Nuffnang Ads

Showing posts with label budak-budak. Show all posts
Showing posts with label budak-budak. Show all posts

Saturday, January 16, 2016

Terima Kasih Tahun 2015 - Sazzie's Sweet Treats

Hasil doorgift yang ditempah sepanjang 2015. terima kasih kepada pelanggan yang setia, terima kasih kepada pelanggan baru, terima kasih semuanya. Tanpa izin Allah dan tanpa anda semua, Sazzie's Sweet Treats takkan berjaya pada hari ini. Semoga Tahun 2016 memberi sesuatu yang lebih positif dalam perniagaan kecil-kecilan kami. In shaa Allah, naik dan turunnya Sazzie's Sweet Treats adalah kerana Allah dan kami terima semua ketentuan-Nya. Doakan yang terbaik buat kami ye.

Banyak majlis gegerl ye hihi
2 birthday dan 1 majlis perkahwinan
Di kesempatan ini juga suka kami nak mengingatkan bahawa sebarang tempahan doorgift bagi minggu kedua Bulan Februari 2016, minggu pertama Bulan April 2016 dan minggu pertama Bulan Mei 2015 adalah ditutup kerana kami telah menerima tempahan dari pelanggan setia kami. Untuk minggu-minggu lain dan bulan lain bolehlah berhubung terus dengan kami. Dan kalau boleh, beritahu sebulan awal ye. Kami perlukan sedikit masa untuk persiapan barangan dan jadual bekerja kami masing-masing. 

Semoga dipermudahkan Allah. Amin.

Thursday, December 31, 2015

Banglo A'Famosa Resort

Walaupun dah hampir basi, I tetap nak cerita jugak perihal kali kedua KAMI berfoya-foya di Banglo A'Famosa Resort, Melaka. Sebelum ni pernah pegi pada awal tahun 2014. Ceritanya boleh lah click pada link di bawah ye. 


Geng KAMI yang pergi tahun lepas tak sama dah dengan tahun ni. Ada penambahan dan pengurangan ahli. Paling best, gateway kali ni bukan saja nak menenangkan fikiran tapi ada sambutan 2 hari lahir, iaitu, I dan Eyna. Yahuuuu! Dapat celebrate dekat pool side gituuuu. Pada asalnya hanyalah percutian untuk berehat dan lari dari kesibukan kota. Sambil mandi swimming pool lagi. Dalam keadaan jerebu tu tak mematahkan semangat KAMI semua untuk get cugeder hehehehe.
Macam biasa....
Nampak gambar bawah kiri, ada kehadiran entiti hahahahaha
Memang masa tu, jerebu tengah teruk sangat. Tak dapat beza langsung waktu pagi, tengahari dan petang. Memang orang kata, tak nampak matahari. Cuaca tersangatlah panas. KAMI ambil keputusan untuk menyertai Nuin yang dah book banglo di A'Famosa Resort ni. Bila lagi kan. Dekat pun dekat, banglo luas boleh sumbat ramai.

Jerebu + asap bbq 
Penyertaan kali ni adalah dalam 5 keluarga. Setiap keluarga dapat satu bilik dan I berkongsi dengan Kecik sebab kitorang takde anak kecik. Senang gitu. I dan Sayang tiba pun dah lewat. Sebabnya, Sayang bekerja hari tu. Lepas tu nak siapkan popcorn sikit dan siapkan barang nak kena bawak.

Sekitar sambutan birthday I dan Eyna
Sudah makan-makan, malam tu I dan Sayang pulak bermandi-manda di pool. Siang tadi anak-anak dah bergumbira. Malam biar auntie dengan uncle ye. Hahahaha. Sambil-sambil tu sempat Eyna tiup lilin besday in advance. Sampai kecut jugak lah I dan Sayang berendam. Nyamannnnn!

Ada entiti lagi di atas tu - anak-anak sebelum masuk pool
Anak-anak selepas dicampak ke dalam pool
Riang ria mak-mak berendam pak-pak melantak
Keesokan pagi, macam biasa, breakfast mana yang ada. Sempat lagi KAMI bermandi-manda kejap sementara geng ayah semua duduk dalam rumah berborak dekat meja makan. Sambil makan. Ye. Sebab tu depa debab hahahaha ops! Lepas berendam ala kadar, semua amik turn untuk membersihkan diri dan bersiap untuk ke destinasi seterusnya. Kali ni KAMI tak melawat binatang, KAMI mencari asam pedas untuk lunch dan melawat Suzy yang baru melahirkan.

REVIEW BANGLO YANG DISEWA

*maaf ye, takde gambar pulak I ambik untuk sekeliling banglo*
Do contact this number for any inquiries regarding the bungalow
Banglo ni adalah milik persendirian dan kalau nak menyewa bolehlah berhubung terus dengan nombor telefon yang I berkenaan. Ada 4 bilik kesemuanya. 2 bilik utama ada katil queen dan 2 lagi bilik ada katil single setiap bilik dan almari. Setiap 2 bilik ada 1 bilik air yang siap dengan bath tub dan hot shower bersama sinki di luar bilik. TV biasa-biasa je TIDAK ADA flat screen 40" mahupun Astro semua. Meja makan pun disediakan. Di bahagian dapur pulak ada dapur untuk memasak beserta tong gas, mesin basuh, peti sejuk dan peralatan memasak yang lain. Keseluruhan rumah dilengkapi penghawa dingin. Sejuk wo!

Di luar rumah ada swimming pool dan bbq pit. Bolehlah berbbq dekat luar tu nanti ye. Setakat kereta kami 3 buah boleh dimuatkan di bawah porch. Best kan kan kan. Akhir sekali, jagalah kebersihan ye walaupun tu bukan rumah kita. Kalau orang buat rumah kita bersepah sakit hati kannnn. Hehehehe.

Hati memang nak masuk mandi-manda lagi tapi apakan daya...
Boleh hubungi ajen berkenaan ye untuk sewa nanti. KAMI? Mestilah nak pegi lagi nanti! Yahoooo..! Dan I pun dalam perancangan nak bawak sekeluarga melepak dekat sini. Soon.

Mak-mak cun
Ayah-ayah encem
Kenapa husband jadi anak Eyna dgn Syah ni hehehe
Abaikan awek yang hujung skali tu, mak oi debabnya ekau Samani hihihihihi

Sunday, May 10, 2015

Diari PCOS : 03

Atas kejadian yang berlaku pada I dan Sayang seperti post yang sebelum ini, I telah belajar sesuatu pengalaman yang tak ternilai harganya. Malam sebelum kejadian berdarah tersebut, I ada berbual di dalam whatsapp bersama seorang senior di sekolah dulu yang juga merupakan kenalan di pejabat Sayang. Segala yang dikatakannya amatlah meninggalkan kesan di dalam hati I sehingga ke hari ini. Actually, sebagai seorang PCOSer, teringin sekali I nak berkongsi sesuatu yang dah mencuit hati I.

"Anak bukanlah pengukur kepada kebahagiaan, anak cumalah penyeri dalam rumahtangga"

I tau, ramai yang tidak setuju dengan kata-kata diatas. Terpulang dengan cara untuk menginterpretasikan maksudnya kerana masing-masing mempunyai pandangan dan pendapat tersendiri. Pemahaman yang berbeza juga boleh menyebabkan sesuatu ayat menjadi maksud berlainan. 

Secara peribadi, ya, I setuju dengan kata-kata yang diberikan. Sesungguhnya, anak sememangnya rezeki yang diturunkan oleh Allah. Tak semua dapat menikmati rasa dan nikmat mempunyai zuriat dari benih sendiri. Bukanlah menidakkan bahawa anak tidak dapat memberi kebahagiaan kepada sesebuah pasangan. Apa yang I nampak, setiap pasangan sememangnya bahagia bila dikurniakan anak. Namun, terdapat beberapa persoalan yang selalu bermain dalam kepala I.. Jika anak adalah pengukur kepada kebahagiaan...

Mengapa pula ada yang tergamak untuk membuang bayi? Adakah mereka tak mau kebahagiaan tersebut? 

Mengapa terjadinya kes perceraian setelah mempunyai 2 orang anak? Apa yang tidak bahagianya?

Janganlah sesekali menghukum kami, yang mempunyai masalah fertility, dengan ungkapan bahawa "rugi kalau takde anak.." "Eh, kenapa dia takde anak lagi?" "Tak cuba ke....?" Ya Allah, kalaulah kami tau kenapa Allah tidak menurunkan zuriat kepada kami, dapatlah kami memberikan jawapan pasti apa sebabnya.

Hari ini, masih terbaca berita kes-kes pembuangan bayi yang berleluasa di media-media sosial. Kesahihan daripada berita tersebut tidaklah dapat dipastikan. Percayalah, terdapat ramai pasangan di luar sana yang sanggup melakukan apa-apa saja untuk mendapat anugerah Allah seperti ini. Sanggup berhabisan untuk zuriat istimewa ini. Betapa sabarnya insan-insan seperti ini yang menagih dari sesiapa saja yang sudi menyerahkan, walaupun dengan anggaran kos yang tinggi.

Terkesan di hati I sendiri semasa I dan suami dilanda musibah kemalangan. Terpaksa mengharungi segala kesulitan kewangan, ketidakupayaan melakukan tugasan harian seperti biasa dan kepayahan menjalani kehidupan harian. Kami ibarat tangan kangan dan kiri, melengkapi antara satu sama lain. Segalanya dilakukan bersama-sama. Mengharungi segala kepayahan, sehingga menitik airmata lelakinya, kasihankan keadaan kami bersama. Itulah KEBAHAGIAAN dalam rumahtangga I. Bila tau, SiDia sanggup berkorban dikala kami bersama dilanda musibah. Bukannya terus pergi meninggalkan I...

I percaya, Allah akan memberi penyeri ke dalam kehidupan kami berdua. Sukacita, I dan suami membuka seluas-luas pintu teratak kami untuk mereka yang mempunyai masalah membesarkan anugerah Allah tersebut. Kami adalah salah seorang dari pasangan yang berharap dengan keajaiban Allah untuk diberi peluang untuk digelar ibu dan bapa. Ye, kami ingin sekali menerima 'anak dari hati' ini walau bukan dari rahim I sendiri, untuk dijagai, disusui, dibelai, didakap dan disayangi sepenuh hati. 

Datanglah kepada kami, agar anak tersebut dapat diberi peluang untuk mengharungi kehidupan mereka. Sesiapa pun kamu, mengertilah juga yang, pasangan seperti kami terlalu ramai sekarang. Mengharap, namun belum diizinkan oleh Pencipta untuk mendapatnya. Temukanlah kami dengan penyeri kepada rumahtangga kami. Tangan kami sentiasa terbuka untuk tubuh kecil itu. Rumah kami sentiasa bersedia, untuk dipenuhi dengan tangisan si kecil. Masa dan tenaga kami juga tersedia, untuk dihabiskan demi seorang lagi umat Muhammad SAW.

Itu saja. *menangis*...

Monday, February 23, 2015

KAMI di PD

Semoga hilanglah segala saka yang ada di Port Dickson dan saka yang melekat di baju biru KAMI. Alkisah, planning nak ke PD ni ceritanya dari tahun lepas. Nak bermalam la, nak bbq la, nak group photo la dan macam-macam lagi. Muahahahaha! I siap ke PD tu dengan Sayang, survey hotel murah. Tapi, saka telah menghalang KAMI.

KAMI plus plus 
Semuanya tak menjadi. Dua tarikh proposed, still, tak dapat nak sempurnakan hajat masing-masing. Mungkin semua keberatan nak tidur di PD kot. Paling mudah, buat piknik dan bbq saja. Jadi pun! Dari yang berat hati nak join, siap ada penambahan lagi! Tambah Qemal @ Babat je hihi.

Qemal yang belakang sekali tu.
I dah kata, jangan pergi pukul 4.00 pm, tengah panas berdengung. Pukul 5.00 pm just nice. Lagipun I baru habis kenduri Joe dan Lyna. Tak mungkin dapat sampai sharp jam 4.00 pm. Dah pukul 4.00 pm baru nak keluar rumah macam mana nak sharp hahahahaha. Akhirnya, berjaya jugak semua sampai jam 5.00 pm. Put lambat sikit, tapi Eyna orang last. Dan yang tak berbaju biru saka ialah Nuin, lupa ke apa tah, Put, demam dan tak kuasa nak cari baju tu, Babat pulak, memang takde baju biru tu.
KAMI - candid shot
Makanan memang best-best belaka. Maunya tak best, bila dah potluck kan... Antara tugasan pada hari tu ialah :

1. Waniesamani - Kek Batik, plastik tapau dan minyak serta serai
2. Kak Ct - kambing perap. Yummy!
3. Nuin - pinggan cawan garfu sudu plastik, tisu dan tempat bakar
4. Kecik - ayam perap dan gravy. Tak cukup cik, we want more! Hahaha
5. Reen - limau, tikar, suratkhabar lama
6. Eyna - spaghetti carbonara, puding castard 
7. Put - tit bits
8. Qemal - arang

Wow, suami I hebat lah bab mengipas hihihi 
Fairuz - Fizi - Abg Rockstar
Yang ni keje posing je la mana nak bakor-membakor kan
Semua yang turut serta memberi kerjasama yang paling baik dalam dunia. Selain makan, aktiviti paling win untuk hari itu ialah gambar lompat melompat waktu Maghrib! Best sangat. Rasa macam nak lompat lagi dua puluh kali hahahaha. Yang paling best, sebab Sayang yang snap gambor tu. Tq Sayang! Memang u layan je la bini u ni kan. Hihihi.

Amboi, Kak Maz kata I tahan napas ok
KAMI, without Nuin, with Qemal
Ceria betul wife si Hafizi tu kan?!
The boys, starring : Abg Bas - Abg Rockstar - Syah - Fairuz - Fizi
Tips untuk BBQ di Port Dickson : Kalau nak BBQ di Pantai Bagan Pinang, Batu 4, Port Dickson, ada disediakan kawasan untuk berkelah. Cuma kalau nak buat BBQ tu kena lapik supaya tak mengotori kawasan pantai dan sekitar. Jangan risau, semuanya bawah pokok. Selamat berjimba!

I love you, Sayang! Thanx for everything. Muah muah muah! Chup chup chup!
Niat nak belanja gambar lompat, tapi ada pulak makcik-makcik Arab dekat belakang tu...
Halahhhhhhhai!

#syfz - Selesai Semuanya

Alhamdulillah. Lepas ni Boboy dan Finaz dah boleh tenangkan fikiran. Selagi tak selesai majlis perkahwinan memang akan terfikir macam-macam. Hihihi. Actually, mereka dah nikah pada bulan 12 dan majlis di sebelah perempuan dah selesai jugak. Cuma majlis sebelah lelaki yang diadakan sempena cuti Hari Wilayah. Esoknya dah dapat cuti tersepit dengan Thaipusam.

Anak-anak buah bersama Pak Teh dan Mak Teh gojes muahahahahahahaha 
I datang memang dah lambat. But not really that late, still belum ramai orang dan pengantin tak sampai lagi. Parking pun mudah lagi. Lepas balik dari event Zumba di Karnival Karangkraf 2015 terus I bergegas bersiap dan ke majlis ini pulak. Letih dan seram sejuk semuanya satu macam punya rasa. Tapi, berjaya jugak I atasi hahaha tu lah gatal pergi Zumba lagi kan dah letih :D

Berdiri sama tinggi betul la korang ni.. Melangit tingginya.
Majlis perkahwinan Boboy dan Finaz ni sangat simple dan bersederhana. Semuanya just nice. They really had good food. Tahniah kepada team caterer yang menyediakan makanan. Pantas. Belum habis makan pun diorang dah nak clear kawasan. Hihihi. Itu yang sebenarnya, tetamu yang hadir nak good food that have been prepared by good caterer. 

Kek tu selepas majlis telah dikorbankan oleh I dan Kak Lynda. Sodap!
Sayang pulak dah ditugaskan untuk jadi official photographer. Amboih, hebat sangat bunyinya, official ye. I belum edit lagi kesemua gambar. Photoshop buat hal ye. Nasib baik dapat diselesaikan. Dan I akan usahakan mengedit semua gambar sebaiknya, Chewah, macam poyo dah statement macam ni. Kepada pasangan pengantin diharap bersabor ok. Bukan pengantin je, uncles, aunties, cousins semua dah bising dekat Pak Teh ni, mano gambar ehhhh! Hahahahahaha padan muka u :D

Anak-anak buah Mak Teh lencun ye korang.. Syok la kan main dekat playground! 
My favorite picture of Ayish, Alya, Afan
Kitorang betul-betul lepak dekat dewan tu sampai ke titisan terakhir. Kena balik awal, sebabnya Sayang nak kerja malam. I terus balik ke rumah dan siapkan barang dan Mumu untuk dibawa balik ke Seremban semula. Segalanya telah Allah permudahkan. Sempat je Sayang nak ke pejabat. Dan Mumu pun, walaupun dia melakukan sejenis proses penyahtinjaan secara berhemah di dalam kereta, kitorang sampai ke rumah dengan selamat.
Kemain Mak Teh dengan Ayish main kiss-kiss ni haha
Daniel dan Pak Teh
Dik An, pengacau Mak Teh dengan Pak Teh nak selfie kan! Grrrrrrrr. Hahaha 
Kami the bebiras. Bersama Kak Lynda, Nad dan Adam
Alhamdulillah dan tahniah kepada pasangan pengantin dan keluarga tersayang. Juga kepada keluarga Finaz yang datang jauh dari Johor. Semoga hubungan yang terbina antara 2 keluarga ini terjalin dengan penuh kasih sayang dan rasa hormat menghormati sampai ke syurga. Semoga pasangan pengantin menjadi hamba Allah yang beriman dan ibubapa yang baik kepada junior mereka kelak. In shaa Allah, ada rezeki nanti kita pergi bercuti bersama ye. Eh jadi ke ni? Hahahahahaha!

Ok bye!

Belanja la satu gambar pengantin lama. Ok bai again!

Wednesday, January 28, 2015

Rotan Kang!

Heboh dan viral sangat kes rotan merotan ni. Selain dari kes penyanyi menyanyi dalam lokap tu kan. Tak mau sebut pasal tu sangat sebab sedih nanti, maklumlah, salah seorang peminat hihi. Kali ni bab rotan merotan jadi topik hangat ye. Macam I ada dengar sikit la dalam radio pagi ni, dalam perjalanan ke tempat kerja. 

Mencabar jugak tugas sebagai ibubapa zaman sekarang ek. Rotan anak pun akan dikenakan tindakan. Siapalah yang buat undang-undang macam ni. Rotan sedas dua tak bererti nak mendera budak tu sampai koma. Nak tau istilah mendera? Tu, yang berlambak dalam FB, video pengasuh main lontar-lontar je budak tu. Jangan tak tau, mengurung anak dalam bilik dipenuhi najis pun mendera tau. Lagi satu, bila kekasih kepada ibu kanak-kanak berusia 3 tahun memukul anak sehingga mati. Yes! Itulah mendera... Susah sangat nak bezakan kan?

Berkenaan hal lain, takmau I tulis dekat sini sekadar gosip-gosip artis, tapi, melibatkan hal semasa macam ni memang terpanggil jejari nak mengetik papan kekunci. Sebenarnya dah ramai yang bagi pendapat mengenai isu rotan ni. Tak perlu lah I nak mengolah lagi komen. Of course, ramai yang membantah dengan tindakan ini, Setakat ni I belum nampak lagi komen positif, "Ya! Saya suka ibubapa dikenakan tindakan jika merotan anak!"

Anak berdisiplin ke tak bergantung dengan cara didikan ibubapa, cliche sangat! Sekarang ni cerita pasal rotan. Mula-mula, ditegahnya cikgu memukul murid di sekolah. Tah siapa yang suka sangat undang-undang macam ni, sampai keluar pulak berita, guru dipukul pelajar. Kali ni, ibubapa sendiri yang tidak dibenarkan merotan anak sendiri. Phew!

Alhamdulillah, hasil dari dirotan, I menjadi I sekarang... Pernah je I tengok hasil tak pernah dirotan, ada yang menjadi seorang manusia yang hebat, ada jugak yang spoil, manja tak tentu arah, dan ada jugak yang rosak terus. Walaubagaimanapun, kalau untuk mendidik anak ikutlah cara Rasulullah SAW. Janganlah secara membabi buta. Yang penting Istighfar... Dan macam biasa, kalau tak buat salah, tak perlulah menghukum kan. Itulah konsep rotan sebenarnya. 

Sebagai seorang wanita yang lahir ke dunia dalam generasi tahun 80-an, kami memang kenal rotan, tali pinggang, hanger, getah paip dan bulu ayam. Masa budak-budak dulu, sampai waktu senja, "oklah geng, aku nak balik kang Ayah aku rotan aku takut arrr..." adalah ayat paling common digunakan pada waktu itu.

Kalau I kena hayun macam ni mau 3 bulan MC tak berjalan haha perasaan!
Gambar ihsan dari Google

Monday, January 12, 2015

Hari Pertama Persekolahan

Banyak yang menarik, banyak juga yang sadis. I? Teringat lagi Mama tunggu luar kelas. Nasib baik takde kejadian yang tak diingini berlaku sangat. Selepas graduate (muaahahahaha!) dari Tabika KEMAS Kampung Klang Gate, I terus melangkah ke Sekolah Kebangsaan Klang Gate untuk memulakan persekolahan dari Darjah 1 sampai ke Darjah 6. Alhamdulillah, I menjadi insan seperti sekarang dengan didikan awal yang I terima di sana. Of course la, selain daripada SMK Wangsa Maju Seksyen 2 dan UiTM Di Hatiku :)

Sebenarnya, bukan pengalaman masuk sekolah dulu-dulu yang menjadi fokus I dalam entri ni, tapi, naluri I bila menyaksikan betapa semua ibubapa berbangga dapat menghantar anak masuk ke alam persekolahan. Tak kira, yang baru nak masuk sekolah atau yang naik ke darjah / tingkatan yang lebih tinggi. Hari ini, semuanya berpakat, snap, write a caption and upload. I pulak yang sedih. I tau, I kena buang perasaan ni jauh-jauh. 

Pastinya kalau I di tempat mereka pun I akan buat perkara yang sama. Excited wey anak masuk sekolah. Dengan baju baru, kelengkapan sekolah baru, kawan baru dan life baru. Apakan daya, tak mampu I nak jadi seperti mereka. Kebanyakan rakan-rakan sebaya dah ada anak yang besar-besar. Dah masuk Darjah 1. Dah ada 3 ke 4 orang. Seronok tengok ragam mereka. Rata-rata, ibubapa yang cuak lebih nak tengok anak tu dekat sekolah. Kalau I esok macam mana ye? Macam mana ragam I ye? Entah-entah lagi over... Seriously, I ni sangat emotional orangnya. Hehehehe.

Tahniah untuk semua anak-anak yang berjaya tak menangis di pagi hari pertama persekolahan ni. Alhamdulillah. Senang hati ibubapa. Untuk anak-anak buah Ma Wanie dan anak-anak buah Mak Teh yang dah start sekolah hari ni, belajar elok-elok ye sayang. Jaga nama baik keluarga dan pelihara kesopanan dan kesusilaan. Semoga jadi insan berguna dan diredhai Allah. Doakan, Ma Wanie + Uncle Fizie dan Mak Teh + Pakteh pun dapat merasai perasaan hantar anak ke sekolah, satu hari nanti. In shaa Allah...

Jom layan gambar anak-anak buah I di hari pertama persekolahan mereka. Alhamdulillah semua baik-baik saja.

Baby Ma Wanie yang first, Abang Danish (tengah) masuk Form 2. Adik Rafshan (kiri) masuk Darjah 5 dan Emil (kanan) masuk Darjah 1 dah. Besor dah kome. Sayang kome sesangat.
Picture credit : FB Kak Yong Didi
Ahmad Zul Luqman a.k.a Luke Baby dah Darjah Satu. Be a good boy ok Luke.
Picture credit : FB Sarah
Anak Mak Teh dua orang ni dah kena bangun awal pagi tau. Tak boleh bangun
lambat lagi ye. Farish and Alya are ready to school!
Picture Credit : FB Kak Ratna
Kakak Ain dan Abang Afan pun dah siap nak pergi skool. Ceria je Mak Teh
tengok anak-anak Mak Teh dua orang ni
Picture credit : IG Kak Long Niza
Haihhh, Rayyan pun dah masuk tadika hehehe. Pun ceria jugak, tu yang
Mak Teh suka tengok tu :D
Picture credit : IG Kak Long Niza
Abang Apan dan rakan-rakan hihihi. Mak Teh tak dapat pergi tengok Apan,
Ni gambor dari Pak Teh. 
Semoga Allah permudahkan urusan anak-anakku ini untuk belajar. Jauhkanlah kesulitan bagi mereka Ya Allah. Ma Wanie @ Mak Teh tak tau nak bagi apa dekat korang, hanya doa yang mengiringi perjuangan untuk korang belajar. Dah berjaya esok jangan lupa ibu dan bapa ok! 

XOXO
Ma Wanie @ Mak Teh :)

Wednesday, December 24, 2014

2 Tahun Lepas Punya Cerita

Setelah 2 tahun berlalu, barulah KAMI dapat menatap gambar Aidilfitri dan percutian ke Pulau Redang. Sekian lama hahaha. Masa dekat Pulau Redang tu I memang comot habis dengan gemoknye hahahaha. Masa Aidilfitri pulak baru tengah stress sebab training netball dan sibuk nak kawen, tu nampak susut sikit. Kelakor habis la serius bila tengok balik.

Baju kibai, berseluar legging colorful! Hahahaha rindu gila!
Rindunya waktu ni...
Dalam gambar tu, ada yang dah berlalu pergi pulak tu. Ada jugak penambahan dan bertukar status Bila nak publish memang kena fikir banyak kali. Hehehehe. Tapi bila ditengok balik memang seronok je. Pergi bercuti beramai-ramai. Lepas tu gather untuk raya. Belek punya belek, alahai, rindunya zaman huha huha gitu walaupun semuanya mak pak budak.

Rindu laut! Rindu korang... T____T
Rindunya nak holiday beramai-ramai macam ni lagi.. Alahai Kayla kecik sangat time ni hehe
Genga baju saka!
Geng boboi!
Terima kasih Kak CT dan Abang Rockstar yang bagi jugak gambar tu walaupun makan masa 2 tahun. Tapi Abang Rockstar ada hutang lagi gambar dan video dari GoPro tu. Ala bang, ko jangan bebuat lupa gambor kitorang tengah snorkeling la, bercakap dalam air la, kejor ikan la hahahahaha.

Ni gambar atas laut, gambar dalam laut mana? Mana? Hahahahaha
I tak sabar gila nak looking forward for another event and vacation. Event untuk tahun depan, ada majlis perkahwinan. Vacation pulak dah semestinya PULAU! Ada dengar jugak diorang nak ke Vietnam untuk shopping-shopping. I tak minat. I suka berendam dan cuci mata je hehehe. Meh cuci mata sikit. Gambar KAMI yang happening 2 tahun lepas.

Gambar paling win! Nasib bini ko kurus bang, kalau macam den wakakaka
I have to admit this, I yang paling comot among all hahahaha!!
Serius! Meriah gila time ni
Bukan main masing-masing hehehe
If you girls are reading this, I cuma nak cakap yang rindu dangat dekat korang! Geng Legam, Geng Baju Saka, Geng Baju Kibai, Geng Omak Anak Duo, Geng KAMI dan terutamanya, korang Geng Forum HA yang gila! Hahahaha. Bila nak happening lagi woi????!

Okbai!