Nuffnang Ads

Showing posts with label pendapat. Show all posts
Showing posts with label pendapat. Show all posts

Thursday, April 2, 2015

Kursus Di AKEPT

Untuk yang tak pernah dengar nama AKEPT merupakan singkatan kepada Akademi Kepimpinan Pengajian Tingggi. Pertama kali I kesini, bestnya, tempat baru kan. Semuanya elok dan canggih. Cat dinding pun kita puji cantik hehehehe. Punyalah best, dengan cuaca suam-suam kuku, orang pun tak berapa ramai yang berkursus dengan kami pada hari ni, nampak tenang sangat suasana. I betul-betul nak review AKEPT ni dekat dalam blog sebab, kami, boleh berkursus dalam Negeri Sembilan je, manalah tau AKEPT boleh dijadikan salah satu lokasi berkursus untuk penjawat awam di Negeri Sembilan. Hihihi.

PERSEKITARAN

Senyap, sunyi, dikelilingi rumah Kampung LBJ dan tak berapa besar. Maksud I tak berapa besar tu, dari hostel ke Surau, Dewan Makan dan Bilik Kuliah taklah jauh sampai melecet kaki nak berjalan. Yang best, redup sebab tempat pejalan kaki tu berbumbung dan akses ke semua tempat-tempat penting ini.
Suasana hijau, baik untuk pembelajaran.. cewah!
BILIK KULIAH

Ada 2 skrin besar dan 1 whiteboard. Ini untuk Bilik Sindiket 1, tempat kami berkursus. Air-cond pun tak berapa sejuk macam nak beku. So, tak perlu berat-berat beg bawak jaket atau Pashmina atau sweater. Dan, ada lif tau. Walaupun naik ke tingkat 3 saja. Senang sikit kan tak lenguh kaki nak berjalan naik tangga hehehehe.

RUANG MAKAN DAN MAKANAN

Biasa-biasa je, tapi oklah jugak. Sedap. Cencaluk, fuhhhhh! Untuk makan pagi, tengahari dan malam, disediakan di Dewan Makan. Untuk minum pagi dan petang disediakan bersebelahan bilik kuliah. Bukan biasa-biasa, croissant la, air kotak Milo dan Susu Cokelat lah, Chipsmore lah. Tu semualah kan, musnah diet I! Grrrrrrrr...

BILIK HOSTEL

Cantik! Memuaskan! Selesa! Macam bilik hotel dah... Setiap bilik ada seterika, kettle, hair dryer dan telefon. Serius.. macam bilik hotel la orang cakap. Biar gambar je berbicara....
Nampak tu Ija kemain suka hehehehe
Feeling hotel sangat ni
Siap ada fridge camtu
KESELURUHAN

Bilik air ok dan selesa. Kawasan parking yang luas, boleh memuatkan banyak kereta. WiFi percuma disediakan untuk peserta kursus dan meluas dari hostel sampai bilik kuliah (ini yang paling best kan!) dan setiap sudut ada penapis air, mudah nak ambil air panas ke air sejuk ke. Coway ok. Best kan kan kan kan?
Dekat sini la main entrance dia
Semuanya selesa, rasanya kalau jauh ni mau I tidur sini. Disebabkan rumah dekat, I tak bermalam pun. Pagi datang, malam balik. Lagipun Sayang bercuti, tak sampai hati nak tinggalkan. Eh, lupa nak review pasal perjalanan kursus. I menghadiri Kursus Persaraan dan HRMIS. Topik memang menarik dan ramai nak join kursus ni sebab penting sangat Penamatan Perkhidmatan ni..
Hostel!
That's all, sekarang nak mandi dan siap-siap makan malam. Diet tetap diet sebab tu nak kena pergi makan sekarang. I mencadangkan AKEPT untuk tempat berkursus. Harapnya bos dapat pertimbangkanlah.

Jumpa lagi!

Wednesday, March 18, 2015

Akhirnya... Diet Atkins

Akhirnya... Setelah sekian lama I menolak diet ini, kehadiran kawan-kawan yang dah terbukti kurus menjadi penguat semangat. Ditambah dengan rakan-rakan seangkatan TTC dalam support group semuanya berjaya dalam perjuangan dengan Diet Atkins. I cuma sedih sebab I tak boleh tinggalkan Milo Ais kegemaran I. Dah seminggu, berjaya jugak I tinggalkan minuman kegemaran I. Alhamdulillah. 

Yerp, I buat Diet Atkins. At last! Setelah didorong oleh seseorang. Seseorang yang masakkan untuk I, yang kejut I bangun, yang picitkan kepala bila I pening sebab tak makan. Hehehehehe. I pun dapat kekuatan sebab masa I ber'medical leave' macam tak ada nak buat apa sangat dekat rumah. Buat research lebih kurang dan terus dapat ilham. Why not, cuba waktu dekat rumah. Kalau sakit pening permulaan, boleh tidur je dekat rumah. Compared to, kalau dah masuk office. Susah nak ngelat. And that's it! I dah genap 7 hari mengamalkan Diet Atkins. 

Dekat sini I bukan nak bagi tips macam otai-otai Diet Atkins ini tapi nak berkongsi apa yang I rasa dan pengalaman I yang baru seminggu berdiet ni. Honestly, dekat rumah I takde weighing scale (and I better get one) cuma dekat rumah Mama yang ada. Jadi I tak tau berapa penurunan sampai ke hari ini. Cuma selepas 3 hari, I ke rumah Mama dan timbang, berkurang sebanyak 2 kg. Yay! Dan honestly lagi sekali, I memang ada makan cupcakes dan nasi. Sebabnya? Baca sampai habis ye :)

First of all, untuk semua rakan seperjuangan yang kerap sakit kepala kalau kurang makan atau makan lambat, meh sep sikit. I pun sama je... Sebab tu I refused nak buat Diet Atkins mula-mula dulu. Sebab tu, sebelum nak mula, I banyak gather information untuk memudahkan I kalau I dapat komplikasi apa-apa. Dan untuk kawan-kawan, I dedikasikan post ini untuk u ols. Ini ialah ketosis yang I alami :

PENING KEPALA - Sakit teramat sangat, macam nak hantuk kepala dekat dinding. Sumpah! Selama 2 hari setengah I suffer sangat. Jadi tak tentu arah. Sayang ada je dekat rumah siaplah I mintak tolong dia picitkan. I tidur sepanjang 3 hari. Nak tengok cahaya terang pun tak mampu.

LOYA - Of course, bila pening memang loya semacam. Perut masuk angin orang kata. Dah biasa makan nasi sekali ditinggalkan begitu saja. Hehehe. I bukan tak makan pun, makan sehari mau dekat 7 ke 8 kali hahaha lapor wey! Dada pun rasa pedih je. Gas muntah tu nak lalu pastu patah balik ke bawah haha. I telan sebijik cupcake, lagi rasa nak muntah! Pastu menyesal...

MENGANTUK - Mungkin disebabkan pening kepala. Mungkin disebabkan takde gula. Mungkin juga disebabkan I seorang insan yang kuat tidur. Errmm, rasanyalah. Mengantuk sepanjang zaman, orang kata. Bangun dah lambat, kesiangan gitu, tidur nak awal je. Macam tak cukup, macam tak puas.

MULUT KERING - Macam ada vacuum. Disedut semua air dalam mulut. Jadi kering dan pedih rasa mulut. Itu yang rasa nak minum air dengan banyak. Solution, jangan minum air sejuk sangat nanti sakit pulak tekak. Banyak gila stok air suam dekat dapur, jarang-jarang berlaku. I haus sangat. Nak minum lagi dan lagi dan lagi.

LEMAH GEMALAI - Nak kata kebuluran, tak lah kebuluran pun. Makan kemain hebat jugak lagi. Tapi yang lemah gemalai macam penari tradisional tu tah kenapa lah agaknya. Macam nak pengsan jugak. Mata berpinau. Kalau boleh masa ni jangan keluar rumah ke bawak kenderaan ke nanti accident susah.

DISCHARGE - Ok ini khusus untuk kaum wanita. I mengalami perkara ni dan I sangat takut. Bila buang air kecil je berketul-ketul keputihan dalam mangkuk jamban. Serammm. Kamonnn, takkan tak seram kan bila tak pernah-pernah ada discharge sedemikian rupa sekali muncul dengan banyak. Bagi gegerl, perkara ni penting dan merupakan tanda penyakit. I ada baca tanda-tanda ketosis dalam blog-blog berkenaan pengalaman Diet Atkins. Ianya normal. Solution, jangan panik. Hanya 5 hari saja I mengalami. Lepas tu clear macam biasa. In shaa Allah....

Alhamdulillah. Berjaya I atasi masalah I yang pertama ini. Masa nak mulakan Diet Atkins, pening kepala lah perkara yang I paling takuti barulah diikuti dengan rasa lapar. I berjaya atasinya, walaupun mengambil masa selama 2 hari setengah. I berjaya menjadi seorang 'silent reader' yang menggodek file yang dilampirkan di dalam Kelab Diet Atkins Malaysia di Facebook. Seronok gila I baca semua tu. Setiap hari baca sikit-sikit. Lagi berkobar tengok diorang post gambar. I want to be one of them.

Dan kalau Kelab Diet Atkins Malaysia ialah buku teks, blog bicikut.blogspot.com adalah buku rujukan I. Jangan malas, kalau nak berjaya. Itu je. Kalau siapa pernah baca blog I dari awalnya, bukan tak tau kaedah-kaedah I nak kurus ni pelbagai sangat. Apa je yang I tak cuba. Dari berZumba sampai ke sapu losyen kurus tu hihihi.

Will update more on my progress soon. I makan tak extreme pun. Cuma ayam goreng. Tapi, I akan sedaya upaya share cara pemakanan I nanti untuk peminat-peminat I yang tersayang hahahaha puiiiii! Bagilah mak nak perasan happy sikit....

I read something good yesterday, orang yang mengamalkan Diet Atkins ni happy semacam. Hati berbunga-bunga indah riang semualah. I have to admit it. Walaupun kerja serabut dekat office, kena buat 2 persaraan, tapi semaknya tu sekejap je. Hehehehe. Try lah u ols... Tapi jangan lupa, sertakan doa dan niat pada Allah. Setiap kali nak makan tu niat nak turun berat badan sebab apa kerana Allah...

Nanti sembang lagi k... Semenjak dua menjak ni, banyak pulak idea :)

Nak kurus cenggini balik... or even smaller :)
#throwback Hari Pernikahan

Wednesday, January 21, 2015

Largest Zumba Party! Weeehuuuu!

The party was held on 18.1.2015 at Stadium Merdeka, Kuala Lumpur and I'm happy to be part of history. This is the largest Zumba party in Malaysia and the gathered about 5,800++ participants, including me! I can't believe this big, and I can't believe such crowd. That was an awesome event I've ever joined.

Early that day
Memang gigih, I managed to woke up at 4.00 am that morning. Pendaftaran akan bermula jam 6.30 am dan mereka akan bermula jam 7.30 am. Lepas bersiap-siap, about 5.15 in the morning, I dan Sayang memulakan perjalanan dari Seremban. Berdebar-debar dalam hati, bukan sebab takut ramai orang tapi sebab baju ketat hahahahaha!

Eh suci pulak muka belum berpeluh
Semuanya mudah pada pagi tu. Perjalanan senang je sampai, parking pun mudah cari, tunggu Salalyn pun senang je jumpa, nak register pun masuk dan jalan terus je. Once u registered, dapat Gatorade dan roti. Boleh lah buat isi perut, walaupun perut I dah diisi dengan Mihun Goreng dan Tuna Sandwich yang dibeli Sayang di R&R Seremban. Alhamdulillah, cuaca pun panas elok. Seram jugak I kalau hujan... Mana nak datang baju hujan. Cuma panas ni, habis lebam le muka. Hehehe.

Seriously, panas!

Muka I berbelang ikut bentuk tudung hahaha. Sabor je lah!
But everything was good and I was satisfied. Sama macam event Zumba yang I pernah join selama ni. Cuma kali ni terlampau ramai la penyertaan. Sebelum ni, paling ramai di Stadium Melawati, Shah Alam. Ini Stadium Merdeka beb! Dan stadium tu almost penuh. Sound system pun ok, siap ada big screen untuk mereka yang di belakang-belakang ikut step kalau tak nampak apa yang berlaku atas stage. And all the Zins was so good! They danced well. Movement untuk Zumba pun best dan simple. Senang nak ikut. Taklah extreme sangat walaupun David Velez yang lead. Ecehhh, macam bagus pulak. Hehehe.

Kitorang agak depan, boleh nampak clear jugak muka semua Zin 
Cuma dekat sini, I berbesar hati nak senaraikan beberapa perkara yang tak berapa sedap pada waktu event ini berlangsung. Antaranya ialah :

1. Parking cekik darah RM20 terperanjat I! Logiknya, takkan I dari Seremban nak naik public transport seawal pagi gitu kan. Dah tu, kena balik awal pulak untuk Sayang bekerja... Alasan dari parking attendance itu, pihak penganjur tak menyediakan parking dan semua participants berasak untuk meletakkan kenderaan di situ. Satu kereta RM20, bayangkan. Penganjur perlu titik beratkan hal ini jugak... 

2. Ramai sangat participants yang selfish. Kita sama-sama rakyat Malaysia, tak perlu nak sombong sangat. U boleh bayar RM75, I pun boleh bayar, even double the price also I can pay you. Bukan nak cakap apa, dahlah step u ke laut, beranjak-anjak ke belakang sampai sempit orang belakang. Bila I ke depan, dijeritnya I. Hurmmmm, apa sangatlah nak dikejar senang dekat dunia ni kan. Nasib bangsa lain, kalau Melayu kita, bikin malu je. 

3. Takde adab, kesopanan dan kesusilaan. Not to mention, but, this is Malaysian. Tak kira lah Melayu ke Cina ke India ke... Di dalam padang tersedia 6 buah photo wall. Bolehlah bergambar dekat situ untuk mengabadikan kenangan katanya. I was in queue while waiting for one couple that were still taking photos, suddenly a group of Chinese rushed towards the wall when the couple done with their selfies. We waited so patiently for that group and I believed they saw our face expression although we didn't say any words to them. When they moved from the wall, it's our turn to take some photos and a group of Malays and Indians went to overtake us. We just gave our, 'u're DEAD!' look and they were like, "eh, kena beratur ek??!" Hahahahaha, ini kelakor. Walaupun I dan Salalyn berjaya jugak snap di photo wall tersebut tapi hati tetap rasa tak puas. Ahahaha.
Dekat wall ni la... hehehehe
4. I know, it was my fault to chose the shirt's size wrongly, tapi, I rasa pihak penganjur patutnya menggunakan budi bicara mereka untuk memberikan kami, peserta berbayar, sebanyak RM75 untuk menukar saiz baju kami. Benda ni nampak simple, cuma, ada diantara kita yang buta IT, macam I. Bila dah pilih baju untuk women barulah terperasan patut I pilih baju untuk men. Macam itulah pendapat I. Sila pertimbangkan di lain masa ye...

Muka frustrated sambil pegang entry pack sebab baju ketat T____T
So far, itu saja ketidakpuasan hati I pada penganjuran dan penyertaan untuk event kali ini. Selama ni event lain tak pernah I ada masalah begini. Biasalah, kata orang, event besar macam ni tak ada yang perfect. Semoga diperbaiki di masa akan datang.

Lepas habis, I dan Salalyn terus bergerak balik. Tak tunggu pun lucky draw.
Salalyn ada event lain, I kena rushing untuk Sayang kerja pulak. 
Apa pun, I'm looking forward to join more party after this. Because I love to dance!

Terima kasih Sayang kerana masih menjadi penunggu setia I dimana dan kemana juga I pergi. Alhamdulillah...

Friday, January 9, 2015

Etika Berpakaian Dalam Premis Kerajaan

Terpanggil untuk menulis berkenaan dengan tatacara berpakaian kerana terkejut dengan segelintir pelawat yang datang ke jabatan tempat I bekerja yang berpakaian bersahaja ketika berurusan di dalam premis Kerajaan. Cara berpakaian yang tidak mencerminkan urusan rasmi sangatlah menganggu pandangan kami yang sedang bekerja.

Untuk yang wanita, tak kira apa bangsa dan agama, jika ingin berurusan rasmi dengan mana-mana jabatan Kerajaan eloklah berpakaian yang sempurna, bersesuaian dan mematuhi etika yang ditetapkan. Ini tidak, baru sebentar tadi, kelihatan seorang wanita yang sedang berurusan dengan pegawai tempat I bertugas, berlalu dengan muka bersahaja. Terkejut kami, pakaian yang boleh dikatakan sesuai untuk ke clubbing dijadikan pilihan untuk dipakai ke sebuah premis Kerajaan yang menempatkan Pejabat Menteri Besar. Berbaju tanpa lengan dan berseluar ketat. Tak pasti samada bajunya low cut atau ada tube di dalamnya bagi mengelakkan terlampau terdedah. Mungkin suasana tempat kerjanya membolehkan attire seperti itu untuk memudahkan pergerakan, namun, suasana kerja di jabatan Kerajaan adalah berbeza sepenuhnya. Sekurangnya, sarunglah cardigan atau jaket untuk menutup bahagian atas yang terdedah. Sekejap sahaja, sewaktu berurusan sahaja. 

Bagi lelaki, pernah I terpandang pakaian mereka yang bersahaja. Berseluar pendek Bermuda dan berselipar Jepun ala-ala nak ke pasar membeli barangan basah. Bukan sahaja bangsa Melayu yang begitu, ada juga lelaki-lelaki bangsa lain yang berpakaian sedemikian. Walaupun hanya berurusan sekejap di kaunter bayaran, peraturan tetap peraturan. Etika tetap etika. Adakah rakyat Malaysia mahu terkenal dengan sikap suka melanggar peraturan? Bukankah ada papan tanda yang menyatakan pakaian yang tidak dibenarkan bagi pelawat? Tulisan, kalau tak tau baca, mungkinlah buta huruf. Dimaafkan. Kalau gambar yang terang-terangan menyatakan mana boleh mana tidak?? Penyakit apakah itu?

Mujur, pejabat kami hanya menerima kunjungan pelawat yang sedikit jumlahnya. Kalau nak dibandingkan dengan tempat lain, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia contohnya... Adakah pelawat akan mengambil berat akan cara mereka berpakaian? Dan, adakah Pengawal Keselamatan yang menjaga setiap pintu masuk akan menegur mereka yang tidak berpakaian sopan? Marilah kita renungkan bersama :)

TOLONGLAH SANGAT-SANGAT YE ALERT DENGAN SIGNAGE INI.
P.S. post ni dah lama jadi draft tapi baru publish hari ni hehehe

Friday, December 26, 2014

ZUMBA - Grand 3 SAKA

Lencun habis! Itu je words yang dapat describe macam mana perasaan dapat join event akak-akak SAKA ni. Lagunya dari selaju-laju step sampai lah ke lagu All About That Bass tu memang best. Rasa macam tak cukup je 2 jam punya Zumba tu. Eh tak cukup ke? Hahahaha jangan buat hal.. Sedangkan 2 jam gitu pun cungap dia dah sampai hujung nyawa.

Ini bukan SAKA apa, ni SAKA anggun ok haha
No pictures, sorry, I have to respect the event itself. Event ini melibat semua wanita sahaja. Ada juga hijabers yang membebaskan diri dari berhijab untuk sementara waktu sepanjang tempoh event berlangsung. Membebaskan diri dari berhijab maksudnya menanggalkan tudung aje. Jangan salah faham banyak sangat ok. Hehehehe. Gambar pun dapat tangkap bebetul masa sebelum tutup lampu dan lepas dah habis event, bila semua lampu dah dinyalakan. Itu pun Zin Aliez akan tanya kalau-kalau semua dah berpakaian sempurna atau belum. Terima kasih kak.

Gambar sebelum tutup lampu, belum start lagi ni
3 SAKA ni memang sangat happening. I suka sebab diorang sangat sangat sangat lah gila babeng hahahaha! Maksudnya, diorang best la. I jarang rasa nak tolak dari pergi ke event yang ada ketiga-tiga diorang ni. Ini dah kali kedua I ke event 3 SAKA dan tak mengecewakan langsung. Walaupun, I ain't lucky enough to get those lucky draw. Like, I don't care, kalau dapat Alhamdulillah, kalau tak dapat it's okay. Paling best, I ada ternampak satu gambar yang diorang ada tag pada Kak Eija, jumlah calories burnt seorang participant ni ialah 1000 something-something. Gila tak????

Nak tau bila lagi event diorang ni? I akan cuba sedaya upaya untuk update kalau-kalau ada lagi event macam ni. Keep track dengan tag RSVP yang ada dalam blog I ni. Semua event yang I join I akan hangkut masuk cerita dalam blog I ni dan tag dekat situ. Eceh, macamlah orang Google terus jumpa waniesekuntum.blogspot.com kan hihihihihihi~ 

Macam biasa, seperti event yang lepas dekat Nilai, I pergi sorang jugak. Kali ni Sayang hanya dapat hantar dekat parking lot je sebab boboy semua dilarang masuk. Dan macam biasa jugak, excitement untuk berZumba sorang-sorang tu melonjakkan rasa disiplin diri. But the truth is, jangan risau apa-apa sangat, semua adalah buddies. Tengok kita sombong ke tidak je. Betul tak? 

So, cerita mencecer panjang lebau tapi gambarnya dua tiga keping je. Itu pun satu ihsan dari kawan I jugak yang rupanya ada join. Alhamdulillah. See, u're not alone. Whatever it is I cuma nak condemn satu benda je dekat Zin Shah, Zin Aliez dan Zin Eija iaitu, apesal korang ni ligat sangat hahhhh???? Raso nak putuih kaki eden terluncek-luncek hahaha. Actually, best sangat akak-akak oi! Rasa nak jerit, "we want more! we want more!" tapi memandangkan baju luar sampai dalam dah lencun, kaki dah gigil-gigil mintak diurut, perut dah lapar melampaui batas, terkunci mulut nak jerit gitu hahaha.

Sebelum nak ambil group photo
Bayangkan je stadium ni dah hampir penuh... ramai kan?
Semoga akak 3 SAKA sukses selalu sampai bila-bila. Dapat pahala kak sebab mengajor kami gegerl-gegerl gemok ni mengeluarkan peluh dan burn semua kalori dengan teknik Zumba tu. Semoga ada lagi event di masa akan datang. Diharap Kak Eija jangan lupa den ok kalau ada lagi. Pada pendapat I, satu kejayaan jugak lah event semalam. Masa mula masuk stadium tertutup tu nampak luas sangat stadium tu lepas tu ada stage dekat bucu. Masa pertengahan event, nampak ruang stadium yang kosong hanya suku! Wow! Tak boleh tangkap gambar, kalau tak dah lama tunjuk bukti. Lepas tu yang lagi 2 orang Zin undangan kalau tak silap I namanya TT Fly dan Dora pun best! Kecil-kcil cili api. Pedasnya sampai tak gigil kepala lutut hihihi.

Ok dah malas puji lebih-lebih nanti punggung diorang kembang macam I jugak. Hahaha. Jumpa dekat Stadium Merdeka pulak nanti!

Allah! Lupa nak kredit dekat Sayang momok sebab gigih hantar I ke Shah Alam dan tunggu sampai habis event. Semoga Allah pelihara hubungan kita dan rasa give and take ni sampai bila-bila. Aminnnn!

Gambar dari FB Kak Eija yang di'tag' kepada beliau. Best sangat! Ni pun ramai dah balik...