Nuffnang Ads

Showing posts with label Gojez. Show all posts
Showing posts with label Gojez. Show all posts

Monday, October 26, 2015

#jkrnsraya2015 #throwback

AMPUN BERIBU AMPUN! Semua ni draft yang bersawang hahahahaha!

Tahun ni ada 3 kali sambutan raya untuk kami, warga kerja di Bahagian Pentadbiran & Kewangan, JKRNS. Meriah kan? Meriah dengan makanan, meriah dengan lagu raya, baju raya, tapi, duit raya je tak meriah hahahaha. Selesai sudah Syawal 1436H baru lah I ada masa untuk update semua jamuan raya ni. Bukan main lagi kan?! Dan dengan bangganya I nak bagitau, penambahan berat telah berlaku kepada I dan ini sangat sangat sangat SERIOUS! T_____T *nanges*

JAMUAN RAYA BAHAGIAN PENTADBIRAN & KEWANGAN JKRNS
Jamuan diadakan secara ringan-ringan je. Tapi ringan tak ringan pun ada jugak Nasi Putih dengan Asam Pedas dan lauk-lauk lain. Kenyang sampai petang! Jamuan pagi, tengahari sambung makan, petang pun melantak lagi. Osah la haiiihhh! Takde tema, cuma I tak sempat nak buat photobooth! Sedihnya... I demam seminggu, memang tak larat bangun. Dan macam biasa, menu I ialah Kek Batik Signature from Sazzie's Sweet Treats. Awwwww!











MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT WISMA NEGERI, SEREMBAN
Oh yeah, kali ni besar-besaran sikit. Sebabnya, diadakan di perkarangan Wisma Negeri. Khusus untuk semua jabatan di dalam Wisma Negeri dan pelawat-pelawat yang ada tu bolehlah singgah. Tahun ini, JKRNS berbesar hati menyediakan menu lemang dan rendang. Semua gegerl di office kena bertugas di gerai ikut jadual masing-masing. Cerito eh konon sampai ke petang, dek sebab laku lemang dan rendang, pukul 12.00++ tengahari dah habis kojo! Yahuuuu! Paling best, JKRNS menang gerai tercantik! Yahuuuuuu! Lagi skali hehehehe. Eh, tapi best la banyak makanan best lepas tu ada sesi karoke. Bukan senang nak oh yeah oh yeah macam ni tau!









SAMBUTAN AIDILFITRI JABATAN KERJA RAYA NEGERI SEMBILAN
Tema warna warni, memang colorful lah kita semua hadir di JKR Mekanikal tahun ni. Betul-betul hujung Syawal sambutan kali ni. Yang win sangat, kambeng tegolek telentang. Fuhhhhh! Sepinggan penuh I bedal. Lupa diri seketika. Tahun ni, Wondergerldix tak complete. Of course sebab Fura takde, tapi yang ada cuma I, Fira, Huda dan Hajar je. Ain, Chaa, Zana takde :( sedih... Sambutan ni dibuat pada hari Jumaat, semua orang makan laju-laju dan balik ke office masing-masing. Takdelah macam tahun lepas, semuanya haruk bergambar sampai ke potang. Lagi pun, cuaca pun panas, makan kambeng, tak kau mendidih di sana? Hehehehehe










Dijemput layan gambar-gambar yang tak seberapa itu ye. Tahun ni mood bergambor kelaut dan ketasik semualah. Sebab dah gomok kan. I salahkan Duphaston! Hahaha boleh gitu? 

Tuesday, November 18, 2014

Kenangan Paling Diingati

Seperti yang telah di'RSVP' kan minggu lepas I berkursus dengan rakan-rakan satu department di pejabat ni. Ke Pulau Langkawi wey! Best gila lah. Kursus best, lawatan pun best. Poket je tak best sebab koyak. Pffttt! Ok it doesn't matter la poket ke seluar ke beg ke koyak, yang penting happy. Sebabnya, kursus kali ni ada meninggalkan satu kenangan yang takkan pernah luput dan hilang dari ingatan untuk kami BERTUJUH.
Semua ni terjebak kecuali Kak Midah, room mate I yang paling hujung tu :)
Jangan ingat Pulau Langkawi ada Telaga Tujuh, kami pun ada bertujuh yang agak keras kepala jugak. Hahahaha. Tak berapa tujuh sangat kot sebab dewasa memang tujuh tapi ada satu bayi :D memang kelakar dan tak sangkalah benda ni happened. Tak tercapai dek akal kalau mak-mak orang, bapak orang, anak dara orang dan bini orang buat hal macam ni.

Kami yang bertujuh itu ialah I, Dell, Zana, Tulip, Helmi, Linda anak beranak, Fairuz dan Aqil telah melalui satu pengalaman yang sangat menghiburkan dan kelakor. Sampai ke office, gelak tak habis. Dan baru berani nak cerita dekat kawan-kawan lain!

Masa malam kedua, pada 15/11/14 tu kami dah planning best sangat nak ke pasar malam berhampiran Bazaar Pandak Mayah di Pekan Kuah. Ok, jalan kaki pun boleh sampai. Tetiba muncul si Helmi, datang ke pasar malam berkereta dengan Linda anak beranak. Bincang punya bincang, nekad nak ke Pantai Cenang. Kereta tak muat... macam mana?

Kalau dah nekad tu ada-ada je caranya.. Lepas dah cuba pelbagai posisi hahahahaha I dan Dell memutuskan untuk balik ke hotel dan biarkan diorang pergi berlima. Namun, bak kata Fairuz, "...kalau kita cuba jugak ni boleh jadi kenangan terindah..." hahahahaha lagi sekali! Gila la diorang ni!

Pantai Cenang berjaya kami takluki dengan menaiki kenderaan seramai 7 orang menaiki Nissan Sentra, bukan naik Alphard mahupun Ezora mahupun apa-apa kenderaan MPV. Sempoi kan... Tergelak-tegelak lagi kitorang dalam kereta dengan keadaan : I memandu kereta (legaaaa!), Fairuz memangku Linda dan Akil di sebelah pemandu (anak beranak hahaha), Dell dan Zana memangku Tulip yang duduk tinggi bukan main dan Helmi paling seleso sambil layan Waze

Punyalah takut kalau ada apa-apa hazard reported ahead, bak kata Waze. Bukan apa, ada road block memang masaklah we ols. Itupun ada 2 buat motosikal polis trafik lalu tepi kereta nasib baik gelap dia tak nampak kot.

I - Dell - Tulip - Zana - Helmi - Fairuz - Linda - Aqil
Apa pun, itulah kenangan paling gila sekali pada kursus kali ni. Alhamdulillah semuanya selamat. Semoga kejadian macam ni takkan berulang lagi. Untuk yang lain-lain, jangan contohi kami yang terdesak ni ok!

** gambar lain akan menyusul... banyak sangat nak kena edit nye pun! **

Jumpa lagi lain kali!

Wednesday, October 29, 2014

Cabaran Berkursus Siang Malam

Gempak sangat rasanya berkursus dari pagi sampai malam. Rasa macam 3 hari 2 malam tu sekejap aje. Tiba-tiba dah habis kursus dan dah nak bergerak balik. Tak sempat langsung nak berjalan merata-rata sekitar Penang. Walaupun perancangan pada mulanya banyak jugak nak dilakukan di Pulau Mutiara tu. Kekangan masa dan transportation menjadi penghalang kepada I dan Dell.
*nanges kejap wuwuwuwuwuwuwu*

HARI 1 - 08.10.2014

10.00 am - Bertolak dari Seremban
12.30 pm - Berhenti berehat dan Solat Zuhur di R&R Tapah
4.00 pm - Tiba di Copthorne Orchid Hotel, Tanjung Bungah, siap-siap check in ke bilik dan terus kami minta Pakcik Rahim hantarkan kami ke Tesco berhampiran. Tapi balik hotel naik teksi, RM12 jugaklah.
7.00 pm - Makan malam yang sedap!
8.30 pm - Ceramah pertama bermula. 
10.30 pm - Minum malam dan naik ke bilik. Terus lelap sebab penat kot!

Sunset. Dari pandangan di balkoni bilik we ols. Canteks!
The hallway. Puas hati dengan hotel ni. Best....
HARI 2 - 09.10.2014

8.30 am - 4.30 pm - Dalam kelas, dengar ceramah, skema kan... hahaha
5.30 pm - Bercanda di pasiran pantai bersama Dell. Pantai itu juga yang menyaksikan Dell terjatuh dan sebelum makan malam kami sempat berpiknik sambil makan-makan bekalan yang ada dan bergambar puas-puas!
7.00 pm - Makan malam. Konon nak makan sikit jeeeeee.. KONON!
8.30 pm - 10.30 pm - Ceramah lagi. Best kan?
10.40 pm - Jasa baik Hotguy telah membawa I dan Dell ke Restoran Kapitan di Little India adalah sangat-sangat dihargai. Lepas jugak gian! Hampir jam 12.00 tengah malam baru balik ke hotel semula dan berkemas untuk balik esok...
Mula-mula, lepas habis ceramah, melawat kawasan dulu hehehehe
Lepas tu, lupa diri la! Hahahahaha
Inilah hotel we ols yang menghadap lautan nan luas terbentang
HARI 3 - 10.10.2014

8.30 am - 10.30 am - Sesi ceramah terakhir dan penyampaian sijil-sijil kepada peserta
2.00 pm - Late checkout. Bersapau tunggu Pakcik Rahim di lobi hotel. Ada orang tu, sampai tertidur-tidur la... Shiannnnnn!
3.00 pm - Pakcik Rahim tiba dengan jayanya. Berangkat ke Batu Ferringhi untuk bagi peluang Pakcik Rahim makan dan basahkan tekak. We ols pun makan lepas beli Jeruk Pak Ali di sana. Lepas makan terus berangkat ke Georgetown pulak. Tak sempat jugak nak melawat Penang Street Art terpaksa ditunda ke trip akan datang. Eh?! Lepas berjalan ala kadar di Georgetown, kami pun berangkat pulang ke Seremban. Ada kemalangan di Lebuhraya PLUS tapi I tak ingat area mana. 
11.45 pm - Tiba di pondok jaga Wisma Negeri. Sayang, I'm home!

Kejadian menunggu sejam di lobi hotel
kejadian menyesal beli jeruk dekat sini... pfftttt!
Kejadian kemalangan di Lebuhraya PLUS
Sebelum nak tutup entri ni, I ada a few DOs dan DONTs untuk peringatan I kalau lagi sekali I ke Penang nanti :

DONTs :

1. JANGAN beli jeruk di Batu Ferringhi sebab harganya agak mahal beberapa ringgit dari di town
2. JANGAN datang awal ke Batu Ferringhi untuk ke Night Market, datanglah dalam jam 6.30 pm
3. Ada sebuah kedai makan yang I dah marked di Batu Ferringhi untuk tidak ke sana lagi
4. Kalau berkursus di Penang lagi lepas ni, JANGAN naik kenderaan jabatan. Banyak isu tak best. Ok case closed!
5. JANGAN duduk di tingkat atas Restoran Kapitan kalau datang waktu malam sebab menjelang tengah malam tingkat atas akan ditutup. Sila duduk bawah terus.


DOs :

1. Copthorne Orchid Hotel sangat mesra pengguna. Wifi seluruh hotel sampai tepi laut
2. Nak ke Penang Street Art sila download brochure dan peta di Tourism Penang atau Timeout
3. Nak bergambar sekeliling Penang Street Art bolehlah menyewa basikal dengan harga RM10/hari dengan bayaran deposit sebanyak RM100 akan dipulangkan bila basikal dipulangkan dengan selamat kepada tuannya

Samani-Dell with their own street style wakakaka muka terpaksa senyum sebab tak jumpa Armenian Street
Arggghhhhhhh!
Sekian saja karangan ringkas mengenai kursus yang telah I hadiri. Rumusannya ialah, kursus tersebut sangat bagus intipati cuma, it's PENANG baby! U should go out and have fun. Ok, next time maybe.
Bye!

Thursday, October 2, 2014

RSVP : Hadir Kursus Pengurusan Tatatertib

Inilah akibat kursus tak cukup 7 hari. Makanya, apa yang ada depan mata akan disebat saja. Dan, mana-mana ada kursus pun akan dihantar saja. Kali ni I akan menghadiri Kursus Pengurusan Tatatertib. Partner in crime ialah Dell dan kami akan pergi menaiki kenderaan jabatan. Tak mampu nak drive jauh-jauh nun ke utara tanahair. Letih gilos.

I akan ghaib sementara dari alam cyber dalam masa 3 hari nanti lah ye, macam biasa. Selama ni PC di office dan di rumah je tempat melampiaskan rasa nak menaip. Kali ni berkursus tanpa apa-apa device yang membolehkan I melayari Internet, kena keras je la kot! Huaaaaa bosannye......

Kursus akan diadakan di Copthorne Orchid Hotel yang berlokasi di Tanjung Bungah, Pulau Pinang. Awwwww, I dah tengok dekat Google, ianya tepi laut dan ada pool. Adakah kemungkinan I akan berendam nanti? Tak kira la rendam ke tak ke, bikini tetap kena bawak nanti takdelah kempunan sangat bila dah sampai dan termenung je tengok air yang biru dan tenang itu. Hahaha. 

Back to main purpose, nak berkursus, nak berkursus, nak berkursus! Tapi feeling bercuti tu pulak yang over sekarang. Maunya tak feeling, dah terbayang Jeruk Pak Ali, tak sabar nak tangkap gambar dekat Penang Street Art, terliur-liur Nasi Kapitan, dah terbau Sotong Kangkung dekat Padang Kota Lama. Nampak tak dekat sini yang sebenarnya I excited nak ke Penang for the different purpose. 

Alhamdulillah, Sayang dah izinkan.. Nanti tolong tengokkan anak-anak kita ye Sayang. Tolong tengokkan Mama sekali. 3 hari tak lama, pejam celik je dah habis kursus nanti. I'll be back home on my birthday, alright? Love you!

I dah survey! I nak ajak gak Dell ke sini nanti. Confirm la kena bawak kamera nanti hehehehe
Sumber gambar : http://www.cocoamews.com/street-art-in-penang.html

Monday, September 8, 2014

Pemalu? Atau Anti-Sosial?

I've been blog-walking everywhere lately and I saw many bloggers with their beautiful blog. I sendiri pun tak pasti, adakah I seorang pemalu atau I seorang yang anti-social. Huuuurrrmmmm. Why I said that? Kerana I suka membaca corak penulisan bloggers semua ini dan mereka semua hebat. Sungguh. Rasa kerdil sangat dengan diri sendiri, dimana, I tak patut berasa begitu. Ye, semua orang ada keistimewaan masing-masing :)
 
I berkata begini sebab I've been following a few blogs that always caught my attention with its contents and I saw one interesting post about 'Kelab Blogger' hahahaha! I just saw the post and I was like, "wow, I never knew about this." The community of the club is BLOGGERS, a lot of them! Jap, apa kejadah bercakap bahasa omputih ni???? I turned to be someone else when I got too excited towards something. Boleh pulak macam gitu hihihi.
 
Mengaku sekaranglah, I sebenarnya pemalu dan kalau boleh bila berjalan depan orang pun I nak pakai mask biar orang tak boleh nampak muka nervous dan peluh-peluh I. Even, dalam soalan Psikometri di peperiksaan yang lepas, beberapa soalan yang berkaitan, "Adakah anda akan memulakan perbualan dengan orang yang anda tidak kenali?" My answer was really, "NO!" dan inilah kejujurannya. Don't ever get me wrong, I memang gitu, pemalu tak tentu hala. Please, jangan kata I anti-social. Nak tau I anti-social ke pemalu ke sila tanyakan pada kawan-kawan rapat I, Wondergirldix, KAMI dan Gojez Gegerl and BoiBoi. Takde maknanya pemalu dan anti-social haih! Gi la tanye diorang siapa yang gila sebenarnya. Hik!~
 
Inilah realitinya dengan seorang insan bernama SAMANI (bukan nama sebenar). I hanya beramas mesra dengan orang yang betul-betul I kenal dan boleh dibawa berbincang hehe. Honestly, my first impression is a MUST for me to get to know people. Sesiapa pun, termasuk ahli keluarga. Honestly lagi sekali, keluarga sendiri pun I ada yang malu-malu kucing bila bersembang. Tapi, kalau orang tu dah hari-hari dihadap mukanya saja, I'll be as wild as a cat! Huh? Cat??? Nak tau rahsia? Sedangkan Nuffnang tu pun I baru join dalam tahun ni walaupun jari dah hampir haus sebab ber'blog' sejak 2010. Cuma, blog lama jangan dikenang kerana Ruang Kosong Teman Pengganti ni la pengubat rasa I untuk menaip.
 
Di dalam kelab blogger tersebut I tengok ramai bloggers yang share link mereka di samping penulisan-penulisan yang menarik dan penuh dengan info yang baik. And I get back to my waniesekuntum.blogspot.com and I talked to myself,
 
"No, you're not like them, they had so many followers with the minimum number of 100, they're already famous and shine bright like a diamond! You, Samani just should stay here and write whatever you wanna write without anyone concern what language do you use to express your feelings and excitement. Just stay here, be yourself and they'll find you whenever they want any informative post from your blog."
 
And suddenly, the other side of me said,
 
"Go! Make friends! Enjoy your blogging and share more information with people. Your talent is one of a kind, don't misjudge yourself with those negatively thoughts that can kill you one day. Everybody is different from everybody. The girl with the blue scarf was busying herself on writing poems and that lady over there was searching more and more stuffs on TTC. And you, right here writing on your life journey and about what you love the most."
 
Eh, main-main bercakap sesama sendiri kepada diri sendiri pulak. Nanti my Sayang ingat I ada invisible friend. Kot diingatnya ada Saka lagi lah parah kot! Hahahaha kidding. As you can see above, my blog post always longer than anyone else eventhough I wrote just about me for almost everyday. I just love writing and I love reading it again and again.
 
Kesimpulan dari cerita diatas, I pun dah request untuk menyertai kelab blogger tersebut dan I harap owner group itu akan approve my humble request to join the community. Maklumlah, nak join masak memasak punye community, I memang tak hardcore punye cook. I cuma extreme, passionate dan crazy towards writing je. Suka lah dengar keyboard tu bunyi ketik ketik ketik. Kalau boleh, kemana-mana I nak bawa laptop. Ada ilham je terus ketik ketik ketik.
 
 

Thursday, August 21, 2014

Majlis Warisan Raya 2014 JKRNS

Alhamdulillah selesai dua majlis. Sebelah paginya, Majlis Perasmian 5S dan Anugerah Tokoh-Tokoh. Sebelah tengaharinya barulah makan-makan besar diadakan. I memang tak terlibat secara langsung dengan majlis sebelah pagi, cuma, jaga pendaftaran dari daerah dan penerima-penerima sijil. Semuanya berlangsung macam biasa. Hebat-hebat semuanya warga JKRNS :)

Jaga pendaftaran je :) Tak dapat apa-apa sijil pun hahaha
Pengarah bersama barisan Ketua Penolong Pengarah dan Jurutera Daerah JKRNS
Untuk jamuan hari raya atau nama rasminya, Majlis Warisan Raya 2014 JKRNS, memang meriah! Terasa betul suasana hari raya bila berada dalam Dewan Serbaguna, Wisma Negeri. Walaupun dah 24 hari berlalu dalam bulan Syawal, kemeriahan Aidilfitri tetap diteruskan. Dengan lagu rayanya, dengan decor yang bestnya, terima kasih seluruh warga kerja Bahagian Arkitek JKRNS yang bertungkus-lumus menyiapkan dewan yang pada mulanya kosong saja, jadi meriah sangat. Paling syok sebab ada karaoke dan ada photo-booth yang bertemakan hari raya. Makanan pulak bermacam jenis, fuhhhh, kenyang!
Silakan...... 
Gedik-gedik bersama Kak Ija
Gambar dari kamera Kak Shida :)
Sebenarnya, selain dari makanan, perkara yang paling bahagia masa jamuan raya JKRNS ialah kehadiran rakan-rakan lama dari seluruh Negeri Sembilan. Bila dah jumpa yang dirindui, mulalah nak bergambar. Bila dah bergambar, itulah data pun habis sebab sibuk send sana sini gambar guna WhatsApp. Betul kan? Semua jabatan dan kementerian macam itu. Setiap kali jamuan, semestinya kawan-kawan lama dicari. Masa tu bertukar cerita, ber'selfie', bergelak ketawa dan kutuk mengutuk (strictly untuk yang rapat sahaja, kalau baru-baru kenal jangan main sedap mulut je nak gurau melebih-lebih hehehehe) untuk merapatkan lagi kasih sayang sesama rakan sekerja.
Wondergirldix berlima je
Hajar-ghaib tah kemana, Ain-cuti bersalin, Fura-dekat Kuantan
Daerah-daerah lain dan bahagian-bahagian lain tak kurang hebatnya dalam menjayakan jamuan raya ini. Macam-macam gerai dari diorang, Cendol Songkok Tinggi, Apam Johol, Cucur Udang Alor Gajah, Rojak Bus Stand Pilah dan pelbagai makanan rutin yang biasa seperti mee rebus, lemang, rendang, buahan, laksa, sate dan nasi impit. Mula-mula tu malu jugak nak berjalan dari gerai ke gerai, tapi nafsu menguasai segalanya. Habis semuanya disenduk, diratah, dicubit dan dirasa. Kesian perut. Kesian diet. Meraung-raung penimbang tu dek sebab sehari yang meriah ni. Hehehehe.
Belanja gambar dalam dewan sikit
Dan jangan tak tau, gegerl-gegerl semua hebat dengan costume masing-masing. Baju raya paling indah mesti jadi pilihan kalau tiba hari jamuan. Semuanya sebab nak bergambar dengan rakan-rakan dan bos-bos. Gambar kitorang banyak tau! Jangan main-main. Kalau upload semua dekat sini nanti jammed pulak blog I. Hahahaha. Apa pun, dekat sini I sertakan jugak sikit gambar jamuan kami yang indah dengan tema WARISAN.

Yay!

Friday, July 25, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1435H

dan Maaf Zahir dan Batin diucapkan kepada 

yang paling utama, suami tercinta, Sayangku, 

yang utama juga kepada Ayah dan Mama, Baba dan Mama, Tok Chah,

yang dikasihi, Adik, 
Ayong sekeluarga, 
Anyah sekeluarga,
Abang sekeluarga,
dan seluruh ahli keluarga dan keluarga mertua

yang dirindui, rakan-rakan rapat, 
KAMI, 
Wondergerldix, 
Gojez Gegerl and BoiBoi, 
budak-budak Bunga Raya Heights dengan rumah 4 tingkat, 
budak-budak Segamat Indah

yang diingati, guru-guru dan kawan-kawan 
SKKG, 
SMKWM S2, 
KYPM Bangi, 
UiTM Segamat 

yang tak pernah hilang dari ingatan,
rakan-rakan UKU, Pos Malaysia,
bekas rakan sekerja Southern Bank Berhad,
semua yang pernah bekerja dan masih di JKR N.Sembilan

dan semua yang mengenali I tak kira di
Taman Melati, KL 
atau di Seremban...

Maafkan segala kekhilafan lalu, halalkan semua yang dah termakan, terminum, terpakai.

Jemputlah datang ke rumah ye, tapi, call dulu :)



Thursday, July 3, 2014

Workstation Baru Sangat Tak Best

Jujur sangat ni. Maunye tak, memang tak best sebab luas sangat pemandangan. Lepas tu takde space sendiri. Rasa besar sangat Bahagian Pentadbiran dan Kewangan. Dari depan sampai belakang sayup je mata memandang... Ruang dalam meja pulak makin sempit, menyusahkan pergerakan ke sana sini :( I already missed my old station. Sebenarnya lupa untuk bersyukur. Bukannya menolak takdir yang diri ini hanyalah seekor pipit, manakan nak disamakan dengan sang enggang, tapi, sebentuk penindasan secara halus. Sabar, sabar, ada lagi kerani yang lagi teruk tempatnya tapi redha dengan apa yang ada.

Bukan itu saja, talian telefon dan Internet jugak masih dihadkan. Menyukarkan tugas kami semua menjalankan tugas seharian. Sekarang ni memang standard, semuanya diatas talian. Itu lah yang paling mengecewakan bila kami tidak mendapat kemudahan ni. Menarik sangat pandangan orang di luar sana yang berbunyi seperti ini,

"...orang Admin ni tak kerja ke? Tak berangkat telefonnya..."

Sedangkan talian telah diubah bahagiannya. Talian telefon kami digunakan oleh bahagian yang bertukar dengan kami. Talian telefon di bahagian kami pula hanya 1 dan berebut kami menggunakannya. Hurmmmm, what say u?

Apa pun, biar gambar saja yang berbicara.

Bahagian Pentadbiran - tempat pertama I lapor diri sebagai penjawat awam,
tak pernah berubah tempatnya, sini aje lah. Tapi sekarang dah diragut...
Pindah dekat sini lah... Inilah keadaan masa berkemas, belum ada apa-apa. Masa ni semua barang kena
alihkan. Elektrik, Internet dan line telefon disekat sekejap. Untuk kerja-kerja penyenggaraan. Punyalah
berhabuk, balik rumah mesti bersin dan pening kepala bahagian pangkal hidung...
Meja baru untuk dua bahagian yang digabungkan. Nampak keliling, kiri kanan, depan belakang.
Ye, meja memang ditempah baru, partition pun baru jugak tu... tapi... tapi...
Tapi kecik! Ni lah tempat I, lepas dah berpusing sana sini, adjust meja dan kerani yang
sepatutnya duduk sana situ sini. Yang ni belum berkemas, nampak serabutnya sebab barang banyak.
9 tahun punye service pun belambak. Kalau dah nak pencen tah macam mana...
Ini pun barang dah letak dalam kabinet besi. Kalau diikutkan lagi banyak barang-barang I.
Kalau diikutkan lagi penuh barang I dekat atas meja. Saiz meja dah tak sama,
space untuk duduk pun dah berkurang. Untuk bersaiz comel memang mengeluh tiap kali nak bangun atau duduk.
Including me! 
Untung jugak duduk tepi ni ada partition untuk lekat apa-apa yang diperlukan. Ini pun belum finalize lagi.
Lepas dari gambar ni diambil, I masih lagi ada adjust macam-macam. Terpaksa, sebab tempat terhad.
Barang atas meja pun kena terhad...