Nuffnang Ads

Showing posts with label FizNie. Show all posts
Showing posts with label FizNie. Show all posts

Wednesday, June 28, 2017

Viral Fever Pada Bayi

Viral Fever @ Demam Virus memang sangat popular kebelakangan ni. Tak ketinggalan Juah pun pernah dijangkiti. Sedihnya I masa tu sebab Juah sampai masuk wad. Suhu demam terlampau tinggi dan platelet merosot teruk. Masa tu emosi I pun drop habis. Tak tentu arah pun ada bila tengok anak yang selama ni aktif macam ulat bulu jadi diam tak bermaya. Pengalaman pertama I ni. Jom tengok apa yang Juah dah lalui sepanjang dijangkiti Viral Fever jahat ni..

24/3/2017 (Hari Jumaat)
Demam panas Juah bermula. Panas yang terus high. Bukan dedar lagi dah. Terus mulakan PCM untuk Juah setiap 4 jam. Demam turun lepas makan PCM. Bila dah nak habis dose terus panas sangat balik badan Juah.

25/3/2017 (Hari Sabtu)
Cancel semua plan nak bawak Juah berjalan. Badan Juah masih panas lagi. Terus bawa ke KPJ, Seremban. Juah was diagnosed with Viral Fever sebab doktor kata panasnya naik terus. Doktor bekalkan PCM 2.2ml dan Cataflam untuk tekak Juah yang makin merah. Kalau masih demam panas pada 27/3/2017 (Hari Isnin), doktor arahkan terus ke hospital semula untuk ujian darah dan mula antibiotik. Allahuakbar.

26/3/2017 (Hari Ahad)
Suhu masih panas. Ibu sedih. Ayah kerja tak keruan. Juah merengek tak selesa. Hanya Allah tau kesakitan yang Juah tengah tanggung sekarang. 1 supp telah dimasukkan ke punggung Juah untuk menurunkan panas badan.

27/3/2017 (Hari Isnin)
Ibu pergi kerja dengan berat hati. Dalam jam 9.30 am terus ajak Ayah ke KPJ untuk check dengan Dr. Syed Jeffrizal tentang keadaan Juah. Juah betul nampak tak selesa dengan demam panas ni. Jumpa Dr. Syed di depan pintu klinik, tak sempat masuk bilik terus doktor arahkan buat ujian darah. Sementara tunggu ujian darah, Ibu dan Ayah bawak Juah balik untuk mandi dan tukar baju disamping bawak sedikit barangan keperluan Juah. In case if admitted. Ya Allah.. Instinct seorang Ibu memang selalu betul. Platelet Juah dah drop dari Normal Range. Demam panas. Alhamdulillah, ujian Denggi adalah Non-Reactive. Syukur. 

Pertama kali Juah dimasukkan ke Wad Sri Tanjung. Pertama kali juga Juah akan disetkan line untuk masuk air dan ubat. Meraung dan menangis sampai Ibu yang sedih. Akhirnya, Ayah suruh Ibu balik untuk ambil barang keperluan untuk tidur di wad dan bila Ibu sampai je di wad tengok dah ada line. Kata Ayah, doktor sendiri yang buat. Susah jugak nak cari uratnya. 4 kali cucuk. Takpe anak, untuk kesihatan kita kena kuat. 

Antara penerangan doktor, Viral Fever ni boleh menyebabkan 4 penyakit :

1. Denggi
2. Kencing Tikus
3. Urinary Tract Infection (UTI)
4. Viral Fever sahaja

Hari ni, Juah mula masuk air dan antibiotik. Nampak normal dan mudah setakat ni. Cuma nak mandikan dan nak membasuh poopoo susah sikit dengan tangan berbalut tu. Malamnya, Juah terus bertukar ke Wad Sri Angkasa, yang memang wad khas untuk kanak-kanak.

Hari pertama Juah di wad dan Ibu terus maklumkan pada pegawai di pejabat untuk bercuti sehingga Juah discharged. Alhamdulillah, pegawai di pejabat memberi kebenaran.

Kesian anak Ibu, masa ni baru lepas nanges sebab amik darah :(
Pertama kali masuk wad...

Baru sudah nanges sebab set line...
28/3/2017 (Hari Selasa)
Hari ni Juah masih diberikan ubat demam. tapi dah dikurangkan ke 8 jam. Sebabkan Juah dah dimasukkan antibiotik, najis Juah makin cair dan kerap. Juah nak minum susu je, makan langsung tak mau. Takpe, asalkan Perut terisi. Kali ni Ibu dan Ayah pasrah, mulakan bagi Juah makan Farley's Rusk yang pada mulanya kami memang tak membenarkan makanan yang diproses untuk Juah. Risaukan keadaan perut Juah yang tak berisi makanan, kami beli segala yang Juah suka termasuk Pisang.

Macam biasa, waktu pagi ialah waktu doktor akan round ward dan doktor ada advise untuk buat ujian darah pada keesokan hari, 29/3/2017 (Hari Rabu) selang sehari kerana kesiankan kalau bayi diambil darah setiap hari. Ibu dan Ayah menurut saja cadangan doktor dengan penuh tawakal. Doktor juga memaklumkan bahawa Juah bukan dijangkiti Kencing Tikus dan UTI diatas ujian yang dilakukan.

Hari kedua di wad ni juga dah nampak ruam mula naik pada badan dan muka Juah. Menurut pengalaman doktor, kemungkinan ruam di badan Juah hanya disebabkan oleh demam virus sahaja sebab kalau Denggi, ruamnya adalah seluruh badan. Insha Allah, Ibu dan Ayah hanya mampu bertawakal kepada Allah di samping menyerahkan segalanya agar Allah sembuhkan Juah.

Drip
Rashes


29/3/2017 (Hari Rabu)
Ruam di badan Juah makin berkurangan. Demam pun makin berkurangam. Ubat demam dah stop. Cirit birit makin menjadi-jadi. Sampai habis cadar kena tukar. kata doktor sebab antibiotik yang dimasukkan dan badan Juah react macam tu. Drip pun masih berjalan. Hari ini ialah hari yang ditunggu, ujian darah akan dilakukan untuk melihat keadaan sebenar. 

Antara dua : Denggi atau Viral Fever. 

Ujian darah menunjukkan kesan positif, Denggi ialah Non-Reactive dan platelet count makin menaik walaupun dari 90 ke 101 sahaja, tapi, Alhamdulillah. Doa Ibu dan Ayah untuk Juah tak pernah lekang. Ayah mula bekerja semalam dan harini. Ibu saja yang temankan Juah masa Ayah bekerja. Tapi Ayah macam tak kerja je kejap-kejap naik atas tengok Juah. Hehehehe.

Terima kasih Mama Nana datang lawat Juah dan bagi support. Kami perlukan doa dari Mama juga. Terima kasih Jugak Pak Long Boy datang tengok Juah dan terangkan bilik hehehe. Ibu Ayah suka gelap-gelap senang tidurkan Juah. 

Ujian darah selanjutnya ialah pada Hari Jumaat.

Rashes dah nak hilang
30/3/2017 (Hari Khamis)
Progress Juah makin baik. Rashes dah takde, demam pun dah takde, Cuma cirit birit saja yang masih berleluasa. Alahai kesian anak Ibu. Tapi harini Juah kuat sangat. Tenaga dan suaranya dah macam masa sebelum sakit. Hihihi. Syukur Alhamdulillah. Allah izinkan penyembuhan Juah. Makan Farley's Rusk pun makin banyak. Amboi.

Hari ni gagah jugak Ibu balik ke rumah lepas Ayah habis kerja. Selepas 3 hari tak balik. Fuh... Itu pun rasa tak puas hati takut Ayah tak jaga Juah elok-elok. Hehehehe sindrom mak-mak. Ayah dah mula bawak Juah berjalan sana sini turun bawah semua. Bagi ambik udara sikit asyik terperap je dalam bilik. 

Yang tak best ialah, setiap kali masuk antibiotik mesti Juah akan menangis. Pedih ubat tu, masuk melalui drip, nurse akan inject menggunakan syringe. Sabar ye anak.. Ujian untuk kita.

LOVE 
Dah sihat Alhamdulillah
1/4/2017 (Hari Jumaat)
Hari yang dinantikan. Antibiotik terakhir pada waktu pagi. Ujian darah pun akan dibuat. Keputusan ujian darah sangat excellent! Platelet count naik dari 90 ke 101 dan terus ke 242! Wow!! Normal range ialah 150-666. Syukur Ya Allah! Yang paling best, Juah boleh discharged. Walaupun dapat balik, Juah tetap kena habiskan antibiotik makan lagi 3 hari. 

Hari Jumaat yang indah ni, Juah dapat discharged dengan result darah yang baik sangat. Sempat lagi tunggu Ayah habis kerja jam 2.00 pm untuk balik sekali. Happy sangat Ibu dan Ayah dan yang paling happy mestilah Juah. Terlompat-lompat anak Ibu dalam kereta ye. Ingat sikit ye Sayang, cirit tu masih ada. Hehehehehe.

Bulat matanya!
Antara perkara yang memberi kesan dekat Juah ialah :

1. Tidur dah tak perlukan buaian 100% Alhamdulillah sangat-sangat! Sepanjang berada di wad, tepuk-tepuk je tidur. Tak perlu henjut lagi. Pernah Ayah dia cuba masukkan dalam buaian, berpusing-pusing dia takmau tidur. Hehehehe.

2. Poopoo Juah makin cemerlang. Sebelum ni tak dinafikan, memang keras sedikit la poopoo tu. Tapi lepas kejadian ni, Juah nampak senang membuang. Sehari pernah sampai 3 kali tapi 2 kali ke sekali dan lembik tu sangatlah normal. Memang bagus sangat-sangat!

3. Terima kasih Tok Wan, Opah, Uwan, Opah Chu, Mama Nana, Pak Long Boy, Ummi Alin dan Auntie Yati sebab datang melawat Juah di wad. Terima kasih jugak atas doa yang dikirimkan untuk kesembuhan Juah. Allah jua yang membalasnya nanti. 

4. Sepanjang di wad, Allah izinkan Ibu dan Ayah mengerjakan solat sunat yang selama ni waktu bekerja jarang dapat dikerjakan. Syukur syukur syukur Allah dengar doa kami ini hambaMu yang lemah lagi hina. Rasa tenang sangat dan mudah sangat semuanya.

5. Dr. Syed Jeffrizal dari KPJ Seremban Specialist Hospital telah menunjukkan komitmen yang cemerlang dalam memberikan servis yang terbaik. Tak salah lagi sebab Dr. Syed merupakan doktor pilihan di kalangan kawan-kawan rapat I jugak. Allah jua yang membalas semua jasa doktor dan semoga doktor dan keluarga dipermudahkan semua urusan. Untuk yang berada di Seremban, I memang recommend Dr. Syed ye. Yang pernah berurusan dengan Dr. Syed je tau macam mana berhemahnya Dr. Syed melayan patient yang memang kanak-kanak ribena. Hehehehe.

6. Terima kasih semua staff nurse di Wad Sri Tanjung dan Wad Sri Angkasa yang sangat baik dan cute belaka. Doakan supaya Aisyah Hani terus sihat ye kakak-kakak dan auntie semua. 

7. Peringatan untuk semua ibubapa, yang dah beranak ramai atau baru beranak sorang. Follow your instinct. Kalau anak tak sihat, pantau selalu. Tak dinafikan, I dan Sayang memang tidur-tidur ayam je sepanjang 2 minggu ni. Tidur boleh Qada, anak...? 

8.Yang penting juga, simpan thermometer dekat rumah. Kalau boleh yang tembak telinga. Ready juga PCM dan ubat Supp (masuk punggung) untuk kegunaan masa kecemasan ye. Selalu pantau suhu anak bila lepas bagi ubat dan bila dose ubat dah nak habis.

9. Power of Doa :) Berdoa, berzikir, berharap hanya pada Allah. Ubatan dan rawatan adalah usaha kita untuk menyembuhkan anak, dengan doa dan pengharapan yang penuh kepada Allah jualah dapat menguatkan lagi tawakal dan keredhaan atas segala ujian yang sedang dihadapi. Yakinlah dengan doa kita. Mohon lah doa sebanyak yang dapat. Masa makan, masa duduk duduk, masa uruskan anak, masa nak tidur, masa rasa nak main telefon dan semestinya masa kita penuh rasa down. Insha Allah.

10. Biasa kalau bayi demam memang dia taknak makan apa-apa. Bagi lah bubur sedap ke apa-apa memang dia luah punye. Cari inisiatif kalau boleh jangan biarkan anak berlapar. Dalam kes ini, Juah dah berusia 10 bulan, memang hebat tahap pemakannya. Sebab tu I bagi juga Farley's Rusk lembikkan dan suap. Kalau taknak, cuba patah-patahkan dan suap. Nanti anak akan tidur bersambung-sambung sampai 4 ke 5 jam. Kejutkan dan bagi susu pada anak ye. Kesian dia nanti. Kita pun kelaparan kalau tak makan dan tak minum apatah lagi budak yang tak reti bercakap.

Wednesday, May 24, 2017

Assalamualaikum

Hello! Masya Allah lama betul I tak bersiaran, bersembang, mencurahkan cerita, bergosip (oops!) dan berseloroh dekat sini. My baby bloggggg, I MISS U! Sumpah rindu nak menaip macam-macam weh. Semua dalam kepala, dalam notes dekat fon dan picture gallery. Simpan dan pendam je sebab kesuntukan masa dengan segala tugas hakiki sebagai Hamba Allah di bumi yang sementara ini. I sengaja nak petik satu potong ayat dari salah seorang ustazah di dalam whatsapp group yang I join...

"...jangan kita fitnah anak kita sebagai punca susahnya kita nak beribadat.."

Macam gitulah bunyi ayatnya sebelum I clear conversation. Astaghfirullah, banyak betul dosa I selama ni. Selepas pintu hati I diusik dengan perkara yang macam ni baru lah I cari jalan untuk mengerjakan jugak solat walaupun Juah tak tidur. Hehehe. Alhamdulillah, sekarang dah makin mudah I nak buat kerja macam-macam walaupun sambil jaga Juah. 

I bukannya rindu nak menaip blog aje, tapi I rindukan jugak moment nak blog-walking sambil melihat-lihat keindahan blog orang lain. Gila tak rindu! Sesuatu yang I paling suka ialah membaca. Entah, rasa puas bila dapat membaca. To be honest, 2 buah novel yang I tengah baca sejak 2016 pun belum sudah habis lagi hahahaha. Ber'bookmark' aje. Untuk waktu ini, blog yang menjadi kegemaran I ialah..

Menyajikan kekisah seseram. Hihihi. Ada yang seram, ada yang hambar, ada juga yang fiksyen semata-semata dan paling banyak ialah pengalaman sebenar diri sendiri dan relatives. Yang penting, iman kena kuat :)

Sila baca blog ni kalau nak motivasi diri. Confession dari pengalaman sebenar. Menarik sangat bila tau yang perjalanan hidup kita lain-lain setiap orang rupanya. 

Sebenarnya, dah ada dua tiga post yang masih draf dalam list I ni tapi belum dapat nak publish lagi. Kena selongkar balik gambar-gambar yang berkenaan. Banyak sangat I nak cerita ni, dari hal makanan pertama Juah, Juah masuk ward, Juah mandi laut, mandi sungei sampeylah Juah dah pandai tepuk tangan dan berlari dalam walker. Gitewwwww!~

Sebelum terlupa, I tengah giat mencari idea untuk birthday party Juah yang PERTAMA. Yayy! Juah Ibu dah setahun weyh. Nak buat sekali dengan Tok Wan dan Tok Bah dia. Kecil-kecilan sahaja untuk keluarga terdekat. Insha Allah. Doakan kejayaan I nak buat kek anak I ye. Camne pun, pejam celik je dah dekat setahun I berjaya menjadi seorang Ibu :) feels like crying pulak bila sebut macam ni....

Ok tu je lah nak report untuk hari ni. Nak jugak wish, SELAMAT HARI IBU untuk semua yang bergelar IBU, MAMA, MUMMY, MOM, BONDA, UMMI, EMAK. Semoga sentiasa dibawah keredhaan Allah selalu. Amin..

So, belanja satu gambar Juah dah besar jap :)

Alah! Melting nye Ibu....
Si cantik manis outing dengan Ibu <3
Gigi dah nak masuk 6 batang tau! Kuat menggigit hehehehe
Big girl already 

Thursday, November 10, 2016

Juah - 5 Bulan

Yay! A month to go before Juah boleh start her first solid food. She's getting bigger and smarter now. Anak Ibu dah kuat dan bijak dan bertambah ngade-ngade nak merap dekat Ibu Ayah je hihihihi. Kali ni I nak cerita perihal anak dara sorang yang manja dan comel ni sepanjang usia nak mencapai 5 bulan. Kali ni, for sure, takde yang menyakitkan kepala. Makin besar anak, makin bijak dan makin mudah diuruskan.

At this age, Juah masih lagi muat baju masa usia 3 bulan tapi ada sesetengah baju I dah asingkan sebab dah sendat sangat especially yang newborn punye. Thank you lagi sekali Salalyn dan Satasah. Memang banyak sangat baju Juah. Seluar pun banyak yang dah sendat. Lepas ni I akan adakan upacara mengasingkan dan menyimpan elok-elok yang dah tak muat semuanya tu. Alhamdulillah, lama jugak Juah pakai memandangkan Juah sejenis yang petite dan tak besor mana macam Ibu dan Ayahnya. Hihihi.

Sumber dari Google.
Kesinambungan dari episod Juah - 4 Bulan kali ni I nak cerita perihal si cantik manis baik hati sopan santun dan comel manja ecececehhhh, puji anak sendiri hahahaha!

Vaccination - bulan kelima ini I decide to go for vaccination pada 28.10.2016 (tepat Juah 5 bulan) sebab hari Jumaat. Dalam perancangan, if anything, Juah demam, Ibu cuti Sabtu dan Ahad boleh bagi perhatian dan kasih sayang sepenuhnya untuk Juah. Alhamdulillah, dedar semalaman dan esoknya berkurangan. Paling tinggi suhu ialah 37.0 degrees.

Poo Poo - Tak pasti dengan bayi-bayi yang lain, tapi, lately Juah hanya poopoo selang sehari. I agak risau dan panik mulanya. Lama-lama jadi kebiasaan dan tak berapa risau. Dalam pembacaan I, bayi yang minum susu formula perlu diambil berat berkenaan dengan poopoo. Takut sembelit atau cirit birit. So far, under control, poopoo cantik dan tak keras.

Susu Formula - masih menggunakan Anmum Infacare dan semakin banyak menyusu anak Ibu ni. Sekali menyusu boleh sampai ke 6 ke 7 oz. Wow!

Diapers - dalam usia 5 bulan ni Juah dah banyak menyusu. Maknanya diapers pun kerap berat. Sebelum ni, satu diaper saja dipakai malam sehingga jam 6 am dan ditukar, sekarang, jam 10 pm perlu diaper baru dan jam 6 am tukar jugak. Berat diaper anak Ibu..

Aktiviti - selama ni apa yang Juah buat masa dapat toy dia akan masukkan dalam mulut aje. Sekarang, Juah dah pandai gigit-gigit dan hentakkan toy dia. Kalau riba dekat dengan meja makan memang Juah akan bergendang la hehehehe. Juah pun dah pandai keluarkan 'cupi' dari mulut dan masukkan balik. Comel kan?!

Meniarap - Alhamdulillah, 18 Oktober yang lepas Juah berjaya pusingkan badan sepenuhnya. Walaupun tangan masih belum lepas tapi setiap kali baring Juah akan buat percubaan hehehe. Bila dah mula masuk 5 bulan, bukan main galak Juah buat aksi Superman dia. Takpe sayang, slow-slow...

Duduk - ye, I dalam proses nak beli Bumbo Seat untuk baby yang masih belum boleh duduk ni. Untuk support belakang Juah dan memudahkan Opah nak bagi Juah makan nanti. I bertawakal, beli yang preloved di aplikasi Carousell saja. Semoga dipermudahkan..... Amiiinn.

Makan - haip! Belum lagi :) mengikut advice pakar pada usia 6 bulan baru boleh bagi Juah makan itupun yang cair-cair saja. Takut perut baby terkejut. For the time being, I sedang giat mencari menu dan cara penyediaan makanan untuk baby. Banyak gila dah I saved dalam FB dan blog-blog yang berkenaan. Ada entri khas jugak I buat berkenaan persediaan ni. Boleh baca dekat SINI.

Social life - social sangat hahahhaa! Hello, makin besor makin Juah kenal orang keliling. I bawak Juah ke kenduri Iqa, kazen Juah jugak le ni, menangis dan berair-air mata dia. Amboihhh. Bila I bawak dia di satu sudut dan main-main dengan Juah baru dia ok. Hurmmmmmm!~

Berat - so far, Alhamdulillah tumbesaran baby berjalan dengan baik. Setakat 28.10.2016 dah mencapat 6.12 kg dah anak Ibu ayang anje gunung intan payung ni. Bahahaha sorry, tertimang!

Tidur - pattern tidur Juah dah berbeza sikit. Sebelum ni, Juah akan tidur selepas Maghrib dan bangun sekitar jam 2.00 am untuk menyusu dan tidur semula dan bangun jam 6.00 am ke 7.00 am. Kali ni, Juah akan tidur dalam setengah jam selepas Maghrib dan bermain-main dan akan tidur balik lebih kurang jam 11.00 pm. Wow!~ Sakit mata Ibu tahan mata kadang tu. Ada sekali tu I tidurkan Juah dalam buai dari jam 11.00 pm sampai ke 4.45 am, ya Allah! Menyesal sangat I tertidur lena macam tu... Ibu takkan buat macam tu lagi Sayang, serious Ibu menyesal... Kesian anak Ibu tidur berjam-jam dalam keadaan buai masih berhenjut :(

Menyembur - Bukan je dah pandai angkat kaki tinggi-tinggi, malah, pandai sembur-sembur air liur dia tau. Bukan main kuat lagi semburan dia tu. Cute gila bila dia Juah buat tapi I harap Juah tak buat bile orang lain dukung dia nanti kuyup pulak muahahaha.

Senyum - eh, like seriously! Bila I halakan telefon ke muka Juah untuk snap gambar, dia akan tersenyum. Pandainyeeeeeeeeeeeeee!

So far, itu je perubahan pada bulan kelima ni. I akan update lagi yeah. Memang, ada anak sangat menyeronokkan. Paling best bila tanye Mama, "...Ma, dulu Samani macam ni gak ke masa baby? Suka sembur air liur ek?" dan bermacam-macam soalan lagi, like, "...Ma, dulu Samani menjerit-jerit macam baby tak? Dulu Samani tidur buai tak?" Hihihi.

Seat cover ni ada jual dekat Malaysia tak?
Gambar dari Google.


Monday, October 31, 2016

Warkah Buat Anakku, Hani

Hani,

Sejak hari pertama Ibu melihat wajahmu, Ibu telah pun jatuh hati. Sejak hari pertama Ibu mengendongmu, tertitis jatuh airmata Ibu, telah Allah tuliskan amanah ini untuk Ibu dan Ayah membesarkanmu dengan segala kemampuan yang kami ada. Tubuh kecilmu kami bawa pulang ke pangkuan keluarga yang lain. Meninggalkan semua keserabutan. Di hari pertama itu jugalah, Ibu gementar, berkata-kata kepada diri sendiri, "...bolehkah aku menjadi Ibu yang baik...?" Ibu nekad, walaupun Ibu pertama kali diberi tanggungjawab yang sebesar ini, Ibu akan buktikan pada semua yang Hani akan dibesarkan dan dididik dengan segala rahmat yang Allah turunkan kepada kita.

Sejak hari pertama, memang murah sekali rezekimu, nak. Pelbagai urusan Ibu dan Ayah dipermudahkan Allah, seolah mengerti kegelisahan kami berdua. Namun, mukamu masih lagi berkerut-kerut tanda keresahan, ketidakpuasan hati dan mungkin juga keliru. Jangan risau sayang, Ibu dan Ayah akan sentiasa disisimu. Hani lah lambang cinta agung Ibu dan Ayah. Kita tidak akan dipisahkan, nak, kecuali maut menjemput salah seorang daripada kita bertiga. Janji Ibu dan Ayah, akan pertahankanmu walau apa jua rintangan dan dugaan diluar sana. Janji Ibu dan Ayah, akan sentiasa melindungimu daripada sebarang kejahatan manusia dan syaitan di luar sana. Selagi kami masih bernyawa....

Hani,

Rezeki kami, Allah berikan seorang anak yang cantik rupa paras, penawar hati Ibu dan Ayah yang kesunyian. Rezeki kami, dipermudahkan urusan Ibu dan Ayah menjaga anak yang tidak pernah banyak karenah. Rezeki kami, dianugerahkan satu nyawa yang tidak ternilai dari Allah, sedangkan Ibu dan Ayah tidak mempunyai persediaan yang cukup. Ibu masih lagi ingat, siang malam Ibu dan Ayah menjagamu, agar tidak terjejas dari sebarang kesakitan dan gangguan binatang serta serangga. Allah sentiasa mendengar doa Ibu dan Ayah agar segalanya elok untukmu. Bertuahnya kami berdua, memiliki kebahagian yang tiada galang gantinya. Tak putus-putus doa kesyukuran dari mulut Ibu, sejak Allah amanahkanmu kepada Ibu dan Ayah.

Bukan Ibu dan Ayah saja yang menyambutmu dengan kasih sayang, Uwan, Tok Ba, Opah dan Tok Wan juga bahagia sangat melihatmu, nak. Sehingga ke saat ini, tiada langsung apa-apa yang menyekat kasih sayang mereka kepadamu. Penenang jiwa mereka. Tidak pernah sekali mereka yang menyayangimu itu akan mengasarimu. Tubuh kecilmu mereka belai dan pastikan semuanya baik-baik saja. Allah terbitkan rasa sayang mereka kepadamu untuk menjadikanmu seorang yang lebih kuat dan bahagia, Jangan pernah rasa terpinggir, nak. 

Hani,

Ibu dan Ayahmu tidak semewah mereka yang lain. Kami membesarkanmu dengan segala adanya kami. Kami berusaha sekeras tenaga kami untuk membahagiakanmu dan membesarkanmu. Bukan balasan kemewahan atau kebendaan yang kami minta di masa akan datang darimu, nak. Anakku, cukuplah doa anak yang solehah darimu agar dapat memudahkan segala urusan Ibu dan Ayah di Akhirat kelak. Semoga Allah dengar doa Ibu...

Anakku Hani,

Penawar hati Ibu dan Ayah, cinta hati, madu dan racun, intan dan payung, gunung dan lembah, itulah ibarat dirimu anakku. Segalanya untukmu wahai anak. Bertahun kehadiranmu Ibu tunggu, barulah kini kebahagiaan itu meresapi jiwa Ibu. Segala usaha Ibu terbalas oleh kasih sayang dari Allah. Diberi pinjaman yang sangat berharga ini. Tidak sesekali Ibu akan sia-siakan amanah ini. Tak sabar Ibu nak melihatmu membesar, petah berbicara, bertatih-tatih jalanmu dan terkekek-kekek gelakmu. Setiap hari, kerinduan Ibu padamu hanya Allah tempat Ibu mengadu. Sepanjang hari bekerja, hati Ibu meronta untuk pulang kepadamu. Setiap detik dan saat melihat kebijasanaanmu menjadikan Ibu semakin rindu. Rindu untuk peluk cium, rindu bergurau senda. Besarnya hati Ibu kerna memilikimu, nak. Hebat betul panahan cintamu kepada Ibu.

Ibu sayangkan Hani. Doa Ibu, semoga Allah sentiasa pelihara dan lindungi kita dalam setiap urusan kehidupan kita. Semoga Allah jadikanmu seorang yang berjaya di dunia dan akhirat, dijadikanmu anak yang solehah, kuat aqidahnya, mulia akhlaknya, baik budi bahasanya, sopan perilakunya dan tinggi ilmunya. Semoga Allah sentiasa permudahkan perjalanan hidupmu, nak. Allah, berilah anakku kekuatan dan kesihatan luaran dalaman, zahir batin, rohani dan jasmani. Sungguh, Ibu sayangkan anak Ibu. 

Cukuplah sampai disini bicara Ibu buat Hani. Sesunggunya coretan ini datang dari hati Ibu yang sedang bekerja dan merindui Hani. Ibu akan pulang untukmu, nak. Setiap masa Ibu tatap gambar anak Ibu yang manja. Jangan risau, petang nanti kita gomol-gomol ye, nak. 

Thursday, October 6, 2016

Juah - 4 Bulan, Ibu Ayah Yang Kelam Kelibut

:) 
Sungguh! Memang I sangat-sangat kelam kabut sejak kebelakangan ni. Tapi kalau nak dibandingkan dengan 3 bulan terawal kemunculan Juah dalam hidup I.. kira macam dah ok sikit lah. Lepas dah ada si kecik ni baru I belajar sedikit-sedikit pasal time management. Dan ada a few Dos and Don'ts yang perlu diambil berat dalam kehidupan beranak kecil. Macam-macam ilmu yang I perlu serap bukan saja dari segi penjagaan bayi, keselamatan bayi, penampilan bayi, perkembangan bayi dan juga induced lactation. That's really makes me so kelam kelibut.

Dalam kelam kelibut, I masih lagi dapat bukak satu IG untuk Juah.. Chewah! Feeling anak retis ke? Tapi depa lagi dasat-dasat jauh panggang dari api. Cuma senang nak keep track dia punya perkembangan dan muka dari hari ke sehari. Not really sehari, Seminggu sekali paling least la. Tak salah pun memandangkan Instagram merupakan satu medium media sosial yang paling senang I akses dan paling senang nak maintain. But the Instagram account is for our viewing only, privately, not for public. Nanti Juah dah besor boleh tunjuk dekat dia muka dia masa kecik-kecik hehehe. Eh tapi bestlah ada Instagram untuk baby! I bebas nak upload ape je berkaitan dengan anak I. Seperti biasa, I sangat menjaga dan prihatin dengan perasaan kawan-kawan TTC. Hanya yang pernah melalui paham perasaan mereka. In shaa Allah, sebolehnya I akan menjaga. Doakan I...

Dalam kesibukan I ni suka I nak kongsikan beberapa perkara penting dalam urusan penjagaan bayi daripada pengalaman I sendiri sambungan dari entri Juah - 1 Bulan yang lepas. Bukan cedok dari mana-mana blog atau penulisan ye :)

  • Diapers - Siang I pakaikan Drypers Wee Wee Dry sebab siang Juah sangat aktif dan suka ngelejat-ngelejat. Kadar kekerapan tukar diapers pulak pada waktu siang agak kerap. kadang-kadang poo poo. Malam pulak pilihan I ialah Mamy Poko Extra Dry yang kering dan tahan 12 jam. Tapi bangun pagi cecepat tukar ye. Kesian anak... kadang tu jam 2.00 pun dah ditukarkan dek Ayahnya. Juah dah bertukar ke saiz M. Dah becor anak Ibu ni lah! 

  • Susu Formula - Masih lagi menggunakan Anmum Infacare Langkah 1. Alhamdulillah. Pernah tukar ke Isomil konon-konon masa tu Juah cirit birit tapi tak jalan. Guna Anmum balik baru ok. So kami decide untuk stick to it sahaja. Juah sudah sampai tahap 6oz sekali minum sekarang. 

  • Cucuk 2 dan 3 bulan - Alhamdulillah juga takde demam yang teruk. Cuma hari yang dicucuk oleh doktor tu dia cuma dedar saja badannya. Precaution yang kami ambil ialah basahkan badannya dan letak tuala basa di dahi dan leher. Sehari saja dedarnya. Anak Ibu kuat. Syukur. 
  • Muntah @ Muak - Ye, masih ada muak tu kalau terlebih minum susu atau tidak burp. Baju memang kerap perlu ditukar. Perlu kerap tukap bib jugak nanti masham sangat hihihi. Yang buat Juah muak kadang tu dia suka hisap jari dan jolok tekak. Tu yang selalu terjadi kes muak tu. 
  • Mandi - Sekarang ni wajib mandi 2 kali sehari. Pagi dan petang. Kalau petang tu tak mandi dengan masam dengan melekit kaki tangan dia pakej lah. Dulu baby kecik tak banyak gerak asyik tidur je. Now dah besar sikit makin ligat hehe. Ibu pun kena mandi 2 ke 3 kali sehari tau! 
  • Gelak - Usia sekarang memang best melayan. Kita agah dia dah boleh gelak. Terkekek-kekek gelaknye. Lagi-lagi kalau Ayah dan Tok Wan yang agah. Kalau Ibu dia kureng sikit.
  • Ligat - Kaki dan tangan semakin ligat. Masa nak mandi dah boleh dudukkan dalam besen. Masa nak pakai diapers dia punye melurut badan dia kebawah la keatas la. Sampai lari larau diapers tu. Hehehehe. Kepala pun dah laju memandang. She is strong.
  • Air liur - Dalam usia anak I sekarang, air liur menjejes laju sangat. Baju dia basah kuyup. Bib sehari berapa puluh kali tukar pun tak tau. I ada baca, usia macam ni memang pengeluaran air liur dia melampau-lampau sebab dalam tempoh ni gusi dia macam nak gatal sikit untuk tumbuh gigi. Memang Juah selalu gigit tangan Opahnya macam main harmonika ish ish ish!
  • Banyak mulut - Kalau nak tidur memang Juah akan menyanyi. Bahasa dia lah kan. Juah suka jerit-jerit. Memang kuat suaranya. Nyaring dan lantang gituuu. Kalau kena agah pun kuat jugak hehehehe. Sayang Ibu ni dah terer lah!
Haih, bila dah ada baby ni, memang betul orang akan tanye bila nak tambah adiknye. Juah baru 4 bulan, itupun malam-malam Sayang yang bangun bagikan susu dan tukar diapers. I..? serious tak sedar hape. Tugas I setakat jam 9 ke 10 malam biasanya. Lebih dari tu tugas Sayang... So, biarlah I fokus pada Juah je sekarang ni. Tahun depan baru kita fikirkan balik pasal nak bagi adik kepada Juah ye. In shaa Allah kalau ada rezeki tak kemana....

Baby Bu!

Buyat matanye mandang Ibu

Tiba-tiba nampak dah besor sangat


Monday, August 15, 2016

Ketinggalan

Benda ni dah top sangat. Cuma I yang sangat ketinggalan. Tak ketinggalan sangat tapi buat endah tak endah. Bila tengok post dan entri blogger lain mengenainya, terus rasa insaf. Ketinggalan I sangat pasal hal Photobook ni. Padahal inilah memori yang boleh disimpan sampai bila-bila. Nak harapkan kita pergi ke kedai gambar dan cuci gambar-gambar tu lepas tu susun dalam album memang harapan lah sangat ye.

Baru-baru ni Groupon ada lah buat RM0.00 untuk Photobook yang 6x6 soft cover. Apa lagi, inilah masa I grab satu untuk gambar raya yang lepas. Gambar raya yang lepas memang dah selamat edit sebabnya ada satu voucher yang i tak pernah pakai dari tahun lepas dah expired pun! I ingat bila extend expiry date tu dapat pakai, sekali lupa jugak! Apa nak jadi dengan ini makcik, sudah tua, sudah lupa, kekekekeke.

Taraaaaaaaaaaaaaa!!~
Dipendekkan cerita, I edit la gegambar raya lepas yang snap pakai fon aje tu. Ada je beberapa gambar yang tak lepas jugak sebab size kecik. Mesti telefon Sayang ni tak adjust lah dia punye kualiti gambar tu. Senang je rupanya. Ambik template yang dah sedia ada, in shaa Allah mudah sangat. Kalau mula dengan blank kena masukkan layout yang kita sendiri nak. Mana-mana yang suka boleh je. Kalau nak download software Photobook pun boleh jugak.

Hasilnya...? Ala, benda free, bayar postage je. Jangan nak merungut sangatlah ye. Tapi nak review sesuatu jugaklah dekat sini. Penghasilan Photobook yang I edit tu sangat pantas ye. I baru buat order pada Khamis, hari Isnin dah sampai barangnya. Oh ye, tak termasuklah tempoh I edit gambar masuk dalam layout. Itu makan masa lama sikit. Mana nak pilih gambar yang hebat dan cantik lagi, nak edit wording cayang cinta muah muah lagi. Banyak gak kisah tu.

Alhamdulillah puas hati!
Hasilnya, sangat berbaloi lah bagi I. First trial ni memang bagi impact besar sangat. Once dah yakin baru boleh beli yang hard cover pulak hehehe datanglah idea dan akal yang pelbagai ni. I suka bergambar dan suka tengok balik memori. Entah, I suka. Genetik dari Mama kot. Dan I pun memang suka tengok gambar cantik-cantik. Kalau tak, takkanlah I ada akaun Flickr hehehe harapnya Yahoo tak ubah fikiran untuk lupuskan website tu.

So, korang rajin-rajinlah sikit nak edit gambar dan usha Groupon untuk deal yang murah Photobook. Untung-untung dapat free lagi dan hanya bayar postage. Ala kecik je pun kalau nak besar bayar sikit lah. Ok je kot bagi I :) Oklah u ols, I ada gegambar lagi nak diedit muahaha. Nanti I post sini lagi ye.

Baru nak market, blur pulak gambar mamat ni muehehehe

Sunday, July 31, 2016

Botol Susu Pilihan Anakku

Aah ye, pilihan harus anak bukan Ibu lagi dah. Mana yang dia gemar itu yang Ibu kena sediakan. Kalau beli yang elok bagus pun botol tu masih perlu dilupus bila dah sampai due date. Kalau nak long lasting silalah bertukar ke botol susu stainless steel atau pun kaca kerana ianya tidak ada bahan kimia plastik tu.

Antara botol susu pertama Juah ialah Fiffy dan Kiko. Ibu dan Ayah memang failed bab botol susu sampailah bila kelamaan, bila tenung botol yang lain baru mula rambang mata. Setakat harini Juah dah pernah merasa botol Fiffy, Kiko, Suavinex dan Nuk. Keserasian Juah hanyalah pada botol Nuk setakat ini. Kemungkinan akan dikekalkan begitu dan I tak nak berubah kepada brand lain.
Antara Suavinex dan Nuk :'(

I mula diperkenalkan botol cantik masa bertandang ke rumah Eyna. Eyna bagi pinjam botol Mam dan Suavinex. Cantiklah pulak! Disebabkan Juah dah diperkenalkan dengan puting anti-colic dari Nuk dan Fiffy maka teruslah Juah reject kedua botol pinjaman tu. Lega Ibu. Sejarah Fiffy setakat ni bagus. Cuma ianya tak wide neck dan susah nak buat susu. Spill keluar terus muahahahahhahaha!  

Sejarah Suavinex pulak tak berapa bagus. Botol-botol memang cantiklah Suavinex tak dinafikan. Puting pun bagus ada pattern macam Nuk dan Fiffy, tapi baby tetap reject. Untuk warga Seremban, kalau pembeli Suavinex tegar dengan botol cantik-cantik bolehlah ke Uptown Avenue Seremban 2 (area Mydin selorong dengan Big Mouth) dan nama kedai ialah BBDOTCOM. Pemilik kedai memang baik dan sangat membantu customer. Ada jugak brand lain dekat sana ya. Ini pun Eyna punye hal pegi kenalkan kedai wakakaka.

Sejarah botol Nuk pulak, I ada beli puting Nuk sebab baby reject puting Suavinex. Gigih juga I cari di Instagram dan terjumpa seller yang paling murah iaitu OppsBaby. I cuba beli satu corak Hot Air Balloon 5oz. Masa nak tunggu pos datang kemain neves. Hehehehehe. Neves sebab takut baby reject lagi. Kecewa Ibu nanti. Dan lepas sterile kan, Alhamdulillah baby bagi kerjasama bagusss. She likes it! Hati ibu senang. Lepas ni I nak beli satu lagi back up dan boleh buang puting yang latex yang dah melebar tu. 

Cantiks!
Terima kasih kepada botol wide neck. Senang nak tuang susu dan air panas. Kalau botol classic pun ok jugak tapi tangan Ibu ni lebar woi. Kena botol lebar baru senang pegang hehehe. Sementara waktu ni I dan Juah senang dengan botol Nuk. Kemungkinan akan jual prelove botol Suavinex yang direject Juah itu. Tapi sayang! Sebab cantik.............

Akan tetapi, I di dalam perancangan nak beralih ke botol stainless steel dan kaca. Cumanya keadaan puting tak mengizinkan I lah. Semuanya botol tu puting bulat dan tak macam bentuk Nuk. Kang pembaziran lagi. Dalam perancangan I ialah Pura Kiki untuk stainless steel dan Aary Green untuk kaca. Yang dalam pemerhatian sekarang ialah Juah saja. Sebab dia terus reject kalau puting bulat, tak reti menghisap. Kalau tak dapat beralih pun I kekalkan saja botol yang ada tapi kerap tukar le gamaknya. 

Cukuplah harini cerita bab botol. Esok, I akan cerita bab susu pulak ye. Eh, dari blog TTC ke blog baby pulak lah kite ye. By the way, Allah sedang menguji I dengan mempamerkan foto Juah di Facebook dan Instagram. I sangat berhati-hati sekarang atas sensitiviti ini. Harapan I agar iman I dipelihara. In shaa Allah.

P.s : Penggunaan botol susu akan mengganggu pemberian susu ibu ye. 

Tuesday, July 19, 2016

Hai Selamat Hari Raya...!

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk meraikan Syawal yang mulia bersama keluarga tercinta dengan penambahan seorang lagi ahli keluarga baru. Sambutan sentiasa sederhana, tak extreme mana pun. Kecuali part bergambor memang dahsyat. Tak mampu nak tolak hahahaha. Tak ada nak bercerita banyak. Baju semua recycle, makanan ala kadar macam biasa, tetamu pun yang hadir semuanya saudara mara.

Hari raya pertama tahun ni di sebelah keluarga I. Tapi, raya kedua dah balik Kuala Pilah. Bestnya, terasa betul raya tahun ni walaupun persiapan tak sehebat mana. Juah pun bagi kerjasama yang baik sepanjang beraya ni. Allah izinkan untuk dipermudah semuanya. Takde cerita sangat. Semua simpan kemas dalam foto, Juah beraya dengan TokWan, Opah, Ayah, Ibu, Uncle O :)

My family portrait
Babybu tido!
Uncle O dan Babybu yang tido gak
My son muahahahaha
Nampak macam banyak dosa je ni kekekeke
Mama, I love you!
Nampaknya TokWan dan Opah dah ready, Ibu Ayah yang mengelabah hahahaha
Ayah + Mama
Sesudah sesi nanges-nanges, lapor ye Babybu
Si kecik pun pandang kamera! Clever girl!
Tengokkan gambar-gambar ni, rasa macam nak print dekat Photobook lah.. Tak yah anta cuci dekat kedai. Hurmmmmmm.... Otak Ibu sedang bergiat aktif sekarang hehehehehe.

Thursday, June 30, 2016

Juah - 1 Bulan

Gambar dari Google
Alhamdulillah, hari ni Juah dah cucuk sebulan. Dah besar anak Ibu ni. Hari tu kecik sangat dia masa Ibu mandikan, cebokkan, susukan.. Hari ni dia dah pandai sengih sikit bila kena agah. Tak sangka wey! Dari hari pertama memang I sangat seram nak pegang nak dodoikan dan nak burp kan. Kecik halus kate Opah dan Tok Wan hehehehe. Hari ni dah sedap sikit nak gomoi. Tangan dan kaki dah kuat. Dulu I takut sangat anak ni demam ke batuk ke dia, selsema ke. Rupanya tu adalah tanda dia sedang matangkan organ dalaman dia. 

Dekat sini I nak share pengalaman I dengan Juah selama sebulan pertama ni. Kot-kot ada yang curious kenapa bayi baru lahir buat this and that :
  • Bersin ketika sejuk - Setakat ni Baby memang bersin bila lepas mandi. Atau waktu malam dalam bilik air-cond memang akan bersin dalam 2 kali lepas tu muka dia puas. 
  • Dah masuk 4oz susu - Minggu pertama hanya 1oz saja... masuk minggu kedua ketiga makin naik oz yang Baby minum. Maka, diawal ni pakailah botol yang 2 oz saja sebab baby tak minum sekaligus, depa minum sikit-sikit. Lepas tu burp kan dulu, kemudian bagi balik.
  • Bayi kuning (jaundice) - Alhamdulillah Baby tak jaundice, normal semuanya. Formula yang I buat ialah, setiap 2 jam buat susu dan kejutkan untuk disusukan. Kerap tukar diapers untuk kita check tahap kuning dekat najis dan air kencing. 
  • Diapers - Setakat ni yang sesuai dengan Baby ialah Drypers dan Mamy Poko. Takde rashes, ngam-ngam dan penyerapannya I puas hati. 
  • Susu Formula - Masa kelahiran, hospital dah berikan Anmum Infacare, pandai-pandai I balik rumah tukar ke Dulac sebab Anmum tu takde stok. Sekali keras lahhh poo poo nye~ Kesian tengok muka dia masa meneran tu T__T tak lama pun I pakai Dulac, terus tukar ke Anmum balik. Alhamdulillah.....!
  • Menangis tanpa henti seperti didera Ibu - Hahahaha! Yang ni kena tahan sikit lah. Baby lain ada waktu dia tersendiri. Tapi Baby I, waktu tangisan ialah 12.30 am onward membawa ke sahur. Astaghfirullah, macam kena dera dah baby. Sampai auntie sebelah rumah tanye why u tak pujuk u punye daughter. Hoih! Kalau malam-malam Baby menangis memang I standby dah diapers, minyak telon, barut untuk tenangkan baby... Kalau perlu, bedunglah. 
  • Ruam - Baby memang banyak ruam keliling lehernya. Susu dah panas, cuaca pun dah panas. Elakkan baju berlapis ye. I pakaikan baju lubang-lubang je..
  • Muak @ Muntah - I dah refer pada doktor, muak adalah normal sebab dia ada susu masam dalam perutnya dan Baby akan muntahkan. Yang penting lepas susu kena burp kan. Ingat tau, KENA BURP KAN. Rajin-rajin tukarkan baju baby ye, baunye mak ooiiihhh~ 
  • Mandi - Masa dalam 2 minggu, Baby akan redha masa dimandikan. Lepas tu, akal dia lebih sikit sebab sel otak dah berhubung. Kalau terlentang dan kita basuh kepala dia memang dia gayat menangis nanti. Bila dah terlangkup untuk basuh badan, baru ok. 
  • Bedak baby - Letak dekat baju tau jangan direct pada kulit baby...
  • Puting - Kalau Baby meraung memang I bagi kan puting. Tapi kena aware sikit. Masa mula-mula penggunaan puting Baby jadi confuse benda yang dia hisap tu kuar susu ke tak. Selalu Baby tersedak masa hisap botol susu... 
  • Cucuk sebulan - Alhamdulillah tak meraung. Sikit je nangisnya. Sebulan ni cucuk Hepatitis B, mungkin tak demam sebab dos kedua. Kebiasaannya akan demam kalau cucuk dos pertama.
  • Keluar berjalan - Setakat ni adalah hanya dalam beberapa kali saja I bawak Baby betul-betul keluar. Bukak posa sekali, klinik 3 kali. Yang lain hanya dari rumah ke rumah PIL tu je... Kalau boleh kurangkan, sekarang macam-macam virus.. I risau...
Itulah serba sedikit yang I dapat kongsikan pasal Juah. Semuanya ok sangat-sangat. Kecuali yang berjaga malam menangis macam kena dera tu. Allah je yang tau perasaan I memula dapat rasa benda macam tu. Sakit ke dia? Demam ke dia? Pening kepala ke? Hahahahaha rupanya normal... Orang baru tengok dunia, dalam proses nak kenal dunia le kan... Now Ibu dah faham ye B...

Tu saja nak report pada entri kali ni. Akan bersambung lagi bulan depan pulak :) 

SELAMAT HARI RAYA!


Juah @ 33 days old - tidur mulut ternganga masuk lalat kang baru tau

Monday, June 27, 2016

Pandainye Ayah!

Entri khas Father's Day lah sangat. Muahahaha! Ape pun I nak rakamkan setinggi ucapan penghargaan buat Sayang yang berjaya mengambil hati I dan anak mihmihmih! Tak sangka ye, pandai jugak Sayang buat surprise macam tu.

Alkisah, berhari-hari I dengan Mama kehulu kehilir sebab sibuk nak carikkan barangan untuk Baby. Dari Seremban ke KL. Bukan apa, nanti waktu raya takkan nak letak cot besar dekat hall rumah kan. Dengan tetamu lagi, dengan ruang tak berapa nak luar lagi. I pun pikirkan alternatif lain untuk letak Baby dalam bouncer supaya Baby pun sentiasa terhayun dan sedap tidur walaupun dalam keadaan ramai orang, Hihihihi.

Last, semalam I terus ke Tesco Seremban Jaya untuk survey lah kononnya sebelum nak make up mind beli yang mana satu idaman kalbu. Kalau ikutkan, ada juga I survey di Lazada lah, peniaga online lah, Carousell pun ada, Mudah pun ada. Maklumlah dengan Bulan Ramadhan yang mulia ni lagi mana nak berbuka puasa, nak tadarus semua, masa terhad sangat. Bila masa terhad, I pun mulalah stress (hihihihi, sorry Yang!) agaknya I membebel tu yang dia rimas. Alaaaaa nanti raya kena mintak mahap ni.

Balik je dari Tesco semalam, tunggu Sayang balik berdebor rasa. Tah apa rupa lah bouncer Baby ni. Harapnya eloklah rupa. Katanya beli dekat Lazada. I lagilah panas hati. Kalau beli online bilanya nak sampai Seremban?! 29hb last boleh hantar melalui Poslaju. Eh, tahlah...! Sampai je Sayang dekat rumah terus dia carry something yang sweet sangat. Hahahaha! Rupanya dia gigih beli dekat Aeon Seremban 2! Mati-mati I ingat beli online. Chet!

I love you lah, Sayang!
Brand Sweet Cherry sahaja.. Murah sekarang dekat Aeon Seremban 2 tengah sale sekarang tau...
Terima kasih Sayang, menepati citarasa bini u yang cerewet macam cacing kerawet ni. Walaupun pada asalnya I dah target satu cot yang boleh membuai-buai tu, tapi Sayang dah beli bouncer yang cantik ni seribu rahmat sangat. Alhamdulillah, rezeki Baby ibu, Juah ibu, manja ibu, intan payung ibu. Haaa! Amik semua hahahaha.

Untuk yang nak cari baby bouncer ke baby rocker ke silalah ke Pasaraya Aeon sebab Sayang kata sekarang tengah SALE. Tak tau murah macam mana. Tapi, bouncer di atas adalah affordable sangat untuk I suami isteri. Alhamdulillah sekali lagi...

Oh ye, hari ni Baby dah 31 hari. Cepatnya masa berlalu....

Juah ibu ni... sekarang dah motak ye, ini gambo masa Day-16

Wednesday, June 22, 2016

DIY Rumah Kotak Untuk Kucing

Semoga Mumu tenang dimana juga Mumu berada...

I dan Sayang dah amik kucing baru. Kutip sebenarnya. Dari KPJ, Seremban tempat Sayang bekerja. Ye, Mumu dah kembali ke Penciptanya... Malas nak cerita pasal Mumu nanti nanges. Tunggu kekuatan baru dapat buat a very long story about my lovely cat in my life ever. I miss u, Mumu. I do! Walaupun bumi terbelah dua, Mumu takkan datang lagi... Takde pengganti setandingnya.

Back to Gigi. Kami panggil dia Gigi sebab hyperactive sangat. Kuat mengigit orang! Tengah tidur pun dia gigit. Sabor je lah. Banyak kali kena jentik telinga dengan Sayang. Tapi Gigi bagus dan berdisiplin. Bab menggigit tu je la tak tahan. Nama pun sayang, tahan aje hihi. Lama-lama dia ok. In shaa Allah. At least, tak hantar dia balik ke KPJ.

Gigi went missing too! T____T

Masa Sayang bawak balik ke rumah pun menggunakan kotak. Bila nk buang sayang pulak kotak tu. Nak pakai, dah bau Gigi hahahaha :D bucuk! Alternatif lain yang diambil ialah dengan mengerat dan membentuk kotak tersebut agar menjadi sebuah rumah kos rendah yang mampu dimiliki Gigi sebagai rumah pertamanya.

Kotak terpakai yang bersih :)
Langkah-langkah yang penting sebelum mulakan DIY rumah kotak :

1. Pastikan kotak tu bersih, kalau ada najis tak perlulah nak pakai jugak

2. Janganlah pakai kotak yang dah lembik habis, ambil yang tegap sikit

3. Dua buah kotak yang berlainan saiz boleh disambungkan jika kena dengan design

4. Sediakan peralatan - gunting, cutter, tape, gam, cable tie (jika perlu)

5. Tentukan lantai dan bumbung sebelum proses menyambung - lekatkan dahulu

6. Potongkan tingkat dan pintu terlebih dahulu

7. Mulakan proses penyambungan

8. Lekatkan setiap penyambung dengan kuat, kucing kan ganas hehehehe

9. Jika siap, bolehlah diwarnakan dengan spray atau cat atau hanya lekatkan wallpaper lagi senang 

10. DECOR, DECOR, DECOR!

Dengan ini, siaplah RUMAH KOTAK UNTUK KUCING sekadar untuk hiasan ni. Depa akan duduk, kadang-kadang je hehehehehe.

Bumbung pun belum pasang dia dah menyibuk :D hahahaha
Update terbaru : Sejak Gigi dah jumpa boyfriend, takde pun Gigi balik rumah lagi T____T rumah Gigi tu akan diwasiatkan kepada mana-mana anak bulu yang akan kami fikirkan sesuai bermain di dalamnya...

Samani rindu Gigi... 

Friday, May 20, 2016

Nan Cheese RSMY

Meleleh gile! Fuhhhhhhhh, tak ku sangka rupanya betul kata kawan-kawan yang selalu up gambo dekat fb bila makan dekat sini. Kebiasaan I makan nan cheese hanya di Steven's yang dekat Setapak dan Pandan Indah dengan kuah kacang hijau nya. Kali ni memang nak merasa sangat-sangat yang lain. Dekat Seremban memang tak jumpa lah kedai yang ada nan cheese meleleh sedap. 

Untuk aktiviti makan-makan kali ni, suka I nak ajak semua jemput makan di Restoran Selera MY, House of Real Beriani. Abaikan nama beriani, kita boleh order nan cheese sedap meleleh. Restoran ni terletak di Medan Tuanku, Kuala Lumpur. Apa yang I difahamkan, restoran ni ada cawangan RSMY Best Cheese Naan di Danau Kota, Setapak. Tak pernah tau dan tak pernah pegi.

Arghhhh!~
Pertama kali I pergi ialah di Medan Tuanku. Boleh saja guna Waze, terus sampai. Paling senang landmark, betul-betul opposite dengan Maju Junction dan Medan MARA. Nampak je Restoran dan Hotel Lotus, terus masuk ke kiri. Belah dalam sikit, nampak je kedai RSMY.

Apa yang I order ialah, Nan Cheese Extra Cheese dua keping dan Kuah Keema satu sahaja. Puas! Dan menyesal order 2 extra cheese. Kali kedua I pergi, dah pandai sikit, kami order satu Nasi Beriani Ayam dan satu Nan Cheese Extra Cheese dengan kuah Dhal. Fullamakkkkk! Terangkat beb! Nan Cheese tu memang tak dinafikan, memang sedap. Kuah Keema dan Dhal pun memang sedap. Oh ye, untuk pengetahuan, kuahnya adalah dijual berasingan. Semangkuk Kuah Keema berharga RM8 dan Kuah Dhal RM2 boleh dimakan sehingga 4 orang. Beli satu roti sorang then kuah share la kecuali kalau rasa nak makan begitu saja. Banyak la portion dia. Kuah lain I tak perasan berapa harganya. Lepas ni pergi boleh cuba kuah lain pulak tengok pegi macam mana heee!~

Bersama-sama Kuah Dhal yang banyak tu.
Jangan datang lambat sangat, dalam jam 12.00 malam ke 1.00 pagi (untuk malam minggu) dah tutup. Ini bukan mamak 24 jam dey! Hehehehe. Lepas shopping dekat Medan MARA tu bolehlah singgah isi perut dekat sini ye.

Untuk makluman... hehehe
Balik tu, layan busking depan Sogo dulu.