Nuffnang Ads

Showing posts with label Tioman 2015. Show all posts
Showing posts with label Tioman 2015. Show all posts

Saturday, January 9, 2016

#kamiketioman2015 - Hari 3

Sedih, hari paling tak syiok dalam sejarah. Kena balik semula ke alam realiti. Cuti sudah habis bro. Kenalah back to the same old you. Pagi, bangun dengan muka toya sambil tengok laut dari dalam bilik, dengan harapan, bila lah nak datang sini lagi. Tempat terbaik selepas Laguna Redang. Sungguh I betul-betul recommend tempat ni untuk mereka yang nak vacation dan honeymoon. Kalau office trip tak berapa sesuai. Pantainya seciput hehehe. 

Selepas breakfast, terus naik bot Wak semula untuk ke jeti di Kampung Ayer Batang. Dan tunggu feri datang untuk mengambil kami untuk dibawa ke Jeti Mersing. Sempat lagi bergambar, hokey!

Mak oih, tough betul badan I berketul-ketul. Abaikan! haha
Kemain rambut ko bang mengurai. Yang belakang tu tengah buat video clip kot ekekekeke
See, bad haze :(
Bad haze lagi, tak silap waktu ni bacaan IPU dah 90++ kot
KAMI semua #kakikokey dan #raremak hahaha
Sampai di Jeti Mersing terus kami menapak semula ke kedai mamak yang kami breakfast 2 hari lepas. Makan tenghari pulak dekat situ. Sebelum meneruskan perjalanan ke Perhentian Bas Mersing untuk balik ke KL. Syukur juga, perjalanan kami disingkatkan beberapa jam. Bas yang kami naiki melalui jalan Kuala Pilah dapatlah I dan Sayang turun di Senawang. Kalau tak, sampai KL wo!

Promote sikit, popccorn sedap mata memandang, sedap lagi mulut mengunyah ini khas dari Seremban heeee
I nak review berkenaan dengan keseluruhan vacation pada kali ni. Sempoi. Takde terkejar langsung. Smooth aje perjalanan dari beli tiket sampailah balik semula ke pangkuan Mumu hehehehe. Resort yang kami duduk memang terbaik. Harga resort memang berbaloi. Makanan ok dan sempoi. Nak makanan sesedap sangat pegi masak sendiri. Bagi I, semuanya ok. Feri pun cantik dan bersih. Jeti Mersing pun ok. Patutlah orang suka ke Pulau Tioman. Cuma keadaan cuaca yang sangat sangat sangat tidak mengizinkan. Jerebu memang teruk sangat menghantui Malaysia tahun lepas kan. Menang terbatuk-batuk I jugak dengan keadaan macam tu...

Panuba Inn Resort pun, wow sangat! Jangan takut pasal kena naik bot kecik dekat Jeti Kampung Ayer Batang tu. Sebenarnya resort ada jeti sendiri tapi dalam pembinaan semula sebab dipukul ombak. Tak percaya Google sendiri. Normally, diorang hantar ke resort terus. Eh, overall memang baguslah resort ni. Nanti sila survey harga sendiri ye.

Keseluruhan dari vacation ini, best dan sempoi. Memang I akan kembali lagi ke kawasan lain di Pulau Tioman jugak. In shaa Allah, soon. Dan tahun ni, tunggu pulak cerita Krabi ye. Yay!

Tima kaceh Ayah Mama jemput we ols hihihihi!

#kamiketioman2015 - Hari 2

Oh yeah! Hari ni memang I simpan baik-baik telefon dalam beg. Sorry beb, serik kot telefon masuk air sampai tak function. Sampai terbeli 5S. Kalau 5S pun masuk air, takkan nak selamat pakai 6S pulak. Ops! Gambar pada hari kedua ini adalah sepenuhnya dari SJcam yang banyak menabur bakti kepada I dan Sayang. Hihihi.

Hari kedua ni, habis je breakfast terus kami berlarian naik ke bot untuk pergi snorkeling trip. Memang habis penuh satu bot tu kitorang je. Tak dapat nak campur dengan family lain. Lagi senang nak manage waktu, senang nak tangkap gambar tak payah elak-elak orang lain,senang nak tinggal barang dan senang nak borak kuat-kuat. Hahahahahaha.

Amekau, sekapal terus haha
Like, seriously, I memang sumpah tak ingat port mana yang abang bot ni bawak, I cuma ingat dia bawak ke 2 spot snorkeling dan, marvelous. Korang, tak pernah pegi Tioman kan? Pegi lah... Rugi tak tengok tempat lawa dekat Malaysia ni. Kalau tak caya, layan je lah gegambar ye. Malas nak cakap banyak.

Lupa nak cakap, kawasan perairan Pulau Tioman ni banyak obor-obor tau. 
Tak tau apa tujuan tangkap gambar macam ni nak kata kejor ikan tade pun ikannya hahahaha
Salah satu pemandangan cantik... Subhanallah
Syukur, ada rezeki Sayang dapat pegang penyu :) Alhamdulillah, I pun dapat tengok penyu real dalam air hihihi
Kaki kecik tu ialah kaki Kayla, dan brader tu lah guide dari bot lain yang berjaya dapatkan penyu tuh
Abang Rockstar dan penyu hihihi
Eh, tak taulah nak kabor cantik macam mana. Pegi tengok sendirilah hahahaha
Selepas puas snorkeling, kami dibawa ke Kampung Salang untuk menikmati makan tengahari. Sempat lah masuk ke food court, jalan keliling kampung dan menziarahi biawak komodo yang bawak berkeliaran. Adoiiiii! Besor wey! Kami makan-makan dan tangkap gambar sikit dan beli daun terup untuk main malam nanti semuanya di Kampung Salang sebelum meneruskan snorkeling trip ke 2 lagi tempat. Subhanallah, terpegun lagi I. Lagi buat I tak sabar nak ada lesen dive. Huaaaa! Saborr...

Bagi chance la Abang bas dengan Putt pulak bergambor hehehe
Petangnya, kami sampai semula di resort dalam jam 4.00 pm dan terus bermandi-manda berehat kejap dan terus bersiap keluar. Come on! Bercuti duduk bilik tu honeymoon namanya. I memang nak berjimba ramba. Hehehehe. Petang tu kami keluar semula lepas dah wangi-wangi, cantik-cantik sikit rupa dari masa snorkeling tadi. Haha! Apa lagi, sesi bergambar pun mulalah. Dah tak berdaya nak melawan arus laut lagi. Kita layan angin pulak. Memang jerebu ni kasi spoil wa punya mood. Tak dapat tengok hijaunya laut, birunya awan dan sayupnya lautan terbentang luas. Akan tetapi, itu langsung tidak menghalang sesi bergambar sampai habis memori. Cis!

Time ni cerah lagi sebab tu gambar clear je
Alalalalalala!~
Alalalalala!~ Nak gakkkk
Yang sebelah I tu Mimi nama dia. Single lagi hehe
Sorry, aksi terlampau sikit di depan tu
Haaaa, nampak tak Panuba tu :D
Yessss, gambar ni pun I nampak hensem
Sebenarnya, belambak lagi, tapi takut muntah pulak satu post 100 gambar ekekekeke
Time ni dah nak Maghrib, tu dah kabuurrrr
Malamnya, selepas makan malam, layan konsert AF minggu keberapa entah, kami terus melepak dekat jeti. Sambil makan-makan, gelak-gelak, layan kucing, main daun terup suka-suka dan berborak kosong. Masa tu lah macam-macam isu dunia keluar. Alhamdulillah, kitorang adalah keluarga yang sporting. Best sangat moment ni... Sampai bila-bila I akan ingat.... Sedih rasa esoknya dah nak balik. Huaaaaaaaaaaaaaaaaa~

Yeahhhh, gambar selepas dinner. Tu semua tersadai :D

#kamiketioman2015 - Hari 1

*Ini ialah post throwback, setelah 4 bulan... hehehehe


Macam biasa, naik bas je lah. Dari TBS BTS ke Mersing. Nasib baik beli tiket awal. Kalau tak, kena menapak ke Mersing hahaha joking! Actually, tarikh bertolak ke Mersing ialah pada 12.09.2015 pada jam 11.30 pm. Sampai betul-betul di Perhentian Bas Mersing pada keesokan paginya jam 5.45 am. Dengan kekuatan hati yang ada, terus kami menapak ke kedai mamak yang berhampiran untuk makan pagi. Ikutkan organizer, iaitu, Nuin, kami perlu berada di Jeti Mersing pada jam 8.00 am untuk menaiki feri pulak. Dalam keadaan yang berjerebu tu, kami bergerak ke Pulau Tioman pada jam 9.00 am. Jom follow I dan Sayang, Nuin sekeluarga, Kak CT dan Abg Rockstar, Putt dan Abang Bas dan Kecik sekeluarga dalam adventure kami di Pulau Tioman. Kemain!

Dari Stesen Senawang ke Bandar Tasik Selatan
Breakfast lah dulu...  
Boarding Pass ade warna-warna tau melambangkan feri mana yang kita boleh naik
Lupa nak perkenalkan, tempat yang kami duduk di Pulau Tioman ialah Panuba Inn Resort. Alhamdulillah, jam 11.00 am kami pun transit di Jeti Kampung Ayer Batang sebelum satu bot kecil datang menjemput kami untuk terus ke resort. Perjalanan menaiki bot kecil tu memang sangat mencabar hahaha tapi I suka! Bestnyeeeeeeeeeee kena pukul dengan ombak. Kak CT sampai grip tangan I lah! Siannn hahaha. 3 kali trip jugak Wak, pemandu bot kena ambil kitorang.

Nuin dan Kecik sekeluarga
This is PANUBA!
All of us, menu, ikan kerisi hehehehehe
Bilik kitorang betul-betul atas kepala I tu, yang hujung tu hehehe tu je nak tunjuk!
Macam biasalah kan, waktu check in yang standard ialah jam 2.00 pm. Kalau dah tiba awal, confirm la kena tunggu. Makan tengahari ada disediakan. Apa lagi! Makan dululah. Lebih kurang jam2.45 pm barulah kami dapat masuk bilik. Perghhh! Macam mana yang u all Google kan, macam tu lah. Seaview sesaja! Disebabkan cuaca jerebu tu macam spoil sikit la jiwa I nak snap gambar bebanyak. Memang selesa. Sumpah tak tipu. Highly recommended. Hari pertama ni memang aktiviti sesendiri je. So, hari pertama je I dah terjun. Mana boleh tahan beb! Laut tuh. Gila kalau tak terjun.

View dari dalam bilik
Rasa ensem plak I posing gitu
Jerebe menghantui sangat... hurmmmm
Depan resort pun dah dapat view macam ni
Serious tak tipu... baek punyeee
Abang Bas dan equipmentnya nak pegi bagi ikan makan haha 
Diorang tak turun pun yang terejal I je kot hahahaha oh ye, Nuin sekali :D
Kesan jeti yang dipukul angin kuat
Nampak tu Abang Bas dikelilingi ikan... Fish therapy hehehe
Malam tu macam biasa, selepas makan malam, kami bercanda tepi laut, menikmati angin laut sambil berborak-borak. Melepas rindu sesama sendiri namanya. Apa barang pegi vacation duduk dalam bilik kan hihihihi. Kami masuk ke bilik pun dah hampir jam 2.00 am. Esok nak bangun awal, ada snorkeling trip. Heheheh.