Nuffnang Ads

Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts

Saturday, January 16, 2016

Terima Kasih Tahun 2015 - Sazzie's Sweet Treats

Hasil doorgift yang ditempah sepanjang 2015. terima kasih kepada pelanggan yang setia, terima kasih kepada pelanggan baru, terima kasih semuanya. Tanpa izin Allah dan tanpa anda semua, Sazzie's Sweet Treats takkan berjaya pada hari ini. Semoga Tahun 2016 memberi sesuatu yang lebih positif dalam perniagaan kecil-kecilan kami. In shaa Allah, naik dan turunnya Sazzie's Sweet Treats adalah kerana Allah dan kami terima semua ketentuan-Nya. Doakan yang terbaik buat kami ye.

Banyak majlis gegerl ye hihi
2 birthday dan 1 majlis perkahwinan
Di kesempatan ini juga suka kami nak mengingatkan bahawa sebarang tempahan doorgift bagi minggu kedua Bulan Februari 2016, minggu pertama Bulan April 2016 dan minggu pertama Bulan Mei 2015 adalah ditutup kerana kami telah menerima tempahan dari pelanggan setia kami. Untuk minggu-minggu lain dan bulan lain bolehlah berhubung terus dengan kami. Dan kalau boleh, beritahu sebulan awal ye. Kami perlukan sedikit masa untuk persiapan barangan dan jadual bekerja kami masing-masing. 

Semoga dipermudahkan Allah. Amin.

Friday, July 24, 2015

#kyonuin

Sebenarnya, entri ini ialah throwback. Terlupa sangat-sangat nak hapdet pasal majlis pernikahan Kyo dan Nuin. I love you, Nuin! Sorry, aku terlupa. Ini pun teringat sebab scroll dalam phone ternampak banyak gambar memori masa majlis tu. Allah! Nampak sangat dah tua I ni, pelupa tahap gergasi dah wey. Muahahaha.

The Pengantin :)
Alhamdulillah, we managed to reach Masjid Wilayah Persekutuan at 2.15 pm right before the ceremony started. Sebenarnya kami dari Rawang, menghadiri majlis persandingan Fayzal dan Haslina (entri KIV lagi le ni kan!) Hehehehe. Walaupun tersangkut jugak dekat traffic jam, sempat jugak la I bersalin pakaian, transformed dari hijau ke biru. Terkejut family yang dekat Rawang bila I haplod gambor dah baju lain. Magic beb, magic! Kehkehkeh.

Jengg! Team biru :D
Masuk je Masjid Wilayah terus masuk ke Wedding Hall tempat majlis akan berlangsung. Dari jauh dah nampak Kak CT, Reen, Eyna dengan baju saka kaler biru. Put datang kemudiannya. Antara kawan-kawan lain yang hadir ialah Kak Ejja, Yana Jenna, Ain dan Suzy. Ya Allah, bestnya dapat berlaga pipi u ols! Kategori mini gathering le kan. The ceremony went well. Kyo dan Nuin telah pun disatukan sebagai suami isteri. Cuma yang paling tak syok dekat Wedding Hall itu ialah, macam takde air-cond di dalamnya. I pernah masuk untuk wedding Zaila dulu, ok je semuanya dari lampu, air-cond, microphone semua. Harapnya, pihak pengurusan Masjid Wilayah Persekutuan buat pemantauan ye dekat permasalahan ini.

I need to diet!
With : Kak Ejja - Ain - Put - Yana Jenna - Kak CT
and the kids :)
Dari kiri : Reen - Wanie - Kak Ejja & minions - Ain & baby - Yana Jenna - Put - Kak CT - Eyna & baby
Ok I suke pic ni... nampak la shape sikit muka... gambor lain barai!
Sesudah majlis akad nikah, geng KAMI terus buat photo shoot sendiri dekat masjid. Hehehehe haruslah kan. Bukan keKAMI je, sesuami pun sama naik perangainye. Nak jugak... Ok le kan, boleh layan kepala. Lepas dah penat sesi photo shoot barulah reti lapar memasing. Terus kami bertolak ke Restoran Zam Zam untuk majlis makan-makan. Sampai dekat Zam Zam pun bergambor aje lagi! Gila kamera memasing, what to do muahaha.

I love you!
Sesuami pun nak jugakkkk hahahaha
Sayang - Peruz - Abg Rockstar - Abg Bas
Anak-anak dara Kak Ejja. Cantik kan Elsa & Anna hehehehe

Oh my, panjang berjela entri nih! I have to cut it short, enjoy our pictures! Yang gegedik semua tu, ampunnnn banyak-banyak hihi.

Dekat tangga pun jadi!
Mini gathering HA.. Alhamdulillah
Kitorang, termasuk Kak Maz, Adar dan Suzy

Friday, June 26, 2015

Kelantan.. Akhirnya Dapat Kujejakkan Kaki Disini

Belanja satu gambor lompat
29/05/2015 (HARI JUMAAT)

Perjalanan bermula jam 10.00 am dari Seremban. Of course la lepas breakfast, kena isi tank dulu haha. Sodap eh la pulak breakfast dekat Nasi Lemak Pinggiran, pekena Nasi Lemak Rendang Ayam perghhhh! Ok itu review lain kali. Hehehehe.

Dari Seremban, kami semua ikut jalan Kuala Pilah - Batu Kikir - Jempol - Keratong - Muadzam dan naik ke Lebuhraya Pantai Timur melalui Tol Gambang. Lenguh jugak duduk saja dalam kereta. Macam-macam tempat jumpa, macam-macam cuaca jugak kami redah. Tak makan tengahari pun. Mengejar masa untuk sampai ke Kelantan dengan sesegera yang mungkin. Alhamdulillah, kami tiba di Kota Bharu lebih kurang jam 5.00 pm dan terus ke Pantai Cahaya Bulan untuk makan. Meriah! Dengan ramainya orang, kerana hari Jumaat adalah hari cuti hujung bagi Negeri Kelantan. Macam biasa, Mama ada je perancangan nak beli macam-macam keperluan di Mydin sebelum pulang ke homestay yang terletak di Mukim Chicha, Kubang Kerian.

PCB at night
Seronok sangat dapat berjalan ke Pantai Cahaya Bulan, dan melihat-lihat sekitar Kota Bharu. Rasa macam tempat baru walaupun sesetengah orang kata sama je macam tempat lain lebih kurang... Bagi I, setiap tempat berbeza sangat bangunannya, budayanya, loghatnya, makanannya dan yang penting, rasa yang kita sendiri alami sewaktu di sesuatu tempat atau lokasi. Yang teringin sangat I nak lalukan ialah bersolat di salah sebuah masjid di Kelantan, takde rezeki...

The Deans
Gulp! Cucuk-cucuk sedap!
Hati meronta-ronta nak berjalan lagi tapi kena rehat jugak. Esoknya ada majlis pernikahan dan persandingan Yop D. Simpan rasa tu, esok lepas majlis akan dimudahkan urusan I nak berjalan hihihi. Macam-macam dah dalam kepala ni nak fikir sana sini. Kalau ikut hatiiiiiiii, Perhentiannnn tungguuuuu! Hahaha!

Kami sampai di homestay lebih kurang jam 9.30 pm dan tak terus tidur tau! Lepas mandi, masukkan telur dalam kantung bunga pahar. Dah selesai baru lah dapat meluruskan badan dan tidur nyenyak. Silap haribulan, pukul 12 tengahari pun boleh bangun ni

30/05/2015 (HARI SABTU)

Aktiviti pada hari ini penuh dengan upacara perkahwinan sepupu kami. Sehinggalah tepat jam 3.00 pm kami keluar untuk menghantar Kak Yong dan Along ke lapangan terbang. Dapat jugaklah tengok bandar Kota Bharu sikit. Itu pun, laju bebenor Sayang drive! Nak kejar masa hehehehe. Merasa jugak tengok pemandangan di Pengkalan Chepa. Kami terus bergegas semula ke Pasar Siti Khadijah. Takut tutup. Dapat beli semua kiriman dari Seremban. Alhamdulillah. Best tempatnya sebab cantik dan colorful. Hihihi nama pun Samani. Memang suka colorful ni!

nampak tak ada si comel disitu hehehehe
Sama-sama deh!
Selepas satu pusingan di Pasar Siti Khadijah, niat tu memang nak balik. Sekali, terserempak dengan Fayzal (sepupu kepada Sayang) dan bakal isterinya yang sedang membelek-belek buah sama macam kami. Haih! Memang tak disangka. Sememangnya Fayzal juga akan bernikah dengan orang Pasir Mas, keesokan harinya. Selepas bergelak ketawa, niat nak pergi pulak ke McDonald's nak beli kiriman dari Acu sekeluarga, jumpa pulak kawan sekerja Sayang! Pun kami terkejut jugak. Hahhahahahaha!

Fayzal dan Lina :)
Lepas pulang dari membeli itu ini, malamnya Mama dah booked Adik dan Ayah untuk ke Wakaf Che Yeh. Berhimpit dalam satu kereta untuk ke sana. Sempit! Haha. Ada jugak perkara yang berkenan di hati, tapi tak kesampaian nak membeli. Rasa membazir. Last-last, antara kami berlima, yang shopping ialah Sayang. Kami yang lain pandang jeeeeee. Huaaaaa! Dekat jam 11.00 malam, kami bergerak pulang. Jauh lagi perjalanan kami esok....

31/05/2015 (HARI AHAD)

Kami pulang ke Seremban pada hari Ahad. Itupun lepas berjalan sakan di Terengganu. Terasa hidup sangat dapat tengok laut Pantai Timur. Geram! Kalau tak fikirkan Mumu dekat rumah, kalau tak fikir kena kerja esoknya tu, mungkin dah sampai dekat Pulau Perhentian kotttt. Pagi itu, kami keluar awal, jam 8.00 am untuk terus menikmati sarapan Nasi Dagang dan kami berjaya jumpa. Sedapnya.... Barulah lengkap kan perjalanan ke Kelantan hehehe.

Wow! U ada kedai dekat sini ye?
Kami meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Terus ke Pasar Payang. Punyalah panas berdengung. Dekat situ ramai yang baru naik ke jeti dari pulau. Masing-masing kulit tanned. Jeles! Kan Pasar Payang bersebelahan dengan Jeti Syahbandar dan Hentian Bas Kuala Terengganu. Jadinya, dekat situ memang ramai pelancong dan agak sesak sedikit. Lagi pun, hari Ahad ialah hari bekerja. Nak bagitau ni, I dapat beli jubah dekat Pasar Payang. Hehehehe teringin!

Terengganu!
Dah tak tahan panas, Mama ajak balik dah. Destinasi seterusnya ialah singgah makan tengahari pada jam 3.30 petang di Pantai Batu Buruk. Takde buruk mana, cantiklah hehe. I sukaaaaaaaaa posing melompat ok! Adik pun melayan, suami pun melayan. Thanx korang. Hehehehehehe. I have to admit, memang panas cuaca. Baik sangat, memang best kalau dapat masuk laut mesti clear dapat tengok ikan berenang-renang.
Laut! Rindunya...
My father :) I love you!
Payung lagi satu gambo lompat. Rasa ringan diriku ni... awwww!
Lepas Pantai Batu Buruk, kami bertolak pulang ke Seremban. Alhamdulillah, ikut jalan yang sama macam masa pergi. Takde kejadian yang tak diingini. Syukur Allah bantu mudahkan. Kami sampai di Seremban dalam jam 9.45 pm dan.... I dan Sayang terus ke Kuala Lumpur untuk ambik baju dari Kecik di Locast Garcia Downtown Cheras! Gilalah! Ini memang kerja gila... At last, kami sampai semula di rumah Ayah dan Mama pada jam lebih kurang 2.30 am. Ngantuk!

Sepanjang perjalanan kami, terima kasih kepada aplikasi Waze yang tak pernah menghampakan. Tepat dan mudah. Kami berjaya sampai di semua destinasi dengan selamat.

Hai Mumu baby! Kesian dia time ni dia dah kurus dan mula sakit-sakit... Now dah ok. Alhamdulillah... Samani won't leave you alone, again. Samani regret sangat.... Sedih...

#eddiedahliawedding

Alhamdulillah... Everything went well :) Tak sangka, my beloved cousin, Yop D dah pun ade isteri hehehehe. Majlis yang serba dan sangat ringkas. Memang betul-betul mengutamakan yang wajib sahaja. Selamat sudah keduanya bergelar suami isteri. Tak perlu fikir benda yang complicated. Lengkap juga semuanya. Dengan pengantin, pelamin dan hantaran yang cantik, ada khemah tetamu dan jamuan makan, ada photo-booth dan juga ada jurugambar. Apa lagi kesempurnaan yang kita idamkan?
Eddie & Dahlia
Ini pertama kali I sampai di Kota Bharu, Kelantan. Suasana yang berbeza daripada di Seremban dan Kuala Lumpur. Semua kedai bertulisan jawi. Syukur, Allah izinkan I sampai dan menjejakkan kaki ke Negeri Kelantan. Seperti yang dirancang, kami memulakan perjalanan pada hari Jumaat pagi. Sampai saja kami di Kota Bharu, kami sekeluarga terus ke homestay yang terletak di Mukim Chicha, Kubang Kerian. 5 minit sahaja berjalan dari homestay kami ke rumah pengantin. Senang sangat.

Pasangan pengantin ini dinikahkan di masjid pada pagi Sabtu, 30/5/2015 dan mereka selamat bergelar suami isteri pada lebih kurang jam 10.00 am. Pertama kali I dengar lafaz akad yang ringkas dan sampai maksudnya. Alhamdulillah, Allah mudahkan semua urusan pernikahan pasangan ini. Suasana sedih menyelubungi kami sekeluarga melihat Eddie dan Dahlia menjadi pasangan suami isteri. Semoga Allah sentiasa pelihara mereka berdua, in shaa Allah.
Our rombongan for akad nikah
Alhamdulillah... Allah permudahkan semuanya
Dahlia memeluk ibu martuanya hehehe
Hoyohhhh, anak ibu!
Selesai upacara akad nikah, kami pulang ke homestay untuk menyiapkan Eddie untuk majlis persandingan dan makan beradap. Nasib baik ada suamiku encik pak andam yang meyarungkan samping dan menguruskan pakai pengantin. Dalam jam 12.15 pm kami berarak ke rumah pengantin perempuan. Ada beberapa orang kawan baik dan kawan sekerja Eddie pun turut mengiringi menjadikan kami semua lebih kurang dalam 25 ke 30 orang dalam rombongan pengantin lelaki.

Yang, kita buat bisnes andaman plak lepas ni
Tibanya di rumah pengantin perempuan, pasangan dijemput duduk di atas pelamin yang sangat cantik dan semua keluarga serta sahabat handai mengambil peluang untuk bergambar bersama. Sebak lagi tengok dah besor Yop D kami..... Selepas acara bergambar, kami semua dijemut ke khemah untuk makan. Alhamdulillah, syukur, dapat makan sebab pagi tu memang I tak breakfast. Selepas selesai semuanya, kami terus pulang ke homestay dan merehatkan badan masing-masing sebelum keluar ke Pasar Siti Khadijah untuk melapangkan mata. Ammmboiihhh!

Red carpet u ols!
Selesai sudah upacara pernikahan dan majlis persandingan Eddie dan Dahlia. Semoga keduanya menjadi pelengkap diantara satu sama lain. Semoga keduanya dilimpahi rezeki Allah dan semoga dipelihara hubungan kasih sayang mereka berdua. Semoga dikuatkan juga iman mereka masing-masing. I memang fail sikit kalo bab-bab ucapan ni takut sangat la nanti terbarai airmata, nama pun hati Hello Kitty. Hehehehehehehhe!

Saat ni paling touching bila Mama nanges Samani pun nanges huaaaa!
Ok, tu je. Layan sikit gambor ye. Abaikan ketembaman minah baju kaler krim tu. Sekian.

The Lailis + Apai hehehee
Samani - Acu Nen - Mama - Anyah
Ritual wajib, selfie dengan pengantin
Cousin-cousin Eddie ade 3 helai ni je yang cantik turun padang hahahaha
The Nonens
Pengantin with Aunty Dina, Dadang, Nyanyah, Acu Nen
P.s. I dah berdebor, sebab lepas ni Adik!

#LHwedding #LHstory

Alhamdulillah, seorang lagi anak buah sebelah Sayang dah pun selamat melangsungkan pernikahan dan persandingan. Alahai, Mak Teh rasa memang tua bebenor dah ni. Silap-silap lepas ni Mak Teh dah bercucu pulak haihhhh. Camne la kan, belum pernah lagi timang cucu ni. Anak buah dah selalu hahaha. Anak sendiri, coming soon la, tengah menguit-nguit dalam perut. Aminnn!

Tahniah Wan dan Kak Yong muah muah muah!
Pernikahan berlangsung pada Hari Jumaat, 08/05/2015 selepas Asar. Bertempat di rumah Kak Lang dan Abang Isa, meriah sungguh suasana pernikahan tu macam dekat stadium ada orang siap siul kuat-kuat lepas Wan berjaya sekali lafaz hehehehe. Ok itu win! Pak Teh jadi unofficial photographer lagi. So, memang banyak gambar dekat I. Kalau macam tu, biar gambar-gambar yang menceritakan segalanya.

Anak beranak
Pengantin bersama Uwan dan Atuk 
Ini ialah makcik-makcik pengantin hahahaa gediks!
Keluarga Kak Ngah
Cantik kan pengantin perempuan
Pengantin lelaki pun kena puji gak.. Hensemmmm! Hehehehe
Persandingan antara Kak Yong dan Wan pulak berlangsung di Dewan Orang Ramai Taman Tasik Jaya pada hari Sabtu, 09/05/2015. Bosar dewan eh. Orang-orang Seremban kalau nak cari dewan buat majlis kenduri bolehlah sewa dewan ni salah satu lah dari banyak-banyak dewan di Seremban. Untuk majlis persandingan Kak Yong dan Wan ni memang Mak Teh dan Pak Teh dah standby dengan doorgift popcorn yang sememangnya lazatttt itu! Ehem-ehem, up business sendiri nampak. Promote sikit.... Oh ye, masa dekat dewan pun Pak Teh ada jugak tangkap gambar. Mak Teh pulak mula-mula nak datang makan je lepas tu selfie ala kadar lepas tu konon nak chow. Maklumlah, insan lemah dan uzur baru lepas accident mana boleh lasak. Sekali, hilang semua sakit! Mak Teh yang paling ligat dekat pintu utama, duk susun doorgift! Dah sudah.... Dia berpeluh mengalahkan pengantin!

Hari persandingan Kak Yong dan Wan
Keluarga sebelah Abang Isa
Makcik-makcik Kak Yong... macam biasaaaa hahahahaha
Mama martuaku! Bersama pengantin <3
So far, hari kenduri sangatlah panas... Berpeluh ketiak. Tapi itu sedikit pun tidak menghalang I, Noyin, Mira dan Sara bergambar melompat macam biasa bila keriangan. Majlis berlangsung dengan jayanya. Pengantin cantik, makcik-makcik pengantin pun apa kurangnya. Bila dah depan kamera lupa dah panas hujan semua. Bukan main... Tudung I tak payah cakaplah, kulup macam apa je. Itu menandakan I buat kerja dengan gigih dan tekun. Meh, layan gambar ok. Nak menaip pepanjang sakit tangan le.. Yang penting... Mak Teh dah gomok! Tunggu I lancarkan balik program diet. Memalukan la, semua kekurus I pulak kembang semangkuk. Apa pun, kitorang enjoy!! Dan penat... Pfftttttt!~

Bersama Finaz dan Kak Teh... Gemok!!!!
Makcik-makcik pengantin lagi 
Anak-anak buah Mak Teh hehehehe
Maafkan tudung kulopku itu
Nak jugakkkkk
Sorry Kak Yong, your wedding cake had been destroyed. Hahahaha
Last... ni lah muka-muka kena kemas dewan! 
Ok, next wedding...?