semua ni! Best gile ok.. Ramai yang dah terlupa nama tapi masih ingat muka. Gilelah, cerita lebih kurang 20 tahun lepas. Macam mana nak ingat semuanya.

Gambar muda mudi :D
Terima kasih yang sudi invite ye. Habis bateri I dikerjakan oleh bebudak ni. Macam biasa, kepala diorang ialah kembar 2 orang tu lah. Waktu pejabat ni mungkin slow sikit. Malam-malam kang macam mana lah kecohnye. Sebenarnya best jugak group ni, dapat info sikit apa-apa aktiviti kan. Walaupun semuanya dekat KL, I sorang je la tercampak dekat Seremban ni kan.....

1998
Honestly, I kasar sangat dulu. Takde mellow macam sekarang. Sekarang mellow? Baru minggu lepas Sayang detect lengan I ada triceps hahahaha oops! Sebab tu I geng Pengakap dulu. Kawan dengan bebudak laki. Pegi camping la, war game la. Sangat tak masuk roh dengan Pandu Puteri dan Puteri Islam yang lemah gemalai. I dan kawan-kawan geng Pertandingan Kawad dan diberi tugas sebagai Ketua Platun. Gilelah... Tak caya boleh jadi mellow macam sekarang.. Kalau cerita mesti rasa tipu. Kebangkitan semula era Pengakap ni mungkin membawa I ke zaman ganazzzssss balik kot. Hahahahaha!

Now, I really need my power bank back!

Waktu ni, I seorang lelaki hahahahahahha!

Tuesday, February 24, 2015

Pengalaman Ujian DRAC 2

Ok kali ni bukan ujian multiple choice sangat ye. Itu masa DRAC 1 dah jenuh ketuk-ketuk meja sebab nak cari jawapan. Untuk Ujian DRAC 2 ni kena menulis sikit, bukan buat karangan, tapi menulis speech! Aduh, stressnya... 

Here we go again, IDB Kuala Lumpur
Nampak tak secebis insan yang nun jauh disana... He's my other half. And I'm proud of him
Rupanya ada dua hari ujian ini untuk 240 orang calon. Maklumlah, nama pun huruf S dah kebelakang, dapat la sesi terakhir. Dalam 4 sesi, kamilah yang penghabisan. Uish, kira ramai jugak tu kan. Dapat ke I nanti? Nak tunggu result tu yang nervous sangat. 
Nampak tu, tengah menghafal nombor giliran sambil tunggu turn untuk mendaftar
Oh, tak perlu hafal, bukak je senarai pendaftaran terus nampak nama tersergam indah 
Ada 2 kategori untuk ujian kali ni. Ada yang akan buat ujian Bahasa Inggeris dulu dan kumpulan I, buat Pengucapan Awam Bahasa Melayu dulu. Dalam hidup, ini kali pertama I memohon pekerjaan dan dapat sampai ke tahap ini. Exam PTD selalunya dekat ujian bertulis tu je dah kandas! Hahaha ok malunye.

Sebelum ke bilik panel, disinalah soalan akan diberikan kepada calon.
Dan disini juga tempat calon membuat persediaan selama 20 minit.
Alhamdulillah, soalan untuk Bahasa Melayu dengan yakin I dapat bercakap panjang lebar. Dengan tajuk yang menarik, apakah kelebihan di KL yang mampu menarik pelancong. Soalan dari panel pun mudah. Bagaimana KL dapat mengekalkan destinasi pelancongan yang dinamik. Phew! Menggigil jugak suara I. 

Alhamdulillah, untuk bahasa Inggeris, walaupun I tak dapat bercakap selancar mungkin dengan tajuk Negotiation, tapi berjaya jugak sampai ke conclusion. Ingat senang ke, dia bagi soalan macam tu je. Kalau diorang bagi soalan berbunyi 'online shopping' ke mampulah jugak I jawab. Muahahahaha.

Apa pun keputusan, I redha seredha redhanya. Nak lawan kuasa Allah takkan boleh. Kalau dah Kun Fa Ya Kun tu Allah sebut, maka dapatlah I jadi warga KL lepas ni. In shaa Allah. U all kalau berdoa tu selit-selit sikit nama I ek hihi secebis je. Thank you :)

Balik je terus macam weng sikit. Hahahahaha!

Monday, February 23, 2015

#syfz - Selesai Semuanya

Alhamdulillah. Lepas ni Boboy dan Finaz dah boleh tenangkan fikiran. Selagi tak selesai majlis perkahwinan memang akan terfikir macam-macam. Hihihi. Actually, mereka dah nikah pada bulan 12 dan majlis di sebelah perempuan dah selesai jugak. Cuma majlis sebelah lelaki yang diadakan sempena cuti Hari Wilayah. Esoknya dah dapat cuti tersepit dengan Thaipusam.

Anak-anak buah bersama Pak Teh dan Mak Teh gojes muahahahahahahaha 
I datang memang dah lambat. But not really that late, still belum ramai orang dan pengantin tak sampai lagi. Parking pun mudah lagi. Lepas balik dari event Zumba di Karnival Karangkraf 2015 terus I bergegas bersiap dan ke majlis ini pulak. Letih dan seram sejuk semuanya satu macam punya rasa. Tapi, berjaya jugak I atasi hahaha tu lah gatal pergi Zumba lagi kan dah letih :D

Berdiri sama tinggi betul la korang ni.. Melangit tingginya.
Majlis perkahwinan Boboy dan Finaz ni sangat simple dan bersederhana. Semuanya just nice. They really had good food. Tahniah kepada team caterer yang menyediakan makanan. Pantas. Belum habis makan pun diorang dah nak clear kawasan. Hihihi. Itu yang sebenarnya, tetamu yang hadir nak good food that have been prepared by good caterer. 

Kek tu selepas majlis telah dikorbankan oleh I dan Kak Lynda. Sodap!
Sayang pulak dah ditugaskan untuk jadi official photographer. Amboih, hebat sangat bunyinya, official ye. I belum edit lagi kesemua gambar. Photoshop buat hal ye. Nasib baik dapat diselesaikan. Dan I akan usahakan mengedit semua gambar sebaiknya, Chewah, macam poyo dah statement macam ni. Kepada pasangan pengantin diharap bersabor ok. Bukan pengantin je, uncles, aunties, cousins semua dah bising dekat Pak Teh ni, mano gambar ehhhh! Hahahahahaha padan muka u :D

Anak-anak buah Mak Teh lencun ye korang.. Syok la kan main dekat playground! 
My favorite picture of Ayish, Alya, Afan
Kitorang betul-betul lepak dekat dewan tu sampai ke titisan terakhir. Kena balik awal, sebabnya Sayang nak kerja malam. I terus balik ke rumah dan siapkan barang dan Mumu untuk dibawa balik ke Seremban semula. Segalanya telah Allah permudahkan. Sempat je Sayang nak ke pejabat. Dan Mumu pun, walaupun dia melakukan sejenis proses penyahtinjaan secara berhemah di dalam kereta, kitorang sampai ke rumah dengan selamat.
Kemain Mak Teh dengan Ayish main kiss-kiss ni haha
Daniel dan Pak Teh
Dik An, pengacau Mak Teh dengan Pak Teh nak selfie kan! Grrrrrrrr. Hahaha 
Kami the bebiras. Bersama Kak Lynda, Nad dan Adam
Alhamdulillah dan tahniah kepada pasangan pengantin dan keluarga tersayang. Juga kepada keluarga Finaz yang datang jauh dari Johor. Semoga hubungan yang terbina antara 2 keluarga ini terjalin dengan penuh kasih sayang dan rasa hormat menghormati sampai ke syurga. Semoga pasangan pengantin menjadi hamba Allah yang beriman dan ibubapa yang baik kepada junior mereka kelak. In shaa Allah, ada rezeki nanti kita pergi bercuti bersama ye. Eh jadi ke ni? Hahahahahaha!

Ok bye!

Belanja la satu gambar pengantin lama. Ok bai again!

Thursday, February 5, 2015

Fun & Fit Zumba With RAPI

One word, TAK PUAS! Huaaaaa... Senang je konsep dia kalau dengan 3 SAKA, 3 ke 4 jam pun belum tentu cukup puas. Hahaha. Actually, dalam promo dinyatakan sampai jam 10.00 am, tapi, hari kejadiannya, hanya 1 jam aje berZumba. Oklah tu, asalkan I sempat dari awal sampai ke habis. Ini je lah yang dapat mengubat hati, Nak ke Fit N9, tak dapek, sobab eh, anak buah kawen. Ku korbankan je lah... Walaupun sakit mata memandang kawan-kawan upload dekat IG dan FB.

Panas kan... nasib baik bawah bumbung hihihi
I bergerak dari Taman Melati dalam jam 7.15 am dan tiba di Jalan Sepana 15/3, Shah Alam pada jam 8.10 am. Alhamdulillah, lagi sekali, dengan bantuan Waze, tepat, cepat dan mudah untuk I sampai di Kompleks Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam. Dan paling penting, I drive sorang-sorang tau! Sayang terus ke rumah kenduri sebab nak tangkap gambar pengantin tengah bermekap. 

100 peserta mendaftar akan dapat gifts dari penganjur. I dapat jugak! Terima kasih Put sebab tolong register untuk I hihihi. Best sangat free gift tu, macam-macam ada... Kawasan depan Pentas Utama untuk Karnival Karangkraf 2015 tu adalah atas tar. Nasib baik I dah biasa atas jalan tar muahahaha. Selepas berZumba selama sejam, kitorang berjalan seround ke dalam kawasan pameran. Ok fine, buku murah-murah ala BBW jugak ni. Iman ada sedikit goyang. Tapi dapat ditahan. Pastu goyang lagi sebab nampak majalah Impiana. Tahan punya tahan, Put yang teruskan berjalan, I terus surrender.

Inilah Putt, dia slim, I tembam! Hummppph!
Serious lah, kalau ada lagi event 3 SAKA baik u all join, baru tau kehangatannya dan betapa bestnya diorang bertiga. Dan baru akan mengucap panjang. Hihihi! Sebab tu lah I berani cakap, tak cukup langsung sejam dengan diorang. Atas jalan tar pun orang sebat jugak. Macam tak de apa dah rasa jalan tar tu. Panas pun, silai-silau mata tu usahakan jugak nak follow steps hahaha extreme betul penerangan I ni kan. Dah-dah tak mau up lebih-lebih, go and join them. Tak tau choreography? Holoh, I ni pun tercangak-cangak jugak wey! Tapi bedal, macam biasa.... Hahaha.

Gambar buku murah-murah takde, ini je yang ada. Ini masa dah habis Zumba ye... Yang tinggi-tinggi atas stage tu model Majalah Rapi :) Wahhhhhh!
Later that day, I pulang ke Taman Melati dibantu dengan Waze jugak. Ada polis dihadapan katanya, memang ada. Nasib baik tak kena 'tembak' hahaha. Alhamdulillah...

RSVP : Ujian DRAC 2

Alhamdulillah. Dapat teruskan lagi perjuangan dalam usaha nak mendapatkan jawatan di DBKL. I pun sebenarnya tak sangka boleh lepas Ujian DRAC 1 yang diadakan pada tahun lepas. Calon pun ada lebih kurang 800 orang... 

Hari Isnin lepas baru I dapat surat panggilan untuk ke ujian seterusnya. Nervous nya bukan main. The test consist of Public Speaking. Allah... Dah lama tak buat presentation, harap lidah ni masih lancar menyebutnya. I dah nekad, nak beli suratkhabar berbahasa Inggeris sahaja. In case of they ask me to present on any current issues. I hope I can speak well.

I pun tak berapa faham maksud surat yang berkenaan dengan 'analitikal' dan 'persembahan' tu. Adakah calon akan berlakon berada dalam mesyuarat ke macam mana? Kalau masa ambik MUET dulu memang ada grouping punya presentation. Dapat situation dan bercakap. Dah macam-macam dalam otak ni. Nervous punyalah tebal... 

In shaa Allah, berkemungkinan besar Sayang lagi akan setia menjadi peneman I. Untuk calon lain, jangan lupa satu perkara, kita yang perempuan ni kena pakai kasut hitam tau, kot terlupa, cuma secebis reminder. Apa pun, good luck untuk semua yang terlibat. And me too!


Doakan I dapat ke peringkat temuduga pulak ye :)

Friday, January 30, 2015

RSVP : Fit N9 atau Fun & Fit Zumba With RAPI


Tak tau yang mana satu. Dua-dua best, dua-dua gempak, dua-dua free dan dua-dua adalah ZUMBA! Cuma, yang mana satu I join pun, tetap dapat join separuh hari saja. Tengahari akan ke KL untuk kenduri anak buah, Boboy dan Finaz. Untuk tarikh 1 Februari 2015 ni I kena buat decision yang takkan merugikan sesiapa. 

Promote sikit. Yang penting ada KJ hahaha untung-untung dapat selfie dengan KJ nanti wey!
Fit N9 adalah yang pertama diadakan oleh Fit Malaysia di dalam tahun 2015 dan pertama kali dibuat di Negeri Sembilan. Fit Malaysia menyediakan pelbagai acara yang melibatkan run, ride, self-defense & fitness. Memang best! Sebab ada booth, ada jadual untuk semua acara dan ada photo-booth. Itu yang penting ye, photo. Untuk mengabadikan memori katanya hahaha. Ada Zumba, Jazzercise, Aerojamming, Body Combat dan lain-lain lagi. Rugi, like seriously, rugi u all tak join ni especially warga Seremban. Bawah ni ada jadual dan layout untuk Fit N9 nanti. So, bolehlah adjust masa untuk pergi sesi yang mana satu ye. 

Boleh adjust timing untuk hantar anak balik kampung dulu kalau tengok jadual ni hehehehe
Banyak gak khemah I nampak diorang dah pasang keliling padang ni memang nampak meriah! Huaaaa!~
Fun & Fit Zumba with RAPI pulak adalah acara Zumba yang dianjurkan oleh Karnival Karangkraf 2015 yang bertempat di Seksyen 15, Shah Alam, Selangor. Kenapa I nak pergi? Sebab ada kakak-kakak 3 SAKA yang hot itewww! Dan ianya adalah PERCUMA! Diulang, PERCUMA! Takkan I takmau pergi kan, punyalah best punya kakak-kakak ni. I rasa Karnival Karangkraf 2015 ni terbuka untuk semua dan jangan tanye I berkenaannya sebab I cuma nak pergi yang Zumba tu je. So, warga Shah Alam atau sekitar yang takde buat apa pada hari Ahad tu bolehlah join ye. 

Hah! PERCUMA! Percaya tak sekarang?
Mana-mana event yang I akan pergi adalah limit sampai jam 11.00 am je. Hati tu berat nak ke Shah Alam, tapi macam jauh dan tak reti jalan. Tapi dek sebab hati tu nak sangat memang gigih la akan guna Waze haha. Fit N9 pun best sebab ada macam-macam. Silap-silap dapat t-shirt pun dah kira best. Lepas tu, ada pulak booth jualan. Ok ini bahaya! Macam la Karnival Karangkraf takde booth jualan. I nak pergi Fit N9 jugak, tapi nak kena roger kawan-kawan dulu. Kalau Karnival Karangkraf dah ada geng. So..........

Which one? 

I wish I can be in Seremban and Shah Alam at one time.  Hahaha ini gilo!

Wednesday, January 28, 2015

Rotan Kang!

Heboh dan viral sangat kes rotan merotan ni. Selain dari kes penyanyi menyanyi dalam lokap tu kan. Tak mau sebut pasal tu sangat sebab sedih nanti, maklumlah, salah seorang peminat hihi. Kali ni bab rotan merotan jadi topik hangat ye. Macam I ada dengar sikit la dalam radio pagi ni, dalam perjalanan ke tempat kerja. 

Mencabar jugak tugas sebagai ibubapa zaman sekarang ek. Rotan anak pun akan dikenakan tindakan. Siapalah yang buat undang-undang macam ni. Rotan sedas dua tak bererti nak mendera budak tu sampai koma. Nak tau istilah mendera? Tu, yang berlambak dalam FB, video pengasuh main lontar-lontar je budak tu. Jangan tak tau, mengurung anak dalam bilik dipenuhi najis pun mendera tau. Lagi satu, bila kekasih kepada ibu kanak-kanak berusia 3 tahun memukul anak sehingga mati. Yes! Itulah mendera... Susah sangat nak bezakan kan?

Berkenaan hal lain, takmau I tulis dekat sini sekadar gosip-gosip artis, tapi, melibatkan hal semasa macam ni memang terpanggil jejari nak mengetik papan kekunci. Sebenarnya dah ramai yang bagi pendapat mengenai isu rotan ni. Tak perlu lah I nak mengolah lagi komen. Of course, ramai yang membantah dengan tindakan ini, Setakat ni I belum nampak lagi komen positif, "Ya! Saya suka ibubapa dikenakan tindakan jika merotan anak!"

Anak berdisiplin ke tak bergantung dengan cara didikan ibubapa, cliche sangat! Sekarang ni cerita pasal rotan. Mula-mula, ditegahnya cikgu memukul murid di sekolah. Tah siapa yang suka sangat undang-undang macam ni, sampai keluar pulak berita, guru dipukul pelajar. Kali ni, ibubapa sendiri yang tidak dibenarkan merotan anak sendiri. Phew!

Alhamdulillah, hasil dari dirotan, I menjadi I sekarang... Pernah je I tengok hasil tak pernah dirotan, ada yang menjadi seorang manusia yang hebat, ada jugak yang spoil, manja tak tentu arah, dan ada jugak yang rosak terus. Walaubagaimanapun, kalau untuk mendidik anak ikutlah cara Rasulullah SAW. Janganlah secara membabi buta. Yang penting Istighfar... Dan macam biasa, kalau tak buat salah, tak perlulah menghukum kan. Itulah konsep rotan sebenarnya. 

Sebagai seorang wanita yang lahir ke dunia dalam generasi tahun 80-an, kami memang kenal rotan, tali pinggang, hanger, getah paip dan bulu ayam. Masa budak-budak dulu, sampai waktu senja, "oklah geng, aku nak balik kang Ayah aku rotan aku takut arrr..." adalah ayat paling common digunakan pada waktu itu.

Kalau I kena hayun macam ni mau 3 bulan MC tak berjalan haha perasaan!
Gambar ihsan dari Google

Wednesday, December 24, 2014

Jemput Makan : Locast Garcia Cafe

Lokasi : Betul-betul dekat Downtown Cheras. Bersebelahan dengan Velodrome, Cheras

This is Locast Garcia Cafe!
Mesti ramai yang suka pergi ke KL Downtown kan yang terletak dekat Cheras tu. Yang betul-betul bersebelahan dengan Velodrome Cheras. Bahagian rumah kedai yang ada 7 Eleven tu, sebelah hujung sekali betul sebelah Velodrome, warna hijau kedainya. Itulah landmark yang paling senang untuk I bagitau kepada yang pertama kali nak pergi ke cafe ini.

Sebelah kanan tu ialah KL Downtown
Pertama kali I ke cafe ni hati macam dah terpaut. Sebab apa tau, sebab banyak kipas. I suka cafe yang sejuk dan tak panas. Cafe ni simple sangat, ada beberapa buah meja untuk pelanggan, ada sofa juga disediakan di sebelah televisyen. Jangan tak tau, terdapat juga sebuah meja pool dan set karaoke disediakan untuk pelanggan cafe ini. I was impressed when I first saw the pool table and of course we didn't expect they had a pool table in there. Sambil-sambil lepak lepas makan bolehlah main pool atau berkaraoke.

Promosi pembukaan habis dah ye hehehe
Untuk makanan, mereka ada menyediakan beberapa jenis makanan kepada pelanggan. Ada masakan Melayu dan ada juga western. Pilihan I dan Sayang pada malam itu ialah Nasi Lemak Rendang Ayam dan Chicken Chop. Kekuatan nasi lemak ialah pada sambalnya dan sambal disini memang win! Rendangnya pun, gravy untuk chicken chop nye pun. Minuman pulak I order Ice Blended Oreo Crunch. Lagi sekali datang memang nak order lagi. Sayang pulak minum Jus Tembikai. Di hujung-hujung lepak tu, sekali lagi kami tewas, lapar balik. Terus muncul Roti Canai dan kuah kari. Memang yums!

Jus Tembikai. Yang kiub atas tu yang tempting tuh!
This is my Chicken Chop 
Nasi Lemak Rendang Ayam yang Sayang order
Ini Ice Blended Oreo Crunch yang sedap tuh! Terasa Oreo nya. Sedap.
Ok last, ni Roti Canai 2 keping :)
Sempat jugak Sayang menyumbang sebuah lagu pada malam tu. Rata-rata yang datang memang kaki karaoke. Tu yang mereka suka datang ke cafe ni. Mengikut kata Kecik, salah seorang yang menguruskan cafe ni, operating hours ialah sehingga ke jam 4.00 am tapi kebiasaannya akan ramai sehingga tutup.

Karaoke - 3 lagu RM5 sahaja
Pool - 1 game RM5 sahaja
Best kan Sayang? Heeeeeeee~
Jemput u ols datang ke Locast Garcia Cafe. Boleh makan-makan, nyanyi-nyanyi, main pool dan lepak-lepak lepas dah penat berjalan di KL Downtown. Dengan lokasi yang strategik, mudah untuk pengunjung mencarinya. I? Confirm la nak pergi lagi nanti :)

Confirm kitorang datang lagi nanti :)