Nuffnang Ads

Showing posts with label draft KIV. Show all posts
Showing posts with label draft KIV. Show all posts

Wednesday, June 28, 2017

Viral Fever Pada Bayi

Viral Fever @ Demam Virus memang sangat popular kebelakangan ni. Tak ketinggalan Juah pun pernah dijangkiti. Sedihnya I masa tu sebab Juah sampai masuk wad. Suhu demam terlampau tinggi dan platelet merosot teruk. Masa tu emosi I pun drop habis. Tak tentu arah pun ada bila tengok anak yang selama ni aktif macam ulat bulu jadi diam tak bermaya. Pengalaman pertama I ni. Jom tengok apa yang Juah dah lalui sepanjang dijangkiti Viral Fever jahat ni..

24/3/2017 (Hari Jumaat)
Demam panas Juah bermula. Panas yang terus high. Bukan dedar lagi dah. Terus mulakan PCM untuk Juah setiap 4 jam. Demam turun lepas makan PCM. Bila dah nak habis dose terus panas sangat balik badan Juah.

25/3/2017 (Hari Sabtu)
Cancel semua plan nak bawak Juah berjalan. Badan Juah masih panas lagi. Terus bawa ke KPJ, Seremban. Juah was diagnosed with Viral Fever sebab doktor kata panasnya naik terus. Doktor bekalkan PCM 2.2ml dan Cataflam untuk tekak Juah yang makin merah. Kalau masih demam panas pada 27/3/2017 (Hari Isnin), doktor arahkan terus ke hospital semula untuk ujian darah dan mula antibiotik. Allahuakbar.

26/3/2017 (Hari Ahad)
Suhu masih panas. Ibu sedih. Ayah kerja tak keruan. Juah merengek tak selesa. Hanya Allah tau kesakitan yang Juah tengah tanggung sekarang. 1 supp telah dimasukkan ke punggung Juah untuk menurunkan panas badan.

27/3/2017 (Hari Isnin)
Ibu pergi kerja dengan berat hati. Dalam jam 9.30 am terus ajak Ayah ke KPJ untuk check dengan Dr. Syed Jeffrizal tentang keadaan Juah. Juah betul nampak tak selesa dengan demam panas ni. Jumpa Dr. Syed di depan pintu klinik, tak sempat masuk bilik terus doktor arahkan buat ujian darah. Sementara tunggu ujian darah, Ibu dan Ayah bawak Juah balik untuk mandi dan tukar baju disamping bawak sedikit barangan keperluan Juah. In case if admitted. Ya Allah.. Instinct seorang Ibu memang selalu betul. Platelet Juah dah drop dari Normal Range. Demam panas. Alhamdulillah, ujian Denggi adalah Non-Reactive. Syukur. 

Pertama kali Juah dimasukkan ke Wad Sri Tanjung. Pertama kali juga Juah akan disetkan line untuk masuk air dan ubat. Meraung dan menangis sampai Ibu yang sedih. Akhirnya, Ayah suruh Ibu balik untuk ambil barang keperluan untuk tidur di wad dan bila Ibu sampai je di wad tengok dah ada line. Kata Ayah, doktor sendiri yang buat. Susah jugak nak cari uratnya. 4 kali cucuk. Takpe anak, untuk kesihatan kita kena kuat. 

Antara penerangan doktor, Viral Fever ni boleh menyebabkan 4 penyakit :

1. Denggi
2. Kencing Tikus
3. Urinary Tract Infection (UTI)
4. Viral Fever sahaja

Hari ni, Juah mula masuk air dan antibiotik. Nampak normal dan mudah setakat ni. Cuma nak mandikan dan nak membasuh poopoo susah sikit dengan tangan berbalut tu. Malamnya, Juah terus bertukar ke Wad Sri Angkasa, yang memang wad khas untuk kanak-kanak.

Hari pertama Juah di wad dan Ibu terus maklumkan pada pegawai di pejabat untuk bercuti sehingga Juah discharged. Alhamdulillah, pegawai di pejabat memberi kebenaran.

Kesian anak Ibu, masa ni baru lepas nanges sebab amik darah :(
Pertama kali masuk wad...

Baru sudah nanges sebab set line...
28/3/2017 (Hari Selasa)
Hari ni Juah masih diberikan ubat demam. tapi dah dikurangkan ke 8 jam. Sebabkan Juah dah dimasukkan antibiotik, najis Juah makin cair dan kerap. Juah nak minum susu je, makan langsung tak mau. Takpe, asalkan Perut terisi. Kali ni Ibu dan Ayah pasrah, mulakan bagi Juah makan Farley's Rusk yang pada mulanya kami memang tak membenarkan makanan yang diproses untuk Juah. Risaukan keadaan perut Juah yang tak berisi makanan, kami beli segala yang Juah suka termasuk Pisang.

Macam biasa, waktu pagi ialah waktu doktor akan round ward dan doktor ada advise untuk buat ujian darah pada keesokan hari, 29/3/2017 (Hari Rabu) selang sehari kerana kesiankan kalau bayi diambil darah setiap hari. Ibu dan Ayah menurut saja cadangan doktor dengan penuh tawakal. Doktor juga memaklumkan bahawa Juah bukan dijangkiti Kencing Tikus dan UTI diatas ujian yang dilakukan.

Hari kedua di wad ni juga dah nampak ruam mula naik pada badan dan muka Juah. Menurut pengalaman doktor, kemungkinan ruam di badan Juah hanya disebabkan oleh demam virus sahaja sebab kalau Denggi, ruamnya adalah seluruh badan. Insha Allah, Ibu dan Ayah hanya mampu bertawakal kepada Allah di samping menyerahkan segalanya agar Allah sembuhkan Juah.

Drip
Rashes


29/3/2017 (Hari Rabu)
Ruam di badan Juah makin berkurangan. Demam pun makin berkurangam. Ubat demam dah stop. Cirit birit makin menjadi-jadi. Sampai habis cadar kena tukar. kata doktor sebab antibiotik yang dimasukkan dan badan Juah react macam tu. Drip pun masih berjalan. Hari ini ialah hari yang ditunggu, ujian darah akan dilakukan untuk melihat keadaan sebenar. 

Antara dua : Denggi atau Viral Fever. 

Ujian darah menunjukkan kesan positif, Denggi ialah Non-Reactive dan platelet count makin menaik walaupun dari 90 ke 101 sahaja, tapi, Alhamdulillah. Doa Ibu dan Ayah untuk Juah tak pernah lekang. Ayah mula bekerja semalam dan harini. Ibu saja yang temankan Juah masa Ayah bekerja. Tapi Ayah macam tak kerja je kejap-kejap naik atas tengok Juah. Hehehehe.

Terima kasih Mama Nana datang lawat Juah dan bagi support. Kami perlukan doa dari Mama juga. Terima kasih Jugak Pak Long Boy datang tengok Juah dan terangkan bilik hehehe. Ibu Ayah suka gelap-gelap senang tidurkan Juah. 

Ujian darah selanjutnya ialah pada Hari Jumaat.

Rashes dah nak hilang
30/3/2017 (Hari Khamis)
Progress Juah makin baik. Rashes dah takde, demam pun dah takde, Cuma cirit birit saja yang masih berleluasa. Alahai kesian anak Ibu. Tapi harini Juah kuat sangat. Tenaga dan suaranya dah macam masa sebelum sakit. Hihihi. Syukur Alhamdulillah. Allah izinkan penyembuhan Juah. Makan Farley's Rusk pun makin banyak. Amboi.

Hari ni gagah jugak Ibu balik ke rumah lepas Ayah habis kerja. Selepas 3 hari tak balik. Fuh... Itu pun rasa tak puas hati takut Ayah tak jaga Juah elok-elok. Hehehehe sindrom mak-mak. Ayah dah mula bawak Juah berjalan sana sini turun bawah semua. Bagi ambik udara sikit asyik terperap je dalam bilik. 

Yang tak best ialah, setiap kali masuk antibiotik mesti Juah akan menangis. Pedih ubat tu, masuk melalui drip, nurse akan inject menggunakan syringe. Sabar ye anak.. Ujian untuk kita.

LOVE 
Dah sihat Alhamdulillah
1/4/2017 (Hari Jumaat)
Hari yang dinantikan. Antibiotik terakhir pada waktu pagi. Ujian darah pun akan dibuat. Keputusan ujian darah sangat excellent! Platelet count naik dari 90 ke 101 dan terus ke 242! Wow!! Normal range ialah 150-666. Syukur Ya Allah! Yang paling best, Juah boleh discharged. Walaupun dapat balik, Juah tetap kena habiskan antibiotik makan lagi 3 hari. 

Hari Jumaat yang indah ni, Juah dapat discharged dengan result darah yang baik sangat. Sempat lagi tunggu Ayah habis kerja jam 2.00 pm untuk balik sekali. Happy sangat Ibu dan Ayah dan yang paling happy mestilah Juah. Terlompat-lompat anak Ibu dalam kereta ye. Ingat sikit ye Sayang, cirit tu masih ada. Hehehehehe.

Bulat matanya!
Antara perkara yang memberi kesan dekat Juah ialah :

1. Tidur dah tak perlukan buaian 100% Alhamdulillah sangat-sangat! Sepanjang berada di wad, tepuk-tepuk je tidur. Tak perlu henjut lagi. Pernah Ayah dia cuba masukkan dalam buaian, berpusing-pusing dia takmau tidur. Hehehehe.

2. Poopoo Juah makin cemerlang. Sebelum ni tak dinafikan, memang keras sedikit la poopoo tu. Tapi lepas kejadian ni, Juah nampak senang membuang. Sehari pernah sampai 3 kali tapi 2 kali ke sekali dan lembik tu sangatlah normal. Memang bagus sangat-sangat!

3. Terima kasih Tok Wan, Opah, Uwan, Opah Chu, Mama Nana, Pak Long Boy, Ummi Alin dan Auntie Yati sebab datang melawat Juah di wad. Terima kasih jugak atas doa yang dikirimkan untuk kesembuhan Juah. Allah jua yang membalasnya nanti. 

4. Sepanjang di wad, Allah izinkan Ibu dan Ayah mengerjakan solat sunat yang selama ni waktu bekerja jarang dapat dikerjakan. Syukur syukur syukur Allah dengar doa kami ini hambaMu yang lemah lagi hina. Rasa tenang sangat dan mudah sangat semuanya.

5. Dr. Syed Jeffrizal dari KPJ Seremban Specialist Hospital telah menunjukkan komitmen yang cemerlang dalam memberikan servis yang terbaik. Tak salah lagi sebab Dr. Syed merupakan doktor pilihan di kalangan kawan-kawan rapat I jugak. Allah jua yang membalas semua jasa doktor dan semoga doktor dan keluarga dipermudahkan semua urusan. Untuk yang berada di Seremban, I memang recommend Dr. Syed ye. Yang pernah berurusan dengan Dr. Syed je tau macam mana berhemahnya Dr. Syed melayan patient yang memang kanak-kanak ribena. Hehehehe.

6. Terima kasih semua staff nurse di Wad Sri Tanjung dan Wad Sri Angkasa yang sangat baik dan cute belaka. Doakan supaya Aisyah Hani terus sihat ye kakak-kakak dan auntie semua. 

7. Peringatan untuk semua ibubapa, yang dah beranak ramai atau baru beranak sorang. Follow your instinct. Kalau anak tak sihat, pantau selalu. Tak dinafikan, I dan Sayang memang tidur-tidur ayam je sepanjang 2 minggu ni. Tidur boleh Qada, anak...? 

8.Yang penting juga, simpan thermometer dekat rumah. Kalau boleh yang tembak telinga. Ready juga PCM dan ubat Supp (masuk punggung) untuk kegunaan masa kecemasan ye. Selalu pantau suhu anak bila lepas bagi ubat dan bila dose ubat dah nak habis.

9. Power of Doa :) Berdoa, berzikir, berharap hanya pada Allah. Ubatan dan rawatan adalah usaha kita untuk menyembuhkan anak, dengan doa dan pengharapan yang penuh kepada Allah jualah dapat menguatkan lagi tawakal dan keredhaan atas segala ujian yang sedang dihadapi. Yakinlah dengan doa kita. Mohon lah doa sebanyak yang dapat. Masa makan, masa duduk duduk, masa uruskan anak, masa nak tidur, masa rasa nak main telefon dan semestinya masa kita penuh rasa down. Insha Allah.

10. Biasa kalau bayi demam memang dia taknak makan apa-apa. Bagi lah bubur sedap ke apa-apa memang dia luah punye. Cari inisiatif kalau boleh jangan biarkan anak berlapar. Dalam kes ini, Juah dah berusia 10 bulan, memang hebat tahap pemakannya. Sebab tu I bagi juga Farley's Rusk lembikkan dan suap. Kalau taknak, cuba patah-patahkan dan suap. Nanti anak akan tidur bersambung-sambung sampai 4 ke 5 jam. Kejutkan dan bagi susu pada anak ye. Kesian dia nanti. Kita pun kelaparan kalau tak makan dan tak minum apatah lagi budak yang tak reti bercakap.

Wednesday, May 24, 2017

Assalamualaikum

Hello! Masya Allah lama betul I tak bersiaran, bersembang, mencurahkan cerita, bergosip (oops!) dan berseloroh dekat sini. My baby bloggggg, I MISS U! Sumpah rindu nak menaip macam-macam weh. Semua dalam kepala, dalam notes dekat fon dan picture gallery. Simpan dan pendam je sebab kesuntukan masa dengan segala tugas hakiki sebagai Hamba Allah di bumi yang sementara ini. I sengaja nak petik satu potong ayat dari salah seorang ustazah di dalam whatsapp group yang I join...

"...jangan kita fitnah anak kita sebagai punca susahnya kita nak beribadat.."

Macam gitulah bunyi ayatnya sebelum I clear conversation. Astaghfirullah, banyak betul dosa I selama ni. Selepas pintu hati I diusik dengan perkara yang macam ni baru lah I cari jalan untuk mengerjakan jugak solat walaupun Juah tak tidur. Hehehe. Alhamdulillah, sekarang dah makin mudah I nak buat kerja macam-macam walaupun sambil jaga Juah. 

I bukannya rindu nak menaip blog aje, tapi I rindukan jugak moment nak blog-walking sambil melihat-lihat keindahan blog orang lain. Gila tak rindu! Sesuatu yang I paling suka ialah membaca. Entah, rasa puas bila dapat membaca. To be honest, 2 buah novel yang I tengah baca sejak 2016 pun belum sudah habis lagi hahahaha. Ber'bookmark' aje. Untuk waktu ini, blog yang menjadi kegemaran I ialah..

Menyajikan kekisah seseram. Hihihi. Ada yang seram, ada yang hambar, ada juga yang fiksyen semata-semata dan paling banyak ialah pengalaman sebenar diri sendiri dan relatives. Yang penting, iman kena kuat :)

Sila baca blog ni kalau nak motivasi diri. Confession dari pengalaman sebenar. Menarik sangat bila tau yang perjalanan hidup kita lain-lain setiap orang rupanya. 

Sebenarnya, dah ada dua tiga post yang masih draf dalam list I ni tapi belum dapat nak publish lagi. Kena selongkar balik gambar-gambar yang berkenaan. Banyak sangat I nak cerita ni, dari hal makanan pertama Juah, Juah masuk ward, Juah mandi laut, mandi sungei sampeylah Juah dah pandai tepuk tangan dan berlari dalam walker. Gitewwwww!~

Sebelum terlupa, I tengah giat mencari idea untuk birthday party Juah yang PERTAMA. Yayy! Juah Ibu dah setahun weyh. Nak buat sekali dengan Tok Wan dan Tok Bah dia. Kecil-kecilan sahaja untuk keluarga terdekat. Insha Allah. Doakan kejayaan I nak buat kek anak I ye. Camne pun, pejam celik je dah dekat setahun I berjaya menjadi seorang Ibu :) feels like crying pulak bila sebut macam ni....

Ok tu je lah nak report untuk hari ni. Nak jugak wish, SELAMAT HARI IBU untuk semua yang bergelar IBU, MAMA, MUMMY, MOM, BONDA, UMMI, EMAK. Semoga sentiasa dibawah keredhaan Allah selalu. Amin..

So, belanja satu gambar Juah dah besar jap :)

Alah! Melting nye Ibu....
Si cantik manis outing dengan Ibu <3
Gigi dah nak masuk 6 batang tau! Kuat menggigit hehehehe
Big girl already 

Tuesday, July 19, 2016

Hai Selamat Hari Raya...!

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk meraikan Syawal yang mulia bersama keluarga tercinta dengan penambahan seorang lagi ahli keluarga baru. Sambutan sentiasa sederhana, tak extreme mana pun. Kecuali part bergambor memang dahsyat. Tak mampu nak tolak hahahaha. Tak ada nak bercerita banyak. Baju semua recycle, makanan ala kadar macam biasa, tetamu pun yang hadir semuanya saudara mara.

Hari raya pertama tahun ni di sebelah keluarga I. Tapi, raya kedua dah balik Kuala Pilah. Bestnya, terasa betul raya tahun ni walaupun persiapan tak sehebat mana. Juah pun bagi kerjasama yang baik sepanjang beraya ni. Allah izinkan untuk dipermudah semuanya. Takde cerita sangat. Semua simpan kemas dalam foto, Juah beraya dengan TokWan, Opah, Ayah, Ibu, Uncle O :)

My family portrait
Babybu tido!
Uncle O dan Babybu yang tido gak
My son muahahahaha
Nampak macam banyak dosa je ni kekekeke
Mama, I love you!
Nampaknya TokWan dan Opah dah ready, Ibu Ayah yang mengelabah hahahaha
Ayah + Mama
Sesudah sesi nanges-nanges, lapor ye Babybu
Si kecik pun pandang kamera! Clever girl!
Tengokkan gambar-gambar ni, rasa macam nak print dekat Photobook lah.. Tak yah anta cuci dekat kedai. Hurmmmmmm.... Otak Ibu sedang bergiat aktif sekarang hehehehehe.

Wednesday, June 22, 2016

DIY Rumah Kotak Untuk Kucing

Semoga Mumu tenang dimana juga Mumu berada...

I dan Sayang dah amik kucing baru. Kutip sebenarnya. Dari KPJ, Seremban tempat Sayang bekerja. Ye, Mumu dah kembali ke Penciptanya... Malas nak cerita pasal Mumu nanti nanges. Tunggu kekuatan baru dapat buat a very long story about my lovely cat in my life ever. I miss u, Mumu. I do! Walaupun bumi terbelah dua, Mumu takkan datang lagi... Takde pengganti setandingnya.

Back to Gigi. Kami panggil dia Gigi sebab hyperactive sangat. Kuat mengigit orang! Tengah tidur pun dia gigit. Sabor je lah. Banyak kali kena jentik telinga dengan Sayang. Tapi Gigi bagus dan berdisiplin. Bab menggigit tu je la tak tahan. Nama pun sayang, tahan aje hihi. Lama-lama dia ok. In shaa Allah. At least, tak hantar dia balik ke KPJ.

Gigi went missing too! T____T

Masa Sayang bawak balik ke rumah pun menggunakan kotak. Bila nk buang sayang pulak kotak tu. Nak pakai, dah bau Gigi hahahaha :D bucuk! Alternatif lain yang diambil ialah dengan mengerat dan membentuk kotak tersebut agar menjadi sebuah rumah kos rendah yang mampu dimiliki Gigi sebagai rumah pertamanya.

Kotak terpakai yang bersih :)
Langkah-langkah yang penting sebelum mulakan DIY rumah kotak :

1. Pastikan kotak tu bersih, kalau ada najis tak perlulah nak pakai jugak

2. Janganlah pakai kotak yang dah lembik habis, ambil yang tegap sikit

3. Dua buah kotak yang berlainan saiz boleh disambungkan jika kena dengan design

4. Sediakan peralatan - gunting, cutter, tape, gam, cable tie (jika perlu)

5. Tentukan lantai dan bumbung sebelum proses menyambung - lekatkan dahulu

6. Potongkan tingkat dan pintu terlebih dahulu

7. Mulakan proses penyambungan

8. Lekatkan setiap penyambung dengan kuat, kucing kan ganas hehehehe

9. Jika siap, bolehlah diwarnakan dengan spray atau cat atau hanya lekatkan wallpaper lagi senang 

10. DECOR, DECOR, DECOR!

Dengan ini, siaplah RUMAH KOTAK UNTUK KUCING sekadar untuk hiasan ni. Depa akan duduk, kadang-kadang je hehehehehe.

Bumbung pun belum pasang dia dah menyibuk :D hahahaha
Update terbaru : Sejak Gigi dah jumpa boyfriend, takde pun Gigi balik rumah lagi T____T rumah Gigi tu akan diwasiatkan kepada mana-mana anak bulu yang akan kami fikirkan sesuai bermain di dalamnya...

Samani rindu Gigi... 

Kisah Si Geraham Bongsu

Pertama sekali nak wish, SALAM RAMADHAN :D Actually ni entry berabuk. So, I post dululah ye hehehe. Nanti baru sambung cite lain pulak.

I pun tak tau, kenapalah gigi geraham bongsu ni boleh tumbuh senget pulak. Kalau tak mengganggu takpelah. Ni sampailah tergigit pipi dengan gusi belah bawah. Sampai bengkak, infection, mengganggu nafsu makan dan memudaratkan saraf yang lain sampai migrain. Pada mulanya I telah ke Klinik Pergigian Ampangan untuk pemeriksaan gusi bawah yang bengkak. Rupanya, punca pembengkakan itu ialah daripada geraham atas yang tumbuh senget.

16 Mei 2016, gigih I melangkah kaki ke Klinik Pergigian Ampangan. Konon nak check saja apa sebab bengkak. Mungkin ada kotoran ke. Rupanya I kena cabut geraham bongsu. Memandangkan I ada koir untuk majlis APC, temujanji dilanjutkan ke Isnin berikutnya, selepas habis nyanyian koir. Kata dentist yang bertugas, I tak boleh menyanyi lepas cabut nanti sakit gila. Huaaaaaa!~ I mula lah seram! I cuma dapat painkiller dan antibiotic untuk meredakan bengkak akibat infection tu. beberapa hari makan antibiotic, bengkak pun susut. Alhamdulillah.

24 Mei 2016, sanggup Sayang ambil cuti semata-mata nak bawak I mencabut gigi. I assume memang takde apa-apa. Semuanya ok aje. Takkanlah cabut gigi sampai tak boleh drive kan?! Sangkaan I meleset sama sekali. Dengan ini I nak declare, MEMANG SAKIT. Tapi, ada indahnya hehehehe. Meh sini I cerita sikit pengalaman I. Sesiapa ada penyakit ngilu bab-bab gigi sila jangan sambung baca yeah! Kalau tangkap otak, I tak jamin kekekekeke!

Selepas I mendaftar di kaunter, kenalah tunggu beberapa number lagi untuk dipanggil masuk ke bilik dentist. Punyalah nervous masa tu, Allah je tau. I dah mengelabah...

6 orang... lama lagi! Hehehehe
Naik aje number I di bilik satu, terus dentist mintak I baring dan nak tengok gigi yang akan dibedah keluar tu. Fuh fuh fuh! Dekat luar tadi I dah ber'whatsapp group' dengan rerakan PIYEM, cerita kerusi letrik la, terkincit la ape la. Now, I'm in a real place. Arghhh!

Dentist pun tanye,

Dentist : nampaknya memang gigi awak mengganggu sangat. Awak tau kan gigi tu akan dikeluarkan?

Samani : Iye, saya tau dentist sebelum ni kata akan cabut gigi ni... Cabut je kan doc?

Dentist : Dalam ni ditulis pembedahan kecil.

Samani : krik... krik... krik...!

Dentist : awak sedia tak ni??

Samani : Ye... kalau itu terbaik, saya ready doc. (muka tekanan)

Dentist : Baiklah, mula-mula saya akan bius dulu ye...

Bermulalah adegan paling seram dalam hidup I. Sepanjang hidup, I penah alami laparoscopy, tapi tak seseram ini...

Dentist mula mencucuk bius di 2 tempat iaitu, gusi dan tepi pipi. Lepas disuntik bius, dentist minta I berkumur dan memang banyak darah yang keluar. Jarumnya besar ye kawan-kawan. Sekadar makluman. Selepas dibius, I diarahkan tunggu di luar sementara ubat berjalan dan mereka sediakan alatan.

Selang 15 minit, nama I dipanggil masuk ke Bilik 2 dengan alatan yang telah tersedia. Sepanjang menunggu memang dah rasa bengkak dan kebas pun gusi I dengan bius tersebut. Fuhh!~

Baring saja di kerusi, dentist mula tanye di bahagian yang kebas ada rasa sakit tak. Memang tak lah doc oiiii. Rasa keras macam batu je. Apa lagi, dentist pun mulakanlah proses mencabut menggunakan segala skill yang ada. Mak oiiiiiii!

Proses cabut geraham bongsu yang masih gagah tu berjalan macam orang lain jugak. Macam nak tanggalkan skru yang ketat dari dinding tu. Allahhhh! Memang sakit lah ye. Dan semua orang yang I tanya pun melalui proses yang sama je. Takde pun yang kata sedap dan bahagia cabut gigi. Cuma yang mengecewakan I ialah, bila dah tercabut gigi tu dentist terlepas dalam tekak I. Nasib baik skill mengkahak I level tinggi. Sekali haktuih je dapat dikeluarkan. Syukur! Memang tebal dan kukuh ye gigi itu!

Gigi nampak buruk sebab dentist guna segala peralatan nak cabutkannye. Oh my! Siap ada daging-daging melekat lagi muahahahahahahaha!~
Selepas gigi dicabut, antara perkara penting yang perlu dijaga ialah :
  1. Jangan makan makanan panas
  2. Jangan selalu berkumur
  3. Jangan banyak bergerak nanti denyut
  4. Jangan makan solid food dulu (tunggulah at least 5 hari ke, tapi kalau kental dipersilakan)
  5. Sila kemam ais, bagi cepat kecut
  6. Makan painkiller kalau sakit sangat
  7. Gigit gauze selama setengah jam
Selepas 4 jam dicabut barulah seluruh bius tu bebetul habis. Waktu ni lah teringat semua dosa-dosa silam. Sakitnya teramat sangat. Tak tentu arah jadinya. Perkara termudah ialah, makan painkiller... Have to! I memang tak tahan.... Oh ye, bagi Klinik Pergigian Kerajaan, hanya akan diberi Cuti Sakit sehari saja. Swasta I tak pasti hehe.

Satu hari memang tak recover! Paracetamol la apa lagi....
Hari kelima geraham bongsu I dicabut dan sakitnya masih ada, cuma I dah tak bergantung pada painkiller macam hari-hari sebelumnya. Gosok gigi pun sampai ke geraham yang dibuang I buat perlahan-lahan. Tapi berdarah jugak... Tersagat macam mana tah hahahaha. Cuma I nak panjatkan kesyukuran yang teramat sangat. I dah mula senang nak bercakap dan makan. Ada hikmahnya dengan kesakitan ini. Syukur...

Kesimpulan daripada cerita diatas ialah, kalau gigi geraham lain buat hal dengan gigi atau gusi lain I akan buang terus. Pengalaman ni menyakitkan, tapi, daripada infection, makan antibiotic dan segala demam, baik buang mana yang mengganggu. In shaa Allah, selamat hidup. Sakitnya hanya hampir seminggu. Rasa leganya, fuh! Takpe sakit sekejap, daripada sakit berulang-ulang.

Pembengkakan pipi berlaku seperti yang ditunjuk anak panah.. 

Sunday, May 8, 2016

Tips Penunggang Motor Muslimah

Assalamualaikum.

Seperti yang kita nampak di atas jalanraya sekarang, bukan sahaja lelaki yang berani menjadi rider ye. Kaum-kaum wanita, ibu-ibu serta pelajar-pelajar wanita pun sekarang ni bawak motosikal je. Mudah, murah dan untuk jarak yang dekat sangat efektif untuk bergerak. Isu yang I nak bawakan pada hari ini ialah, TIPS KESELESAAN DAN KESELAMATAN BAGI MUSLIMAH YANG MENJADI PENUNGGANG DAN PEMBONCENG MOTOSIKAL. Macam acara berpidato pulak rasanya ayat skema ni hehehe.

Gambar dari Google.
Seperti yang kita sedia maklum, kalau kita menunggang motosikal berkuasa tinggi, ada beberapa aksesori kan macam jaket, seluar dan kasut yang dapat memberikan aspek keselamatan yang bagus. Kita yang cuma menunggang motosikal biasa I nak berikan beberapa tips selamat untuk para Muslimah yang menjadikan motosikal sebagai pengangkutan harian mereka. 

Tu dia riders Muslimah :)
Gambar dari Google.
SELUAR VS KAIN

Kebiasaannya pakaian bekerja adalah baju kurung, untuk kami yang bekerja di Sektor Awam. Bagi di Sektor Swasta, boleh lah jugak pakai seluar kan. Untuk yang pakai baju kurung, skirt kembang atau jubah biasa ke princess ke, kalau boleh pakailah seluar di dalamnya. Walaupun kita yakin dengan kelabuhan kain kita. Tetap akan terselak sedikit. Kalau motosikal on the move, ok lagi. Kalau berhenti di lampu isyarat, boleh nampak kaki kita tu kan. Dan kalau boleh, seluarnya yang longgar dan tidak mengikut bentuk kaki. Beli seluar biasa-biasa, tak perlu yang branded sangat kalau sayangkan duit. Asalkan labuh dan menutup kaki. In shaa Allah, setiap kali nak menaiki motosikal I akan pastikan I pakai seluar bagi mengelakkan betis dan paha terdedah. Senang kan :)

KASUT VS SANDAL

Sahabat-sahabat sekalian, amalkan pemakaian kasut setiap kali menunggang motosikal. Untuk yang lebih gemarkan sandal dan selipar, yang dekat-dekat ok. Kalau dah masuk bandar atau lebuh raya, kita tak sedar kaki kita akan terdedah kepada apa. Selain menjaga kesihatan kulit kaki, aurat adalah yang penting dan terutama. Pemakaian kasut juga dapat mengelakkan kaki luka teruk sekiranya mengalami kejadian yang tidak diingini. Bukan mendoakan, tapi ikut pengalaman I yang memakai kasut semasa terlibat dalam kemalangan, kaki I selamat 100%. Alhamdulillah. Jangan lupakan stokin sekali ye :)

BAJU DAN HELMET

Kalau boleh, pakailah yang berwarna cerah jika menunggang pada waktu malam. Bagi senang pemandu dan penunggang yang lain nampak kita. Kalau boleh juga, kita duduk di atas baju kita bagi mengelakkan ianya terbang-terbang dan terangkat dan terseksi. Walaupun baju kurung, kita pastikan baju kita tak terangkat semasa kita sedang memecut laju ye. Pemakaian jaket juga adalah efektif dan masukkan tudung ke dalam jaket. Takdelah tudung terselak sampai nampak rambut dan leher kita. Hehehehe. . Pastikan juga kain atau seluar atau jubah tidak mencecah ke rantai dan roda. Naya nanti wo! Helmet pun, carilah yang mengikut spesifikasi. Ingat tau, safety first.

MINYAK

Kepada para wanita, I menyeru sangat-sangat. Tak kira motosikal atau kereta, pastikan kita siap mengisi minyak pada waktu siang. Jangan bahayakan diri mengisi minyak pada waktu malam. Lagi-lagi kalau keseorangan. I sendiri kalau bersama suami mengisi minyak waktu malam I kunci pintu. Takut sangat. Malaysia memang dah tak selamat. Lagi-lagi kalau perjalanan pada waktu malam, isi siap-siap ye. Elakkan dari mengisi minyak pada waktu malam. Sediakan payung sebelum hujan kata orang hehe.

SUNBLOCK

Bila baca memang nampak mudah dan tak berapa nak penting. Sahabat-sahabat, pakailah sunblock kalau kita nak keluar rumah. Lagi-lagi menaiki motosikal, memang kita terdedah sangat-sangat dengan sunlight yang tak berapa nak sihat ni. Kita perlu berhati-hati ye. Cahaya mentari sekarang merbahaya dan boleh menyebabkan Kanser Kulit. Lindung kulit kita dengan sunblock. Kot lah malas nak pakai handsocks sampai ke hujung jari nanti susah nak press gear at least, sunblock dapat bantu sikit-sikit. Pakailah di permukaan kulit kita yang terdedah. In shaa Allah...

Dan akhir sekali, tawakal lah kita dengan perjalanan kita semoga dilindungi Allah. Jangan lupa doa naik kenderaan ye. Jangan lupa juga doa pendinding diri dari segala musibah dan kecelakaan. Semoga kita mengambil langkah berjaga-jaga supaya kita tidak berasa ralat sekiranya terjadi apa-apa perkara yang tidak diingini. In shaa Allah.

Sekian tips pada hari ini. Kita ketemu di lain waktu dalam blog yang sama hanya penulisan yang lain.

Akak ni dah berusaha sehabis baik, semoga Allah bantu lagi akak ni untuk perbaiki.
Amiiiinn...
P.s. Tips ini adalah dari I dan untuk ingatan I sendiri juga. Jikalau ada sebarang penambahbaikan dipersilakan :)

Tuesday, May 3, 2016

#throwback - Warga JKRNS Ke Alor Setar

Ini dikatakan throwback teruk! Dah dekat setengah tahun, sekarang baru nak throwback kursus ke Alor Setar pulak. Anjuran Bahagian Pengurusan Korporat. Kali ni takde berkaitan dengan pentadbiran, kali ni berkaitan dengan Sistem Latihan pulak. Macam-macam haih. Ikutkan aje, tiba-tiba nama naik dan diwajibkan menyertai. Ok, I layankan jugak. Hehehehehe. Berjalan nombor satu!

Selamat datang ke Negeri Kedah
Kursus ni paling sempoi. Gerak pagi pada 08 Disember 2015 dan terus sampai di Alor Setar jam 3.00 pm terus check-in dan terus mulakan kelas. Hari pertama kami berkursus sampailah ke malam. Banyak ilmu berjaya ditimba hehe. Mungkin kerana I tak menguruskan Bahagian Latihan, agak blur I dengan slide yang dibentang. Lepas break untuk Solat Maghbrib, kami meneruskan lagi kelas sehingga jam 10.00 malam. Memang balik terus tertidur. Penat.... Perjalanan dah hampir seharian.

Pertama kali makan dekat R&R Gurun. Alhamdulillah, bolehlah tekak ni telan :)
Takkanlah tak selfie - BFF sepanjang 3 hari ni hihi
Fokus, walaupun I tak berapa faham topik... Lama-lama baru ok
-__-
Hari kedua, yang ni best sikit lah. Dapat merayau ke Padang Besar. Di hotel, room mate I ialah Kak Midah. Di luar, geng berjimba I ialah Fira dan Sasha. Hahahaha memang havoc! Bergambor je keje. Lagi-lagi memasing dah peghak dapat beli monopod yang ada siap shutter punya punat hahahaha. Oh ye, di Padang Besar siap jumpa Hafsah yang sama geng JKR. Bukan main ko berjalan Besah woi. Hehe. Lepas habis pusing Padang Besar, kami ke Pekan Rabu pulak. Haiyaaaaaa! Dekat sini macam-macam I beli. Dekat Padang Besar ciput je barang I. Dekat Pekan Rabu yang paling berbondong I lah. Macam-macam jenis makan I beli untuk family di Seremban hihihi.
Alahai dak debab ni hahahaha
Geng jimba - Fira dan Sasha. I lap u ols!
Kemain mami jarum sangat nak beli emas! Kekeekke
Macam-macam ada ok.
Cashew nuts mak mentua kirim hihihi
Chett, dekat sini pun ada damage dekat I. Sabo... sabo...
Makan sambil testing monopod sambil wefie. 3 in 1. 
Takyah terpedaya, air milo ais je wey. Bekas buat mahal. Menyesal aku RM4 hahaha
Jumpa jugak orang JKR dari Seremban. Takde tempat lain ek Besah? Hahahahhahahaha
Dekat Pekan Rabu ni memang meriah I shopping. Compared to Padang Besar tadi :)
Pada malam kedua, diadakan makan malam bersama pegawai kami. Disertai dengan penyampaian sijil kursus. Dengan makan malamnya, dengan bergambarnya, sampai dekat nak 10.00 pm jugak. Lepas je majlis terus I berkemas untuk pulang esok.

Geng kerusus hehe
Geng kerusus gegerl-gegerl ajeee. Terasa muda I ols!
Senang je perjalanan kali ni kan? Tak complicated langsung. Inilah tahun terakhir akan berkursus ke luar. In shaa Allah kalau ada rezeki lagi boleh berkursus ke luar lagi. Tapi, ada ke lagi? Itulah persoalannya hehehehe.

Terima kasih Bahagian Pengurusan Korporat